Pages

Tuesday, 30 April 2013

FOTO DR. MAZLAN YANG DIBIMBANGI ANWAR KINI TERSEBAR

Ini gambar Dr. Mazlan Ismail, calon BN Parlimen Permatang Pauh yang sedang menyampaikan khutbah di sebuah masjid di kawasan beliau.

Gambar ini sebenarnya sudah cukup untuk menjelaskan keperibadian unggul Dr. Mazlan yang sukar disanggah oleh sesiapa khususnya para penduduk Permatang Pauh sendiri. Anak tempatan, boleh jadi imam dan pemimpin masyarakat sekaligus. Bukan setakat pencapaian akademik yang tinggi, tetapi juga akhlak, syariat dan akidahnya juga cukup terpuji.

SB dimaklumkan, jentera Anwar di Permatang Pauh mati akal untuk melawan kempen Dr. Mazlan ketika ini. Imejnya yang bersih dan senang didampingi penduduk kampung hingga digelar "calon orang kampung kita" oleh masyarakat setempat ternyata telah merencatkan sebahagian besar perancangan kempen PKR yang diatur sebelum ini.

Perkembangan ini juga telah mengganggu program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara hingga mendorong beliau pulang lebih awal ke Permatang Pauh bagi menaikkan semula momentum PKR menjelang hari pengundian yang tingga kurang 5 hari sahaja lagi.

Buat penyokong PAS, jika anda benar-benar mahukan Islam, buktikan sekarang dengan menyokong Dr. Mazlan sepenuhnya. Tidak ada sebab lagi untuk anda menolak Dr. Mazlan kerana beliau memiliki segala kualiti yang diperlukan oleh seorang pemimpin Melayu Islam di Permatang Pauh.

Ingat tiga perkara ini dan bandingkan dengan Anwar. Akhlak, syariat dan akidah. Siapakah yang lebih berkualiti?

BAHAYA OMBAK DAP


KUALA LUMPUR - Rakyat diingat untuk lebih berhati-hati dengan gelombang ‘ombak’ yang dibawakan DAP  kerana disifatkan sebagai berbahaya, dakwa Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, DAP menggunakan medan ceramah mereka sebagai tempat untuk memburukkan kerajaan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakan rakyat.

“DAP mengguna taktik ceramah dengan membariskan penceramah yang cakap berapi-api seperti mengutarakan janji-janji dan kritikan terhadap kerajaan yang boleh menarik minat orang untuk dengar.

“DAP menggunakan psikologi ini untuk tarik penyokong, sehingga membangkitkan rasa tidak senang terhadap apa yang dilakukan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan MCA Bandar Tun Razak.

Tambah beliau, kesan daripada gelombang ombak yang dibawa DAP itu mampu memberi impak negatif di kemudian hari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai jumlah penonton yang ramai menghadiri ceramah-ceramah pembangkang.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengetahui rahsia pergerakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dan akan membongkarnya satu persatu.

“Kita berdepan dengan rakyat berbekalkan statistik dan fakta, oleh itu kita akan bongkar rahsia mereka yang ternyata hanya omong kosong,” katanya.

Tiong Lai yang juga calon BN Parlimen Bentong, Pahang mendakwa, pemimpin DAP hanya gah di pentas ceramah tetapi tidak berani turun kepada rakyat.

“Mereka tidak berani untuk berkempen rumah ke rumah, hanya berani berkempen melalui ceramah.

“Sebab apa, nanti rakyat minta baiki longkang, suri rumah mohon bantuan mereka tidak dapat bantu,” dakwanya lagi.

Tiong Lai mengingatkan rakyat untuk bertindak bijak dalam membuat pilihan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau turut memuji usaha calon BN BTR, Tan Kok Eng yang begitu agresif dalam mendekati rakyat di sini.

“Kita lihat sokongan meningkat dari hari ke hari. Sebagai calon muda Kok Eng dilihat begitu dinamik dan bersungguh-sungguh memenangi hati rakyat.

“BTR mempunyai infrastruktur yang baik dan rakyat di sini memerlukan wakil rakyat yang mampu membawa suara mereka ke hadapan,” katanya.



Dipetik daripada Sinar Harian

SURAT APAKAH INI?



Seterusnya, klik SINI.

ANAK MUDA SERANG PDM BARISAN NASIONAL

Kumpulan Anak Muda Sayang Negara sudah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional dengan cara mereka sendiri. Setiap malam mereka bergerak menuju Pusat-pusat Daerah Mengundi bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional. Tak perlu panjat pagar atau guling-guling atas jalan. Senyap-senyap tapi berimpak.








ANAK MUDA SAYANG NEGARA

GAMBAR INI BAKAL JADI IGAUAN DAP PULAU PINANG


Apa dah jadi ni? Bukan ke DAP Pulau Pinang begitu disayangi kaum Cina? Tapi kenapa pak cik ni tolak sapaan salam oleh salah seorang calon parti tersebut, Zairil Khir Johari?

