Apa motif sebenar Dr. Maslee Malik mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim? Ketika mengakhiri perdebatan antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli semalam, beliau sekali lagi membuat cabaran tersebut, malah hingga menyebut ayat seperti "jika anak jantan" dan sebagainya.
Seperti yang SB dedahkan dalam entri terdahulu, Dr, Maslee diketahui seorang intelektual yang pro-pembangkang. Beliau juga dikatakan mengisi jejak langkah yang ditinggalkan oleh Dr. Aziz Bari, bekas Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai suara akademia dalam Pakatan Rakyat.
Selepas pengunduran Dr. Aziz Bari dari UIAM, Dr. Maslee dilihat semakin menonjol dan sering diundang menjadi panelis dalam pelbagai forum yang membincangkan manifesto Buku Jingga di samping pernah berhujah tentang bagaimana Revolusi Arab Spring boleh dilaksanakan di Malaysia sebagai salah satu usaha menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
Suara dan pemikiran beliau sememangnya condong ke arah Pakatan Rakyat. Justeru tidak hairanlah dalam perdebatan semalam beliau lebih banyak menyebelahi Rafizi Ramli hingga mencetuskan situasi yang tidak seimbang sepanjang acara berlangsung.
Namun, tujuan sebenar beliau mencabar Perdana Menteri berdebat dengan Ketua Pembangkang dilihat lebih bersifat politik berbanding mencari formula menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit seperti dalam perdebatan antara KJ dan Rafizi.
Muslihatnya yang sebenar juga adalah untuk memberikan nilai tambah kepada Anwar Ibrahim. Hal ini terbukti apabila beliau sendiri menyatakan hasratnya untuk menjadi moderator dalam debat antara Najib dan Anwar itu. Dengan cara ini sahajalah Anwar mendapat peluang yang diidam-idamkan selama ini iaitu menyerang Najib secara terbuka dalam satu perdebatan yang berat sebelah.
Jika Anwar berdebat secara sihat dengan Najib, sukar bagi beliau untuk berhujah. Tetapi dengan bantuan moderator, mereka mampu tundukkan Najib sekaligus memberikan kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat menjelang PRU-13. Perlu diingat, Anwar hanya graduan kelas kedua berbanding Najib yang teruji tahap pengajian dan kemampuannya mengurus tadbir negara ini.
No comments:
Post a Comment