Pages

Friday 31 May 2013

PAS DAN FITNAH


Bagai aur dan tebing, berpisah tiada.

SAFWAN ANANG AKHIRNYA MENGAKU KALAH

Seorang lagi mamat propa saduran Anwar Ibrahim iaitu Safwan Anang, hari ini bersetuju menandatangani borang ikat jamin RM5000 dan dibebaskan pada jam 9.00 pagi tadi.

Safwan Anang yang mempunyai satu hobi pelik iaitu memanjat pagar kampus dan merempuh cermin kaca serta bijak berlakon di samping kerusi rodanya, sebelum ini telah menolak tawaran ikat jamin dengan alasan mahu membuktikan bahawa kerajaan Malaysia ini sebagai zalim dan amat kejam ke atas rakyatnya.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu dan telah ditipu hidup-hidup dengan permainan mamat propa lebih ini. 

Safwan sebelum ini pernah menggegarkan negara (pada skala 1.5 sahaja) kononnya Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13, GM13, akan menghantar calon mahasiswa bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Tapi akhirnya, propagandanya itu terbukti sangat murahan apabila mereka sendiri mengumumkan penarikan diri daripada bertanding.

Siapa masih ingat kes Masturah Abu Bakar, bekas pelajar UM yang pernah mendakwa diculik ketika menjadi calon dalam Pilihan Raya Kampus universiti berkenaan?


Masturah yang juga isteri kepada Safwan Anang sebenarnya tidak pernah diculik. Kehilangannya itu hanyalah helah untuk meraih undi simpati dan ia terbukti apabila Masturah mendapat undi popular. 

Baik Masturah mahupun suaminya, Safwan Anang, mereka ini cukup handal menarik simpati. 

Adakah kita masih mahu ditipu oleh mereka ini? Kepada Dewan Pemuda Pas Pusat, usahlah berangan nak angkat muka-muka ni jadi ikon mahasiswa. 

THE WAYTHA WAY - TAHNIAH NAJIB RAZAK!!


Tak lama lagi kita tengok menteri-menteri Najib bergaduh sesama sendiri. Jangan sampai Anwar dapat untung sudahlah.

Thursday 30 May 2013

JALUR GEMILANG DITERBALIKKAN DI PULAU PINANG??


Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Lokasi: Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Sengaja? Atau tersilap? 

PERHIMPUNAN 505 : "WINDING DOWN" DAN "WHAT NEXT"



Sudah lebih dua puluh hari selepas PRU 13, DSAI dan pakar strategist Pakatan Rakyat masih bermain strategi "mind games" mereka iaitu untuk memastikan persepsi bahawa "PR telah di nafikan kemenangan dalam PRU 13 untuk ke Putrajaya" masih tebal dalam minda rakyat Malaysia. Road show perhimpunan 505 masih berlangsung tapi realitinya jumlah kehadiran sudah mula menurun, walaupun DSAI tetap menegaskan "... they were not winding down " (Star 28/5/13). Lojiknya banyak dakwaan DSAI mengenai salah laku dan perlanggaran PRU 13, sedikit-sedikit sudah timbul bukti bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan dibuktikan secara sah ianya tidak berlaku, ini sudah tentunya dengan sendiri "teori kemungkinan" yang dibina oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat juga sedikit-sedikit menjadi "teori palsu" dan "teori tidak benar". Mungkin kerana ini juga ramai peminat PRU 13 dan peminat yang termakan "persepsi" DSAI dan Pakatan Rakyat, juga mungkin yang sangat "anti UMNO dan BN" sudah mula sedar bahawa tindakan mereka sekali lagi telah “diperbodohkan” oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat, oleh itu mereka mula untuk menjauhi 505 .

Bila ditanya persoalan ini DSAI menjawab - "But we also realise people want to move beyond rallies and we are discussing what we need to do next" -   ( Star 28/5/13). Maknanya DSAI sendiri sudah pun merasai "perhimpunan 505" sudah pun "winding down" kerana DSAI sedang memikirkan "what next" dan "beyond rallies" . Oleh itu menjadi satu perkara penting dan wajib untuk para strategist BN yang belum selesa walaupun sudah mendapat kemenangan pada PRU 13, untuk mencari makna "we are discussing what we need to do next", dan membaca minda DSAI. Sudah tentu kenyataan DSAI ini, menunjukkan bahawa DSAI masih cuba bermain "mind games" dalam agendanya. Pastinya para strategist Pakatan Rakyat sedang berfikir untuk merangka satu strategi baru selepas mereka mencuba dengan strategi 505, yang ternyata telah gagal "mengerakkan mass movement".

Para strategist BN pada kali ini perlu mengunakan strategi "attack" bukan lagi strategi "defensif" . Sudah lebih 20 hari para strategist BN dalam keadaan dibelasah oleh strategi Pakatan Rakyat dengan pembinaan persepsi seolah kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak sah dan yang berhak adalah Pakatan Rakyat. Para strategist BN juga diprovok dengan penuh emosi, dengan tujuan supaya para strategist BN melatah dan goyah. Dalam suasana ini, kuasa ALLAH SWT menjadi penentunya, atas kesabaran dan percaya serta yakin pada kebenaran, akhirnya satu-satu strategi "pembohongan" dan "penipuan" yang dibina atas strategi "PERSEPSI" telah terbukti "tidak berlaku dan tidak benar" dakwaan-dakwaan tersebut . Akhirnya para strategi Pakatan Rakyat dan DSAI mengaku "but we also realise people want to move beyond rallies ..." . Oleh itu mereka sedang merangka "what next".


Apa agaknya dalam minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat? Mungkin mereka masih mahu bermain "mind games" dan tetap mengunakan strategi pembinaan "persepsi" dan strategi "provokasi". Oleh itu para strategist BN patut boleh membaca minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat. Seterusnya boleh menjangka apakah "what next"?



Mungkin boleh kita membuat andaian dan jangkaan "what next" . Ada teori kata mungkin DSAI akan membuat "rally yang lebih besar" tetapi amat mengharapkan sokongan mungkin dari pelajar-pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar, yang kurang dan tidak kelihatan dalam penghimpunan 505. Oleh itu kita boleh jangka kemungkinan para strategist Pakatan Rakyat akan fokaskan kepada membina persepsi yang boleh menarik minat kumpulan pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar. Kemudian mereka akan diprovokkan untuk bersama dalam "rally" ini. Tetapi ini hanya teori kemungkinan saja, tetapi peratusannya agak tinggi kerana minda DSAI amat lebih kecenderungan ke arah ini.

Ada juga teori yang mengatakan DSAI juga sudah habis modal strategi nya walaupun strategi Pakatan Rakyat adalah sentiasa "attack" tetapi oleh kerana kekebalan strategi BN, BN berjaya menghalang semua strategi Pakatan Rakyat hingga PRU 13 menyebelahi BN untuk terus berada di Putrajaya. Oleh itu DSAI terpaksa menguna dan mencari strategi baru dan DSAI pastinya akan kembali ke "drawing board" untuk terus berfikir. Teori ini bukan membuktikan para strategist BN telah menang dalam peperangan dengan Para Strategist Pakatan Rakyat. Tetapi ia hanya satu strategi  test market" sementara  yg dibuat oleh para strategist Pakatan Rakyat. Selepas itu mereka mungkin akan melangkah ke depan dengan strategi yang lebih hebat dan mantap lagi,yang pastinya para strategist BN akan terus di asak dengan lebih hebat lagi. Oleh itu para strategist BN perlu lebih bersedia untuk babak seterusnya .

Secara kesimpulannya, babak pertama DSAI sedang berjalan dan juga sudah " winding down " dan pastinya babak kedua akan di mulakan pada bila-bila masa saja . DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat sudah mula bersedia . Walau apa pun strategi DSAI dalam " what next " , pesanan Tun Daim Zainuddin mungkin boleh menjadi penawar strategi BN dan menjadi racun kepada para strategist Pakatan Rakyat , kata Tun Daim - " it's a serius business electing a goverment,so let's leave this clown's( Anwar's) strategy alone and not play to his game " . Oleh itu " what next " DSAI juga mungkin akan gagal sekiranya para strategist BN boleh membaca apa dalam minda DSAI dan bersedia dengan perisai yang lebih terancang dan sistematik kerana rakyat sudah bosan dengan strategi " penipuan " dan " pembohongan " yang di lakukan oleh para strategist Pakatan Rakyat .


Artikel disediakan oleh Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad untuk mendapatkan lebih analisa politik semasa.

Wednesday 22 May 2013

DEMOKRASI MATI? LAA TAHZAN


Demokrasi mati? Bukankah itu yang lebih bagus untuk Islam? Demokrasi bukan wadah sebenar yang boleh menjulang Islam seperti yang kita semua harapkan. 

SB fikir, gadis berpurdah dalam foto di atas ini tidak mengerti apakah itu demokrasi. Yang dia faham mungkin, perjuangan menjatuhkan Barisan Nasional ialah perjuangan rakyat. Gadis ini masih mentah. Belum kenal dunia sebenar yang penuh tipu helah ini.

MOGOK SAMPAI MATI LAGI BAGUSLAH


Wanita berusia 72 tahun yang mengadakan mogok lapar membantah loji pemprosesan nadir bumi Lynas, memohon Yang di-Pertuan Agong untuk campurtangan dan memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan dan negeri untuk menutupnya serta merta. 
Tuw Yin Lan yang berasal daripada Kuantan membuat rayuan itu melalui petisyen untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. 
Dalam petisyennya, Yin Lan menyatakan dia tidak menjamah sebarang makanan sejak 25 hari lalu untuk menunjukkan kesungguhannya menuntut langkah pemulihan daripada pihak berkuasa.
Menurutnya lagi, dia bersedia untuk mengorbankan hidupnya sekiranya ia memberi seribu makna pada perjuangan selama tiga tahun itu untuk menghentikan operasi loji berkenaan. 
Dia juga berkata kekalahan BN di parlimen Indera Mahkota dan Kuantan pada pilihan raya umum lalu membuktikan rakyat Kuantan menentang loji itu yang didakwanya boleh membawa kemudaratan pada penduduknya jika berlaku kebocoran.

