Pages

Thursday 31 May 2012

PRESIDEN MAJLIS BELIA JAWAB MUFTI PERAK?

Susulan teguran daripada Mufti Perak berhubung isu K-POP ketika sambutan Hari Belia Negara 2012 (HBN 2012), hari ini Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohammad Maliki bin Mohammad Rafiee (gambar) tampil memberikan penjelasan.

Menurut beliau, penganjur dan artis luar negara terbabit akan disenaraihitamkan daripada menyertai program Majlis Belia Malaysia pada masa hadapan.

Beliau juga berterima kasih kepada Shahibul Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang membuat teguran tersebut yang dianggap sebagai satu teguran yang membina dan berjanji akan mengetatkan garis panduan penganjuran selepas ini.

Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan! SB berbangga kerana Presiden Majlis Belia tidak mengambil masa yang lama untuk buka mulut dan mengakui kesilapan yang berlaku. Lebih penting, beliau dengan rendah diri menerima teguran daripada ulamak.

Teguran ini juga perlu diambil maklum oleh semua pihak yang berkira-kira mahu menjemput mana-mana artis luar negara beraksi di sini selepas ini. 

Semoga polemik tentang isu K-POP ini dihentikan segera. Masih banyak agenda pembangunan belia yang perlu diberikan perhatian berbanding berbalah tentang sesuatu perkara yang sudah jelas di sudut syariat. Haram tetap haram!


KONVENSYEN MEMARTABAT ISLAM


MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

ALLAHUAKBAR!!

Wednesday 30 May 2012

BERITA DARI UPM - SIAPA ATLET BARU UPM??


KUALA LUMPUR - Atlet memanah negara Mohd Kaharuddin Ashah dan pemain skuasy Siti Munirah Jusoh dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-29 di sini hari ini.
   
Mohd Kaharuddin, 25, pelajar tahun akhir dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia, merupakan pemenang pingat perak acara compound pada Sukan SEA Indonesia 2011.
   
Manakala Siti Munirah, pelajar tahun dua dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran, meraih emas pada temasya Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Sarawak, April lepas.
   
Mereka masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan dan sijil yang disampaikan oleh Pro Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail pada majlis anugerah itu.
   
Anugerah Tokoh Sukan UPM pula diberikan kepada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman atas pencapaian dan penglibatan beliau dalam bidang sukan UPM.
   
Anugerah 'Pasukan Cemerlang' pula dimenangi oleh pasukan hoki, anugerah 'Pengurus Cemerlang' disandang oleh Mohd Firdaus Abdullah bagi sukan olahraga dan jurulatih hoki Wan Zaharuddin Wan Abdullah memenangi anugerah "Jurulatih Cemerlang'.
   
Seramai 60 pelajar yang cemerlang dalam sukan UPM telah menerima Anugerah Putra Cemerlang, 31 pelajar bagi kategori Anugerah Penghargaan Setia Bakti dan 17 orang pelajar bagi kategori Anugerah Khas. - Bernama

AIRBUS A380 KINI JADI MILIK MALAYSIA!


Malaysia Airlines System (MAS), syarikat penerbangan kebanggaan negara hari ini secara rasminya menerima pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380. Kapal terbang yang dibangunkan oleh syarikat gergasi Eropah, Airbus yang juga subsidiari European Aeronautic Defence and Space Company (EADS) itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada petang tadi.

Lantaran kerana saiznya yang besar, banyak lapangan terbang utama dunia terpaksa membesarkan dan memanjangkan fasiliti mereka bagi memastikan operasi pesawat ini berjalan lancar.

Tahniah diucapkan kepada team MAS. Satu lagi sejarah terpahat hari ini. Seharusnya kita berbangga kerana syarikat penerbangan negara dan Malaysia amnya, kini sudah mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain utama yang lain dalam industri ini.

LEMBARAN FAKTA LYNAS DI UNTUK YB FUZIAH


Klik SINI.

PENGERUSI KELAB MANGSA PTPTN - MANDEEP SINGH- GAGAL KES SAMAN, BAKAL BERDEMO LAGI?

Mandeep Sing (baju merah) bersama pimpinan SMM yang lain
ketika melancarkan demonstrasi anti-PTPTN .

Pengerusi Kelab Mangsa PTPTN, Mandeep Singh hari ini dilaporkan gagal dalam kes samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas dakwaan perbadanan tersebut memfitnah dan menahannya secara tidak sah pada 6 Julai 2011.

Ketika kejadian, Mandeep dikatakan dalam perjalanan ke Shanghai, China tetapi ditahan oleh pegawai imegresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah Sepang kerana namanya telah disenaraihitamkan oleh PTPTN.

Kalau dah kena senarai hitam tu apa maksudnya? Dia yang tak bayar hutang kemudian nak saman PTPTN yang dah bagi dia wang untuk belajar.

Mandeep Singh juga memainkan peranan penting dalam insiden kalungan bunga malai atau bunga kematian ke atas potret Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dalam demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 yang lalu. 

HARAM TETAP HARAM! TAK PERLU FATWA BARU

Ramai yang pertikaikan kenapa tidak ada fatwa mengharamkan K-POP yang berimej dan beraksi seksi ketika membuat persembahan pada Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya minggu lepas. Bagi yang masih belum jelas, boleh ikuti sedutan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari seperti di bawah. Sangat jelas dan tegas!


Seperti yang dijelaskan oleh beliau, yang haram dari sudut syariat tetap haram. Tak perlu fatwa baru. Jadi jangan dipolitikkan!

KHAIRY JAMALUDDIN TAHU BILA PILIHAN RAYA?



Pengumuman DS Najib berkenaan tarikh pembentangan Bajet 2013 yang akan diadakan pada 28 September ini tidak bermakna PRU-13 akan dibuat selepas tarikh tersebut.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin (gambar) dalam twitternya semalam, beliau yakin PRU-13 akan diadakan sebelum Bajet dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri.

Tujuan pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri juga menurutnya lebih kepada aspek perundingan dan perundangan seperti kebiasaan yang dibuat oleh kerajaan. Untuk rekod, pembentangan Bajet kebiasaannya dilakukan pada bulan September atau Oktober mengikut kesesuaian.

Desas desus sebelum ini kuat mengatakan PRU akan diadakan pada bulan Julai. Melihat kepada situasi semasa, jangkaan itu nampaknya tinggal spekulasi sahaja. Kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa ketika ini masih mempunyai mandat hingga April 2013, jadi masih banyak masa lagi untuk DS Najib membuat keputusan.

Kepada Adam Adli dan rakan-rakan, anda juga masih banyak masa untuk bertelagah mencari keputusan siapa yang akan bertanding kelak.

NIZAR JAMALUDDIN MOST WANTED!

Nizar Jamaluddin sudah terlalu banyak bikin kontroversi. Politik cara rimba.

Sembang-sembang dengan orang Johor, khabarnya mereka tunggu masa saja nak ganyang Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bergelar Dato' Seri ni.

Itulah. Dengan orang Johor jangan dibuat main. Taat mereka dan sayang mereka akan Sultan teguh sepanjang zaman. 

Terbaru, sebentar tadi dilaporkan Nizar akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung bidaan nombor plat WWW 1 yang dimenangi oleh Sultan Johor. SB boleh katakan, masa depannya dalam PRU 13 bakal gelap!

MUFTI PERAK TEGUR HARI JUTAAN BELIA 2012

Persembahan daripada artis-artis Korea Selatan dalam segmen K-POP semasa  HBN 2012

Mufti Perak, Shahibul Samahah Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menegur penganjur Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) kerana mengundang penyanyi-penyanyi  K-POP dari Korea Selatan membuat persembahan ketika sambutan HBN 2012 di Putrajaya minggu lepas.

Menurut beliau, sambutan Hari Belia adalah sesuatu yang positif kerana menyatukan golongan muda dari seluruh negara justeru ia tidak sepatutnya dicemari oleh artis luar negara yang berpakaian dan beraksi seksi.

SB amat bersetuju dengan teguran Mufti Perak ini. Di sebalik kejayaan penganjuran himpunan jutaan belia tersebut, akhirnya ia dipalit kekotoran akibat tindakan segelintir artis luar negara yang kurang cakna dengan adat dan tatasusila rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Ironinya, walaupun tidak semua kumpulan K-POP tampil seksi di pentas, namun ia juga telah menjadi modal besar pihak pembangkang untuk memburukkan kerajaan lebih-lebih lagi ketika PRU-13 semakin hampir. SB juga hairan, bukankah sudah ada garis panduan untuk artis-artis luar negara beraksi di pentas kita? Kenapa panganjur tidak ambil berat tentang perkara ini dari awal?

Seperti kata Mufti Perak itu lagi, jangan kerana terlalu mahukan sokongan dan kedudukan, akhirnya sokongan itu lari begitu saja akibat kesilapan –kesilapan sebegini. Pihak penganjur tidak harus lepas tangan dan membiarkan imej kerajaan terumatanya DS Najib diperlekehkan oleh pembangkang. Mereka harus tampil memohon maaf!


Roadshow Rafizi Ramli Bakal Tarik Undi Mahasiswa Kepada Pakatan Rakyat?

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli  (gambar) yang dilanyak teruk oleh Khairy Jamaluddin (KJ) baru-baru ini ketika berdebat tentang isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN, diberitakan akan mengepalai roadshow bersama mahasiswa pro-Anwar ke seluruh universiti bagi menerangkan idea pendidikan percumanya itu.

Berbekalkan modal seperti isu rasuah, hutang syarikat yang dilupuskan oleh kerajaan, pembaziran wang kerajaan dan sebagainya, beliau kini dilihat semakin terdesak untuk menggerakkan kempen tersebut kerana ia satu-satunya peluang untuk beliau dipilih sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Rafizi sebelum ini beberapa kali menerima padah apabila pendedahan-pendedahan yang dibuat akhirnya memakan dirinya sendiri. Terbaru apabila beliau mendedahkan dokumen sulit milik sebuah bank dalam isu NFC hingga mencetuskan kemarahan banyak pihak ke atas bank tersebut.

Dalam roadshow itu juga, Rafizi akan menggunakan sepenuhnya kumpulan mahasiswa yang lantang menuntut pemansuhan PTPTN ketika Demonstrasi 14 April 2012 iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro-Mahasiswa Nasional.

Antara yang dijangka akan turut membantu roadshow tersebut termasuklah Adam Adli, Safwan Anang, Syahid Zaini dan Khalid Ismath.

SELAMAT DATANG MINDA SRIKANDI

Minda Srikandi

Alhamdulillah. Keluarga Kapak hari ini meraikan kelahiran sebuah lagi blog yang membawa aspirasi yang sama dengan kami. Beliau seorang srikandi tetapi semangatnya kental. Semoga dengan kehadirannya ini akan menambahkan kemeriahan dunia maya kita dengan caranya sendiri. Kapak has no rules. Masing-masing bebas berblogging. 

Minda Srikandi. Gitulah namanya. Kalau nak berkenalan dengan beliau, silalah ke SINI.

Senarai terkini Blogger Kapak :

BE A HERO!!

JOM RAMAI-RAMAI..


JUMPA DI SANA!!!

Wednesday 23 May 2012

HORMATI HAK PRIVASI AMBIGA

"Hormati hak privasi saya," rayu Ambiga.

Ahli-ahli majlis perbandaran Selangor dari DAP hari ini menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail meletak jawatan kerana gagal bertindak terhadap peniaga yang cuba menjaja di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga.

"Kami menggesa Datuk Bandar Kuala Lumpur meletak jawatan segera," kata ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong yang mewakili 67 ahli majlis DAP dalam negeri Selangor.

Apa pandangan anda?


Hak privasi hanya untuk Ambiga sahaja! Rakyat tidak berhak sebab rakyat tak cerdik undang-undang. Hanya Ambiga dan Majlis Peguam saja layak bertindak di negara ini sebab mereka tahu undang-undang.


RAFIZI ANTARA 6% YANG DISENARAIHITAM?

Majoriti rakyat Malaysia masih memerlukan PTPTN.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Malay Mail, hari ini menyiarkan hujah-hujah penting yang gagal disangkal oleh Rafizi Ramli ketika berdebat dengan Khairy Jamaluddin semalam.

Menurut Khairy, hanya 6 peratus sahaja peminjam yang disenaraihitamkan kerana masih gagal memulakan bayaran balik berbanding 94% yang lain.

Tambah Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional itu lagi, prosuder menyenaraihitamkan nama-nama peminjam itu juga tidak mudah kerana ia melibatkan proses menghantar notis peringatan dan amaran yang mengambil masa hingga 22 bulan.

Beliau membidas hujah Rafizi yang hanya berpandukan angka 6 % itu sahaja untuk memansuhkan PTPTN. 

Selain itu, Khairy Jamaluddin juga menyangkal hujah Rafizi kononnya pinjaman yang diberikan hanya menguntungkan institusi pengajian tinggi di negara ini sama ada swasta mahupun awam. Menurut Khairy, ketika ini, 123 000 orang pelajar kolej dan universiti swasta menerima manfaat daripada PTPTN berbanding 76 000 orang dari sektor awam.

Justeru tidak ada sebab kenapa PTPTN perlu dimansuhkan seperti yang dituntut oleh pembangkang ketika ini.

Seperti kata KJ, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menambahbaik sistem pinjaman tersebut seperti memansuhkan caj upah atau ujrah 1 % yang dikenakan sekaligus membolehkan peminjam membuat bayaran balik secara prinsipal dalam tempoh yang lebih fleksibal.

KENAPA DATO' SERI NAJIB TAK PERLU BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM?


Apa motif sebenar Dr. Maslee Malik mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim? Ketika mengakhiri perdebatan antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli semalam, beliau sekali lagi membuat cabaran tersebut, malah hingga menyebut ayat seperti "jika anak jantan" dan sebagainya.

Seperti yang SB dedahkan dalam entri terdahulu, Dr, Maslee diketahui seorang intelektual yang pro-pembangkang. Beliau juga dikatakan mengisi jejak langkah yang ditinggalkan oleh Dr. Aziz Bari, bekas Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai suara akademia dalam Pakatan Rakyat.

Selepas pengunduran Dr. Aziz Bari dari UIAM, Dr. Maslee dilihat semakin menonjol dan sering diundang menjadi panelis dalam pelbagai forum yang membincangkan manifesto Buku Jingga di samping pernah berhujah tentang bagaimana Revolusi Arab Spring boleh dilaksanakan di Malaysia sebagai salah satu usaha menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Suara dan pemikiran beliau sememangnya condong ke arah Pakatan Rakyat. Justeru tidak hairanlah dalam perdebatan semalam beliau lebih banyak menyebelahi Rafizi Ramli hingga mencetuskan situasi yang tidak seimbang sepanjang acara berlangsung.

Namun, tujuan sebenar beliau mencabar Perdana Menteri berdebat dengan Ketua Pembangkang dilihat lebih bersifat politik berbanding mencari formula menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti dalam perdebatan antara KJ dan Rafizi.

Muslihatnya yang sebenar juga adalah untuk memberikan nilai tambah kepada Anwar Ibrahim. Hal ini terbukti apabila beliau sendiri menyatakan hasratnya untuk menjadi moderator dalam debat antara Najib dan Anwar itu. Dengan cara ini sahajalah Anwar mendapat peluang yang diidam-idamkan selama ini iaitu menyerang Najib secara terbuka dalam satu perdebatan yang berat sebelah. 

Jika Anwar berdebat secara sihat dengan Najib, sukar bagi beliau untuk berhujah. Tetapi dengan bantuan moderator, mereka mampu tundukkan Najib sekaligus memberikan kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU-13. Perlu diingat, Anwar hanya graduan kelas kedua berbanding Najib yang teruji tahap pengajian dan kemampuannya mengurus tadbir negara ini.

IDENTITI MODERATOR DEBAT KJ-RAFIZI DIDEDAHKAN


Dr. Mazlee Malik, moderator dalam Debat Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Nasional antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli semalam, dikatakan seorang yang pro-pembangkang.

Perkara ini didedahkan oleh portal Sungai Rapat Online pagi tadi. Menurut portal tersebut, Dr. Mazlee mempunyai perhubungan yang baik dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pernah beberapa kali diundang menjadi panelis dalam program Pakatan Rakyat khususnya forum-forum yang membincangkan Buku Jingga.


Malah, beliau juga dilaporkan pernah bercakap tentang bagaimana Revolusi Arab Spring boleh dijayakan di negara ini sebagai salah satu usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Justeru tidak hairanlah dalam perdebatan semalam, Dr. Mazlee dilihat lebih condong kepada Rafizi Ramli dengan menyerang Khairy Jamaluddin melalui soalan-soalan yang bukan dalam bidang Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional itu.

Khairy juga kelihatan beberapa kali menyindir Dr. Mazlee dan ia dibalas dengan jelingan oleh moderator tersebut.

Sinar Harian sebagai penganjur tidak sepatutnya membiarkan perkara ini berlaku sejak dari awal. Dalam perdebatan yang berimpak seperti ini, peranan moderator adalah sangat penting dan beliau seharusnya lebih natural, bukannya bersifat berat sebelah.

FOTO-FOTO KHAIRY JAMALUDDIN BALUN RAFIZI RAMLI

Saksikan gambar-gambar ketika perdebatan antara Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli semalam.

Khairy Jamaluddin bersalaman dengan Rafizi Ramli

Aksi bermula.
Gaya pemimpin muda.

Garang.

Rafizi Ramli juga tak kurang hebatnya!

Sumber : FB YB Khairy Jamaluddin

DEBAT PTPTN - LIHAT AKSI GELABAH RAFIZI RAMLI!!


SIAPA LEBIH HEBAT?

BIAR BETUL!! NAJIB AKAN SAHUT CABARAN BERDEBAT?

Jemput minum, rakyat Malaysia!

Di samping perdebatan yang hangat malam tadi, apa yang menarik perhatian rakyat Malaysia tentunya cabaran yang dikemukakan oleh moderator kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat seperti Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli.

SB percaya, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang menolak debat antara Anwar dan Najib ini.Lagi cepat lagi bagus.

Selama ini kita hanya melihat aksi kedua-dua pemimpin ini di pentas yang berbeza, jadi apalah salahnya jika kedua-dua mereka disatukan di atas satu pentas perdebatan yang sihat dan berdebat secara intelektual.

Tajuk dan tema perdebatan pula biarlah menyangkut soal kepentingan dan masa depan negara, bukan saling tuduh menuduh dan memburukkan antara satu sama lain. Mungkin juga, dengan terlaksananya acara ini kelak akan merobah lanskap politik nasional ke arah yang lebih terhormat dan disanjung rakyat dari semua peringkat tanpa mengira fahaman politik.

Semoga ia menjadi kenyataan, insya-Allah.

DEBAT PTPTN - DETIK-DETIK PENTING!

Debat PTPTN Khairy Jamaluddin VS Rafizi Ramli


Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah pengangguran di negara ini berlaku bukan kerana tiada peluang pekerjaan tetapi sikap pencari kerja sendiri yang terlampau memilih.

Kenyataan ini jelas sekali gagal ditancap oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR ketika membentangkan hujah balasnya ketika berdebat dengan Khairy Jamaluddin dengan tajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara malam tadi.

Menurut beliau, faktor utama kegagalan peminjam PTPTN membuat bayaran balik adalah kerana mereka gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Hal ini disanggah oleh Khairy Jamaluddin yang kemudiannya membentangkan hujah bahawa pihak kerajaan hari ini komited menyediakan pelbagai peluang kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Dengan memberikan beberapa contoh seperti penetapan gaji minimum untuk perkerja sektor awam dan swasta dan perlaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan peluang pekerjaan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin yakin masalah yang dibangkitkan oleh Rafizi itu boleh diatasi dengan baik.

Di sini kita dapat lihat bahawa Rafizi Ramli lebih banyak menghentam pihak kerajaan berbanding merasionalkan manifesto pendidikan tinggi percuma seperti yang terkandung dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Adakah Rafizi Ramli lupa bahawa tujuan sebenar PTPTN adalah untuk membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tertiari dan bergraduasi dalam tempoh yang ditetapkan mengikut perjanjian?

Selain menampung lebih 2/3 kos yuran pengajian sebenar, kerajaan juga telah menyediakan kemudahan potongan yuran yang minima daripada pinjaman yang diterima pelajar supaya mereka dapat menggunakan bakinya untuk tujuan lain termasuk mengurus perbelanjaan harian.

Sebagai mahasiswa, adakah kita begitu lemah hingga mengharapkan segala-galanya dibantu oleh kerajaan? Di mana daya saing kita kalau semuanya terhidang di depan mata sahaja? Insaflah, kita di sini masih beruntung. Di kebanyakan negara membangun yang lain, mereka hanya mampu bermimpi untuk memiliki apa yang kita miliki hari ini. 

Khas untuk mahasiswa pro-pembangkang, ini video yang perlu anda saksikan.


RAFIZI RAMLI BUKAN TARUHAN YANG BAIK DARI PKR

RAFIZI RAMLY VS KHAIRY JAMALUDDIN

Ketika menjawab hujah yang dibentangkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin dalam debat Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Nasional sebentar tadi, Rafizi Ramli yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu menyediakan pendidikan tinggi percuma tanpa perlu menaikkan cukai ke atas rakyat negara ini.

Menurut Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, ia boleh dilakukan sekiranya kerajaan yang memerintah tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap usaha pembangunan fizikal sebaliknya memberi lebih fokus kepada sektor pendidikan tinggi awam.

Dengan hujah-hujahnya ini, apakah yang boleh kita simpulkan?

Pakatan Rakyat berjanji akan masukkan segera RM500 dalam akaun setiap guru jika mereka dapat memerintah kelak.

Pakatan Rakyat juga berjanji akan turunkan harga minyak dan bahan api sebaik-baik sahaja membentuk kerajaan. Malam ini bentuk kerajaan, esok pagi dijanjikan turun 50 sen.

Semua tol juga akan dihapuskan. Cukai-cukai domestik yang lain turut akan dihapuskan. Harga barangan juga kononnya tidak akan berlaku kenaikan lagi jika Pakatan Rakyat memerintah.

Pendidikan tinggi akan diberikan percuma kepada rakyat Malaysia. Apa lagi? Terlalu banyak sebenarnya yang dijanjikan. Kata Khairy Jamaluddin tadi, ia ibarat janji bulan dan bintang. Penuh dengan harapan, tapi adakah ia realistik?

Cakap sebagai seorang pembangkang memang mudah. Pembangkang di Malaysia tidak mempunyai sejarah 54 tahun yang lalu. Mereka tidak memiliki rekod pencapaian seperti yang dipegang oleh Barisan Nasional. Sebab itu mereka boleh bercakap itu ini kerana mereka tidak melalui perjalanan sebenar yang dilalui oleh Barisan Nasional dalam membangunkan negara ini. Atau lebih tepat, mereka tidak merasai susah payah membangunkan sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Jika mereka jadi kerajaan nanti, situasinya samalah seperti sebuah keluarga miskin diserahkan kunci rumah banglo yang sudah tersedia serba serbi di dalamnya. Mereka hanya masuk dan menggunakan segala barangan yang tersedia itu. Mereka tidak pernah merasai susah payah empunya rumah yang asal untuk membina rumah tersebut dan menyediakan segala kelengkapan yang ada di dalamnya.

Sebagai rakyat, adakah kita boleh mempercayai golongan pemimpin sebegini? Tepuk dada tanya iman. Ironinya, banyak pemimpin bijak bercakap tetapi bila buat kerja, mereka tak ubah seperti tikus membaiki labu!

Monday 21 May 2012

TOLAK PEMIMPIN YANG KECEWA




Ironinya, semakin banyak pemimpin politik keluar masuk parti, semakin jelas isyarat kepada kita untuk memilih siapa yang layak diangkat menjadi perwakilan.

Peraturannya mudah. Jika pemimpin itu keluar parti kemudian mengkritik parti lamanya, maka segera siasat kenapa dia bertindak sedemikian.

Kalau dia lekas-lekas masuk parti baru, segera siasat juga, kenapa dia bertindak sedemikian.

Paling perlu, kita mesti berhati-hati jika pemimpin sebegini diusung ke sana ke sini untuk berceramah atas pentas parti barunya. Ketika itu, habis licin dia akan bongkar. Parti lamanya akan diburukkan habis-habisan. Dia bahkan lupa, parti lamanya itu pernah berjasa kepadanya.

Kalau satu hari nanti parti barunya itu tidak memuaskan hatinya, besar kemungkinan dia akan tinggalkan parti itu pula. Tak mustahil sebab dia pernah melakukannya.

Pemimpin begini, eloklah ditolak. Dia hanya membawa namanya sahaja. Tapi dirinya belum tentu berubah (misalnya, “dulu saya parti A, tapi sekarang saya sudah jadi ahli parti B”). Kita tidak tahu sama sekali niatnya yang sebenar.

Sudah banyak contoh pemimpin begini di negara kita. Berhati-hatilah. 

LAGI PARTI BARU BULAN JUN INI!!


Menjelang PRU 13, semakin menarik game yang dimainkan oleh ahli politik kita. Yang kecewa dengan caranya. Yang sudah di tampuk dengan caranya.

SB dapat maklumat, sebuah parti baru akan ditubuhkan awal bulan Jun ini oleh seorang kenamaan penting yang kecewa dengan parti lamanya.

Bersama kawan-kawannya yang juga dicop sebagai pemimpin yang kecewa, mereka pernah menubuhkan sebuah NGO pada 22 Jun 2011, diketuai oleh seorang kenamaan yang lain. Bezanya, kenamaan ini masih berada di dalam parti walaupun sering tampil di pentas ceramah pembangkang atas nama NGO pimpinannya itu.

Selain itu, parti yang akan ditubuhkan ini juga khabarnya akan meletakkan calon-calon dari kalangan aktivis yang pernah bergiat aktif di dalam kampus untuk bertanding menentang Barisan Nasional.

Malah dikhabarkan, orang nombor dua NGO itu sendiri akan bertanding walaupun beliau diketahui tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di tempatnya sendiri.

Sejauh mana kebenaran berita ini, kita nantikan saja. Jangan ada yang terkejut sudahlah, lagi-lagi adik beradik kenamaan tersebut. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku.


SB : Born as a fighter, not a leader!


RAIS YATIM KATA 22,270 SAJA TAPI ANWAR KATA 300,000.. MANA SATU YANG KANTOI NI?


Angka yang diberikan ini mungkin tidak tepat sepenuhnya, tetapi sistem blok fotografi seperti yang disebut oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim itu memang digunakan oleh pakar-pakar dalam bidang fotografi dan seangkatan dengannya. Kalau tak percaya, boleh tanya Ustaz Azhar Idrus, salah seorang peminat fotografi di Malaysia.

Apa pun, angka ini mungkin sukar diterima oleh pembangkang terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa lebih 300 ribu orang hadir dalam demonstrasi tersebut. 22, 270 orang berbanding 300,000 orang. Memang jauh bezanya. Sampai mati pun Anwar tak akan terima!

ADAM ADLI TAGIH JANJI ANWAR IBRAHIM!

Adam Adli bakal bertanding di DUN di Pulau Pinang? Orang Penang
get ready!


Hasrat SMM meletakkan calon dalam PRU ke 13 kelak dilihat sebagai cubaan terbaru Anwar Ibrahim mengukuhkan kedudukan dan sokongannya dalam kalangan mahasiswa pro-pembangkang di negara ini.

Tidak ramai yang tahu, Anwar Ibrahimlah yang menawarkan ‘penyertaan’ tersebut kepada sekumpulan mahasiswa yang dilihat ke depan dalam menentang kerajaan Barisan Nasional. Tawaran itu dibuat secara bersyarat, iaitu mana-mana mahasiswa yang berani turunkan bendera Dato’ Seri Najib, akan diberikan satu tempat dalam PRU nanti.

Ia akhirnya menjadi kenyataan apabila Adam Adli dan rakan-rakannya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bertindak menurunkan bendera yang tertera gambar Dato’ Seri Najib di perkarangan PWTC yang juga ibu pejabat UMNO.

Kejayaan Adam Adli itu telah diraikan oleh pembangkang dan dia lantas dijulang sebagai hero baru. Sejak itu, demografi mahasiswa Malaysia terus berubah secara mendadak. Mahasiswa menjadi subjek dalam perdebatan masyarakat kita sama ada dalam kalangan penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Inilah yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim. Hanya dengan satu tindakan yang di luar jangkaan ramai itu, akhirnya pembangkang mendapat untung yang besar. Sejak peristiwa itu juga, survivor politik Pakatan Rakyat terus bertahan di sebalik asakan transformasi yang diusahakan oleh Dato’ Seri Najib di negara ini.

Namun adakah Anwar ikhlas? Dalam situasi pemimpin pembangkang sendiri berebut-rebut tempat, adakah Anwar rela menyerahkan satu atau dua kerusi kepada mahasiswa yang masih belum teruji kemampuan dan pengaruh mereka?

Apa yang pasti, tiada laluan mudah untuk SMM! Ini ikrar kami.
  

SMM MAHU LETAK CALON DALAM PRU 13? SILAKAN

SMM nak bertanding dalam PRU?


Pagi-pagi lagi dah santap berita macam ni, memang terujalah. Kami Blogger Kapak mengalu-alukan hasrat SMM itu. Silakan bertanding. Mudah kerja kami nanti nak bongkarkan satu per satu supaya rakyat kenal dan faham siapa kamu semua yang sebenar.

You pull the trigger, then we'll bomb you! 

ADAM ADLI SAHKAN AKAN BERTANDING DALAM PRU-13??

Syahid Zaini, Haziq dan Safwan Anang. Tiga orang mahasiswa pro-pembangkang
yang terlibat dalam demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan kini, sedang
digantung pengajian. 


Beberapa buah blog pagi ini memainkan berita tentang hasrat kumpulan mahasiswa pro-pembangkang menyertai pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Penyertaan mereka bukan setakat berkempen untuk pembangkang atau membantu mengadakan rapat umum, tetapi mereka sendiri nak hantar calon! Maknanya, mereka cuba mencari tempat dalam kem Pakatan Rakyat untuk menghantar wakil. Agak-agak, diterima atau tidak?

Selepas menganjurkan demonstrasi liar menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 dan mengadakan perkhemahan Occupy Dataran di Dataran Merdeka, kumpulan mahasiswa ini sudah mendabik dada kononnya mereka layak menjadi wakil rakyat.

Menurut Haziq Abdullah, pelajar UM yang sedang menjalani hukuman penggantungan satu semester, mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat bagi mendapatkan laluan yang sesuai. 

Besar sungguh cita-cita mereka ini. SB harap mereka mengambil iktibar daripada sejarah apabila Parti Mahasiswa Negara (PMN) tiba-tiba muncul menjelang pilihan raya umum ke-12 tetapi terus menyepi selepas kalah dalam semua penyertaan. 

Rakyat Malaysia tidak memerlukan perjuangan yang bersifat sementara. Malah rakyat semakin bijak menolak perjuangan yang hanya bergantung kepada isu untuk meraih simpati. Tanpa sebarang rekod pencapaian yang bagus, adalah sukar bagi mana-mana individu atau parti merebut undi dalam mana-mana pilihan raya di negara ini.

Inikan pula mahasiswa seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath dan rakan-rakan yang lain. Apakah rekod mereka? Panjat pagar? Turunkan bendera? Usung keranda? Atau batu nesan? 

11, 764 TAK PERLU BAYAR HUTANG PTPTN - ADAM ADLI MEROYAN LAGI

Mahasiswa universiti menunggu giliran menerima ijazah masing-masing.

Seramai 11, 764 orang graduan menarik nafas lega kerana tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohammed Said, pelepasan yang diberikan itu juga merupakan salah satu bentuk penghargaan daripada kerajaan kepada mahasiswa di atas usaha gigih yang ditunjukkan di samping membantu mengurangkan bebanan selepas menamatkan pengajian mereka.

Berita ini juga seharusnya menyuntik semangat mahasiswa lain yang masih menuntut untuk berusaha lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dan meraih anugerah biasiswa yang ditawarkan oleh PTPTN itu. 

Kepada SMM, anda juga sewajarnya mengambil iktibar daripada berita ini. Tidak semua perkara boleh dipercumakan kerana kita mengejar kualiti, bukan kuantiti.

Sunday 20 May 2012

FILEM PENDEK UNTUK ADAM ADLI DAN KHALID ISMATH SYIAH

Filem pendek ini WAJIB ditonton oleh seluruh pimpinan Pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan yang sebulu dengan mereka. Mohon sebarluaskan!!


cc :
KHALID ISMATH
ADAM ADLI
SAFWAN ANANG
SYAHID ZAINI
SHUKRI RAZAB
SYAZNI MUNIR
AKRAM IKRAMI
YUYU LUNA
ROHAYU RUSLI
MASTURAH ABU BAKAR

PIMPINAN PMI, SIGMA, INSPIRASI, KAMI, AKSI DAN LAIN-LAIN.

MARIA CHINA DISERGAH KETUA POLIS NEGARA?


"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah.

Ia susulan dua orang anggota polis didakwa di mahkamah kerana mengasari petugas media ketika menangani rusuhan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Maria Chin Abdullah marah kerana menurut beliau, masih ramai anggota polis perlu diheret ke muka pengadilan. Berdasarkan bukti-bukti yang dimilikinya, maka Maria mahu semua anggota polis yang terlibat itu didakwa segera.

Tapi Maria langsung tak sentuh soal keganasan yang dilakukan oleh Perusuh 28 April ke atas pihak polis. Kereta, motosikal dan MPV milik PDRM dirosakkan tapi itu semua tidak penting pada Maria.

Yang Maria nampak ialah polis ganas, polis kejam, polis zalim. Polis itu alat kerajaan untuk menjahanamkan demonstran BERSIH. Soal demonstran merusuh bukan isu penting kerana mereka mempunyai kebebasan untuk bertindak.

Akhirnya, polis jugalah yang teraniaya. Mereka yang merancang demonstrasi, mereka yang hilang kawalan, kemudian anggota polis yang hanya bekerja cari makan untuk diri dan keluarga terpaksa tanggung akibatnya.

Ironinya, sampai hari ini, belum ada seorang pun Perusuh 28 April dibicarakan. Inilah keadilan yang dimahukan oleh Maria Chin Abdullah agaknya.


ANDA INGIN BERSUARA? NAH INI TEMPATNYA, PRO-M!!


Tahniah diucapkan kepada mahasiswa USM kerana menganjurkan program diskusi begini. Berbanding berdemo, usung batu nesan, terpekik terlolong memaki hamun orang lain, lebih baik duduk berdiskusi secara sihat dan ilmiah. 

IRSHAD MANJI BAKAL JADI IKON LESBIAN ISLAM


Doktrinisasi pluralisme agama bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang bukan Islam. Ia juga kini sedang giat digerakkan oleh ejen-ejen dalam kalangan orang Islam sendiri.

Pluralisme agama dianggap sebagai satu bentuk fahaman yang lahir daripada jenayah pemisahan agama daripada disiplin-disiplin ilmu ketika tersebarnya ideologi sekularisme di Barat ratusan tahun dahulu yang dipelopori antaranya oleh Rene Discartes.

Salah satu kaedah penyebaran fahaman ini ialah melalui karya penulisan kreatif seperti yang digerakkan oleh Salman Rushdie dan Irshad Manji, dua orang tokoh pejuang LGBT dan Seks Bebas dalam kalangan penganut Islam muktahir ini.

Di Malaysia, karya Salman Rushdie terutamanya The Satanic Verse telah pun diharamkan penerbitan dan pengedarannya oleh Kementerian Dalam Negeri. Namun, karya-karya yang dihasilkan oleh Irshad Manji nampaknya masih boleh didapati dengan mudah di negara kita.

Manakala bagi bukunya yang telah diharamkan seperti Reformist Al-Quran - A Progressive  21st Century Translation, Irshad Manji telah menyediakan fail muat turun secara percuma dalam terjemahan Bahasa Melayu untuk rakyat negara ini.

Di sini kita dapat lihat bahawa usaha golongan pluralisme agama yang disokong oleh Barat sebenarnya sangat serius sehingga mampu menyediakan fail muat turun percuma untuk negara-negara yang mengharamkan buku-buku Irshad Manji ini. Soal keuntungan bukanlah faktor utama asalkan fahaman itu dapat disebarluaskan. Itu matlamat mereka yang sebenar!

Justeru Kementerian Dalam Negeri dan SKMM perlu bertindak lebih tegas membendung penyebaran fahaman ini di Malaysia, atau kita bakal berdepan dengan keruntuhan moral dan akidah umat Islam yang dahsyat kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar