Khalid Ismath Syiah. |
Jam 9:00 malam ini, satu ritual candle lite vigil akan diadakan di hadapan balai polis Pudu oleh pertubuhan haram KAMI yang dibiayai Kerajaan Negeri Selangor bertujuan menuntut pembebasan Khalid Ismath Syiah, mahasiswa tahun satu dari UiTM Shah Alam.
Pelajar berkenaan ditahan kerana mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan di dinding Facebooknya yang menyeru orang ramai membunuh anggota polis di negara ini kerana didakwa ganas ketika menangani demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.
Perkara ini (ritual) disahkan sendiri oleh Presiden KAMI, Haziq Abdul Aziz, pelajar UM yang telah dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester |SINI| dalam satu kenyataan di twitternya.
Jelas sekali, tindak-tanduk kumpulan mahasiswa ini bukan sahaja semakin biadap, malah sewenang-wenangnya membelakangkan undang-undang negara. Mereka semakin ghairah mencabar pihak berkuasa seolah-olah kebal daripada dikenakan sebarang tindakan.
Kenyataan yang dihantar di dinding FB S/U Kerja YB Tian Chua, Ahli Parlimen PKR Batu. Memperlekehkan pihak polis adalah biasa bagi mereka. |
Adakah tindakan mereka menggambarkan kematangan golongan mahasiswa di negara ini seperti yang diuar-uarkan? Apa yang pasti, mereka berani bertindak kerana sentiasa mendapat sokongan daripada pihak peguam dan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya PKR dan DAP.
Justeru sudah tiba masanya pihak berkuasa terutamanya Peguam Negara bertindak lebih tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada supaya orang ramai lebih menghormati institusi perundangan di negara ini.
SB : Ajar mereka jangan jadi kurang ajar.
Lebih menarik, kunjungi blog Double-Y di SINI.
No comments:
Post a Comment