Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (gambar) yang dilanyak teruk oleh Khairy Jamaluddin (KJ) baru-baru ini ketika berdebat tentang isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN, diberitakan akan mengepalai roadshow bersama mahasiswa pro-Anwar ke seluruh universiti bagi menerangkan idea pendidikan percumanya itu.
Berbekalkan modal seperti isu rasuah, hutang syarikat yang dilupuskan oleh kerajaan, pembaziran wang kerajaan dan sebagainya, beliau kini dilihat semakin terdesak untuk menggerakkan kempen tersebut kerana ia satu-satunya peluang untuk beliau dipilih sebagai calon dalam PRU 13 nanti.
Rafizi sebelum ini beberapa kali menerima padah apabila pendedahan-pendedahan yang dibuat akhirnya memakan dirinya sendiri. Terbaru apabila beliau mendedahkan dokumen sulit milik sebuah bank dalam isu NFC hingga mencetuskan kemarahan banyak pihak ke atas bank tersebut.
Dalam roadshow itu juga, Rafizi akan menggunakan sepenuhnya kumpulan mahasiswa yang lantang menuntut pemansuhan PTPTN ketika Demonstrasi 14 April 2012 iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro-Mahasiswa Nasional.
Antara yang dijangka akan turut membantu roadshow tersebut termasuklah Adam Adli, Safwan Anang, Syahid Zaini dan Khalid Ismath.
No comments:
Post a Comment