Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS. |
Hakikatnya, bukan Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP, seorang sahaja yang mengkritik demonstrasi BERSIH 3.0 tempoh hari. Selain beliau, ada seorang lagi pemimpin pembangkang yang lebih lantang membantai BERSIH 3.0, malah turut mengeluarkan fatwa HARAM bagi umat Islam mengikuti Ambiga dalam sebarang aktiviti termasuk demonstrasi tersebut.
Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok, yang disingkirkan oleh kelompok Anwarinas dalam pemilihan PAS baru-baru ini.
Pun begitu, sehingga kini, belum ada sebarang reaksi atau tindakan dikenakan ke atas beliau walaupun tindakan dan fatwa yang dibacakannya itu jelas sekali bertentangan dengan dasar PAS ketika ini.
Apakah dasar tersebut? Tak lain dan tak bukan, rela bersekongkol dengan sesiapa saja termasuk Iblis asalkan dapat tumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Maka tidak hairanlah persekutuan politik mereka menghalalkan Ambiga sebagai Pengerusi BERSIH walaupun Ambiga lebih dikenali kerana menyokong kuat murtad dalam kalangan orang Islam dan LGBT di Malaysia.
Soalnya sekarang, apakah sikap sebenar PAS apabila timbul isu-isu sebegini? Adakah PAS akan terus menjadi lalang yang boleh terhuyung ke sana terhayang ke sini ditiup oleh angin? Sampai bila?
1 comment:
Mahasiswa, menyelar kebebasan suara dibaculkan.. berikan kebebasan bersuara pada semua orang.. kotakan janji janji anda
Post a Comment