Apalah mak cik ni. Buang masa, kudrat je. Elok mak cik luangkan masa tu membaca blog Say-Go-To-Lynas ni. Kli SINI

Wednesday 15 May 2013

TAN SRI KHALID ABU BAKAR PIKUL AMANAH KETUA POLIS NEGARA YANG BARU


SB ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar dan Timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin di atas pelantikan mereka selepas persaraan KPN sebelum ini, Tan Sri Ismail Omar.

Semoga dengan kepimpinan mereka berdua, keamanan serta keselamatan negara akan terus dipelihara. 

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Tan Sri Ismail Omar di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh beliau selama ini dalam memastikan keharmonian negara berada pada tahap tertinggi. Jasa beliau ketika menangani ancaman pengganas Sulu cukup besar kepada kita semua, di samping kes-kes jenayah yang lain.

Kami rakyat Malaysia berdiri teguh bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Selamat Maju Jaya.


OBAMA TIDAK IKTIRAF KEMENANGAN NAJIB?



He he.. Anwar je yang belum boleh terima kekalahannya. Tambah meroyanlah lepas ni. Mungkin Obama pula akan dituduh kena beli dek UMNO.

Tuesday 14 May 2013

MB BARU JOHOR ANGKAT SUMPAH

Dato' Seri Khaled Nordin

JOHOR BARU, 14 Mei –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa.
Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun.
Majlis angkat sumpah diadakan dihahadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sembilan termasuk Setiausaha Penganjur MCA kebangsaan yang juga ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada upacara berkenaan.
Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008.
Tee memegang portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan.
Hanya dua bekas Exco, iaitu Asiah Md Ariff (Exco Wanita dan Keluarga) dan Md Jais Sarday (Exco Pembangunan, Keusahawanan, Pelajaran dan Pengajian Tinggi) dikekalkan dalam barisan kepimpinan yang baru.
Selain itu, barisan exco terdiri daripada Datuk Hasni Mohammad (Exco Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), R. Vidyanathan (Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi), Abd Mutalip Abd Rahim (Exco Agama), Datuk Abdul Latiff Bandi (Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan), Ismail Mohamed (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Zulkarnain Kamisan (Exco Belia dan Sukan. -mstar

MESTI TONTON!! IKLAN PETRONAS YANG SUPERB COOL!!!

AL-FATEHAH KPL 113248 YUSRI BIN MANSOR


KPL 113248 Yusri Bin Mansor telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulim pada tarikh 14.05.2013 bersamaan 4 Rejab 1434 Hijrah. Allayarham telah dilanggar oleh (1)(L)(M) semasa menjalankan tugas ronda cegah jenayah bersama (2) anggota polis serta MPV 8 di Hadapan Balai Bomba Hi-Tech Jalan Kulim-Mahang pada tarikh 13.05.2013. Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allayarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah untuk keluarga Allayarham dan semoga tabah dalam menjalani ujian dari Yang Maha Esa.


Sumber : Kenyataan rasmi FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

PROF. DR. SIDEK BABA - ISU ISLAM DAN UMAT ISLAM

USTAZ KAZIM ELIAS - APA PERANAN KITA? PART 2

USTAZ KAZIM ELIAS - APA PERANAN KITA? PART 1

KENAPA SERVIS AIR ASIA LEMBAB? INI JAWAPANNYA


Contoh Melayu lupa diri.

Thursday 9 May 2013

BAGAIMANA DAP MENGUASAI SPR SECARA HALUS?



SPR Dikuasai DAP Secara Terancang, Provokasi oleh DAP Hanya Untuk Mengaburi Mata Rakyat.


Selama ini kita amat hairan mengapa pakatan haram telah menghentam SPR tanpa henti. Mereka cuba mencetus provokasi bahawa SPR bertindak bagi pihak kerajaan Barisan Nasional. Jangan kita mudah tertipu dengan helah mereka ini. Seorang kawan penulis bertugas sebagai “counting” dan “polling” agent di Selangor. Menurut beliau agen dari DAP telah berlagak seolah-olah mereka merupakan Ketua Tempat Mengundi (KTM) manakala KTM yang dilantik bertindak sebagai budak suruhan agen DAP ini.

Bagi membolehkan mereka menguasai dan memonopoli proses pengundian dan pengiraan, mereka telah memburukkan dan mengeji SPR bagi menutup hakikat bahawa sesungguhnya mereka menguasai SPR dengan meletakkan agen-agen SPR yang terdiri dari “Orang” mereka.

Seawal pagi agen SPR balaci DAP telah memeriksa surat sumpah agen Barisan Nasional tetapi mereka tidak perlu memerika surat sumpah agen DAP dan PKR walaupun agen Barisan Nasional membuat bantahan. Agen SPR dengan bongkaknya memberi isyarat tidak perlu memerika agen DAP dan PKR.

Agen DAP telah memantau perjalanan sehingga ketahap mengatur “Q” pengundi dengan memaksa pengundi mengundi dengan cepat, mengarahkan KTM membuat pengumuman setiap lima minit bahawa pengundi yang memakai pewarna kuku segera menanggalkan sendiri sebelum masuk mengundi.

Semasa pengiraan undi pula agen SPR yang jelas merupakan balaci DAP telah bertindak “double standard” dengan memaparkan kertas undi yang memihak kepada Barisan Nasional lebih lama bagi membolehkan Agen DAP dan PKR mencari salah dan membatalkan undi tersebut.

Kita dapat lihat dengan jelas bahawa KTM dengan terketar-ketar terlalu takutkan agen DAP yang berlagak amat angkuh kononnya merekalah paling pandai mengira atas alasan kecinaan mereka sedangkan Mesyuarat Agung CEC yang begitu mudah pun berlaku kesilapan pengiraan yang amat ketara sehingga melibatkan ROS.

Pegangan diktator dan komunis mereka amat ketara dalam tindak tanduk mereka. Kita harus ingat Cina ni lagak aje lebih tapi banyak tong kosong. Mereka tidak mampu uruskan Negara Cina dengan baik sehingga rakyat Cina terpaksa merempat ke Negara lain dan mendapatkan kerakyatan bukan Cina demi untuk survival namun tetap berlagak angkuh kononnya bagus sangat. Perpaduan Melayu demi untuk menegakkan Islam dan mendaulatkan bangsa agama dan tanahair kini merupakan jihad kita. 

Semoga Allah permudahkan segala proses keamanan Negara kita, aminnn ya rabbal alamin.



Perkongsian oleh Megat Panjialam melalui akaun Facebook beliau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - 15 INTIPATI UCAPAN ANWAR YANG BAHAYA



1. 52% rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat berdasarkan statistik jumlah undi keseluruhan yang diterima dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

2. Sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat di Perak sahaja mencecah 55%.

3. Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Sarawak telah memilih Pakatan Rakyat mahu Barisan Nasional tumbang.

4. Rakyat perlu bangkit menentang pembohongan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

5. Rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional yang baru dipilih pada 5hb Mei 2013 yang lepas.

6. ‘Tsunami’ merangkumi seluruh kaum di Malaysia, bukan kaum Cina sahaja.

7. Harga barang akan naik dalam masa terdekat selepas Barisan Nasional kembali berkuasa.

8. Pakatan Rakyat akan menyelesaikan pembohongan Barisan Nasional dengan suara rakyat sehingga kemenangan tiba.

9. Mengumumkan Pakatan Rakyat telah menang.

10. Berjanji tidak akan berundur dan akan terus melawan Barisan Nasional bersama rakyat.

11. Harga minyak tetap akan diturunkan apabila Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.

12. Cukuplah UMNO dan Barisan Nasional memperbodohkan rakyat.

13. UMNO dan Barisan Nasional layak digelar Tipu Segala Tipu.

14. Menggesa rakyat memakai baju hitam pada setiap hari Sabtu sebagai tanda protes.

15. Akan meneruskan gerakan Reformasi sehingga Barisan Nasional tumbang.

SEKEPING FOTO YANG TIDAK DISUKAI NIK AZIZ


Penyatuan bukan perkara mudah, tambah-tambah bila berkait soal ideologi dan fahaman politik. Tapi adakah ia mustahil?

Ya, mustahil. Selagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghalang penyatuan kita ini, impian melihat Melayu bersatu dan berpadu tidak akan menjadi kenyataan.

Tapi biarlah Tuan Guru dengan pendiriannya. Kita tidak semestinya terikat dengan dendam kesumatnya itu. Tak perlu. Nyahkan jauh-jauh. Biar saja dia berdendam dengan UMNO. 

Kita bersatu di luar politik, di luar platform parti. Tunjukkan pada Tuan Guru kita mahu bersatu. Dia perlu hormat kehendak rakyat ini.

Wednesday 8 May 2013

AZMIN ALI KELUAR PKR JIKA TIDAK DIPILIH JADI MB?


Cerita lanjut, klik SINI

HIMPUNAN SUARA RAKYAT BAKAL CETUS MASALAH



SHAH ALAM 8 May - Himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan diteruskan seperti yang dirancangkan walaupun tidak mendapat kelulusan polis.

Pengarah Strategik PKR RAfizi Ramli berkata, himpunan di Stadium Kelana Jaya tidak memerlukan permit dan hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis sahaja.

“Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan agar penganjur tidak akan meneruskan hasrat untuk berhimpun di kawasan tersebut.

Katanya, polis akan bertindak kepada mana-mana peserta atau penganjur yang berdegil untuk tetap melakukannya.

"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," tegasnya.

Himpunan tersebut antara lain mendesak SPR memperjelaskan kekeliruan yang berlaku pada hari pengundian Ahad lepas disamping menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah-sudahlah tu. Bukannya BN menang semua 222 kerusi pun. Tunjukkan sedikit rasa hormat kepada undang-undang negara.

JAWAPAN ISU RASIS UTUSAN MALAYSIA - SIAPA YANG MULAKAN??

Keratan akhbar Utusan Malaysia, 7 Mei 2013 yang menimbulkan
keresahan DAP.


Oleh Zulkiflee Bakar | pengarang@utusan.com.my
Apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina yang termakan hasutan DAP sehingga mereka menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, ia dianggap rasis.
Penasihat Lim Kit Siang membuat kesimpulan laporan itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara.
Sebelum mana-mana pihak terus terpedaya dengan dakwaan seumpama itu, kajilah secara rasional siapakah yang sejak awal sehingga ke hari ini terus melakukan provokasi bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada BN.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul didapati terdapat gerakan tersusun dan luar biasa melalui media sosial, kempen dan risalah bagi tujuan berkenaan.
Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13.
Oleh itu mereka menguar-uarkan slogan ?Ubah? dan ?Ini Kali Lah?. Apabila kempen pilihan raya bermula, ia bagaikan kemuncak kepada ?kegilaan? para pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP untuk menanam kebencian rakyat kepada BN.
Justeru dalam kempen-kempen mereka, pemimpin-pemimpin DAP terus mengeluarkan pelbagai tohmahan bagi tujuan berkenaan.
Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran.
Mengamalkan rasuah, kronisme dan akan melakukan penipuan dalam proses pengundian adalah antara fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kepada BN.
Sehari sebelum pengundian dijalankan, pakatan pembangkang meningkatkan lagi tindakan-tindakan provokasi mereka, apabila menguar-uarkan di dalam laman sosial milik mereka kononnya BN akan menggunakan warga Bangladesh untuk mengundi bagi memastikan kemenangan parti itu.
Akibatnya, pada hari pengundian tercetus kejadian rakyat Malaysia yang seiras warga Bangladesh ditahan oleh penyokong pembangkang.
Untuk mengukuhkan kononnya akan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (PSR), isu dakwat kekal pula ditimbulkan pada hari berkenaan.
Seorang pemimpin DAP di sebuah kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan bersama penyokong melakukan?demonstrasi? untuk menanggalkan dakwat kekal yang dicalitkan di jari selepas mengundi.
Selain itu, tercetusnya tindakan provokasi oleh penyokong pembangkang menghalang pengundi dan rombongan membawa kertas undi.
Pada sebelah malamnya pula biar pun proses pengiraan undi masih dijalankan, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya memberi amaran kepada UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menyembunyikan apa yang dianggap kemenangan pakatan.
Apabila keputusan rasmi diketahui yang menyaksikan BN berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi Parlimen, provokasi pembangkang semakin meningkat.
Ia termasuklah tindakan menguar-uarkan di dalam laman sosial, BN telah melakukan penipuan dan pembangkang menolak keputusan tersebut.
Ketika majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menerima keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN kekal memerintah tanpa majoriti dua pertiga, pembangkang terus menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor manakala DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi yang ditandingi, provokasi DAP berterusan.
Hasutan DAP berjaya, selain pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan melalui laman sosial oleh penyokong mereka, sekumpulan wanita Cina seramai 40 orang yang memakai topeng muka dan menutup mulut telah berkumpul dalam apa yang dipanggil Silent Walk kelmarin bagi membantah keputusan PRU-13.
Dalam masa yang sama, tersebar pula sekumpulan anak muda Cina yang terpengaruh dengan politik cauvinis DAP bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Dan semalam, pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan PRU-13.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum tersebut.
Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang.
SMS itu turut mempertikaikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah.
Sementara itu, satu lagi SMS dalam bahasa Mandarin dikesan disebar secara meluas menghasut penyokong pembangkang supaya bangkit memberi sokongan kepada pemimpin mereka.
SMS itu mendakwa, akhbar Singapura melaporkan, keputusan kemenangan BN masih belum berakhir dan bakal ada perbalahan pusingan kedua yang merisaukan.
SMS itu turut memetik kenyataan seorang pemimpin pembangkang berbunyi: ?Para penyokong kami semua jangan risau, mereka (BN) masih belum menang, dan kita (PR) akan masuk perlawanan pusingan kedua.”
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, ia membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat Cina terpengaruh dengan politik provokasi DAP sehingga memungkinkan mereka menolak BN hampir secara total.
Oleh itu, tidak perlu pemimpin-pemimpin DAP hendak berdolak-dalik dalam soal ini dengan ?menyerang? Utusan Malaysia.
Dan mereka harus bersedia untuk bertanggungjawab jika negara huru-hara kerana merekalah melakukan provokasi politik melampau untuk mempengaruhi masyarakat Cina menolak BN.
Utusan Malaysia hanya mempersoalkan tindakan DAP dan penyokong mereka kerana bimbang perbuatan provokasi berterusan boleh membangkitkan tindak balas daripada kaum lain khususnya orang Melayu sehingga menghuru-harakan negara.
- UTUSAN
Jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak apabila diajukan soalan berkaitan isu ini, klik SINI.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BUKTI KENAPA ANWAR LEBIH LAYAK JADI PERDANA MENTERI

Agak menarik apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat cuba menggunakan hujah baru selepas mereka gagal memanipulasi minda orang ramai dengan isu-isu seperti pengundi hantu, IC, dakwat kekal dan blackout.

Kali ini, mereka guna pula modal jumlah undian yang diakui, memang memihak kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Atas dasar tersebut, mereka mendakwa Pakatan Rakyat lebih layak membentuk kerajaan kerana lebih popular berbanding Barisan Nasional.

Ironinya, mereka tidak nyatakan bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak sama seperti di Indonesia atau Amerika Syarikat. Kita di sini memilih parti untuk memerintah, bukan memilih individu untuk diangkat menjadi Perdana Menteri seperti Pilhan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Dalam sistem kita, undi popular bukanlah perkara yang diutamakan. Kita hanya memilih wakil rakyat yang bertanding mewakili parti-parti tertentu, manakala ketua kepada parti-parti ini yang akan dipilih secara tidak langsung menjadi Perdana Menteri selepas diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong. 

Ketua kepada parti-parti tersebut yang dilantik menjadi Perdana Menteri pula tidak semestinya mendapat undi yang popular bagi mengesahkan kelayakan beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Apa-apa pun, keputusan sudah diperolehi. Rakyat sudah memilih parti mana yang layak membentuk kerajaan sekaligus memilih Perdana Menteri yang menjadi harapan dan impian rakyat Malaysia.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TIPU HELAH LIM KIT SIANG KE ATAS TUNKU AZIZ DIBONGKARKAN


Ini yang Tunku Aziz cerita kepada saya semasa makan asam pedas di Kota laksamana pada 1 mei 2013. 

Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP?

Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.”

Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik?

Sebab masuk DAP

Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah).

Saya sudah lama jadi aktivis, nak mengurangkan rasuah di dalam negara kita, kerana saya sangat sayang negara saya.

Kalaulah betul saya ada cadangan nak jadi seorang ahli politik, saya sudah masuk UMNO semasa saya keluar dari universiti, semasa saya balik dari luar negara (dulu).

Seorang guru saya di Alor Setar, (Tan Sri) Hanafiah Hussain, dia jadi MP Yan, Kedah. Dia kata, Tunku mari masuk UMNO. Saya kata, tentang politik ini memang suka kerana masa di universiti dulu saya belajar tentang sains politik. Dia kata, belajar politik itu tidak sama dengan jadi ahli politik. Jadi, saya tak fikirlah saya ini boleh jadi seorang ahli politik.

Di dalam DAP, dia (Kit Siang) kata dia (akan) beri kepada saya satu platform. Katanya satu platform yang awak boleh teruskan kerja anti-kourpsi. Saya bertanya kepadanya, sebab masa dulu saya ada platform, saya Presiden Transparency International Malaysia dan juga Naib Presiden Transparency Worlwide.

Bila saya dah letak jawatan itu (Transparency International), saya sudah tidak ada lagi platform. Jadi, bila dia (Kit Siang) kata, “Okay, awak ada platform” , (maka) saya terima lah (masuk DAP). Bukanlah bererti saya minta pangkat ke apa dengan DAP, tidak.

Bila saya mula-mula masuk DAP (Ogos 2008), dalam masa dua hari, (saya) diberi jawatan Naib Pengerusi DAP. Lepas tu, tak lama selepas itu, dilantik jadi seorang Senator.Senator DAP pertama dari Pulau Pinang.

Pujukan Kit Siang & Guan Eng

Tetapi, bila saya masuk DAP dalam dua bulan sahaja, saya mula berfikir, saya masuk parti tak betul ini. Jadi, saya tulis surat kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). Saya kata, saya nak letak jawatan lah. Dalam DAP ini, kalau kita tulis surat, tak kira pangkat kita pangkat bawah, pangkat atas, mereka tak jawab surat kita.

Kemudian, setahun lepas itu (2009), sekali lagi. saya tulis surat kepada Kit Siang (Penasihat DAP). Selepas itu, Kit Siang dan Guan Eng datang berjumpa saya. mereka pujuk saya, ‘Tolonglah, kalau Tunku keluar DAP akan banyak masalah’.

Saya ingat, kita (saya dengan Kit Siang) ini kawan lama, oklah saya tak jadi keluar. Namun, saya lihat perkara yang dibuat dalam DAP adalah perkara yang saya tak boleh terima. Kita kena ada prinsip.

Dalam DAP ini, masa bercakap cukup pandai. Kata tak ada rasuah, tapi rasuah dalam DAP ini, macam Encik Jafrei (Nordin), dia buat satu press conference di Pulau Pinang, cerita semua.

Agenda rahsia

Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja. Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum, tetapi tentang agenda rahsia memang dia setuju. Dia tak kata dia setuju tapi kita fahamlah dia setuju.

Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan.

Baru-baru ini, konvensyen DAP di Pulau Pinang, nak melantik CEC, jawatan paling tinggi dalam parti. Lapan calon Melayu (masuk bertanding), seorang pun tak terpilih, tak dilantik.

Maknanya, kepimpinan tertinggi DAP tak boleh terima (Melayu). Jadi, nak tunjuk juga DAP ini satu parti berbilang kaum, dia kata dia buat silap semasa proses pemilihan itu.

Jadi, budak nama Zairil, dia kata Zairil ni orang Melayu tetapi Zairil ni bukan orang Melayu. Zairil ni nama betul dia.. (Christopher Howard Lim).. Dia (Zairil) jadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari. Khir Johari ni biasa dengan saya. Dia guru saya dulu di kolej. Saya kenal dia.

Kalau keturunan keluarga Zairil, bapa Cina, emak Cina, macam mana anak dia jadi Melayu ? Kalau dah masuk Islam tu, kita boleh terima dia sebagai seorang Islam tetapi jangan kata pula ini orang Melayu.

Kalau tak bersetuju, habis..

Dalam DAP ini, kalau kita tak bersetuju, habis. Saya masa masuk itu, ada seorang yang lama dengan DAP, saya tak boleh nak sebut nama dia, di Taiping. Dia kata, dalam DAP ini awak tidak boleh kritik Kit Siang dan Guan Eng. Jika awak kritik, cita-cita politik awak akan tamat. Maknanya, janganlah kita nak kata tak bersetuju.

Tapi saya, bukanlah saya nak minta sedekah dengan mereka ini. Mereka yang pelawa saya. Jadi, kalau benda tu tak betul, saya kata tak betul. Kalau benda itu betul, okay betul.

Sungguhpun saya dalam pembangkang, tetapi apa yang YAB Perdana Menteri lakukan itu, saya kata, kita kena sokong program transformasinya. Ini adalah satu program yang baik dan akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, (saya) sokong. Mereka cukup marah dengan saya.

Kalau saya sebut 1Malaysia pun marah, sampai begitu.. Jadi, (DAP) ini satu parti yang khianat. mereka tanam sentimen benci, bukan satu parti yang macam 1Malaysia, tidak.

Kalau tengok dia punya cara mereka menulis di siber, baru kita tahu bahawa parti ini (DAP) satu parti yang tak boleh halang kerana mereka bukan peduli, kalau melanggar undang-undang. Sungguh pun mereka ini semua pembuat undang-undang, ahli parlimen.

Taja Demonstrasi jalanan

Saya keluar dari DAP semasa saya jadi Senator. Dalam Senat saya bangun dan saya kata, saya tak bersetuju dengan apa yang Bersih akan buat iaitu street demonstration (demonstrasi jalanan). DAP hantar banyak duit kepada semua, beratus-ratus, boleh kata beribu-ribu orang rakyat Malaysia, suruh mereka keluar hari itu, buat satu demonstrasi jalanan.

Jadi, saya kata, ini saya tak boleh sokong. Saya memang sokong pemilihan yang adil dan bersih. Siapa tak sokong, semua rakyat sokong. Tetapi saya tak boleh sokong kalau Datuk Ambiga mahu melanggar undang-undang.

Kerajaan dah kata, jalan Dataran Merdeka itu satu kawasan larangan. Maknanya kita tak boleh nak masuk ke situ. Tapi mereka dah masuk juga, mereka tak peduli.

Jadi berlaku konfrantasi saya dengan Lim Guan Eng. Saya kata, memang saya tak boleh sokong. Saya tak boleh bersetuju. Dia kata, orang lain semua setuju, kenapa Tunku tak boleh setuju. Saya kata, dia nak bersetuju dia setujulah tapi saya tak boleh nak terima ini (kerana) nak memecahkan dan melanggar undang-undang.

Kalau satu undang-undang itu yang tak baiklah katanya, kita ada kaedah dalam sistem kita. Sistem demokrasi dalam parlimen. Kita nak ubah, nak alih, kita mesti melalui Parlimen.

Civil disobedience

Jadi, dia (Guan Eng) ingat dia pandai. Dia kata semula kepada saya. Dia kata, ini bukan nak pecah undang-undang, ini hanya ‘civil disobedience‘ (penentangan masyarakat awam tanpa keganasan).

Ini Lim Guan Eng dia ingat dia pandai. Tetapi bagi saya, budak ini cukup bodoh. Dia tak faham apa itu civil disobedience

Civil disobedience ini adalah satu konsep, bukan konsep baru, tetapi konsep lama. Di Eropah dulu. berpuluh-puluh tahun dulu sebelum Mathma Ghandi (di India). Tetapi Ghandi, dia buat civil disobedient kerana apa ? kerana dia nak halau orang Inggeris keluar dari India.

Jadi, saya tanya Guan Eng, “Di Malaysia, siapa yang awak nak tendang keluar? Kita adalah negara merdeka. Siapa yang awak nak tendang keluar ?

Oh dia (Guan Eng) kata di Southern Amerika Syarikat (AS), Martin Luther (orang kulit hitam) kata, mengikut Guan Eng, kalau undang-undang itu zalim, kita tak payah ikut undang-undang itu. Itu pun satu orang, saya kira otak yang dah beku.

Di Southern AS, orang kulit hitam , tidak ada apa-apa hak, no right. Nak naik bas pun tak boleh bersama-sama dengan orang putih. Kalau ada pun pendaftaran perhimpunan, orang kulit hitam ini, bukan sebahagian daripada sistem mereka.

Kalau begitu (keadaannya) saya pun bersetuju (jika menentang), tetapi di Malaysia ini, mana ada kita kata, bas ini untuk orang Melayu, bas ini untuk orang Cina, bas ini untuk orang India…tidak, semua sekali (boleh naik). Yang ada dibuat itu asing itu keretapi. Yang ini gerabak untuk perempuan sahaja.

Perjumpaan empat mata

Lim Kit Siang datang ke rumah (saya) dua kali. Dua kali.

Dia kata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan lain marah dengan apa yang saya kata itu, (iaitu) saya tak bersetuju dengan Bersih.

Jadi, saya kata kepada dia.. “Kit Siang, saya bukan masuk PKR, saya masuk DAP. Patutnya DAP “.. Ini point penting, dengar betul-betul, “DAP namanya Democratic Action Party“. Tapi demokrasi ini bukan demokrasi yang kita faham.

Dia kata, mereka tak bersetujulah apa yang Tunku kata itu. Saya kata okaylah.

Dia kata, “giliran anda disambung kontrak tidak lama lagi,”. Bila dia kata begitu, saya berasa marah.

Saya kata kepada Kit Siang..Jika kemasukan saya dalam DAP menimbulkan masalah, apabila awak jumpa Guan Eng esok, awak habiskan, jangan sambung jawatan (senator) saya lagi, saya tak mahu.

Tetapi apabila Guan Eng buat pengumuman kononnya, dia kata, saya ‘menyerang’ dia, tetapi dia tak kata saya menyerang dia sebab dia nak melanggar undang-undang.

Jadi, yang undang-undang itu disorokkan. Diberitahu kepada semua orang bahawa saya menentang, menentang pilihanraya yang adil dan bebas. Itu kejahatan dia. Saya tak boleh jadi ahli parti yang begini, tipu menipu, macam-macam.

Malaysia Spring

Lagipun, dalam DAP, mereka bukan kira apa akan jadi kepada negara kita ini. Mereka kata, kami harap akan berlaku satu lagi Arab Spring (di Malaysia).

Seorang lagi, lelaki senior, dia kata, “saya harap demonstrasi ini (BERSIH) adalah permulaan untuk Malaysia Spring”. Maknanya, mereka tak peduli. Mereka tak peduli apa akan jadi kepada negara.

Saya sudah kata saya menentang demonstrasi jalanan. Kita tengok dengan mata sendiri dan baca. Semua demontrasi jalanan ini, mula-mula secara aman. Tipu lah kalau kata emonstrasi kononnya aman. Mana ada penganjur demonstrasi ini kata “demontrasi untuk keganasan, tidak. Dia akan kata ‘sangat aman’. Tetapi tengok apa jadi.

Apa yang saya kata tu bukanlah bererti saya pandai, tetapi dah orang tua, memang ada pengalaman sikit. Apa yang akan (diramalkan), terjadi.

Jadi, bila dah jadi begitu, siapa yang lari dulu…Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan pembantunya itu lompat atas trak, lari keluar. Yang tinggal di situ Datuk Ambiga.

Datuk Ambiga menangis, minta maaf itu ini tapi dia sungguhpun seorang peguam tetapi bodoh juga kerana membenarkan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng sabotaj demonstrasi anjurannya itu. Maknanya, ahli-ahli politik telah berjaya memanipulasi demonstrasi itu.

Apa respon mereka, apa yang mereka kata, “Oh ini (kerja) polis. Polis masukkan orang dia dalam tu buat kacau”.

Macam saya juga bila sudah keluar parti, apa mereka kata, “saya dah dibeli”. Dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA. MCA banyak duit daripada UMNO. UMNO beli MCA bayar.

Masa kita masuk dulu, lagi kita kritik UMNO, wah kita hero, tetapi jika anda tidak bersetuju (dengan parti sendiri), habis cerita. Inilah DAP.

Masa depan Melayu

Saya dalam DAP dekat empat tahun dan hampir dapat banyaklah pengalaman, tengok apa dia buat betul (dan) tak betul. Kita khususkan kepada orang Melayu, kita ambil contoh Pulau Pinang.

Kalau ikut Guan Eng semasa tahun 2008, dia kata, “Sekarang DAP akan buat satu program nak naikkan hak orang Melayu di Penang.” Tetapi masa sekarang, apa yang jadi. Apa pun tak jadi.

Jadi, janganlah sekali-kali kita percaya, janganlah harap, sungguh pun dia kata parti berbilang kaum. Parti ini (DAP) adalah satu parti chauvinis.

Kawan-kawan saya dari DAP dulu, mereka faham. Kerana pandangan mereka sama dengan kita di sini iaitu perkara yang paling penting adalah negara. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu dan untuk semua rakyat Malaysia.

BN sudah memerintah kita dah berpuluh tahun, lebih daripada 50 tahun. Dalam masa ini kita tengok, negara kita cukup maju, rakyat kita boleh hidup dan kerjasama walaupun kadang-kadang ada tak setuju.

Masa British dulu, masa kita baru-baru merdeka dulu, orang Malaya masa itu apa pun tak ada. Kita tengok sekarang ini, bukanlah saya nak kata apa yang BN buat ini semuanya betul. Banyak juga yang tak betul tetapi kalau yang tak betul tu saya sendiri selalu kritik dia dalam majalah-majalah atau dalam surat khabar. Tetapi kalau perkara yang betul, patut kita kata bagus, patut kita sokong.

Saya pergi mana-mana pun saya kata, ini janganlah dengar parti pembangkang kata, “kita semua kena ubah.” Nak ubah apa kalau benda tu tak rosak, kita nak ubah apa. Jadi, dia kata ubah..ubah. Kita tak boleh ikut apa yang dikatakan oleh parti pembangkang.

Janji banyaklah. Kalau kita dengar Anwar Ibrahim, janji dia semua boleh buat tetapi kita tengok rekod dia. Janji itu hanya tinggal janji.


Catatan dikongsi oleh Saudara Hafeez Ismail melalui akaun Facebook beliau.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SULTAN KELANTAN REJEK HUSAM MUSA?




Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun  Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad  kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar