Kartun MIKI yang pernah mencetuskan polemik kerana didakwa menghina ulamak di Malaysia. |
Apabila Utusan Malaysia menyiarkan kartun di atas, maka ramailah yang melatah. Tak kurang juga, Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di seluruh kampus, turut lancarkan kempen boikot Utusan Malaysia kononnya kerana menghina ulamak (baca:PAS). Lalu dianjurkan juga kempen KOYAK UTUSAN dan PIJAK UTUSAN seperti dalam gambar di bawah.
KOYAK UTUSAN oleh MAHASISWI PMI/GAMIS
Tahap mentaliti mahasiswa : Tukang Koyak Utusan Sahaja. |
PIJAK UTUSAN oleh MAHASISWA PMI/GAMIS/PRO-M
Syahid Zaini, Safwan Anang dan pimpinan Pro-M UM bangga memijak Utusan Malaysia. |
Tapi apa pula reaksi mereka apabila Malaysiakini menyiarkan karikatur seperti di bawah? Apa respon mereka terhadap Malaysiakini? Pijak? Koyak? Atau hempap laptop di jalanan sebagai tanda protes?
MAJLIS FATWA DIHINA SEBAGAI PENGAMPU PERDANA MENTERI
Zunar hina Majlis Fatwa Kebangsaan, tapi PMI dan GAMIS relakan. |
MAJLIS FATWA DIHINA KONONNYA BERPIHAK KEPADA UMNO
Majlis Fatwa Kebangsaan dilabelkan sebagai penghalal yang haram. Nauzubillah.. |
Anda nilaikan. Antara kartun yang disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Malaysiakini, yang mana sebenarnya lebih dahsyat menghina ulama? Kartun Miki dalam Utusan hanya membangkitkan kekeliruan yang dibuat oleh PAS sendiri |SINI| dan |SINI| tetapi kartun Zunar dalam Malaysiakini langsung menghina sosok Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh 14 orang Mufti Kerajaan Negeri (termasuk Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor) serta ilmuan Islam yang lain di Malaysia.
Yang ditolak ialah fatwa, tetapi kenapa seluruh institusi dihina? Sekalipun tidak bersetuju dengan fatwa tersebut, tetapi cukuplah jika dapat menghormati profesionalisme Majlis Fatwa dalam memutuskan sesuatu fatwa demi kemaslahatan umat Islam di negara ini.
Hingga saat ini, belum ada sebarang bantahan dibuat oleh mana-mana ahlul PMI dan GAMIS, apatah lagi pimpinan mereka termasuk Akram Ikrami yang juga anak bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azemmudin. Kenapa diam? Adakah kerana Malaysiakini melaporkan bagi pihak anda maka segala kesalahan yang dibuat tidak perlu ditegur? Apa guna kamu jadi Presiden GAMIS kalau soal mempertahankan institusi Islam seperti Majlis Fatwa ini kamu tak dapat laksanakan. Memalukan!
2 comments:
"EDUCATION IS THE ABILITY TO LISTEN TO ALMOST ANYTHING WITHOUT LOSING YOUR TEMPER." - Robert Frost
Jadi dari perbuatan (memijak utusan) mereka itu kita dapat melihat sama ada mereka benar-benar menerima education yang betul lagi benar. Orang yang educated responnya bukan sebegitu. Dia mengawal emosinya walau pun dia tidak bersetuju dengan sesuatu perkara. Dia banyak menggunakan akal daripada perbuatan fizikal yang selalu diambil oleh mereka yang tidak berpelajaran atau memiliki tahap intelijen yang rendah.Jadi anda semua boleh melihat dan meilai tahap kecerdikan dan kebodohan seseorang melalui tindakan yang diambilnya.
apa nak heran broooo..setakat anak bekas imam masjid negara tu kita jgn heran lansung..anak murSHITjenDOL hAMPAS yg buat buat kerajaan Arab Saudi hangin tu pun diorang tak berani nak bersuara..dasar anjing dan babi Pakatan Rakyat..khaaakkk...phuuuiiii
Post a Comment