Pages

Friday, 29 June 2012

KEGAGAPAN KHALID IBRAHIM SEMAKIN KETARA?


Kita sedia maklum, Kerajaan PKR Selangor ketika ini ditadbir oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang suatu ketika dahulu pernah mengemudi sebuah GLC besar milik Kerajaan Pusat iaitu Guthrie. 

Berdasarkan perkembangan semasa, kerajaan negeri pimpinan beliau dilihat semakin bercelaru apabila wujud pelbagai cubaan daripada pimpinan parti sendiri untuk menjatuhkannya. 

Percakaran ini turut mendapat liputan meluas oleh media-media arus perdana sekali gus membayangkan kepada kita bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah seorang ketua yang bagus apatah lagi sebagai Menteri Besar terbaik pasca kejatuhan Barisan Nasional di Selangor.

Sedangkan selama ini itulah yang dicanang-canangkan kepada kita. Siang dan malam pembangkang menabur janji kononnya mereka mampu melakukan lebih baik daripada kerajaan hari ini tetapi apa yang berlaku apabila kuasa sudah di tangan mereka?

Sekiranya masalah dalaman parti sendiri tidak dapat diselesaikan, bagaimana nak uruskan sebuah negeri dan negara sekali gus? Kalau perhubungan sesama pemimpin parti pun asyik bercakaran, macam mana nak bina hubungan kerajaan dengan rakyat kelak? 

Tidak mustahil segala tindak tanduk yang dianjurkan oleh pembangkang bagi menentang kerajaan Barisan Nasional hari ini melalui rakyat akan berbalik kepada mereka suatu hari nanti.

Tuesday, 26 June 2012

KERAJAAN TIDAK PRIHATIN DENGAN GRADUAN?? BUKTI!


PELBAGAI PELUANG MENANTI ANDA DI SINI. MAI JANGAN TAK MAIN K!!!

SB DAN BLOGGER KAPAK AKAN BERADA DI SANA NANTI!!! DATANG K!

Friday, 22 June 2012

KISAH PERSUNDALAN BILIK SEMINAR 24, UNIVERSITI MALAYA


Ini persundalan tahap paling menjijikkan, kisah jilat-menjilat ludah sendiri yang paling nikmat dalam sebuah kumpulan mahasiswa lelaki dan perempuan yang kononnya suci bersih tetapi sebenarnya amat keji perlakuan mereka.

Tempatnya di Universiti Malaya, universiti tertua dan menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia. Universiti ini juga melahirkan begitu ramai pemimpin negara baik daripada Barisan Nasional mahupun Pembangkang.

Di Bilik Seminar 24 (BS 24), Akademik Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, mereka sering bersundalan dan merancang nikmat haram bagi memuaskan nafsu seekor sesumpah politik bernama Anwar Ibrahim. Jangan lupa , sesumpah politik ini (diberi gelaran sedemikian oleh sebuah akhbar berpengaruh di Israel) juga adalah bekas mahasiswa bermasalah dari Universiti Malaya!

Di bilik ini mereka merancang aktiviti dan menyebarkan ideologi pembangkang dalam kalangan mahasiswa.

Pada malam 14 April 2012, di bilik ini jugalah mereka merencana pergerakan dalam demonstrasi Anti-PTPTN yang berlangsung di Dataran Merdeka. Natijahnya, seperti yang kita lihat, mereka bukan mahu berhimpun semata-mata. Sekumpulan mahasiswa diketuai antaranya oleh Khalid Ismath, Adam Adli dan Safwan Anang mengalungkan bunga malai atau bunga kematian (mengikut agama Hindu) pada potret Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khaled Nordin. Biadap bukan? [SINI]

Hasil perbincangan yang dihoskan oleh Safwan Anang (ketika itu ialah Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam UM) dalam BS 24 ini juga, mereka memutuskan untuk menjalankan ritual pengebumian kedua-dua pemimpin negara itu mengikut adat kebudayaan masyarakat Hindu. Tugas ini kemudiannya diserahkan kepada Mandeep Singh, Pengerusi Kelab Mangsa PTPTN yang baru-baru ini gagal dalam usahanya menyaman perbadanan tabung pendidikan tinggi tersebut [SINI].

Ini hanya mukaddimah bagi yang tak tahu tentang perkembangan muktahir politik kampus di Malaysia. Politik kampus terutamanya di Universiti Malaya sebenarnya sudah teruk dicemari oleh persundalan mahasiswa-mahasiswi pro-pembangkang.

Insiden seperti kepala babi diletakkan dalam surau API misalnya, amat tidak masuk akal tetapi itulah yang berlaku pada Februari 2009 ketika kempen Pilihan Raya Kampus (PRK) di Universiti Malaya. Kepala babi beralaskan bendera PAS itu diletakkan dalam sebuah surau yang didakwa sebagai kubu kuat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM dan hampir 24 jam beroperasi, jadi bagaimana ia boleh dilakukan? Dalam reaksi serta merta, PMI telah menuduh ia adalah sabotaj daripada jentera Penggerak UM dan UMNO. Sekali lagi, adakah ia masuk akal?

Kepala babi diletakkan dalam surau API di UM pada ketika kempen
PRK UM 2009.

Beralaskan bendera PAS, akhirnya UMNO dan Penggerak yang
dipersalahkan. Adakah UMNO dan Penggerak begitu bodoh?


Natijah daripada insiden ini amat besar. Pro-M UM akhirnya menang besar. Impak isu ini juga turut terpalit pada UMNO dan Barisan Nasional yang akhirnya tewas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu [SINI].

Berdasarkan maklumat dalaman sendiri, ia sebenarnya telah dirancang dengan rapi bagi menjatuhkan kem Penggerak Mahasiswa UM yang ketika itu juga baru sahaja menjalani proses rebranding. Lebih tepat, ia  sebenarnya adalah fitnah jahat yang sengaja dirancang selepas 'dihalalkan' oleh pimpinan atasan dengan alasan untuk menjatuhkan musuh Islam! Nauzubillah.

Peristiwa tersebut berlaku dalam masa yang amat singkat sehingga pihak Penggerak UM sendiri tidak mampu mengeluarkan sebarangan kenyataan.

Hingga hari ini juga, tidak ada sesiapa pun yang mahu buka mulut secara terbuka dan bercerita tentang insiden yang berlaku ini. Bukan kerana takut, tetapi masing-masing bingung dan hairan. Masing-masing tidak mahu ambil risiko menyebarkan cerita yang tidak benar walaupun kes ini telah disiasat dengan rapi oleh pihak polis. Hanya individu-individu tertentu sahaja tahu kerana merekalah perancang utama insiden ini. SB harap mereka segera bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

Percayalah, lebih banyak kisah persundalan Bilik Seminar 24 akan didedahkan selepas ini. SB tidak akan teragak-agak demi menjaga kesucian agama kita daripada terus diperalatkan oleh golongan mahasiswa sebegini. Nauzubillah. Sesungguhnya SB berlindung dengan Allah SWT daripada segala fitnah dunia.

BUKTI CAMPUR TANGAN ANWAR IBRAHIM DALAM POLITIK KAMPUS AKAN DIDEDAHKAN

Minit mesyuarat tanpa tandatangan?


Sejauh mana kebenaran pendedahan Ops 2020 yang dibuat oleh kumpulan mahasiswa pro-pembangkang baru-baru ini tidak perlu diperdebatkan lagi. Bukan soal tandatangan yang perlu kita bincangkan. Dalam bab menipu begini memang Pro-M Nasional selalu saja kantoi.

Ingat lagi peristiwa demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi dalam cubaan kumpulan yang sama menyerahkan memorandum dan batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi? Memorandum yang  ingin diserahkan itu mempunyai pelbagai kesilapan ejaan yang ketara dan paling teruk, ia tidak ditandatangani sehinggalah ditegur oleh Pegawai Khas Menteri. Itu memorandum.

Tapi itu bukan isunya lagi. Persoalan yang perlu kita tanya kepada puak-puak penjilat Anwar Ibrahim sekarang ialah, adakah selama ini pembangkang tidak pernah campur tangan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran, akademik dan politik kampus?

Apa cerita dengan UNISEL, KUIS dan KUIN? Semua IPT ini adalah milik penuh kerajaan negeri yang kini di bawah pentadbiran pembangkang seperti di Selangor dan Kedah. Itu belum cakap tentang kolej-kolej yang ditubuhkan selepas DAP menguasai Pulau Pinang seperti Han Jian, New Era dan Southern

Kalau pembangkang di Malaysia benar-benar telus dan menghormati institusi pengajian tinggi negara, kenapa juga mereka beriya-iya sangat mahu AUKU dimansuhkan? Slogan Hidup!! Hidup!! itu dari mana pula datangnya kalau bukan daripada pembangkang sendiri? Dalam setiap ceramah dan demonstrasi, slogan Hidup!! Hidup!! inilah yang dijeritkan. Budaya siapakah ini? Mahasiswa atau pembangkang?

Jadi berhentilah daripada terus menjadi pencacai pembangkang. SB akan buat pendedahan-pendedahan susulan bagi membuktikan kewujudan campur tangan melampau pembangkang dalam politik kampus di negara ini. Anwar Ibrahim adalah orang yang perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam semua ini.

Tropicana.

BS 24.

B50.

Ada apa dengan nama-nama ini? Nama atau operasi, kita tunggu.

Sunday, 17 June 2012

SEMBANG PAK ZAD : BILA WARLORD BN PENANG MULA MENYERANG LIM GUAN ENG!!


Apabila Teng Chang Yeow ( TCY) berkata " I have a vision for developing Penang "( NST 10 June 2012),sudah tentunya kenyataan ini menjadi satu ancaman kepada Guan Eng dan para strategist DAP. Lebih-lebih lagi ia adalah satu kenyataan daripada Pengerusi Barisan National Pulau Pinang yang baru saja dilantik oleh Dato Seri Najib. Maknanya Teng telah menawarkan satu lagi " offer" baru kepada rakyat Pulau Pinang sebagai " counter offer "kepada apa yang di tawarkan oleh Kerajaan Guan Eng.

Inilah yang memeningkan kepala Guan Eng Dan para strategist DAP, sebagai Kerajaan Negeri sepatutnya Guan Eng yang membuat offer " that DAP have a vision for developing Penang ". Tetapi ini belum dilakukan oleh Guan Eng Dan DAP kerana itu Teng ( TCY) mengatakan " ...but obviously they have not come up with anything after four years" dan yang lebih parah lagi kata Teng (TCY)" The direction of the state is actually aimless. They don't have any policy or blueprint for Penang". Ini adalah satu pandangan " provokasi" Teng (TCY) dan BN kepada Guan Eng Dan DAP. Berdasarkan itu lah Guan Eng dan para strategist DAP terpaksa mengunakan strategi " blaming " , dengan menyatakan " everything that has gone wrong for Penang was caused by previous state goverment". Ini satu cara para strategist DAP cuba untuk melarikan diri daripada provokasi yang di buat oleh Teng ( TCY) dan ini juga cara nya para strategist DAP untuk melawan strategi dengan BN dengan mengunakan kaedah membentuk " perception " di minda pengundi Dan rakyat Pulau Pinang.

Tetapi pada kali ini Teng (TCY), lebih bijak dalam melawan strategi provokasi Guan Eng Dan para strategist DAP iaitu mengunakan strategi mencabar Guan Eng melalui " fighting PR policy to policy instead of harpening on the pact failure"( The Malaysia Insider 27/5/2012). Makna nya Teng (TCY) dan BN mahu berperang strategi secara bersemuka Dari depan  " face to face ". Bagi Teng (TCY) " his strategy was to extol BN abilities instead of focus on PR weaknesses ..." Teng(TCY) mahu BN tunjukkan kepada pengundi bahawa polisi atau dasar BN sentiasa lebih baik dari PR. Pendekatan ini sudah tentu akan memberikan satu impak yang tinggi kepada strategi Guan Eng dan para strategist DAP dalam agenda untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak hairan sejak Teng(TCY) dilantik memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang , beliau telah di serang oleh DAP untuk mencemarnya seperti katanya " it's shows how concerned they have become with what I want to do for Penang that they are having almost daily press conferences attacking me ". Jelas Guan Eng Dan para strategist DAP telah mengunakan strategi " mencemarkan imej " Teng Dan seterusnya membina persepsi negatif dalam hati pengundi terhadap Teng. Apakah Guan Eng Dan para strategist DAP berjaya ? Ini satu soalan yang tidak mudah untuk mendapatkannya. Tetapi daripada kenyataan Teng yang juga menyedari bahawa " people are now assesing us,how we are going to be better than the PR goverment,what could we offer to them ", Teng boleh memberi satu tamparan hebat kepada DAP terutamanya dalam persaingan untuk mendapat undi majoriti Cina.

Dengan minda " I have a vision for developing Penang" Dan dengan semangat " its a battle that we need to fight with competence,good strategy and detailed war plan ", pastinya Teng dan para strategist BN sudah bersedia untuk berperang dalam PRU 13 dengan Guan Eng dan para strategist DAP dan PR. Ini lah yang pastinya menakutkan Guan Eng, kerana mereka lebih bersedia untuk berperang dengan TanSri Koh daripada Teng (TCY). Kata Teng lagi " No one will go into battle without thinking of winning.Any general who has led a war will have this in mind", makna Teng sudah set kan targetnya iaitu PRU 13, Guan Eng dan DAP boleh ucapan sayonara Pulau Pinang"?. Pada Kali ini Teng telah berjaya Dalam  provokasinya kepada Guan Eng dan DAP.

Saturday, 16 June 2012

PENIPUAN BUKU JINGGA - TIADA HASRAT MANSUHKAN PTPTN

Buku Jinggay.

Pernahkah anda membaca Buku Jingga? Kalau tidak sepenuhnya pun, mungkin anda pernah membaca semuka dua. Tak Pernah? Bagus! Anda tak perlu membuang masa cuba memahami temberang-temberang yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam buku tersebut.

Salah satu kempen penting Anwar Ibrahim ketika ini ialah menawarkan pendidikan tinggi secara percuma sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru pasca PRU-13. Soalnya, benarkah janji-janjinya itu turut dimuatkan dalam Buku Jingga yang konon-kononnya adalah kitab penyelesai segala masalah di negara kita ini?

Anda jangan sesekali tersilap! Solusi sebenar yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat bukanlah memberikan pendidikan tinggi secara percuma. Malah mereka langsung tidak berniat memansuhkan PTPTN sebagaimana yang diuar-uarkan ketika ini.
Inilah permainan politik sebenar Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli si Jambu Belaan Anwar dan pemimpin-pemimpin mahasiswa pro-pembangkang seperti Adam Adli, Khalid Ismath, Syahid Zaini dan lain-lain.

Berdasarkan dokumen yang dicatatkan dalam Buku Jingga, solusi yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat ialah menawarkan pinjaman mudah tanpa faedah di samping memastikan peminjam (graduan) mendapat kerja selepas tamat pengajian. Lihat bukti di bawah.

Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti. Retorik janji Anwar.

Hal ini dinyatakan secara jelas dalam komponen Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti yang kononnya mahu menyegerakan pelan pemulihan krisis kredibiliti dan mutu pendidikan tertiari tempatan.

Ironinya, segala perancangan yang ditulis oleh thinker Anwar itu telah pun difikirkan, dan dilaksanakan oleh kerajaan hari ini. Buktinya, pemansuhan kadar faedah 3 % yang dikenakan oleh PTPTN ketika Anwar masih lagi menjadi anggota kabinet telah pun dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ditukar kepada sistem upah atau ujrah dengan kadar 1% baru-baru ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, gesaan menurunkan kadar faedah sebelum ditukar kepada sistem ujrah ini telah dibuat oleh pimpinan Aspirasi Mahasiswa bermula sidang 2008/09 lagi. Anehnya, mereka tidak perlu pun berdemonstrasi secara liar di Dataran Merdeka.

Kaedah yang digunakan pula lebih kepada jalan diplomasi dan perbincangan secara bijaksana dan konsisten dengan pihak-pihak yang terbabit. Bukannya mengheret seluruh anggotan masyarakat ke jalanan seperti yang dilakukan oleh Adam Adli, Khalid Ismath dan Syahid Zaini pada 14 April 2012 yang lalu.

Sungguh kasihan. Kumpulan mahasiswa begini begitu mudah ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli si Jambu Belaan Anwar itu.


KENAPA MAT SABU DITEMPELAK PELAJAR USIM??

Dua hari lepas SB terima kiriman emel dari seorang pembaca dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Kiriman emel itu berupa sekeping gambar printscreen berserta sedikit penerangan berkenaan kenyataan salah seorang pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu terhadap pemimpin agung Syiah Iran, Ayatollah Khomeini.

Pelajar berkenaan dikatakan salah seorang penyokong kuat PAS yang teguh prinsip Islaminya. Lantaran itulah beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Walaupun mungkin tidak meninggalkan apa-apa impak kepada PAS, namun pelajar terbabit ternyata berani menegur pimpinan pusat parti Islam terbesar itu. Lihat prinstscreen tersebut di bawah.

Pelajar USIM yang kesal dengan sokongan Mat Sabu terhadap Imam Agung Syiah Iran.

Mat Sabu sememangnya diketahui amat menyanjung tinggi ketokohan Imam Syiah tersebut. Dalam data profilnya yang dimuatnaik dalam website peribadi Timbalan Presiden PAS itu, Mat Sabu secara terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya dalam perjuangan Islam walaupun mengetahui kesesatan akidah Syiah. Lihat bukti di bawah.

Kenyataan dalam profil Mat Sabu yang dimuatnaik dalam website Timbalan Presiden PAS itu secara
terbuka melabelkan Ayatollah Khomeini sebagai idolanya. 


Selain itu, Mat Sabu juga beberapa kali secara terbuka, mengulangi kekagumannya terhadap Ayatollah Khomeini terutamanya ketika bercemarah di pentas PAS. 

Harakahdaily juga pernah menyiarkan kenyataan Mat Sabu yang mengagumi usaha Ayatollah Khomeini mengagih-agihkan hadiah kepada penganut Kristian ketika sambutan Hari Krismas di Iran. Lihat bukti di bawah.

Petikan foto dari blogger Pena Minang. Mat Sabu kagum berlebih-lebihan terhadap Ayatolah
Khomeini walaupun tahu Syiah itu sesat.

Walaupun bagi sesetengah pihak ia sesuatu yang bersifat diplomatik, namun tindakan Imam Agung Syiah itu sebenarnya telah menyanggahi prinsip-prinsip akidah Islamiah. 

Ironinya, Syiah bukanlah satu cabang mazhab Islam tetapi ia lebih kepada satu bentuk agama baru mengikut pandangan jumhur ulamak. Jadi kenapa Mat Sabu boleh meletakkan individu yang tidak sepatutnya sebagai idola dalam perjuangannya di negara ini? Klik SINI untuk memuaturun fail fatwa yang mengharamkan Syiah.

Mungkin itulah yang bermain di hati dan fikiran pelajar USIM berkenaan. Justeru tidak hairanlah jika beliau sendiri mengharapkan Mat Sabu tidak dipilih lagi sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar akan datang. 

Kepada ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) di seluruh negara, adakah anda redha dengan hal ini? Buktikan kebebasan bersuara yang anda laung-laungkan selama ini!

Friday, 15 June 2012

GILIRAN HAZIQ HINA SULTAN JOHOR. SIAPA HAZIQ?

Haziq Abd Aziz, pelajar UM mengherdik Sultan Johor secara terbuka.

Siapa Haziq? Nama pelajar ini muncul seangkatan dengan kemunculan Adam Adli, Khalid Ismath, Syukri Razab dan lain-lain ketika negara dikejutkan dengan tindakan biadap mereka menurunkan bendera Dato Seri Najib di PWTC tahun lepas.

Haziq juga salah seorang pimpinan dalam Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang dinaungi PKR dan PSM, sama seperti Khalid Ismath Syiah.

Baru-baru ini Haziq dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester bermula September ini di samping dua lagi aktivis mahasiswa Universiti Malaya iaitu Safwan Anang dan Syahid Zaini susulan penglibatan mereka dalam demonstrasi liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012.

Namun begitu populariti anak muda ini kelihatan sedikit ketinggalan berbanding Adam Adli dan Khalid Ismath. Menurut sumber dalaman kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dianggotai oleh pertubuhan-pertubuhan aktivis mahasiswa haluan kiri ini, Haziq dikatakan mempunyai masalah dengan Adam Adli tetapi lebih condong kepada Safwan Anang yang ketika ini ialah Pengerusi SMM.

Konflik dalaman ini semakin ketara selepas SMM mengumumkan hasrat untuk menyertai PRU 13 atas tiket Pakatan Rakyat di mana Adam Adli adalah calon popular dalam kalangan pimpinan PKR berbanding Haziq dan Safwan serta Khalid Ismath.

Justeru tidak mengejutkan dalam situasi ini, masing-masing berusaha menonjolkan diri termasuk mencetuskan apa-apa sahaja kontroversi seperti yang dilakukan oleh Khalid Ismath dan Adam Adli sebelum ini supaya mendapat perhatian tambahan daripada pimpinan Pakatan Rakyat.

Ironinya, kekuatan SMM sendiri amat boleh dipertikaikan. Walaupun menggelarkan diri mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), hakikatnya kumpulan aktivis mahasiswa ini bukanlah pilihan dalam kalangan majoriti penuntut universiti di negara ini.

Sebagai contoh, warga UiTM sendiri sebulat suara menolak Khalid Ismath susulan tindakan-tindakannya yang telah banyak menyusahkan dan memalukan UiTM selama ini. Klik SINI.

Pun begitu Haziq kelihatan agak bodoh apabila mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Sultan Johor membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1, mengulangi tindakan sama yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Nizar bin Jamaluddin baru-baru ini.

Tindakan Haziq itu dilihat bakal mencetuskan polemik dan kebencian baru rakyat Johor terhadap Pakatan Rakyat dan golongan mahasiswa amnya sekali gus menggugat peluang pembangkang di Johor dalam PRU 13 kelak.

KHALID ISMATH UBAH PENDIRIAN??

13 Jun 2012, Khalid Ismath, pelajar UiTM yang digantung pengajian selama 3 semester atas tiga kesalahan berbeza tampil dengan kenyataan akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya itu.


Kenyataan terbarunya ini ibarat menjilat kembali ludah yang telah dilemparkan. Selepas dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib UiTM yang bersidang pada minggu lepas, Khalid Ismath menyatakan tidak akan membuat rayuan kerana Akta 174 yang digunapakai dalam prosiding tersebut adalah terlalu jijik bagi dirinya.

Namun selepas ditawarkan pelbagai bantuan termasuk khidmat guaman dan kewangan oleh Kerajaan PKR Selangor, akhirnya Khalid menukar pendiriannya itu.

Khalid Ismath yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang bernaung di bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut akan mencabar keputusan Jawatankuasa Tatatertib UiTM dengan bantuan peguam-peguam yang akan diupah oleh Kerajaan PKR Selangor kelak.

Apa yang menarik dalam perkembangan terbaru ini ialah tindakan putar belit Khalid sendiri yang mendakwa beliau dikenakan hukuman kerana menyertai demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu.

Benarkah seperti yang didakwa? Berdasarkan surat pertuduhan yang dikeluarkan oleh UiTM ke atasnya, tidak ada satu pun daripada ketiga-tiga kesalahan yang dinyatakan menyentuh tentang penyertaannya dalam demonstrasi BERSIH 3.0 itu. Rujuk SINI.

Tiga pertuduhan itu ialah : Kegagalan menghadiri kuliah, tutorial dan ujian dalaman universiti, Mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman iaitu bersetuju sekiranya seluruh anggota polis dibunuh susulan Rusuhan 28 April/BERSIH 3.0, Bertindak liar dan tidak sopan ketika demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di sekitar Dataran Merdeka termasuk menghasut orang ramai bertindak ganas.

Jika dilihat dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut, jelas sekali keputusan oleh Jawatankuasa Tatatertib UiTM adalah berasas. Walaupun Khalid berhak membuat rayuan tetapi beliau tidak sepatutnya berterusan memburukkan institusi pengajiannya itu, apatah lagi mengheret kes ini ke dalam kancah politik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pembangkang.

Thursday, 14 June 2012

VIDEO JAHAT DAP

4 Jun 2012, sebuah video telah dimuat naik oleh DAP di youtube yang cuba memaparkan sisi positif Rusuhan 28 April atau lebih dikenali sebagai BERSIH 3.0 dengan menghalakan sepenuhnya peluru ke arah Barisan Nasional khususnya Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak. Lihat video di bawah.


Video ini telah disunting dengan begitu 'sempurna' sehingga tidak kelihatan langsung sisi hitam di sebalik Rusuhan 28 April itu.

Susulan penyiaran video ini, Ahli Parlimen Bayan Baru yang juga bekas ahli PKR, Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim  menyatakan rasa terkejutnya kerana DAP bertindak sedemikian rupa hanya untuk memburukkan pihak POLIS dan kerajaan Barisan Nasional.

Malah menurut beliau lagi, video tersebut juga memaparkan secara jelas tindakan memanipulasi golongan kanak-kanak sepanjang siri demonstrasi BERSIH diadakan membabitkan siri 1, 2 dan 3 oleh Pakatan Rakyat.

SB juga terkejut kerana sepanjang 15:51 minit durasi video ini, langsung tidak ditayangkan 'keganasan' yang dilakukan oleh para 'perusuh' ke atas harta benda awam dan anggota keselamatan yang bertugas pada hari kejadian.

Inilah sikap terkutuk DAP yang sebenar. Mereka hanya menangguk di air keruh. Ketika demonstrasi tersebut diadakan, berapa keratkah ahli DAP yang turun 'bertempur' di barisan hadapan? Berapa ramai ahli DAP yang cedera atau menjadi mangsa 'keganasan' POLIS seperti yang didakwa?

DAP sebagai sebuah parti cauvanist ultra-kiasu hanya bergembira apabila melihat orang Melayu bergaduh sesama sendiri. DAP hanya mahukan orang Melayu berperang kerana dengan cara itu sahajalah mereka dapat menguasai tanah berdaulat ini dengan lebih cepat.


Psssttt..  Ingat semua, hanya di Malaysia sahaja orang Melayu diberikan keistimewaan oleh Allah SWT untuk memimpin salah satu bangsa terbesar di dunia iaitu Cina. Ia satu hakikat yang amat sukar ditelan sebenarnya oleh ultra-kiasu ini. Justeru kerana itulah mereka tidak akan berdiam diri selagi kedudukan kuasa dan politik orang Melayu ini tidak dilenyapkan!

ISU HAJI : TUAN IBRAHIM PUNYA ASAS KUKUH

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tanpa berselindung, SB akui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru jemaah menangguhkan pemergian ke Mekah jika PRU 13 diadakan pada musim haji, ada asasnya.

Kenyataan yang dikeluarkannya itu bagi SB, bersifat umum dan hanya pandangan peribadinya sahaja. Tuan Ibrahim tidak mengarahkan atau mewajibkan jemaah menangguhkan hasrat mereka itu.

Namun, dalam situasi ketidaktentuan tarikh PRU 13 ketika ini, jemaah Malaysia tentu sekali berbelah bagi. Seperti kata Tuan Ibrahim, ada antara jemaah itu bakal menjadi calon, ketua jentera, tenaga penggerak jentera dan paling penting, hak mereka sebagai pengundi yang sah perlu diambil kira.

Dalam situasi ini, hukum memilih kerajaan sebenarnya lebih utama dan perlu diutamakan kerana ia sudah menjadi tanggungjawab umat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik.

Justeru isu ini tidak wajar dipolitikkan lagi. Setiap umat Islam wajib memahami keperluan dalam mengerjakan setiap tuntutan yang diperintahkan ke atas kita.

Hanya ada satu sahaja cara bagi mengendurkan polemik ini iaitu jaminan daripada Perdana Menteri sendiri bahawa PRU 13 tidak akan diadakan pada musim haji yang akan datang seperti yang dituntut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man itu.

Soalnya sekarang bersediakah Dato’ Seri Najib mengumumkannya lebih awal? 

GEMPAR!!! 16 BULAN MESIR MENGHANTAR MESEJ KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Enam belas bulan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan rakyat, masa depan politik Mesir masih bergelut dengan kes mahkamah dan perbalahan terbuka antara calon.
Keadaan itu mungkin menyebabkan Parlimen Mesir yang baru dilantik dibubarkan, pilihan raya presiden tidak akan diteruskan manakala Perlembagaan baru negara itu tidak dapat dirangka.
Cara masalah ini diatasi akan menentukan sama ada pemerintahan tentera akan berakhir 1 Julai depan atau Mesir kembali kepada keadaan asal dengan ketegangan dan pertumpahan darah baru.
“Keputusan mahkamah akan meningkatkan sejuta persoalan. Apa yang kita lihat sekarang ialah kekalutan politik,” kata Ahli Perundangan Ikhwanul Muslimin, Sobhi Saleh, pergerakan yang berdepan kehilangan besar jika Parlimen dibubarkan.
Gabungan antara masalah politik dan undang-undang berlaku tidak sampai dua minggu menjelang pilihan raya pusingan kedua antara Ahmad Shafiq dan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, pada 16 dan 17 Jun ini. Pemenang akan diisytiharkan pada 21 Jun.

Morsi dan Shafiq adalah dua calon yang menduduki dua tempat teratas daripada 13 calon dalam pilihan raya pusingan pertama bulan lalu. Rakyat Mesir yang tinggal di luar negara sudah mula mengundi dalam pusingan kedua ini.
Bagaimanapun, bilangan aktivis yang semakin ramai mendesak pilihan raya dibatalkan keseluruhannya, merosakkan prospek sama ada calon Ikhwanul Muslimin atau penyokong setia rejim lama untuk mentadbir Mesir. Bekas ketua agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei, yang juga pemimpin pembaharuan negara itu salah seorang daripadanya.
“Rakyat Mesir tidak bersedia untuk pilihan raya dan mereka akan berpecah-belah. Pilihan raya perlu menjadi pentas akhir demokrasi, yang belum kita miliki,” katanya kepada wartawan Selasa lalu.
Dua hari sebelum pilihan raya, Mahkamah Agung Perlembagaan, akan mempertimbangkan dua kes yang berpotensi menjadikan semuanya kucar-kacir sekali lagi.
Dalam satu kes, ia menilai semula keputusan mahkamah rendah mengenai undang-undang menganjurkan pilihan raya Parlimen lewat tahun lalu tidak mematuhi Perlembagaan. Jika mahkamah bersetuju, perundangan sedia ada yang menyaksikan Ikhwanul Muslimin menguasai hampir separuh kerusi akan dibubarkan dan rakyat Mesir perlu kembali mengundi untuk memilih Parlimen baru.
Kes lain ialah sama ada Shafiq boleh terus bertanding atau tidak. Mahkamah akan mengeluarkan keputusan mengenai kesahihan undang-undang pengecualian politik yang diluluskan Parlimen melarang ramai tokoh rejim lama daripada bertanding dalam pilihan raya. Jika ia menyokong undang-undang itu, Shafiq terpaksa menarik diri dan pilihan raya presiden terpaksa dimulakan sekali lagi.
Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tahrir minggu ini menuntut undang-undang itu digubal untuk menyingkirkan Shafiq.
Peralihan untuk pemerintahan demokratik di Mesir memang bergelora sejak jeneral tentera, diketuai Menteri Pertahanan Mesir zaman Mubarak selama 20 tahun, mengambil alih tampuk pemerintahan daripada presiden yang disingkirkan itu Februari tahun lalu – AFP

Wednesday, 13 June 2012

APA PRO-M BUAT DI MARKAS UTAN KAYU, INDONESIA?

Utan Kayu Markas Lahirkan "Gerila" Anwar?
Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan ‘gerila’ sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan ‘seperguruan’ dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan ‘gerila’ buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.
Malaysia Harini difahamkan bahawa Anwar mengarahkan anak didiknya mengaburi mata barisan muda, kebanyakan mahasiswa meraih pengalaman menerusi kursus yang dianjurkan beliau di Komunitas Utan Kayu selama enam bulan hingga setahun.
Modus Operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk diperlajari supaya mudah menjadi ‘perisik’ atau ‘agen’ apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam.
Markas Komunitas Utan Kayu di Indonesia

“Sebab itu, tidak pelik mengapa banyak sangat rahsia kerajaan diperolehi dengan mudah oleh Anwar. Dikatakan ada sebilangan besar kakitangan awam pernah mendapat didikan di Utan Kayu. Semua ini dibuat untuk kepentingan Anwar.
“Mungkin di Utan Kayu, cara pengendaliannya adalah untuk membawa masuk perkara baru dalam minda barisan muda yang sentiasa mahu memberontak dan tidak puas hati.
“Mungkin di sana, ia adalah amalan biasa tetapi Anwar ada agenda sendiri dan jadikan Komunitas Utan Kayu ini sebagai medan untuk kepentingan beliau. Sebab itu, putar belit Anwar sentiasa mendapat tempat di hati pemimpin luar negara,” kata sumber kepada Malaysia Harini baru-baru ini.
Komunitas Utan Kayu yang berpaksikan yang berpaksikan kepada kebebasan berfikir dan berinteraksi, iaitu kebudayaan dan pemikiran saling selari dikatakan diwujudkan beberapa wartawan Majalah Tempo, Editor dan Detik serta cendekiawan Indonesia.
Difahamkan, Komunitas berkenaan dipelopori Pengarang Tempo, Goenawan Mohamad; Pengarang Suara Pembaruan, Aristides Katoppo; Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi; wartawan kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya; Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain.
Seiring dengan itu, pemimpin Komunitas Utan Kayu turut menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) sebagai sayap politik. Kegiatannya berupa penerbitan buku politik dan membangungkan jaringan wartawan alternatif.
ISAI juga menyeleggarakan pelbagai latihan bagi mahasiswa bidang komunikasi untuk pergerakan pro-demokrasi. Ketika rejim Presiden Soeharto runtuh dan gerbang kemerdekaan kewartawanan mulai terbuka, ISAI mempraktikkan sebuah Rumah Produksi Berita Radio yang dikenali sebagai Kantor Berita Radio 68H (seperti alamat Komunitas Utan Kayu di Jakarta timur).
Khalid Ismath ketika berucap di pentas PKR.

Menurut sumber itu lagi, kebanyakan mereka yang mendapat latihan diasuh dengan fahaman liberal, termasuk pelbagai bidang kebudayaan dan keagamaan.
“Ia satu perkara yang dibimbangi mampu menggugat kesejahteraan rakyat negara ini dengan fahaman liberal mereka, terutama Anwar yang amat tegar dalam Islam Liberalnya. Mahu atau tidak kerajaan perlu sekat dan tangani isu ini supaya tidak menular ke Malaysia.
“Boleh dikatakan sudah ramai mahasiswa kita dibawa ke sana untuk menjadi gerila Anwar. Sudah pasti ada yang terpengaruh dan kita lihat bagaimana golongan muda kita di universiti seakan-akan melawan Kerajaan Najib kerana sokongan liberal di bawah Anwar,” katanya.
Sememangnya hubungan antara Goenawan dan Anwar tidak perlu diselindung lagi kerana mereka adalah rakan baik sejak dulu. Pengasas majalah Tempo itu mendapat bantuan khusus daripada The Asia Foundation.
The Asia Foundation itu menjadi musuh nombor satu kumpulan fundamentalis Indonesia, kerana yayasan itu adalah penaja utama Islam Liberal Indonesia. Asia Foundation dikawal Dr Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand yang juga sahabat Anwar.
Surin Pitsuwan mendapat pendidikan Barat dari Universiti Havard, merupakan muslim Thailand pertama dianggap pro Yahudi sehingga diterima sebagai felo di The Rockeffeler Fellowship Program, Harvard University dan American University, Cairo.
Atas sikap pro Yahudi ini, maka tidak hairan, Surin Pitsuwan dipilih sebagai Ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation pada 2003. Di rantau Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, peranan Asia Foundation sangat kontroversi, kerana berusaha memecah-belahkan Islam dengan menaja satu fahaman Islam Pro Barat yang dikenali Islam Liberal.
Di Indonesia, Surin Pitsuwan pilih Goenawan sebagai rakan kongsi, manakala di Malaysia, dia memilih Anwar. Dengan bantuan dana, Goenawan menubuhkan Komunitas Utan Kayu (Pusat Islam Liberal dan LGBT).
Andai kata, kedua-dua tokoh itu tidak mengenali, apakah agenda sebenar Goenawan menjemput Anwar berucap di Komunitas Salihara? Sebab itu hampir sama dengan faktor Goenawan mempelawa Aminah Wadud (tokoh Islam Liberal yang menjadi Imam Solat Jumaat di Amerika Syarikat) berucap di Komunitas itu pada 2009.
Bukan setakat Goenawan memuja Aminah Wadud, malah Anwar juga terpengaruh. Ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau melantik Aminah Wadud menjadi tenaga pensyarah di universiti itu dari 1989 hingga 1993.
Goenawan juga dipilih sebagai ketua kepada perkumpulan Islam Liberal Indonesia yang dikenali sebagai AKKB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan) yang menghimpunkan semua tokoh Islam Liberal berlainan fraksi iaitu Allahyarham Gus Dur (bekas Presiden Indonesia), Adnan Buyung Nasution, Syafei Anwar, Musdah Mulia, Azyumardi Azra dan Ulil Abshar Abdalla.
Selain pengasas Majalah Tempo yang menjadi medan untuk mempromosi Islam Liberal Indonesia, Goenawan juga giat mempromosi hak asasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) melalui yayasannya, yang dikenali Lontar Foundation dan Tifa Foundation.
Ayu Utami tenaga penggerak Komunitas Salihara adalah aktivis LGBT Indonesia, manakala seorang lagi Tenaga Komunitas Salihara, Mohamad Guntur Romli adalah aktivis penulis Islam Liberal Indonesi yang turut menghalalkan aktiviti LGBT.
Ening Nurjanah salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem D (Festival Filem Queer atau Festival File Gay Indonesia) yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada 2007 sehingga kini.
Musdah Mulia, tokoh yang menghalal aktiviti homoseksual juga merupakan tetamu Kominiti Salihara dan Aminah Wadud juga tokoh tamu Komuniti Salihara. Pada 2011, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Q yang dibantah keras organisasi Islam Indonesia.
Komunitas Salihara juga adalah pusat pembelaan LGBT Indonesia, iaitu tempat pertemuan dan mengadakan perbincangan LGBT bagi memahamkan rakyat Indonesia menerima perlakuan seksual songsang golongan minoriti itu.
Bermakna prinsip kebebasan yang diperjuangkan oleh Komunitas Salihara merangkumi kebebasan beragama (freedom of religion/conscience) seperti yang diperjuangkan Jaringan Islam Liberal (JIL) dengan mengeksploitasi ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan aktiviti homoseksual dan LGBT.
Oleh itu, tidak menghairankan pada 2006, Goenawan mendapat penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel. Akhbar Israel, Haaretz melaporkan Goenawan turut diberi hadiah wang AS$250 ribu di atas penghargaan itu
Seorang lagi rakan Anwar di Komunitas Utan Kayu ialah Ulil Absar Abdalla yang diberi tanggungjawab sebagai Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia).
Di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang ddiasaskan oleh Goenawan. Ulil Absar adalah salah seorang staf ISAI.
Kini Ulil Absar mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada 2001, dia mendapat sokonmgan penuh daripada Goenawan. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi.
Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung 100 peratus kepada sokongan padu Goenawan, tanpa Goenawan, Ulil Absar dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini.
Buat masa ini, Ulil Absar adalah Pengararh ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia ynag ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan kebebasan dalam Islam.
Oleh itu, menurut sumber, apa yang dipraktikkan Anwar bersama rakan-rakannya di Indonesia adalah satu perkara yang perlu ditangani segera kerana sudah ramai mahasiswa dan barisan muda negara diberi pendedahan yang amat buruk untuk kerajaan pimpinan Najib.
Justeru, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau perjalanan keluar masuk mahasiswa ke Indonesia terutamanya mereka yang ingin melawat Utan kayu kerana bimbang itulah agenda yang dibawa Anwar untuk menanamkan sikap benci mereka kepada kerajaan.
“Islam Liberal tidak sesuai di Malaysia apatah lagi perkara yang menjadi intipati Anwar menghalalkan apa yang diharamkan agama Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah perlu disekat.
“Saya memohon KDN pantau pergerakan mereka yang mahu ke Utan Kayu demi memastikan mahasiswa kita tidak terjerat dengan nafsu serakah Anwar,” katanya.
Petikan diambil dari akhbar Malaysia Harini yang disediakan oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof pada Edisi : 05 bertarikh 11-25 Jun 2012.

Tuesday, 12 June 2012

ORANG ANWAR BAKAL DILANTIK JADI KETUA SETIAUSAHA NEGARA YANG BARU??

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan.

Angin bertiup kencang. Beberapa nama telah dikenalpasti bakal menggantikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Sekurang-kurangnya lima nama disenarairingkaskan. Siapa mereka? Klik PTD-KOKAK untuk info lebih tepat dan jelas!

BUKTI MAHASISWA UiTM TOLAK KHALID ISMATH DAN SMM

10 Jun 2012, Tukang Cakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mengeluarkan kenyataan kononnya hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas Khalid Ismath, pelajar jurusan perundangan UiTM Shah Alam Tahun 2, sebagai usaha terancang UMNO untuk mendiamkan pelajar tersebut daripada terus bersuara.

Tinjauan SB sebelum itu iaitu pada hari perbicaraan ke atas Khalid di UiTM Shah Alam sendiri, rata-rata pelajar UiTM yang lain tidak kenal langsung siapa Khalid Ismath. Malah, mereka langsung tidak tahu pada hari tersebut diadakan prosiding tatatertib ke atas Khalid.

Hal ini sama sekali menyanggahi dakwaan Edikoup kononnya Khalid Ismath mempunyai pengaruh besar di IPTA milik penuh kerajaan itu. 

Kiriman emel yang SB terima semalam juga membuktikan perkara sebenar yang berlaku di UiTM Shah Alam membabitkan individu bernama Khalid Ismath ini. Lihat gambar-gambar di bawah :








Kain-kain rentang yang dinaikkan ini mengingatkan SB pada peristiwa yang hampir sama pada minggu peperiksaan semester lepas. Khalid Ismath jugalah orangnya yang menjadi sasaran. Kalau benar Khalid Ismath disanjung di UiTM, kenapa ada banner yang mengecamnya sebegini rupa?

ULAMAK SEPAKAT TEGUR NIK AZIZ??

Monday, 11 June 2012

VIDEO PENUH - KENALI ULAMAK DAN ULAR DALAM SEMAK

#AntiSemuaSalahUMNO ERDIKOUP TUKANG CAKAP ATAU TUKANG KARUT?


Khalid Ismath di pentas PKR.

Seperti dijangka, hukuman penggantungan tiga semester yang dikenakan ke atas Khalid Ismath akan disambut dengan skrip biasa oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Mereka akan menyalahkan UMNO walaupun sudah terang-terang mereka sendiri yang melakukan kesalahan.

Seperti yang tersebar luas sebelum ini, Khalid Ismath menghadapi tiga pertuduhan berbeza yang semuanya berpunca daripada dirinya sendiri. Lihat di bawah.

Klik imej untuk paparan lebih jelas| Surat pertuduhan ke atas Khalid Ismath.

Klik imej untuk paparan lebih jelas| Surat pertuduhan ke atas Khalid Ismath.

Klik imej untuk paparan lebih jelas| Surat pertuduhan ke atas Khalid Ismath.

Justeru apabila jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto, mengeluarkan kenyataannya bahawa hukuman yang dikenakan oleh jawatankuasa tatatertib UiTM ke atas Khalid Ismath sebagai usaha terancang UMNO untuk menghapuskan suara mahasiswa pro-Anwar di UiTM, maka SB fikir ia satu lagi perang persepsi terbaru kumpulan mahasiswa tersebut untuk memburukkan parti keramat orang Melayu itu.

Tiga soalan mudah kepada tukang cakap Pro-Mahasiswa Nasional, Saudara Edikoup. Siapa yang arahkan Khalid ponteng kuliah, tutorial, ujian, kuiz sehingga dihalang mengambil peperiksaan? UMNO atau dirinya sendiri?

Siapa yang arahkan Khalid berdemonstrasi pada 14 April 2012 dan berkhemah di Dataran Merdeka? UMNO atau PKR? Berdemo sahaja tak apa lagi, tapi sampai terpekik terlolong memaki hamun pemimpin negara dengan biadap dan berkhemah tanpa kebenaran di tempat awam, itu pun masih dianggap hak asasi dan kebebasan bersuarakah?

Siapa yang arahkan Khalid keluarkan ugutan bunuh ke atas anggota polis Malaysia di dinding Facebooknya? UMNO jugakah?

Jika semua kesalahan ini dianggap mulia dan dipandang tinggi oleh Pro-Mahasiswa Nasional, maka memang ada yang tak kenalah dengan mereka ini.

Bagi SB, yang salah tetap salah. Jika ia sudah termaktub dalam perlembagaan maka kita kena hormat. Sesiapa pun yang buat salah di negara yang berperlembagaan seperti Malaysia ini tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk Khalid Ismath sendiri.

Jadi terima sahajalah keputusan tatatertib itu.  

SB : Jika marahkan UMNO sekali pun, salurkanlah secara betul dan bijaksana. Barulah layak digelar mahasiswa!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar