Pages

Wednesday 29 August 2012

HUDUD DAN HIPOKRASI PAS

Sesuai dengan judul yang diberikan, sengaja SB tampilkan video di bawah untuk tatapan kita semua. SB fikir ia bertepatan dengan isu Hudud yang kembali panas akhir-akhir ini. 


Di Acheh, Hudud dilaksanakan sebagai hukuman, bukan untuk berpolitik. Ia dijalankan selepas usaha tarbiyah dan pencegahan dilakukan terlebih dahulu. 

Dalam konteks negara kita, kefahaman umat terhadap perlaksanaan hukum Had yang terkandung di dalam al-Quran ini sebenarnya masih terlalu rendah, bahkan yang mengaji dan memahami isu kandungan al-Quran itu sendiri boleh dikatakan terlalu kecil bilangannya.

Justeru bagaimana ia boleh ditegakkan jika umat Islam sendiri gagal memahami hikmah hukum Allah ini? Bagaimana pula dengan orang bukan Islam?

Lantaran itu SB amat-amat teruja dengan usaha ILMU yang akan membuat tour bagi menjelaskan hukum-hakam di dalam al-Quran ini kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, bukan semata-mata orang Islam.

Malangnya usaha ini seolah-olah tidak digemari oleh PAS yang selama ini melaung-laungkan slogan Hudud dan Negara Islam dalam setiap ceramah dan kempen pilihan raya mereka. 

Inisiatif ILMU mengirim surat rasmi kepada Menteri Besar Kelantan untuk berbincang tentang hal ini juga belum disambut dengan sapaan yang diharap-harapkan oleh sekretariat ilmuan muda tersebut. 


SHAH ALAM 28 Ogos 2012 – Surat rasmi untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihantar oleh Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), tetapi belum mendapat respon rasmi daripada Mursyidul Am Pas itu.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat tersebut dihantar berdasarkan permintaan bermuzakarah antara Pas dan Umno pada 6 Jun yang lalu.

Menurutnya, Ilmu mahu berbincang dengan Nik Abdul Aziz mengenai isu hudud dengan lebih serius dan profesional, bukan untuk bertikam lidah.

“Kita sudah hantar surat muzakarah kepada Pas dan surat tersebut diterima oleh Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Ahmad Fadhli Shaari.

“Oleh kerana surat telah dihantar untuk tujuan sama, rasanya tidak perlu surat untuk kali kedua,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya akan menulis surat jemputan secara rasmi kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk berbincang isu hukum hudud.

Pada 26 Ogos lalu, Fathul Bari mempelawa Nik Abdul Aziz berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Usaha ILMU ini sudah cukup untuk menjadi bukti awal bahawa UMNO tidak pernah menolak Hudud seperti yang digembar-gemburkan.

Sebaliknya, UMNO sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PAS kerana sedar, perlaksanaan hukum ini memerlukan gandingan bersepadu daripada orang Islam sendiri sebelum digazetkan secara sah di negara kita.

Inilah masanya untuk ulamak-ulamak PAS membuktikan keikhlasan mereka dalam membawa agenda Hudud dan Negara Islam. PAS perlu sedar, hanya dengan UMNO sahaja yang memungkinkan hasrat tersebut dapat dicapai demi kebaikan seluruh umat Islam di Malaysia. Bukan dengan PKR. Bukan dengan DAP Laknatullah!

KHAIRY JAMALUDDIN DISANGGAH TOKOH AKADEMIK

Hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mahu menubuhkan kelab penyokong di kampus-kampus IPTA seluruh negara nampaknya bakal berdepan jalan sukar. Awal-awal lagi cadangan tersebut ditentang oleh kepimpinan universiti seperti yang disiarkan dalam media semalam.  Soalnya sekarang, adakah PPUM terutamanya Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, sudah berbincang dengan pihak universiti sebelum membuat keputusan ini?


Prof. Adnan Hussein
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Penubuhan Kelab Penyokong UMNO di institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan langkah kurang tepat kerana ia akan membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Adnan Husseinberkata, ia bukan sahaja akan menjejaskan suasana seimbang di kampus malah, pada masa sama bertentangan dengan perkara asas dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

"Berdasarkan pindaan AUKU, politik kepartian tidak boleh dibawa ke dalam kampus.

"Sekiranya kelab itu ditubuhkan, saya yakin lebih banyak perkara negatif akan timbul kerana ia seolah-olah memberi peluang kepada parti-parti politik lain untuk turut sama menjadikan kampus sebagai medan politik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di setiap IPT sebagai langkah proaktif mendampingi golongan penuntut sekali gus meraih sokongan mereka terhadap parti.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata, cadangan penubuhan kelab tersebut perlu dikaji secara mendalam kerana ia dikhuatiri mengganggu proses pengajian mahasiswa.

"Paling dibimbangi, kehidupan dan tumpuan penuntut akan terganggu kerana agenda politik kelab itu yang lebih mengutamakan kepentingan masing-masing dan bukannya pembangunan mahasiswa.

"Apatah lagi jika wujud golongan yang taksub dan tidak boleh berfikir secara rasional dalam berpolitik, keadaan itu boleh memecahbelahkan mahasiswa selain mewujudkan suasana tidak harmoni," katanya.

Utusan.


Pihak Pemuda UMNO seharusnya mengambil maklum kebimbangan yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh dari USM dan UPSI ini.

Pindaan yang dibuat terhadap AUKU hanya membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik tetapi itu tidak bermaksud parti-parti politik boleh mengambil kesempatan ke atas mahasiswa atau mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan tertentu mereka.

Sila hormati zon intelektual kampus!

Tuesday 28 August 2012

HASSAN ALI BERCAKAP DENGAN ALLAH??

Tonton video di bawah dan fikirkan.


Pasti ramai yang akan mempertikaikan kenyataan Datuk Dr Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor ini. 

Pada peringkat awal video ini, jelas memaparkan komunikasi yang kononnya berlaku antara beliau dengan Allah SWT. Namun selepas diteliti, SB sendiri turut merasai kesungguhan dan keikhlasan perjuangan bekas pemimpin yang dipuja oleh ahli PAS ini. Dr. Hasan Ali ternyata merasai hakikat ihsan dan mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat untuk menentang gejala murtad yang sedang melanda umat Islam di Malaysia.

Semoga usaha beliau terus dibantu oleh semua pihak yang cintakan Allah SWT dan ad-din Islam. 

Monday 27 August 2012

#AntiProM KELAB TANPA DARA DI SERAMBI MEKAH

Gejala seks bebas nampaknya semakin parah menular dalam kalangan penuntut IPTA di negara kita. Ia berlaku di mana-mana saja termasuk di negeri Kelantan, sebuah negeri yang digelar Serambi Mekah dan ditadbir oleh so-called golongan Ulamak.

KELAB TANPA DARA DI KELANTAN


KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini juga media menyiarkan berita tentang kegiatan segelintir penuntut wanita yang menjual diri untuk menambahkan pendapatan.

Jual diri tambah pendapatan.

Bila timbul perkara-perkara macam ni, maka lajulah kita menunding jari kepada pihak-pihak yang dirasakan perlu dipersalahkan. Tapi bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sendiri?

Paling lucu, ada yang fikir dengan menukar kerajaan hari ini maka semua masalah ini akan selesai.

Saksikan video di bawah, fikirkan seketika.



Adakah pemerintahan Ulamak di Kelantan juga perlu ditukar sebab masalah macam ni pun berlaku di sana?

WOW!!! 100,000 HADIRI RUMAH TERBUKA NAJIB!!!


PEKAN 26 Ogos - Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini penuh dengan semangat 1Malaysia dan luar biasa apabila dihadiri lebih 100,000 rakyat daripada pelbagai kaum.

Najib Tun Razak beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, semalam.

