HARAMKAN BUKU KAHWIN CAMPUR
5 Mei - Kerajaan digesa mengharamkan buku Kahwin Campur yang diterbitkan oleh Middle Eastern Study Group, sebuah badan di bawah naungan Institut Kajian Dasar (IKD) yang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ahli Pemegang Amanahnya.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa, buku tersebut yang dipercayai diedar secara percuma memberi mesej kononnya wanita Islam boleh mengahwini lelaki kafir.
Katanya, buku tersebut yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.
Menurutnya, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam sama ada yang beragama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain agama selain Islam sendiri. - Malay Forum.
IKD sememangnya diketahui aktif menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme agama di Malaysia. IKD atau Institut Kajian Dasar yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim sendiri pernah diterajui oleh Hishamuddin Rais dan Khalid Jaafar, dua orang arkitek penting dalam usaha penyebaran fahaman ini termasuk menubuhkan Sekolah Politik yang menjadi isu baru-baru ini.
IKD juga pernah menerbitkan buku terjemahan bertajuk “Apa Itu Pencerahan” |SINI| yang ditulis oleh Imannuel Kant, seorang ahli falsafah Jerman yang terkenal dengan idea sepere aude iaitu berani menggunakan akal dan kefahaman sendiri dalam hal ehwal agama tanpa bantuan orang lain.
Immanuel Kant, dikenali kerana teori Pencerahan dan menganggap semua agama sama. |
Dalam kata pengantar yang ditulis oleh Khalid Jaafar dalam buku terjemahan ini, beliau antara lain menyebut “ia membebaskan tenaga fikiran manusia melalui penggunaan akal sebagai alat menyoal siasat sistem politik dan amalan beragama” – satu pandangan yang sangat berbahaya bagi orang Islam yang lemah asas akidah dan ilmu agamanya.
IKD juga bekerjasama erat dengan sebuah yayasan pro-Kristian berpangkalan di Jerman iaitu Kondrad Adenauer Foundation (KAF) dalam mengembangkan ideologi ini di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Indonesia dan Filiphina.
Ketika IKD ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim bersama aktivis ABIM yang lain iaitu Kamaruddin Jaafar (bekas S/U Agung ABIM 1981-1987/Pengerusi IKD) dan Dr. Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991/Pengerusi Panel Perunding IKD), mereka juga secara sedar menerima bantuan daripada KAF.
Hal ini diakui sendiri oleh wakil KAF di Malaysia iaitu Peter Schier dalam wawancara bersama wartawan The Sun, Jacqueline Ann Surin dan disiarkan dalam dua bahagian bertajuk Sharing Universal Values (30 Nov 2006) dan Faith In Humanity (9 Dis 2006).
Dalam temubual tersebut, Peter Schier mengakui bahawa IKD menerima bantuan daripada KAF dan KAF pula membantu IKD kerana badan pemikir tersebut cuba menyebarkan konsep Islam baru yang dikenali sebagai Islam Tanwiri (Islam Pencerahan).
Hishamuddin Rais, antara thinker dalam IKD yang cuba diangkat oleh Angkatan Muda Keadilan sebagai Bapa Revolusioner Malaysia. |
Berdasarkan perkembangan terbaru ini, kita seharusnya bimbang kerana usaha meliberalkan fahaman Islam semakin rancak dilakukan oleh orang Islam sendiri. Kementerian Dalam Negeri juga perlu bertindak tegas termasuk menyemak semula fungsi IKD di Malaysia.
No comments:
Post a Comment