Video di atas wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak mahu ditipu lagi oleh Pakatan Rakyat termasuk Dewan Pemuda PAS dan Unit Amalnya. Berulang-kali mereka menuduh pihak Polis ganas, zalim dan kejam. Dengan tersiarnya video ini, kita dapat saksikan secara lebih jelas provokasi-provokasi yang dilancarkan oleh demonstran BERSIH 3.0.
Paling kelakar, kenyataan menyelamatkan diri daripada Dewan Pemuda dan Unit Amal PAS kononnya mereka tidak merempuh sekatan Polis, sebaliknya cuba masuk ke kawasan Dataran melalui ruang-ruang kosong yang terdapat pada sekatan pihak Polis sahaja.
Ruang kosong?
Masuk melalui ruang-ruang longgar pada sekatan dianggap sopan sedangkan video ini menunjukkan dengan jelas perlakuan ganas anggota Unit Amal berpakaian rasmi warna merah menyerbu sekatan tersebut. Saksikan pada minit 02:50 hingga 03:05.
Dewan Pemuda PAS wajib bertaubat kali ini. Pertama, mereka ingkar arahan mahkamah. Kedua, mereka ingkar arahan bersurai penganjur. Ketiga, mereka menipu kononnya tidak memecahkan sekatan pihak Polis. Keempat, mereka salahkan Polis selepas apa yang berlaku.
Di manakah kredibiliti anda kini?
No comments:
Post a Comment