Sebentar tadi juga SB dimaklumkan oleh seorang kenalan di Pulau Pinang bahawa program jamuan makan malam DAP tidak mendapat sambutan seperti mana kebiasaan. Pada 2008, dinner yang diadakan itu dilaporkan mendapat sambutan sehingga 100 ribu orang peserta, tetapi dalam acara yang diadakan malam semalam, jumlahnya merosot dengan mendadak. Tak sampai 50 ribu pun yang datang.

Apa dah jadi? Apa dah jadi? Itu belum kira gelombang One Malaysia Brothers yang sedang membirukan seluruh Pulau Pinang. Bungkuslah Lim Guan Eng kali ini. Orang Cina pun dah tak tahan dengan gaya pemerintahan mengayakan kroni yang diamalkannya.

CALON BN KUBU GAJAH DISABOTAJ MEDIA?

Tidak semena-mena gambar dua orang calon berlainan parti dari DUN Kubu Gajah, Perak ini menjadi perhatian ramai hingga mendapat tempat di dada akhbar-akhbar tempatan.

Calon PAS, Ustaz Mohd Nazri Bin Haji Din dalam foto ini membonceng motosikal yang ditunggang oleh calon BN, Hasbullah Alias ketika keluar berkempen bersama-sama di kawasan sekitar Kubu Gajah.

Tapi ada yang ralat pada foto ini sebenarnya. Sama ada ia disengajakan oleh pihak yang mengeluarkan foto ini, atau mungkin dia tak tahu kedudukan calon Barisan Nasional, Hasbullah Alias yang juga berlatar-belakangkan pendidikan agama.

Jika calon PAS, Mohd Nazri diletakkan title Ustaz, kenapa tidak pada Hasbullah? Beliau juga dikenali sebagai Ustaz dalam kalangan penduduk di sana. Malah, sebagai abang kepada Ustaz Kazim Alias, penceramah tersohor tanah air, Ustaz Hasbullah juga pernah dikenali sebagai Ustaz Tiga Serangkai suatu ketika dahulu. Selain mereka berdua, seorang lagi ialah Kapt. (B) Ustaz Najmudiddin Alias yang pernah dipilih menjadi wakil rakyat di DUN Batu Kurau untuk penggal 2008-2012.

Walaupun ini perkara kecil tetapi sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi persepsi pengundi kelak.

Sejak akhir-akhir ini UMNO telah mengalami transformasi yang positif apabila ia mula didekati golongan agamawan. Justeru hal ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Jika tidak, UMNO akan berterusan ditanggapi sebagai parti yang menolak Islam seperti yang dimainkan oleh PAS selama ini.

ZIONIS DOAKAN DAP, PAS TUMPANG SEKAKI

Sedikit demi sedikit tembelang dan rupa sebenar DAP didedahkan menjelang PRU ke-13 ini. Lihat video di bawah ini terlebih dahulu, kemudian sama-sama kita nilaikan.


Adakah PAS masih mahu bersekongkol dengan DAP, musuh sebenar Islam di negara ini?

Dengan tersebarnya video ini, diharapkan orang-orang Melayu jahil yang masih setia menyokong DAP dapat menilai semula perjuangan mereka. Jangan jadi jahil sombong sampai mati.

USTAZ KAZIM DEDAHKAN LAGI PENYELEWENGAN PAS

Ustaz Kazim Elias al-Hafiz

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias menyatakan penolakkan umat Islam terhadap perjuangan parti PAS bukanlah disebabkan isu hudud yang sering dimainkan oleh mereka, sebaliknya kerana mereka bersekongkol dengan puak-puak komunis serta liberalisme dalam mencapai hajat memegang tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

PAS yang merupakan salah satu parti komponen dalam barisan pembangkang dilihat lebih minoriti dan sekadar mengikut sahaja telunjuk daripada parti-parti lain sehinggakan isu agama sering dijadikan modal oleh mereka untuk menawan hati pengundi-pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Orang menolak kamu (PAS) bukan kerana masalah hudud, orang menolak kamu sebab kamu bersekongkol dengan puak-puak komunis dan puak-puak liberalisme,” katanya ketika Forum Isu-Isu Islam dan Umat Islam Menjelang PRU13, di sini, pagi ini.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa PAS hanya berani memainkan isu hudud apabila menjelang musim pilihan raya demi kepentingan politik semata-mata.

“Saya merupakan penceramah yang paling konsisten apabila bercakap tentang hukum hudud sejak 23 tahun lalu.

“Hudud akan berkumandang pada tiap-tiap musim pilihan raya di mana hanya untuk memancing orang Islam dan orang Melayu untuk mengundi mereka.

“Jangan main-main dengan hukum Allah Taala, hukum Allah yang tertinggi, jangan kamu rendahkan,” katanya lagi.

PAS juga dilihat mengunakan sentimen sesiapa yang menolak hudud adalah kafir dan hanya merasakan diri mereka saja yang benar dalam perjuangan membina sebuah negara Islam tanpa mengambil kira bidang ekonomi yang patut juga diberi perhatian untuk kelangsungan umat Islam itu sendiri.

“Orang Islam kena kukuhkan bidang ekonomi terlebih dulu, baru Islam itu indah,” jelasnya lagi.



