Pluraliti VS Pluralisme |
Pluralisme agama, atau fahaman bahawa semua agama secara asasnya adalah sama, kini dikenalpasti sedang menulari budaya dan pemikiran golongan mahasiswa di Malaysia. Walaupun ia tidak dizahirkan secara nyata, tetapi bunga-bunga kefahaman itu sebenarnya kian mekar sama seperti yang berlaku di luar pagar kampus.
Ia berlaku antara lain kerana wujudnya hubungan komunikasi secara langsung dan praktikal dengan ejen-ejen penyebar fahaman ini terutamanya melalui sebuah badan pemikir yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar (IKD) yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Melalui IKD, fahaman ini disebarkan melalui kuliah-kuliah khas yang mengajar idea-idea kesaksamaan dan keadilan menurut jurus pandang pluralisme agama dan budaya yang kononnya bersandarkan kepada pluraliti komposisi masyarakat di dunia, dan kononnya, perlu ada kesefahaman antara komponen masyarakat tersebut ke arah kehidupan yang harmoni.
Bekas sahabat sahkan Anwar penganut fahaman Pluralisme? |
Sekali imbas, idea ini kelihatan amat cantek dan sepadan dengan realiti masyarakat kita hari ini. Bukan sahaja di Malaysia, malah di mana-mana pun, ia kelihatan amat cocok dan wajar dipraktikkan. Tetapi tanpa kita sedar, fahaman ini sebenarnya amat menyalahi hakikat dan kebenaran akidah umat Islam.
Islam menghormati dan mengiktiraf konsep pluraliti termasuk dalam soal kepercayaan teologikal dan beragama, tetapi tidak pernah sama sekali mengiktiraf sebarang bentuk fahaman bahawa semua agama itu benar dan membawa kepada kebenaran yang satu. Seandainya konsep fahaman ini diterima oleh Islam, maka kenapa Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul terakhir untuk umat manusia dan menyebarkan ad-din Islam ke seluruh alam?
Secara asas, fahaman pluralisme agama ini percaya bahawa semua agama adalah sama kerana dikatakan berakar umbi daripada satu sumber (Pencipta) yang sama yang disebut sebagai Yang Mutlak (The Absolute, The Ultimate and The Real One).
Tujuan akhir setiap agama pula difahami dan difahamkan, kononnya, untuk menuju kepada hakikat yang sama (kepada Pencipta itu tadi) dan menyerah diri kepada the Ultimate, the Truth meskipun diistilahkan dengan pelbagai nama mengikut agama masing-masing.
Sebagai contoh, IKD baru-baru ini telah menerbitkan dan mengedarkan secara percuma buku bertajuk Kahwin Campur yang antara lain kandungannya menganjurkan perkahwinan campur antara orang Islam dan bukan Islam tanpa melibatkan proses pertukaran agama kepada Islam (bagi pasangan non-muslim yang mahu berkahwin dengan orang Islam). Klik SINI
IKD juga pernah menterjemah sebuah buku bertajuk Apa Itu Pencerahan yang dikarang oleh tokoh falsafah pluralisme agama dari Jerman iaitu Immanuel Kant dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep Islam Tanwiri atau Pencerahan. Idea ini bahkan menarik minat sebuah NGO penaja demokrasi Barat pro-Zionis iaitu Konrad Adenuer Foundation (KAF) yang berpangkalan di Jerman untuk menyumbang dana kepada IKD.
Justeru SB amat berharap rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi di luar sana supaya berhati-hati dengan penyebaran idea ini. Ia menggalakkan kita berfikir, tetapi jangan sesekali berfikir mengikut cara mereka. Rujuklah kepada orang yang lebih arif jika anda keliru tentang sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment