ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA, MEREKA TELAH BERSUARA..
TAPI APA NATIJAH??
YB Zulkifli Nordin disingkirkan oleh PKR kerana lantang mengkritik pimpinan parti dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Mulutnya cuba dibisukan. |
YB Zulkifli Nordin (Yb Zul), dilahirkan pada 19 Feb 1962 di Baling, Kedah. Menjadi Ahli Parlimen pada 2008 selepas mengalahkan calon UMNO/BN di Kulim-Bandar Bharu atas tiket PKR walaupun berdaftar sebagai ahli PAS.
Kelantangannya dalam memperjuangkan hak Islam telah membawa kepada pemecatannya daripada PKR pada 6 Mac 2010. Sejak itu, YB Zul mengishtiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen BEBAS sebelum membentuk Konsesus BEBAS di Dewan Rakyat bersama beberapa orang lagi Ahli Parlimen yang keluar atau dipecat oleh pembangkang.
Kenapa YB Zul DIPECAT??
Isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar The Herald Catholic menjadi titik tolak kepada penyingkiran YB Zul daripada PKR.
Kes ini bermula apabila The Herald membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk menggunakan nama ALLAH dalam penerbitan Katolik di Malaysia. Pihak mahkamah telah meluluskannya, tetapi ia dibantah keras oleh YB Zul.
Dalam satu kenyataan, beliau dilaporkan berkata, “saya tidak faham bagaimana orang Islam boleh menyokong keputusan ini?” Kenyataan ini merujuk kepada seglintir YB dari PAS yang menyokong penggunaan nama Allah oleh The Herald, termasuk YB Khalid Samad.
YB Zul telah mencabar YB Khalid Samad (Shah Alam) supaya meletakkan jawatan kerana melanggar fatwa yang dikeluarkan Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din bahawa kufur bagi orang Islam menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
DS Anwar Ibrahim anggap YB Zul melampaui batas. Menyatakan kebenaran harus ada batas? |
Kemuncak kepada polemik ini ialah tindakan YB Zul membuat laporan polis ke atas YB Khalid Samad. Atas arahan Anwar Ibrahim yang menganggap tindakan YB Zul itu telah melampui batas, akhirnya YB Zul dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti untuk dibicarakan.
Masalah baru timbul apabila YB Zul enggan dibicarakan oleh ‘orang bukan Islam yang tidak faham soal Islam’ dalam jawatankuasa tersebut. Rentetan itu, YB Zul akhirnya dipecat daripada parti, menepati kehendaknya sendiri yang mahu dipecat berbanding meletakkan jawatan secara sukarela seperti yang dituntut oleh PKR.
Ketika ini YB Zul giat menjelajah ke seluruh negara bersama Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang melibatkan gabungan bekas sahabat dan pengikut setia Anwar Ibrahim. Perjuangan mereka hanya satu, iaitu menyampaikan kebenaran.
Justeru kepada rakan-rakan mahasiswa terutamanya dari PRO-MAHASISWA NASIONAL, SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA, GAMIS, SIGMA, INSPIRASI, LMP, KAMI, AKSI dan sebuntut dengannya, bukalah mata kalian. TIADA KEBEBASAN BERSUARA YANG SEBENAR DALAM PAKATAN RAKYAT!! ITU SEMUA HANYA RETORIK SEMATA-MATA!!
No comments:
Post a Comment