PANAS!! KENAPA QARDHAWI PILIH NAJIB, BUKAN ANWAR??



"Allah may shower his blessings and mercy upon Najib in discharging his responsibilities to pursue the goals of progress, stability and security for the people in Malaysia and worldwide"

Demikian petikan doa yang dipanjatkan oleh ulamak tersohor abad ini, Dr. Yusuf al-Qardhawi untuk Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh portal berita berpengaruh The Australian Post pada 13 Mac yang lalu.

Portal berita tersebut antara lain melaporkan transisi sokongan Qardhawi daripada memihak kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menjelang PRU ke-13 ini. 

Anehnya, laporan berita ini sama sekali bertentangan dengan dakwaan oleh Anwar kononnya tokoh ulamak tersebut menyokong beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Malah ia turut disanggah oleh bekas pemimpin PAS dan bekas sahabat Anwar Ibrahim, Datuk Dr. Hasan Ali yang memberikan amaran bahawa Anwar akan menyebarkan risalah palsu yang kononnya berisi pengisytiharan sokongan terbuka Qardhawi kepada beliau dalam PRU ke-13 ini.

Menurut Hasan Ali, satu juta risalah itu telah sedia diedarkan kepada rakyat Malaysia khususnya  orang Melayu sebagai peluru terakhir Anwar Ibrahim dalam kempen PRU kali ini.

Nampaknya Anwar cukup terdesak untuk memenangi pilihan raya umum ini hingga tergamak mempergunakan nama baik tokoh ulamak yang disegani dunia. Adakah kita sanggup membiarkan manusia pelbagai wajah ini menipu kita lagi?

Para pengundi Permatang Pauh seharusnya membuka mata luas-luas. Anda tidak layak dipimpin oleh manusia pendusta besar bernama Anwar Bin Ibrahim ini. Anda berhak mendapat pemimpin yang lebih bagus dan alim.



INILAH SEBAB KENAPA ANWAR TERPAKSA PULANG AWAL KE PERMATANG PAUH

Nampaknya perjuangan Dr. Mazlan menentang kebatilan Anwar Ibrahim semakin dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Permatang Pauh yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim, kini bukan lagi tempat yang selamat untuk beliau berlindung. 

Terbaru, sekumpulan lebih 1000 orang ahli PKR Permatang Pauh daripada kaum India mengisytiharkan keluar parti beramai-ramai sekaligus menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional dan calonnya, Dr. Mazlan bin Ismail. Rujuk foto-foto di bawah dan klik SINI untuk laporan bergambar selanjutnya.



Patutlah Anwar terpaksa memendekkan jelajah pembohongannya ke seluruh negara. Keadaan di Permatang Pauh sendiri sudah tidak terkawal.

Info dari beberapa buah kem PKR Permatang Pauh juga menunjukkan Anwar Ibrahim sangat goyah kali ini. Kebanyakan jentera yang beroperasi turut mula merasai tempias kebangkitan Barisan Nasional di seloroh pelosok Permatang Pauh terutamanya di kampung-kampung dan kawasan pinggir bandar.

Salah seorang petugas sebuah bilik gerakan PKR di Taman Pauh Jaya yang SB temui sewaktu membuat tinjauan lewat malam semalam juga memberitahu bahawa mereka semua tidak menyangka BN akan mengetengahkan Dr. Mazlan Ismail sebagai calon kerana beliau sangat dikenali dan disenangi oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Jelas mereka, pencalonan Dr. Mazlan sebenarnya telah banyak menyukarkan gerakerja kempen mereka kali ini berbanding dalam siri pilihan raya umum sebelum ini.

Hal ini berbeza sama sekali dengan para penyokong Barisan Nasional yang sememangnya akan menyokong penuh sesiapa sahaja calon yang diketengahkan bagi menentang Anwar Ibrahim. Justeru pemilihan Dr. Mazlan sebagai calon dianggap sebagai bonus berganda kepada Barisan Nasional kerana beliau berpeluang cerah meraih undi daripada penyokong-penyokong PAS dan undi wajib daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional sendiri.


PANAS!!!! CHEGU BARD KENA PENAMPAR LAGI DI SUNGAI ACHEH!!

Muslimah PAS dikesan berkempen di sekitar Kg. Chenaam.
Calon PKR DUN Sg. Acheh, Pulau Pinang, Chegu Bard sekali lagi menerima tamparan paling pedas selepas ditampar oleh seorang penyokong PAS pada hari penamaan calon pada 20hb April 2013 yang lalu.

Tamparan kali ini ternyata sangat memedihkan kerana ia lebih berbentuk pengkhianatan secara terang-terangan oleh jentera PAS yang sebelum bersetuju menarik diri daripada kempen PRU ke-13 di DUN tersebut.

Pada 27 April yang lalu, sekumpulan muslimah PAS dikesan telah bergerak di Kampung Chenaam untuk berkempen bagi calon PAS. Perkara ini sangat mengecewakan kem PKR kerana mereka didakwa telah melanggar persetujuan yang dicapai sebelum ini untuk memberikan laluan kepada Chegu Bard bertanding di situ. Lebih malang, berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh anggota muslimah itu sendiri, mereka tidak rela berkempen untuk Chegu Bard yang dilihat bukan calon yang terbaik untuk mewakili penduduk Sg. Acheh.

Kisah ini turut dicatatkan oleh blogger Penang Most Wanted dalam dua entrinya sebelum ini. Klik SINI dan SINI.

Insiden ini yang sedang berlaku di DUN Sg. Acheh ini benar-benar menyerlahkan kepincangan yang melanda Pakatan Rakyat menjelang hari pembuangan undi pada 5hb Mei 2013 ini. Tikam menikam sesama sendiri, fitnah dan cacian antara satu sama lain bukan lagi perkara yang mampu disorokkan oleh pimpinan utama mereka.

Apakah nasib Chegu Bard di Sg. Acheh? Tidak cukupkah lagi PKR dikhianati pengikut PAS di Permatang Pauh hingga merebak ke Sg. Acheh pula? Adakah ini akhlak dan pendirian politik PAS yang sebenar? 

Monday, 29 April 2013

SIAPA KOMUNIS SOKONG DR. MAZLAN BERTANDING DI PERMATANG PAUH?

Cerita ini pernah didedahkan oleh sahabat SB di blognya, Mat Meon. Tapi biasalah, blog picisan macam kami ni tak ada siapa nak pandang walaupun kami update bahan yang segar dan sepatutnya diberikan perhatian. 

Pada hari penamaan calon di Permatang Pauh pada 20hb April yang lepas, seorang penganut fahaman sosialis tegar telah menceroboh masuk kawasan Barisan Nasional. Adalah dipercayai tujuan pemuda ini bukanlah untuk menyatakan sokongan kepada Dr. Mazlan sebaliknya beliau ditugaskan merisik kekuatan kem Barisan Nasional.

Lantaran tak ramai yang kenal pemuda bernama Haizal yang  berasal dari Sabah ini, maka mudahlah kerjanya. SB yang turut berada di kawasan berhampiran melihat gelagatnya yang tak ubah macam orang Barisan Nasional, malah lebih BN daripada orang BN sendiri. Lihat aksi-aksi pemuda ini dalam foto-foto di bawah : 






Haizal si sosialis tegar ini juga merupakan pemuja tokoh komunis termasuk Chin Peng yang telah banyak membunuh nyawa nenek moyang kita dahulu. Lihat foto di bawah yang diambil dari FBnya sendiri.


Selain itu, bekas mahasiswa USM ini juga terlibat secara langsung dalam tindakan sekumpulan rakyat yang tidak tahu bersyukur menaikkan bendera baru pada malam ulang tahun kemerdekaan negara baru-baru ini. Ini buktinya.


Lebih mengejutkan, Haizal juga sebenarnya ialah seorang jurulatih PLKN yang telah sekian lama mencari makan melalui program tersebut. Hal ini disahkan sendiri oleh kenalan-kenalan rapatnya, ditambah oleh pengakuannya sendiri yang dihantar ke FBnya baru-baru ini. Lihat bukti tersebut seperti dalam foto di bawah : 


Anehnya, hingga ke hari ini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas jurulatih PLKN yang juga agen komunis ini. Kat luar sana ramai yang mahu sertai PLKN sebagai jurulatih tapi tak lepas. Eloklah JLKN buang mamat ni cepat-cepat.

Tahniah kepada jentera PKR kerana menghantar perisik gagal bernama Haizal ni.

SEBAB USTAZ KAZIM TINGGALKAN PAS

Ustaz Kazim Elias selar PAS.

PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam, kata penceramah bebas Ustaz Kazim Elias.

Agak-agak, orang PAS yang masih taksub dengan parti cap bulan di luar sana tu boleh terima ke tidak kata-kata Ustaz Kazim Elias ini? Jangan tak tahu, Ustaz Kazim juga ahli PAS walaupun secara tidak rasmi sudah tidak searus dengan parti tersebut.

Ustaz Kazim ternyata kesal dengan keterpesongan PAS dalam menentukan haluan yang dibawa sejak bersama Pakatan Rakyat.

Kalau orang berilmu seperti Ustaz Kazim pun dah lari tinggalkan PAS, kenapa kita yang masih suam-suam kuku dalam perjuangan ni mahu terus bersama PAS? 

Ayuh tinggalkan PAS supaya PAS dapat dibaiki menjadi lebih baik pada masa hadapan.  

5/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang Melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum."

Sejarah kebencian melampau Anwar terhadapa PAS sebenarnya sudah lama dicatatkan. Pada 21 April 1995, ketika dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Gombak, Anwar mencela PAS berulang kali rentetan kerjasama yang diwujudkan oleh parti tersebut dengan DAP.

Anwar yang ketika itu merupakan pemimpin Nombor 2 UMNO sangat keras menolak usaha PAS bergabung dengan DAP menentang Barisan Nasional yang disifatkan hanya memecahbelahkan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya.

Anehnya, hari ini, Anwar bersama PAS turut menjalin kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Nyanyuk barangkali, atau Anwar tiada pilihan lain untuk kembali berkuasa? 

