![]() |
Majlis Fatwa Kebangsaan terus dihina oleh Zunar yang langsung tiada kelayakan agama. |
Zunar, kartunis yang pernah cari makan dengan media arus perdana termasuk Berita Harian, nampaknya semakin ghairah menghina sesiapa sahaja yang tidak searus dengan pembangkang.
Selepas mencetuskan kontroversi melalui komik Perak Darul Kartun yang turut menghina Sultan dan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Zunar kini melancarkan serangan terbuka ke atas Majlis Fatwa Kebangsaan pula.
Semuanya kerana fatwa mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan yang berniat tidak baik dan boleh cetuskan perbalahan yang difahami oleh pembangkang merujuk kepada BERSIH 3.0. Lantaran itu Majlis Fatwa diserang dari pelbagai sudut dengan alasan fatwa yang dikeluarkan itu berat sebelah dan menguntungkan UMNO semata-mata.
Soalnya sekarang, adakah Zunar dan semua penyokong pembangkang termasuk Tuan-tuan Guru telah membaca keseluruhan isi fatwa berkenaan dan membahaskan secara ilmiah mengikut kepakaran mereka? Atau hanya bergantung kepada petikan-petikan berita dalam Harakah dan Malaysiakini sahaja?