Rumah terbuka yang bermula pukul 10 pagi dan berakhir 2 petang itu menyaksikan orang ramai daripada pelbagai kaum saling beramah mesra, selain menikmati pelbagai juadah di lebih 200 gerai yang disediakan.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhammad.
Rumah terbuka itu menyaksikan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama pemimpin kerajaan negeri dan UMNO Bahagian Pekan turun padang untuk beramah mesra dengan rakyat pelbagai lapisan.
Sambutan ‘luar biasa’ masyarakat termasuk dari luar Pahang itu menyaksikan orang ramai berpusu-pusu sejak pukul 9 pagi lagi untuk bertemu dengan pemimpin yang mereka sayangi itu walaupun majlis hanya dijadualkan bermula 10 pagi.
Malah sehingga pukul 2 petang, orang ramai masih terus memenuhi pekarangan Taman Tasik Sultan Abu Bakar, lokasi penganjuran rumah terbuka itu.
Keseluruhannya, lebih 160 usahawan tempatan terlibat menyediakan beberapa juadah istimewa seperti opor, laksa Pahang dan tidak terkecuali puding raja serta ikan patin masak tempoyak yang menjadi tumpuan orang ramai pada majlis itu.
Rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Awie Wings, Syed Sobri, DJ Dave, Hattan, Noraniza Idris dan Nasir Wahab manakala Linda Onn, Sharifah Shahira dan Lan Pet Pet bertindak sebagai pengacara majlis.
Pada majlis itu juga, Perdana Menteri bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kepada 240 bakal jemaah haji dan memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Dalam pada itu, Najib ketika berucap merakamkan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang dari dekat dan jauh termasuk sejauh Tawau, Sabah ke rumah terbuka itu.
Sebagai umat Islam kita telah menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan dengan niat untuk mendapatkan rahmat dari Allah dan jika kita telah tunaikan kewajipan kita dengan baik, maka Allah janjikan pahala dan fadilat yangg cukup besar bagi kita," katanya.
Menurut beliau, jika puasa merupakan ikatan kepada Allah, maka dalam bulan Syawal ini digalakkan untuk semua umat Islam menguatkan silaturahim, saling menghormati dan bermaafan.
Inilah istimewanya ajaran Islam. Sebagai khalifah di bumi ini kita perlu kuatkan silaturahim dan ukhuwah sesama kita barulah dapat jalankan peranan kita sebagai khalifah," katanya.
Najib dalam ucapannya juga menyifatkan rumah terbuka sepanjang Syawal yang diamalkan umat Islam di negara ini sebagai cukup istimewa.
Sebulan berpuasa, sebulan juga kita berhari raya. Rumah terbuka tak putus-putus sepanjang bulan Syawal. Ini satu keunikan di Malaysia dan yang untung selain peniaga adalah kita sendiri kerana dapat mengeratkan ukhuwah," ujarnya.
- utusan

Tuesday 14 August 2012

ADAM ADLI DIKECUALIKAN PTPTN? TAHNIAH!! KEBANGGAAN KIMAK


Tahniah diucapkan. Seramai 4,430 orang lagi graduan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman pendidikan melalui PTPTN menjadikan jumlah terkini hingga 30 Jun 2012 sebanyak 13,011 orang secara keseluruhannya.

Mereka ini tidak perlu pun berdemonstrasi siang dan malam. Apa yang dicapai oleh mereka ialah manifestasi hasrat rakyat yang bersyukur dan berusaha merebut peluang yang diberikan oleh kerajaan. 

SB yakin, tidak seorang pun yang terlibat dalam Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka berada dalam senarai 13,011 orang ini. Apatah lagi mahasiswa UPSI yang biadap si Adam Adli Tiang Bendera ni.  


Monday 13 August 2012

JIHAD MENENTANG KIMAK-KIMAK ANWAR IBRAHIM!!

10 Ogos 2012, SB menyiarkan entri khas berkenaan ahli-ahli Kelab Mahasiswa Keadilan yang lebih mesra dengan panggilan KIMAK-KIMAK ANWAR. Klik SINI. Sahabat blogger, Malaysia Bangkit, turut menghasilkan dua entri khas dengan isu yang sama. Klik SINI dan SINI. Admin Suara Baru's Channel turut menghasilkan video khas bagi memperkenalkan KIMAK-KIMAK ANWAR ini. Lihat video seperti di bawah :


Kenapa kami bersungguh-sungguh mahu mendedahkan identiti mahasiswa-mahasiswa ini? Ramai yang tidak tahu, hampir sebahagian besar yang menganggotai kelab penjilat Anwar ini terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang pernah mencetuskan pelbagai masalah dan konflik baik di universiti masing-masing atau di luar kampus hingga menyusahkan orang ramai.

KIMAK-KIMAK ANWAR ini telah berikrar akan menjelajah ke seluruh kampus bagi mempromosikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia paca PRU13. Atau lebih tepat, mereka akan berkempen untuk Anwar Ibrahim! Sasaran kempen ini akan bermula sebaik semester baru dibuka, selewat-lewatnya pertengahan September ini.

Anwar telah menyediakan dana tidak terhad kepada kelab anak ikannya ini untuk bergerak sekali gus membayangkan betapa seriusnya orang tua ini mahu memenangi hati dan minda golongan mahasiswa atas pagar di negara kita.

Jika anda rasa ini adalah ancaman, sila sebarkan. Pesan kepada anak-anak yang bakal melanjutkan pelajara agar lebih berhati-hati daripada menjadi mangsa pembohongan sesumpah politik ini yang seterusnya.

SB dan rakan-rakan akan terus membuat pembongkaran. Nantikan!

Saturday 11 August 2012

LOGO MERDEKA PAKATAN RAKYAT DISAHKAN BERUNSUR KRISTIAN?

Jarum halus kristianiti?

Kesumat politik. Itulah yang boleh disimpulkan daripada gelagat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang memboikot tema dan logo Hari Kemerdekaan ke-55 negara kita pada tahun ini.

Lantaran itu mereka menawarkan logo dan tema alternatif yang kononnya lebih disukai oleh rakyat Malaysia. Sayangnya, ramai yang tertipu dengan helah tersembunyi di sebalik logo dan tema yang dikeluarkan oleh pembangkang ini.

Apa helah yang dimaksudkan? Klik SINI.

USTAZ AZHAR IDRUS REDHA DIJADIKAN ALAT FITNAH?

Kesilapan teknikal atau SOP?

Kecoh apabila facebookers Pakatan Rakyat memainkan isu pelajar UiTM yang disaman kerana memaparkan pelekat Ustaz Azhar Idrus pada motosikalnya.

Gambar ini yang dikesan dimuatnaik oleh pengguna Facebook Ainon Mohd telah dikongsi oleh peminat-peminat pendakwah berkenaan sehingga mencetuskan perdebatan hangat sesama sendiri. 

Menariknya, berdasarkan gambar ini, kita dapat lihat dengan jelas beberapa perbezaan yang ketara seperti bentuk atau gaya tulisan tangan dan ruang profil 'pesalah' yang dibiarkan kosong. Adakah ia SOP sebenar di UiTM?

Anda fikirkan.

Menurut maklumat seorang staf keselamatan di UiTM, SB diberitahu ia bukanlah amalan biasa dalam urusan penguatkuasaan undang-undang jalan raya di universiti tersebut. 

Adakah ini cubaan terbaru cybertroopers Pakatan Rakyat menyebarkan fitnah terhadap kerajaan dengan menggunakan populariti Ustaz Azhar Idrus?

SB : Bukan peminat UAI. Maaf!

Friday 10 August 2012

PEKERJA UNISEL MENGAMUK, KUNCI PINTU MASUK

10 Ogos 2012, lebih kurang  jam 2.30 petang tadi, di pintu masuk utama UNISEL Bestari Jaya, kira-kira  50 orang pekerja Jana Niaga telah mengadakan perhimpunan bagi menuntut Kerajaan PKR Negeri Selangor membayar semua hutang Jana Niaga yang masih tertunggak.

Pekerja Jana Niaga berhimpun mendesak MB Selangor menjelaskan hutang
dan gaji yang tertunggak sebelum menyambut Aidilfitri.


Ia bagi membolehkan pekerja  menerima gaji mereka sebelum menyambut Aidilfitri hujung minggu hadapan.

Sepanduk mengutuk kepimpinan Khalid Ibrahim.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh pekerja Jana Niaga dengan kerjasama Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). Antara Sepanduk yang dipamerkan memaparkan kata-kata seperti  “Pentadbiran Zalim Politik Kotor” “Pelajar Perlukan Kediaman Kakitangan Perlukan Gaji” “Khalid Jangan Aniaya Anak Isteri Kami!”

Pintu masuk utama turut dimangga sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri.

Sementara itu wakil GPRS turut mengunci tiang penghalang pintu masuk dan keluar menggunakan mangga. Peserta himpunan mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa  dengan mereka segera bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan sebelum membuka kembali mangga tersebut.

VIDEO INI TIDAK SESUAI UNTUK AZMIN ALI


Barangkali ini iklan terbaik pernah dihasilkan di Malaysia. Anehnya juga, di negara kita ini, iklan-iklan bermutu tinggi sebegini hanya terbit ketika musim-musim tertentu seperti perayaan dan sambutan kemerdekaan.

Untuk iklan raya keluaran Syarikat Padi Beras Nasional (BERNAS) ini, SB bagi lima bintang. Penceritaan yang ingin disampaikan begitu meruntun hati hingga menitiskan air mata orang ramai termasuk SB sendiri. 