Percaya atau tidak, setiap apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim itu sedang menjadi kenyataan pada hari ini selepas beliau menjalin kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Orang Melayu semakin berpecah-belah. Paling merugikan tentunya perjuangan Islam yang selama ini dikendong oleh PAS.

Manusia pelbagai wajah ini wajar ditolak. Rakyat Malaysia mahu tolak beliau, tetapi pengundi-pengundi Permatang Pauhlah yang mempunyai kuasa dan hak untuk menjayakan hasrat ini. Anda mesti tolak Anwar. Ahli-ahli PAS jangan fikir panjang lagi, berikan undi anda kepada Dr. Mazlan bin Ismail!

PENJAWAT AWAM KERA?


SIAPA YANG KATA NI?

TIGA PILIHAN RAYA KECIL BAKAL DILANGSUNGKAN SELEPAS PRU

Tak sabar rasanya nak tengok ketiga-tiga pemimpin PKR ni ditahan. Orang Sabah pastinya sedang tertunggu-tunggu nama-nama ini didedahkan (walaupun sebenarnya bukan lagi rahsia) kerana onar yang telah dicetuskan oleh mereka ini bukan kecil. Habis haru biru satu negeri walaupun yang berlaku itu hanya melibatkan satu dua tempat sahaja.


Kalau tak nak pilihan raya kecil diadakan, jangan undi mereka ni dan jangan bagi mereka menang. Menyusahkan hidup rakyat sahaja.

#P.044 - HARAPAN BARU PERMATANG PAUH

Kami dengan penuh rasa rendah diri, tawadhuk dan penuh keinsafan ingin menawarkan diri untuk bertanding dalam PRU 13 ini di DUN serta Parlimen Permatang Pauh.

Kami dengan penuh iltizam dan rasa ikhlas juga ingin menyerah diri untuk dinilai dan diundi oleh pihak tuan-tuan dan puan-puan dalam pilihan raya ini. Insya Allah jika kami semua menang dan diberi mandat, maka besarlah harapan dan niat kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di samping menyempurnakan hasrat dan akurjanji berikut demi kelangsungan perpaduan, kesejahteraan serta masa depan kita bersama yang lebih sempurna dan terjamin di Permatang Pauh:

1. Membantu, melaksana dan memastikan semua AkuJanji BN peringkat Pusat dan Negeri dapat dilaksanakan dengan cemerlang, sampai dan menepati sasarannya bagi semua penduduk.

2. Penambahbaikan keseluruhan kemudahan asas untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan rakyat. 

3. Pengukuhan semangat 1Malaysia, Perpaduan, Setia Kawan, Kerjasama dan Ukhwah sesama umat Islam dan muhibah dengan masyarakat berbilang kaum kita - Cina, India, Siam dan lain-lain.

4. Peningkatan Taraf Ekonomi Rakyat melalui pelbagai projek, program, aktiviti dan bantuan yang bersesuaian.

5. Pembaikan sistem saliran, perparitan dan jalan dalam kampung bagi mengatasi masalah banjir kilat.

6. Memastikan Integriti Pemimpin sebagai teras pegangan setiap pemimpin agar nikmat pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan dapat dirasai dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

7. Pewujudan 'Pusat Transformasi Insan Permatang Pauh' untuk khidmat nasihat kerjaya dan langkah dalam menguruskan kehidupan pada masa hadapan.

8. Penubuhan 'Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Wanita Permatang Pauh' dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita pemangkin ke arah membina keluarga bahagia.

9. Peningkatan dakwah dan pendidikan, ilmu serta kefahaman dengan memakmurkan masjid, surau serta pusat-pusat pengembangan ilmu dan dakwah yang sedia ada.

10. Peningkatan kualiti dan kejayaan pada masa hadapan setiap insan warga Permatang Pauh melalui pelbagai projek, kaedah, program dan aktiviti.

Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan  matlamat ini demi bumi kita Permatang Pauh tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa ke arah kesejahteraan bersama.

Warga Permatang Pauh yang mulia,

Sokonglah orang kampung kita


Satu Barisan Mencapai Harapan Baru Permatang Pauh.

HADI AWANG AKUI TOL SUKAR DIMANSUHKAN


PR Tak Jadi Mansuhkan Tol – Hadi Awang

Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok.

Soal pokoknya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat.

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.

UNDILAH BARISAN NASIONAL

4/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Saya melihat memperjuangkan Islam menerusi UMNO dan bertanding dalam pilihan raya tahun 1982. Saya telah membuat keputusan yang bijak dengan tidak memilih PAS. Pendekatan dakwah dan politik Islam amalan PAS boleh menjatuhkan kesucian agama."

Ucapan di atas dibuat oleh Anwar Ibrahim di hadapan sekumpulan kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995. Ketika ini Anwar sedang berada di puncak kegemilangan karier politiknya bersama UMNO dan Barisan Nasional. 

Justeru tak hairanlah Anwar dengan selambanya menyindir dan menghina PAS yang ketika itu bukanlah parti yang kuat dan teguh.

Namun, selepas dipecat dan ditendang keluar dari UMNO, Anwar terpaksa menagih simpati dari PAS pula.

Dalam hal ini, siapa yang tertipu? PAS atau Anwar? 

Sebenarnya, bukan Anwar dan bukan PAS yang tertipu. Yang sebenar-benarnya ditipu dan tertipu ialah rakyat. Kita ditipu oleh Anwar yang kononnya dizalimi oleh Tun Dr. Mahathir. Kita juga ditipu oleh PAS kerana selama ini PAS sering mengutuk Anwar.

PAS mengambil peluang dari pemecatan Anwar dengan menyokong perjuangan reformasi manusia pelbagai wajah itu dengan harapan mereka dapat menumpang keuntungan daripada simpati rakyat terhadap Anwar. Sedang Anwar pula menggunakan pengaruh PAS sebagai sebuah parti yang konsisten menentang UMNO untuk membina semula pengaruh politiknya yang tercemar teruk.

Walaupun begitu, Anwar sebenarnya tidak pernah menyertai PAS sebaliknya hanya menggunakan parti tersebut untuk kepentingan peribadinya. Anwar tidak senang dengan agenda perjuangan Islam PAS. Anwar tahu, kalau PAS berkuasa, dia tidak boleh lagi menjalankan aktiviti songsangnya dengan mudah di negara ini kerana rahsianya turut berada dalam tangan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

Masihkah anda ingat kenyataan oleh Mat Sabu yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai Al-Juburi? Masihkah anda ingat bagaimana ghairahnya Karpal Singh menuduh Anwar sebagai seorang homoseksual dan peliwat di Parlimen?

Hari ini, orang yang paling lantang menghina PAS rupa-rupanya ialah sahabat paling disayangi oleh Tok-tok Guru dalam PAS sendiri.

Kenapa? Sebab kuasa!

3/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Saya tidak sanggup melihat bagaimana sebuah parti Islam menilai kebolehan pemimpin mereka berdasarkan sejauh mana seseorang itu boleh mengkafirkan saudara sesama Islam."

Anwar Ibrahim, manusia pelbagai wajah ini pernah menyerang PAS selepas terbitnya Amanat Haji Hadi Awang pada tahun 80-an.

Dalam ucapan berbentuk penghinaan itu yang dibuat pada 11 April 1995, Anwar menyindir PAS kerana menilai kebolehan seseorang pemimpin melalui kemampuannya mengkafirkan saudara seakidah.

Hari ni macam mana? Adakah Anwar sudah lupa akan kata-katanya dahulu? Setakat lupa tu biasalah, tapi ini bukan perkara kecil. Ini berkait dengan pendirian dan prinsip peribadi. Kalau dulu Anwar menentang sikap pemimpin PAS yang mengkafirkan saudara seakidah, termasuk antara yang terkena hukum tersebut ialah Anwar dan keluarganya sendiri, tapi kenapa hari ini Anwar bersekongkol dengan pemimpin PAS tersebut?

Adakah kekafiran Anwar sudah ditarik semula selepas beliau dinyahkan daripada UMNO dan kini berjuang bersama PAS dalam Pakatan Rakyat?

Yang anehnya, pemimpin PAS juga sama naik putar belitnya! Dulu cakap lain, sekarang pusing jauh ke lain. 

Agak-agak kalau Tun Dr. Mahathir masuk PAS atau sertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat yang lain pun barangkali beliau akan diterima dengan baik asalkan Tun juga menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Inilah PAS. Rela dihina pada satu masa dan dipuji-puja pada masa yang lain. 

Bolehkah pemimpin seperti Anwar yang hebat bermuka-muka dan berkata-kata ini diangkat sebagai wakil rakyat? 

Pesan SB kepada para pengundi Permatang Pauh, anda perlu hindari manusia pelbagai wajah ini. Pilihlah calon yang lebih elok akhlak, syariat dan akidahnya iaitu Dr. Mazlan bin Ismail.

AKHLAK PEJUANG PAS YANG DIPUJI

Apakah yang sedang dilakukan oleh lelaki-lelaki berbaju hijau terhadap wanita-wanita bertudung pink dalam foto di bawah? Siapakah mereka?



Akhlak.
Syariat.
Akidah.

Anda nilaikan sendiri sejauh mana keperibadian orang-orang PAS yang sebenar. Inikah yang dikatakan pejuang yang memperjuangkan Islam di Malaysia? Inikah yang diharapkan oleh tok-tok guru mereka? Inikah hasil didik tarbiyah terhadap para pengikut mereka?

2/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Fahaman dan amalan sesetengah tokoh utama PAS telah menghakis minat saya untuk berjuang memajukan umat Islam menerusi parti itu."

Bukan sekali dua sebenarnya Anwar menghina dan mengkeji PAS. Ia berlaku ketika Anwar masih tercari-cari wadah politiknya sendiri dan kekal selama beliau berada dalam UMNO. Anehnya, budaya politik hina menghina itu dituduh sebagai budaya UMNO meskipun  individu yang memulakan budaya tersebut kini tidur sebantal dengan PAS!

Petikan kata-kata di atas juga diucapkan oleh Anwar ketika menyampaikan taklimat khas kepada kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995.

Dalam ucapannya ini, Anwar jelas sekali menyentuh keperibadian tokoh-tokoh ulamak dalam PAS termasuk Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang yang hari ini begitu kuat menyokong cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sebab itu SB tak pelik kenapa Anwar enggan menyertai PAS sehingga ke hari ini sebaliknya lebih selesa berjuang dalam kalangan pendokong liberalisme dan pluralisme akidah dalam PKR.

Sampai bilakah PAS hendak diperbodohkan oleh manusia pelbagai wajah ini?

Kepada pengundi-pengundi PAS Permatang Pauh, inilah masanya untuk anda menghukum Anwar Ibrahim!

NAUZUBILLAH!!! KELUARGA DERHAKA SEMAKIN BERKEMBANG DALAM PKR!!




Ibu doakan Anaknya calon PKR kalah !!!


Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.

Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.

"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini,"


Sumber: Bernama.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa lagi selepas ini?

1/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Saya tidak memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana parti ini mengamalkan pendekatan Islam yang kasar dan gopoh"

Petikan kata-kata Anwar Ibrahim ini diambil daripada ucapan beliau ketika menyampaikan taklimat  khas kepada kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995.

Sehingga kini, Anwar sebenarnya konsisten mempercayai PAS mengamalkan pendekatan kasar dan gopoh seperti yang dimaksudkan beliau pada tahun 1995 itu iaitu ketika beliau masih dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional. 

Anehnya, PAS masih percaya kepada Anwar. Pimpinan utama PAS terutamanya Nik Aziz kekal menyanjung manusia pelbagai wajah ini meskipun pelbagai penghinaan sudah dilemparkan terhadap mereka.

Anwar boleh memilih menyertai PAS sebaik dipecat dahulu tetapi kenapa beliau memilih jalan yang lebih liberal bersama Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) atau PKR ketika ini?

Ini kerana Anwar tahu PAS tidak boleh menyokong wadah perjuangannya yang lebih bersifat peribadi dek kerana sikap jumud melampau sesetengah pemimpin dan pengikut PAS sendiri dalam berpolitik.

Bijaknya Anwar kerana beliau berjaya menarik PAS menyertai perjuangan peribadinya itu walaupun tanpa perlu menjadi ahli PAS secara langsung. 

Jadi siapa yang terkena?

MUSLIHAT DR. MAZLAN LAWAN ANWAR DIDEDAHKAN!!

Siapa yang kenal atau pernah bertemu dengan Dr. Mazlan Ismail, calon Barisan Nasional P.044 Parlimen Permatang Pauh, pasti akan melihat pencaran keikhlasan dalam perjuangannya di wajah insan berani ini. Di sebalik pelbagai cercaan dan penghinaan yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik Anwar Ibrahim, beliau teguh dan istiqamah dengan keputusan menentang ketua pembangkang itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan dilangsungkan pada 5hb Mei 2013 ini.

Adakah kita akan menyaksikan satu lagi catatan sejarah besar dalam arena politik negara pada PRU kali ini? Ikuti perkongsian harapan dan iltizam Dr. Mazlan dalam usaha beliau meruntuhkan kebatilan perjuangan Anwar Ibrahim.

Saya akan tinggal dan menamatkan riwayat saya di Permatang Pauh. Ini adalah tempat lahir dan kampung halaman saya iaitu di Simpang Tiga, Kubang Ulu. 

Saya dari keluarga orang susah. Emak terpaksa buat kuih pada waktu malam dan kami menjualnya esok pagi untuk mencari duit belanja harian keluarga. Siang mak menoreh getah dan petang kerja kilang setelah bapa tidak dapat meneruskan kerja harian memandu bas sekolah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Saya anak ketiga daripada lapan beradik melalui banyak pengalaman pahit sewaktu sedang membesar akibat kemiskinan. Bila melihat orang susah di mana-mana sampai sekarang pun, saya dapat merasai keadaan yang mereka tanggung kerana pernah melaluinya. Saya dapat merasai denyutan nadi mereka. Apa yang saya lalui selama ini ada hikmah sebenarnya.

Saya tahu apa yang diperlukan oleh orang kampung saya sendiri di Permatang Pauh. Saya yakin mampu menyelami dan seterusnya menyelesaikan apa jua masalah yang  dibangkitkan selepas ini.

Sebelum ini, saya, walaupun pernah bekerja dalam syarikat besar GLC selama 30 tahun dan yang terakhir menjawat sebagai Naib Presiden Telekom Malaysia menjaga 320 eksekutif, 7000 staf, 5000 staf kontraktor dan 600 kontraktor yang mendapat tender dari Telekom Malaysia.

Kini, jika diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh, saya akan melakukan kerja yang hampir sama tetapi mungkin lebih mencabar kerana mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai. Namun, saya yakin mampu memikul amanah yang diberikan, Insya-Allah.

Sebagai wakil rakyat dari kampung di sini, saya boleh sentiasa dihubungi atau sesiapa sahaja datang berjumpa dengan saya pada bila-bila masa kerana rumah saya tidak jauh. Saya bukan tinggal di Kuala Lumpur tetapi di Kubang Ulu.

Datanglah berjumpa saya pada bila-bila masa sahaja. Saya bersedia membantu.

Saya nampak Permatang Pauh tidak membangun sejak hampir 15 tahun lalu kerana wakil kita sebelum ini tidak mempunyai wawasan ke arah membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya mereka lebih banyak berpolitik yang tidak memberi apa-apa hasil kepada rakyat. 

Saya dah melawat merata tempat dan nampak kita masih kekurangan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur. Saya yakin jika dipilih, perkara ini dapat direalisasikan dengan bantuan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan jika Barisan Nasional terus memerintah Putrajaya dan mengambil balik Pulau Pinang, InsyaAllah.

Oleh itu, berilah peluang kepada saya untuk menabur bakti kepada penduduk dan kampung halaman sendiri setelah puas merantau dan mengutip macam-macam ilmu dan pengalaman di luar bagi menjayakan Harapan Baru Permatang Pauh.

Saya mahu menjadikan Permatang Pauh sebagai tempat yang terbaik dari pelbagai segi. Ia akan menjadi contoh dari sebagai segi tempat yang ceria, aman damai, sejahtera, penduduk yang sihat atau lebih tepat sebagai tempat yang terbaik dari segi kesihatan, kualiti hidup dan untuk berteduh hingga akhir hayat.

Kepada rakan dan sahabat handai dari PAS yang saya kenali dan rapat sejak 20 tahun yang lalu, marilah kita sama-sama bekerja dan saling membantu sebagai satu pasukan demi memastikan kelangsungan dan kemajuan Permatang Pauh. Kita dah saling mengenali. Saya mengenali anda dan anda kenal saya. Berilah sokongan kepada saya berbanding dengan calon PKR.

Renung dan fikirlah secara waras. Berilah sokongan kepada saya.

Sudah sampai masanya, Permatang Pauh bangkit dan tidak terus mundur dan lesu seperti sebelumnya. Ayuh tok wan dan tok, makcik dan pakcik, kawan-kawan semua, berilah peluang kepada saya untuk menabur bakti di sini sebagai "Yang Berkhidmat." Nanti kita sama-sama lihat hasilnya kelak. Berilah peluang kepada saya sebab yang lama tidak mampu memberi apa-apa hasil pun.

Sokong dan berilah undi kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.

In shaa Allah, kali ini Permatang Pauh akan dipindah-milikkan dari tangan pemimpin bermasalah seperti Anwar Ibrahim ke tangan Dr. Mazlan.

Sebelum ini SB sudah kongsikan sedikit luahan isi hati oleh anak Dr. Mazlan sendiri berkenaan sebab musabab kenapa ayahnya sanggup mengambil tanggungjawab menentang kebatilan Anwar Ibrahim. Klik SINI

SB juga telah berkongsi rangkuman Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar membabitkan tokoh-tokoh besar iaitu Datuk Dr. Hasan Ali, Prof. Dato' Dr Sidek Baba dan Dato' Aidit Ghazali yang diadakan di Taman Pauh, Permatang Pauh pada hari Jumaat lepas. Klik SINI.

SB percaya, Anwar sedang menghadapi laluan sukar dalam PRU kali ini kerana Dr. Mazlan bukan calang-calang lawan. 

Anwar ketinggalan 0-3 kepada Dr. Mazlan sekiranya diukur dari segi akhlak, syariat dan akidah seperti yang didedahkan oleh Dato' Aidit Ghazali, Timbalan Presiden JATI yang juga bekas sahabat baik Anwar sendiri.

Justeru kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh, anda nilaikanlah sendiri siapa yang perlu diangkat menjadi pemimpin anda.

Adakah anda mahu seorang pemimpin yang mempunyai masalah moral yang serius, yang sanggup menggadaikan agama kepada musuh Islam semata-mata mahu berkuasa dan sanggup menerima kebenaran pelbagai (pluralisme akidah) seperti Anwar Ibrtahim? Atau anda mahukan pemimpin yang bersih dan ikhlas serta mempunyai kualiti yang cukup baik dari segi akhlak, syariat dan akidahnya seperti Dr. Mazlan? 

Pilihan di tangan anda, tapi pilihlah dengan hati nurani serta akal yang waras.

PEMBONGKARAN USTAZ RUJHAN TERHADAP PEMBOHONGAN DAN TIPU HELAH PAS

Sunday, 28 April 2013

KENAPA DR. MAZLAN LAWAN ANWAR? INI JAWAPANNYA.


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. 


Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI. 

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!

Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun aku dalam komen di bawah.

1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html

2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html

3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2 http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html

4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expression http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html

5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html

6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html

7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html

8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html

9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html


Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun. 

Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti. 

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! 
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan? 
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...

Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?

Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.


Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. 
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah. 

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan 
Anak Dr Mazlan




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga Allah SWT mengiringi perjuangan murni Dr. Mazlan dan keluarga serta seluruh umat Islam dan orang Melayu amnya di Permatang Pauh. Kami mengharapkan kalian semua untuk menoktahkan ego dan keangkuhan manusia bernama Anwar bin Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar