Iras-iras apa ya? |
Gabungan Mahasiswa UiTM Desak Naib Canselor Bertindak Ke Atas Khalid Mohd Ismath
Shah Alam - 4 Mei : Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) hari ini bertindak menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UiTM Prof. Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar bagi mendesak pihak UiTM mengenakan tindakan kepada Khalid Mohd Ismath yang telah mencemarkan nama baik kampus UiTM ekoran tindakan beliau mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan ketika demontrasi Bersih 3.0.
Memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan Mohd Noraizat Norazam itu antara lain mendakwa Khalid Mohd Ismath yang telah banyak kali bertindak di luar batasan telah membawa satu perjuangan yang bertentangan serta boleh memudaratkan keharmonian kampus UiTM dan negara.
Selain menyerahkan memorandum kepada Nasib Canselor UiTM, Noraizat turut menyerahkan dua lagi memorandum iaitu kepada Yang di Pertuan Agung serta Menteri Besar Selangor.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM ketika ditemui pemberita mengakui bahawa tindakan pelajar Tahun 2 Jurusan Undang-Undang iaitu Khalid Mohd Ismath itu telah mencemarkan nama baik UiTM.
"Berdasarkan laporan yang diterima, jelas Khalid melakukan perkara yang salah serta bertentangan dengan undang-undang yang termaktub, jadi kita akan siasat dan lihat apa tindakan seterusnya" katanya kepada para wartawan. – YY
Sumber : Putrajaya Online.
Tahniah mahasiswa UiTM. Dah lama kami tunggu tindakan begini diambil. Dah lama rakyat Malaysia yang lain tunggu Khalid Istmah Syiah dikenakan tindakan. Buat apa lagi simpan?
Apa pun, semoga segala tindakan ini tidak mengundang simpati awam terhadap mamat Syiah ini di kemudian hari. Biarlah pihak universiti putuskan tindakan selanjutnya.
Mahasiswa UiTM tak mahu Khalid Ismath lagi. |
No comments:
Post a Comment