Anda tidak perlu malu  untuk menangis jika menonton iklan ini. Silakan menangis. Anda mempunyai segala sebab untuk turut merasai perjuangan dua orang anak kecil serba istimewa ini. Wajah mereka yang tenang dan ikhlas langsung tidak memaparkan kesedihan tetapi cukup membuatkan hati kita bergetar, menangis tanpa dipaksa-paksa.

Bersyukurlah jika kita masih punya ayah dan ibu. Bersyukurlah jika kita masih punya sanak saudara tempat dituju. Bersyukurlah, jika di sebalik semua itu, kita masih punya orang tersayang untuk meraikan hari lebaran. Di luar sana, terlalu ramai sebenarnya anak-anak malang seperti dalam video ini. Tetapi mereka tidak pernah mengeluh di atas kekurangan diri malah tetap cekal menghadapi kehidupan yang telah diatur untuk mereka.

KENALI KIMAK-KIMAK ANWAR IBRAHIM


Anwar Ibrahim mempunyai satu kelemahan  yang amat ketara. Ketua Pembangkang ini terlalu percaya kepada orang-orang kanannya serta terlalu mengejar kuantiti berbanding kualiti. Tapi itu belum cukup barangkali untuk mendorong Anwar lebih berhati-hati. Buktinya, baru-baru ini Anwar mengarahkan penubuhan Kelab Mahasiswa Keadilan (KIMAK) dengan mengumpul mahasiswa-mahasiswi yang memujanya sebagai bakal Perdana Menteri.

Apa masalahnya dengan KIMAK ini? Masalahnya ialah Anwar sedang mengumpul sejumlah besar pelajar yang bermasalah baik dari segi akademik mahupun sahsiah diri. Ada yang terkandas dalam pelajaran kerana terlalu sibuk ke jalanan berdemonstrasi. Ada yang dilabel anak derhaka kerana membelakangkan ayah sendiri. Ada yang digantung pelajaran kerana menentang universiti tempat mereka menuntut ilmu.

Adakah pelajar begini yang diharapkan oleh Anwar untuk memimpin masyarakat di masa hadapan? Atau Anwar sekadar membonekakan golongan cetek akal sebegini untuk kepentingan politik sempitnya semata-mata? Siapa pelajar-pelajar ini? Ayuh kenali sebahagian ahli KIMAK Anwar ini!

Khalid Ismath

Khalid Ismath, penuntut UiTM.

Ahli KIMAK ini dikesan berada ketika kelab ini ditubuhkan di HQ Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana, Damansara minggu lepas. Klik SINI.

Khalid Ismath yang dikenali mendokong Syiah telah digantung pengajian selama 3 semester oleh Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Shah Alam kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan disiplin yang serius. 

Selain gagal menghadiri kuliah, kuiz dan ujian untuk satu tempoh yang lama, Timbalan Pengerusi KAMI ini turut terlibat dalam Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012, bertindak ganas ketika Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 dan mencemarkan nama baik universiti sendiri dalam beberapa tindakan biadap sebelum itu.

Antara kebiadapannya yang paling diingati boleh dilihat seperti dalam rakaman video di bawah yang diambil oleh Krew KAPAK ketika Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.




Rakaman awal video ini mengandungi suara Khalid Ismath yang menyeru rakan-rakannya 'mengebumikan' kedua-dua pemimpin negara iaitu Perdana Menteri, DS Najib dan Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin.


Haziq Abdullah Aziz

Haziq Abdullah Aziz, penuntut Universiti Malaya.

Haziq, pelajar Universiti Malaya ini turut dikesan berada di HQ PKR ketika KIMAK dilancarkan. Pelajar ini turut menerima nasib yang sama seperti Khalid Ismath kerana digantung pengajian oleh pihak universiti atas kesalahan disiplin yang serius.

Haziq merupakan individu bertanggungjawab mengusung potret Perdana Menteri ketika Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012 di samping menggerakkan KAMI bersama Khalid Ismtah. Rujuk foto di bawah.

Haziq mengusung potret Perdana Menteri yang dikalungkan bunga malai
atau bunga kematian mengikut adat masyarakat Hindu.

Pelajar bermasalah dalam pengajian ini turut terlibat dalam insiden pergaduhan dengan penguatkuasa DBKL ketika menyuraikan perkhemahan Occupy Dataran yang dipimpin oleh Fahmi Reza, aktivis sosialis pentaksub Hishamuddin Rais, dalam kempen menuntut pendidikan percuma Pakatan Rakyat pasca Demonstrasi Liar 14 April 2012. Cerita lanjut klik SINI.

Haziq juga terlibat di barisan hadapan ketika Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 yang membawa kepada penggantungannya selama satu semester di Universiti Malaya.


Adam Adli

Adam Adli, penuntut UPSI.

Pemuda paling biadap dalam sejarah negara ini pernah dicemuh dan dicaci oleh masyarakat kerana kebodohannya bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada penghujung tahun lepas di perkarangan bangunan PWTC. Rujuk foto di bawah.

Adam Adli bersama pimpinan SMM menceroboh PWTC dan menurunkan bendera
Perdana Menteri.

Tindakannya itu kononnya bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih luas. Adam menyifatkan tindakannya sebagai simbolik suara mahasiswa indipenden tetapi ia tidak dapat diterima oleh masyarakat kerana disifatkan amat dangkal, bodoh dan tidak mencerminkan keintelektualan golongan mahasiswa di Malaysia.

Susulan tindakannya itu dan beberapa tindakan lain yang tak kurang biadapnya, Adam akhirnya digantung pengajian selama tiga semester oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam insiden lain, sekumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah bertindak merusuh di perkarangan pintu masuk utama UPSI pada malam Tahun Baru 2012 sebagai tanda protes terhadap keputusan penggantungan yang diterima oleh Adam Adli itu. Rujuk foto-foto di bawah sebagai bukti.






Safwan Anang

Safwan Anang, penuntut Universiti Malaya.

Aktivis mahasiswa pro-pembangkang ini terkenal dengan jolokan “Safwan Pagar” berikutan tindakannya memanjat pintu pagar ketika rusuhan di perkarangan pintu masuk UPSI pada malam Tahun Baru 2012 bagi memprotes hukuman yang dikenakan ke atas Adam Adli.

Safwan Anang berkahwin dengan Mastura Abu Bakar, penuntut di Universiti Malaya yang pernah ‘menggemparkan’ negara kerana didakwa diculik sehari sebelum hari pembuangan undi dalam Pilihan Raya Kampus IPT berkenaan pada 20 Februari 2011. Rujuk keratan-keratan akhbar seperti di bawah.

Keratan akhbar Kosmo bertarikh 21 Februari 2011.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Februari 2011.


Ramai yang melihat insiden penculikan itu sekadar gimik politik kempen Pro-Mahasiswa UM, dan tak kurang juga yang berpendapat ia konspirasi pemimpin PAS bagi memburukkan pihak kerajaan secara terancang.

Buktinya, Mastura menang undi popular atau lebih tepat, undi simpati sebelum membuat “come back” selepas kiraan undi dilakukan. Rujuk foto di bawah.

Keratan akhbar mStar Online bertarikh 21 Februari 2011


Selepas berkahwin dengan Mastura, langkah politik Safwan semakin panjang kerana sudah dapat berdamping dengan keluarga pemimpin PAS Selangor (ibu Mastura merupakan salah seorang pemimpin Dewan Muslimat PAS Selangor).

Namun keputusannya menerima jawatan selaku Pengerusi SMM baru-baru ini dianggap sebagai satu kesilapan kerana SMM dilihat semakin cacamerba dalam mengatur gerakan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia muktahir ini.

Hal ini dibuktikan melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR), Syahmi Hazim. Rujuk foto di bawah atau klik SINI untuk laporan penuh isu ini.

Kenyataan akhbar Presiden GEMPUR yang disiarkan oleh Harakah Daily.


Safwan Anang dilihat tidak berdaya memimpin gerakan mahasiswa haluan kiri itu hingga mendorong Anwar Ibrahim menubuhkan KIMAK.


Bersambung...

Thursday 9 August 2012

JANJI MUNAFIK PAK SAMAD?

Jangan Janji Munafik sudahlah Pak Samad.

14 April 2012, Harakah Daily menyiarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai riak dan takbur kononnya PAS ialah pakar demonstrasi sekali gus menjamin himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 sebagai himpunan yang aman.

Namun apa yang berlaku pada hari kejadian jauh panggang dari api.

Himpunan yang dijanjikan aman telah bertukar menjadi rusuhan yang ganas dalam sekelip mata. Unit Amal yang diharapkan menjaga keamanan sebaliknya bertukar wajah menjadi iblis dan syaitan yang mengganas dan menghasut orang ramai bertindak liar.

Akhirnya BERSIH 3.0 telah terpahat sebagai Rusuhan 28 April yang amat memalukan seluruh rakyat negara ini. Malangnya, hingga kini, belum ada sebarang kenyataan memohon maaf daripada pihak penganjur selepas kecelakaan besar yang dicetuskan oleh mereka.

Baik A. Samad Said mahupun Ambiga, kedua-duanya tetap angkuh dan bertindak seolah-olah negara ini tidak mampu mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka.

Terbaru, A. Samad Said dilaporkan mengumumkan hasrat terbaru BERSIH untuk berhimpun sempena Hari Kemerdekaan hujung bulan ini. Kata Pak Samad, himpunan kali ini Janji Bersih! Alahai Pak Samad. Diri sendiri tu bersih ke?

PANAS!!! FAHMI REZA BERTAUBAT SELEPAS TAHU TOPENG V HARAM??



Fahmi Reza, bekas pelajar tajaan sebuah GLC terkemuka yang gagal menamatkan pengajiannya di luar negara, meneruskan kebiadabannya dalam agenda menyebarkan fahaman freedom dan pluralisme dalam kalangan mahasiswa di negara ini.

Terbaru, anak didik Hishamuddin Rais ini memperlekehkan suara seorang ulamak yang disegani apabila memuat naik gambar yang telah diedit di dinding Facebooknya. Lihat gambar tersebut seperti di bawah.

Keilmuan seorang ulamak diperlekehkan dengan mudah.


Fahmi didapati telah memanipulasi kenyataan ulama pondok dari Kelantan, Abdullah Sa’amah, yang dipetik oleh Utusan Malaysia dalam laporan bertarikh 8 Ogos 2012 bertajuk ‘Haram Sokong DAP’ bagi menarik perhatian orang ramai terhadap kempen Occupy Dataran yang dicetuskannya sebelum ini.

Melalui kempen tersebut, Fahmi Reza dan kumpulannya menggunakan topeng V yang diinspirasikan daripada watak Vandetta dalam filem V For Vendetta. Filem ini memaparkan idea kebangkitan rakyat menentang kekejaman pemerintah.

Tindakan biadap oleh Fahmi ini dipercayai bertujuan menaikkan semula imej kumpulannya yang semakin tenggelam selepas pertengkaran dengan kumpulan Pro-Mahasiswa Nasional susulan kempen perkhemahan di Dataran Merdeka antara 14 April hingga 28 April yang lalu.

Dalam perkhemahan tersebut, grup Occupy Dataran yang diketuai Fahmi didakwa mengambil kesempatan di atas kebangkitan mahasiswa pro-pembangkang yang bergerak melalui Sekretariat Malaysia Bangkit ketika melancarkan demonstrasi liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.

Tindakan ini dikatakan telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Pro-Mahasiswa Nasional termasuk Syahid Zaini yang mengetuai Sekretariat Malaysia Bangkit sehingga membawa kepada pertelingkahan antara pemimpin gerakan tersebut.

Fahmi Reza
Justeru bagi menaikkan kembali  kumpulannya, Fahmi Reza sengaja mencipta polemik ini dengan mengambil kesempatan di sebalik penegasan yang dibuat oleh ulamak Abdullah Sa’amah berhubung hukum orang Islam mengundi DAP.

Apa yang menghairankan ialah begitu ramai yang terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan oleh penganut fahaman sosialis ini sehingga tergamak menghina dan mencaci ketokohan ulamak pondok berkenaan.

Nauzubulillah. Semoga Fahmi Reza diberikan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan. 

SB : Fahmi Reza baru sedar ke topeng ni HARAM? 


KISAH SEBENAR DI SEBALIK SKANDAL UNISEL

KONTROVERSI UNISEL. SALAH SIAPA?
SEBSEBAGAIMANA kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.
Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.
Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.AGAIMANA kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.
Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.
Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.
Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.
Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.
Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.
Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.
Galeri UNISEL. Hingga hari ini, tiada pembangunan komprehensif dilaksanakan
sejak Kerajaan PKR Selangor mengambil alih UNISEL.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.
Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.
UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.
Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.
Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.
Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.
Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu.
Sumber SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar