Adam Adli bakal bertanding di DUN di Pulau Pinang? Orang Penang get ready! |
Hasrat SMM meletakkan calon dalam PRU ke 13 kelak dilihat sebagai cubaan terbaru Anwar Ibrahim mengukuhkan kedudukan dan sokongannya dalam kalangan mahasiswa pro-pembangkang di negara ini.
Tidak ramai yang tahu, Anwar Ibrahimlah yang menawarkan ‘penyertaan’ tersebut kepada sekumpulan mahasiswa yang dilihat ke depan dalam menentang kerajaan Barisan Nasional. Tawaran itu dibuat secara bersyarat, iaitu mana-mana mahasiswa yang berani turunkan bendera Dato’ Seri Najib, akan diberikan satu tempat dalam PRU nanti.
Ia akhirnya menjadi kenyataan apabila Adam Adli dan rakan-rakannya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bertindak menurunkan bendera yang tertera gambar Dato’ Seri Najib di perkarangan PWTC yang juga ibu pejabat UMNO.
Kejayaan Adam Adli itu telah diraikan oleh pembangkang dan dia lantas dijulang sebagai hero baru. Sejak itu, demografi mahasiswa Malaysia terus berubah secara mendadak. Mahasiswa menjadi subjek dalam perdebatan masyarakat kita sama ada dalam kalangan penyokong kerajaan mahupun pembangkang.
Inilah yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim. Hanya dengan satu tindakan yang di luar jangkaan ramai itu, akhirnya pembangkang mendapat untung yang besar. Sejak peristiwa itu juga, survivor politik Pakatan Rakyat terus bertahan di sebalik asakan transformasi yang diusahakan oleh Dato’ Seri Najib di negara ini.
Namun adakah Anwar ikhlas? Dalam situasi pemimpin pembangkang sendiri berebut-rebut tempat, adakah Anwar rela menyerahkan satu atau dua kerusi kepada mahasiswa yang masih belum teruji kemampuan dan pengaruh mereka?
Apa yang pasti, tiada laluan mudah untuk SMM! Ini ikrar kami.
No comments:
Post a Comment