Pages

Showing posts with label USM. Show all posts
Showing posts with label USM. Show all posts

Friday, 10 July 2015

BERHATI-HATI USAHA MERUNTUHKAN BANGSA

Oleh : MOHAMAD ABDULLAH  |  09 Julai 2015 1:20 AM   | Utusan Malaysia 

PENULIS tertarik dengan status laman sosial pakar Proto-Sejarah/ Sejarah Asia Tenggara Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Nazarudin Zainun (gambar) baru-baru ini yang mencatatkan: “Tidak perlu membunuh keseluruhan induk sesebuah parti atau bangsa jika mahu parti atau bangsa itu dihapuskan.

Cukup sekadar menghapuskan sejarah sumbangan parti atau bangsa itu, putar belit sumbangan dan sejarahnya, tokok tambah segala tindakannya agar kelihatan sedikit radikal, ekstrem dan nampak bodoh sehingga dibenci oleh anak mudanya yang enggan berfikir, sembunyikan sebab-sebab sesuatu tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti atau bangsa itu. Pastikan anak-anak muda bangsa yang menyokong parti itu bosan dengan sejarah dan sumbangan parti itu yang dianggap kolot dan konvensional. Maka lengkaplah pusingan pertama penjajahan era baharu.”

Kata Nazarudin lagi, langkah ke­dua ialah dengan memastikan fikiran mereka diserap dengan budaya-budaya lain selain daripada budaya bangsanya. Lakukan dengan cermat hingga mereka memandang baik budaya luar dan memandang jelik budaya sendiri. Tidak perlu menghormati pe­mimpin dan persoalkan semua tindakan partinya, tonjolkan ketidakadilan walaupun dibenarkan oleh undang-undang. Wujudkan rasa was-was hingga anak mudanya malu mengakui sebangsa dengan pemimpinnya. Lagi baik jika segala sumbangan dan kebijaksana­an parti atau bangsa itu dipersoalkan oleh bangsanya sendiri.

“Langkah ketiga ialah dengan mengimport kritikan dan serangan dari luar yang mendedahkan kepincangan pemimpin parti atau negara dengan apa jua dakwaan tidak kira betul atau salah. Nescaya bangsa yang anak mudanya malas membaca akan terus menyokong segala tuduhan luar tanpa mempersoalkannya dan membenci pemimpin mereka sendiri. Ketika itu lengkaplah tugas mereka bagi meruntuhkan keagungan dan kehebatan sesebuah parti atau sesuatu bangsa,” kata Nazarudin.

Ternyata pandangan sangat ber­asas dalam keadaan sekarang. Serangan-serangan peribadi dan mencari segala yang jelik dan hodoh ini, mendorong anak bangsa membenci bangsanya sendiri dan akur dengan segala fitnah yang di­tabur yang seolah-olah menjadi rutin ha­rian kita sekarang.

Media sosial dan pemberitanya menyebarkan apa jua perkara yang belum terbukti kesahihannya, penuh dramatik dan beremosi. Mesin dan kilang pengeluaran fitnah dan khabar angin aktif menghasilkan cerita-cerita baharu satu demi satu. Sebijak mana pun sesetengah dakwaan dipatahkan pada akhirnya cerita dan skrip baharu digunakan pula untuk menyambung episod demi episod. Tiada kesudahan sehinggalah akhirnya riwayat satu perjuangan menegakkan maruah bangsa dipadamkan bersama segala citra kekuatannya sekian lama.

Tidak ada usaha yang tuntas dapat dilakukan kerana masa begitu banyak dihabiskan untuk menghadapi segala cerita baharu sama ada ditulis semula skripnya, dijalinkan dengan kekuatan emosi dan siri penyiasatannya apatah lagi jika dilakukan oleh orang luar yang dianggap begitu sahih walaupun sejarah membuktikan betapa banyak musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan sepanjang sejarah tamadun dunia - dunia Islam mahu pun dunia Barat dan Timur.

Menguruskan fitnah dan persepsi bukanlah mudah. Apatah lagi jika strategi yang dibangunkan begitu teliti menggunakan setiap ruang dan peluang dan ditangani pula dengan emosi dan jawapan-jawapan yang menghiris perasaan rak­yat. Sesetengah jawapan yang diberi tidak dibuat dengan teliti, bersifat defensif yang memang diharapkan oleh si penulis skrip cerekarama dan kadang-kadang lebih meloyakan daripada sesete­ngah cerita merapu di layar perak.

Lihat sahaja apabila orang yang berjubah putih dan bersyarah di dalam masjid pun melatah, bercakap tanpa fakta yang sahih. Dalam media sosial misalnya klip video disebarkan memuat pandang­an seseorang yang bercakap tentang agama yang mengulas tentang keadaan semasa berkata: “Lihatlah di Jambatan Pulau Pinang yang sekarang ini makin kurang kere­tanya sebaliknya lebih ramai yang menunggang motosikal untuk jimat belanja kerana kos hidup yang tinggi berbanding dengan masa lalu”.

Soalnya sejak bila pula Jambatan Pulau Pinang kurang penunggang motosikalnya dan benarkah tidak ramai lagi pengguna menggunakan kereta kerana kos hidup tinggi. Penulis yang saban hari menggunakan Jambatan Pulau Pinang tidak pula melihat perbezaannya malah ke­sesakannya tidak pernah berkurang pun dengan kereta, bas dan lori bertali arus pada waktu awal pagi dan petang ketika datang dan balik dari kerja. Kecualilah pihak berkuasa Jambatan Pulau Pinang mengeluarkan statistik baharu perbandingannya, maka agaknya dakwaan se­perti ini bolehlah dipertimbangkan.

Tentu sahaja semua kita merasai kesan ekonomi sekarang ini. Tetapi setiap orang ada peranan yang boleh dimainkan dengan mengelakkan pembaziran dan mengurangkan perbelanjaan terhadap barangan bukan keperluan. Orang marah bila dikatakan kesesakan di pusat membeli-belah, bazar Ramadan mahu pun restoran makanan segera serta restoran di hotel mewah masih berlaku. Yang terjejas teruk tentunya kemewahan yang kita rasai sedang kita masih mampu menikmati hidangan seadanya.

Ramai sekali yang cuba menjadi wira kepada orang kampung yang dikatakan miskin dan terjejas teruk kehidupannya. Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan untuk membantu dalam hal ini, adakah dengan cara menabur fitnah, memburukkan orang lain dan menjatuhkan apa yang ada akan menyelesaikan semua masalah yang ada?

Kalaulah setiap orang memainkan peranannya dengan baik dan memberikan yang terbaik dalam apa yang dilakukannya dengan mengurangkan tindakan me­nyalahkan orang lain, maka banyak yang boleh dilakukan untuk semua orang seperti mana kita lihat penghakupayaan dalam menghadapi musibah banjir tempoh hari, saling membantu dan menghulur bantuan tanpa mengira perbezaan yang ada.

Hari ini semangat cinta dan sa­yangkan bangsa nampaknya makin menipis, seolah-olah tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa kita yang ada. Hakikatnya sejak abad ke-2 Sebelum Masihi, orang Melayu di dunia telah menjadi satu bangsa dagang yang hebat dan besar hingga negara China mengiktiraf sebagai dagang yang besar seperti yang dibuktikan oleh rekod sejarah yang ada.

Hal ini didedahkan melalui kajian oleh pasukan yang diketuai oleh Nazarudin tentang Kerajaan-kerajaan Melayu yang Hilang dengan menggunakan bukti catatan rekod China mahu pun bukti arkeologi yang diperoleh seperti yang terkandung dalam buku yang baharu diterbitkan – Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kuriun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi yang diterbitkan oleh Penerbit USM (2015).

Banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang hal ini, namun yang pasti, kita perlu hentikan segera ­usaha memperlekeh dan meruntuhkan bangsa serta kepimpinan­nya dengan bersikap lebih bijaksana dan rasional menggunakan bukti-bukti yang sahih tanpa prasangka keterlaluan akibat kebencian yang ditanam oleh mereka yang sememangnya ingin melihat bangsa ini berpecah-belah, musnah, jatuh dan runtuh selama-lamanya.

PENULIS ialah Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM).

Tuesday, 11 November 2014

MAHASISWA TUNTUT KEBEBASAN SEPERTI DI BARAT?



Apa makna kebebasan kepada puak-puak antiestablishment ni? 

Kepada rakan-rakan semua, jangan bagi peluang kepada mereka ini bermaharajalela. Jangan bagi peluang kepada mereka ini bersuara. Kita serbu dan kita lawan hujah mereka. 

Tuesday, 4 November 2014

AKSI ANGKUH LIM GUAN ENG KETIKA MENGADAP SULTAN BRUNEI DIKUTUK RAKYAT PULAU PINANG


Angkuhnya Lim Guan Eng! 

Foto di atas dirakam ketika Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengiringi Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan TYT YDP Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas mengadap Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah yang tiba di Pulau Pinang hari ini. 

Sultan Hasanal Bolkiah yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Malaysia dijangka akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang sempena Upacara Konvokesyen USM ke-50 pada Sidang Pertama, 5hb November 2014 ini.

Walaupun sudah dimaklumkan tentang kod etika pakaian rasmi untuk majlis ini, namun Lim Guan Eng nampaknya sengaja memilih untuk tidak mematuhi perintah tersebut. Mungkin Guan Eng cuba membuktikan kedudukannya sebagai Khalifah Pulau Pinang jauh lebih tinggi berbanding ketiga-tiga pemimpin utama tersebut lantas bertindak biadap sedemikian. 

Apa-apa pun, inilah gelagat sebenar kaum chauvanist ultra kiasu di negara kita hari ini yang semakin lama semakin biadap dan angkuh. Tahniah dan takziah kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang khususnya para penganut PAS kerana mempunyai Khalifah Agong Lim Guan Eng ini. 

FAHMI ZAINOL KE USM, APA TINDAKAN PIHAK UNIVERSITI?

"Mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti. Pentadbiran universiti yang patut takut pada mahasiswa," demikian saranan berbaur hasutan daripada bekas mahasiswa yang gagal menamatkan pengajiannya, Fahmi Reza. 

Setelah bertahun-tahun Fahmi pulang ke tanah air tanpa membayar satu sen pun kos pengajiannya yang dibiayai pihak kerajaan menggunakan wang rakyat, kini dia semakin berani menebarkan idealisme songsangnya lantaran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. 

Hasutannya semakin lama semakin berbisa, lebih-lebih lagi dalam menyeru golongan mahasiswa supaya memberontak. Dengan penyataan "mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti" ini misalnya, sudah cukup menggambarkan bahawa mereka langsung tidak menghormati institusi menara gading. 

Malangnya, masih banyak boss atasan di universiti awam kita yang enggan 'beraksi' dalam menangkis pencerobohan kumpulan antiestablisment ini. Lebih malang, ada yang bersikap neutral dengan alasan mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara!  

Soalnya, sampai bila? Adakah hanya hak mereka ini sahaja yang perlu dihormati? Bagaimana dengan hak majoriti mahasiswa lain yang cintakan keamanan dan keharmonian kampus? 

Insiden di Universiti Malaya baru-baru ini yang melibatkan Presiden Persatuan Mahasiswa universiti tersebut, Fahmi Zainol, sudah sewajarnya dijadikan iktibar untuk semua. Tatkala pihak universiti cuba memilih bersikap neutral, ironinya, pembangkang terus menggasak pagar kampus berkudakan mahasiswa yang cetek akal dan rakus pemikiran. Sikap neutral ini ternyata mengundang padah. 

Namun yang lepas biarkan berlalu. IPTA lain perlu memperkemaskan langkah dan bersedia menerima asakan-asakan yang bakal kunjung tiba. Dalam masa terdekat, khabarnya beberapa IPTA di utara tanah air termasuk Universiti APEX akan 'dicerobohi' kuda-kuda pembangkang ini. Bersediakah anda? 

Thursday, 21 November 2013

DUTA BESAR US BERTEMU MPP USM

MPP USM bersama Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Omar Osman
dan H.E Joseph Yong, Duta Besar US ke Malaysia.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E Joseph Yong hari ini membuat kunjungan hormat ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Peluang itu turut diambil oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM yang baharu untuk bertemu dan berbincang tentang pelbagai prospek kerjasama yang boleh dibina sebagai usaha merealisasikan agenda MPP With Global Mindset. 

Tahniah diucapkan kepada MPP USM. 

Tuesday, 29 October 2013

TINDAKAN TIDAK CERDIK JENTERA CINA BOIKOT PRK BAKAL MAKAN DIRI



Pilihan raya kampus (PRK) USM telah siap dijalankan pada 24 Oktober yang lalu menyaksikan kumpulan Pro-Aspirasi berjaya mengekalkan kemenangan buat tahun kesepuluh berturut-turut. Jarang sekali kita dengar di mana-mana universiti, sebuah kumpulan dapat mengekalkan kemenangan secara berturut-turut untuk satu tempoh yang panjang selepas UUM yang dikuasai Perubahan selama 13 tahun.

Rahsia kejayaan ini sebahagian besarnya disumbang oleh konsep “jaringan kawan-kawan” yang dibina oleh para pendokong Aspirasi USM sejak dari awal dan bertautan daripada generasi ke generasi tanpa putus.

Lebih manis, ramuan ini turut dikongsi bersama oleh pelbagai kaum sambil bersulamkan prinsip toleransi yang cukup tinggi terutamanya dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. Namun begitu, akibat terlalu tamak dan ego yang cukup tinggi, jentera Cina telah menarik diri daripada mewakili Aspirasi USM pada saat-saat akhir menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi penting di Kampus Induk dalam pemilihan tahun ini.

Tindakan ini ternyata memakan diri kerana tiada wakil kaum Cina baik dari Pro-Aspirasi atau dari kumpulan mahasiswa propembangkang yang memenangi sebarang kerusi yang dipertandingkan walaupun percaturan asal menunjukkan harapan untuk membolot sekurang-kurangnya dua kerusi adalah tinggi.

Keputusan menarik diri saat akhir telah memberi tamparan yang besar kepada jentera Aspirasi USM. Dalam masa kurang 5 jam sebelum penamaan calon dibuka, mana mungkin jentera dapat mencari calon ganti. Namun mujurlah pihak jentera sendiri sudah mempunyai calon back up di setiap kerusi termasuk di kerusi-kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh wakil dari kaum Cina tersebut. Hasilnya, dua kerusi di Konstituensi Pusat Pengajian Pengurusan berjaya dimenangi tanpa bertanding oleh calon back up yang ternyata jauh lebih berkualiti dan komited walaupun nama mereka dicalonkan saat-saat akhir setelah kumpulan Pro-Mahasiswa tidak menghantar wakil.

Insiden ini secara tidak langsung telah memberikan isyarat jelas betapa sikap keras kepala dan enggan bertolak ansur kaum Cina dalam hal politik di kampus tidak jauh bezanya dengan sikap keras kepala pemimpin-pemimpin politik mereka di luar kampus. Baik dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan Rakyat, politik kaum Cina ternyata lebih tegas dan penuh muslihat.

Namun pada SB, keputusan jentera kaum Cina di USM untuk tidak menghantar wakil dalam PRK tahun ini bukanlah satu tindakan politik yang cerdik. Populasi kaum di USM memerlukan wakil kaum Cina dalam Majlis Perwakilan Pelajar kerana jumlah pelajarnya yang besar ditambah faktor demografinya yang terletak dalam negeri Pulau Pinang. Keputusan ini hanya akan memberikan impak negatif sekurang-kurangnya sepanjang Sidang 2013/2014 kepada persatuan-persatuan mahasiswa daripada kaum Cina kerana mereka tidak lagi mempunyai wakil yang boleh bersuara di peringkat kepimpinan tertinggi dalam MPP.

Moralnya di sini juga, jentera Aspirasi di seluruh IPT perlu lebih berhati-hati dengan permainan politik kaum Cina. Mereka bukan sahaja boleh bertindak pada saat-saat akhir, malah boleh menyebabkan seluruh jentera kucar-kacir, sabotaj, boikot dan sebagainya lagi.

Untuk rekod, sehingga kini, dua buah universiti iaitu UKM dan UUM telah jatuh ke tangan mahasiswa propembangkang.


Tuesday, 16 April 2013

GEMPAR!! LAGI MAHASISWA NYATA SOKONGAN KEPADA ANWAR IBRAHIM!!

Jangan terperdaya dengan tajuk. SB saja nak bagi Anwar syok sekejap. Faktanya, bukan semakin ramai mahasiswa yang menyokong Anwar. Sebaliknya, semakin hari semakin ramai golongan mahasiswa menyatakan sokongan kepada pemerintahan Barisan Nasional.

Sebentar tadi, bertempat di Plaza Ivory, Pulau Pinang, sekumpulan mahasiswa telah berkumpul secara sukarela bagi menyatakan suara hati mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2013 ini.

Mereka telah berarak dari kawasan kolej kediaman  Universiti Sains Malaysia menuju ke Plaza Ivory sebelum mengadakan pidato singkat disusuli dengan sidang media di hadapan wakil-wakil media yang dijemput khas untuk membuat liputan sepanjang program tersebut berlangsung.

Apa yang mengagumkan SB yang menerima gambar-gambar ini daripada wakil di Pulau Pinang ialah, semangat menghormati undang-undang yang ditunjukkan oleh para peserta himpunan Anak Muda Sayang Negara ini. Mereka menjunjung tinggi Pindaan 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dengan mengadakan sidang media di luar kawasan kampus dalam keadaan serba kekurangan.

Berikut merupakan antara gambar yang dikirimkan kepada SB. Lebih banyak update akan dilakukan selepas ini.

Sebahagian mahasiswa yang tiba awal mula mengambil
tempat di lokasi perhimpunan.

Saudara Ahmad Azmer bin Meerasa, wakil mahasiswa Pulau Pinang
 menyampaikan pidato ringkas beliau.

Anak Muda Sayang Negara.

Sidang media khas. Masing-masing menggunakan platform peribadi untuk menyatakan sokongan.

Kenyataan media Anak Muda Sayang Negara - Pertahankan Kedaulatan Negara.

Tuesday, 19 March 2013

AHLAN WA SAHLAN ADAM ADLI

1. SB terima berita dari USM berkenaan satu program membabitkan Tokoh Perusuh Mahasiswa Jalanan si Adam Adli yang akan berlangsung pada 25 Mac ini. Detail berkenaan program ini boleh rujuk di SINI.

Selamat datang ke USM.


2. Beberapa pihak di USM khabarnya sudah bersiap sedia menyambut kedatangan Adam Adli bersama-sama rakan-rakannya dari SUARAM. Yang pasti, ia bukan sambutan yang diinginkan oleh Adam Adli mahupun pihak penganjur.

3. Pada SB, mereka berhak bertindak sekiranya Adam Adli masuk ke kampus kerana dia tidak mewakili apa-apa platform yang sah. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang konon diwakili olehnya itu pun bukanlah sebuah organisasi berdaftar, malah status Adam Adli sendiri sebagai mahasiswa sedang digantung di UPSI kerana kes disiplin yang dilakukannya sebelum ini.

4. Jadi siapa yang Adam Adli wakili? Untuk makluman semua, mahasiswa bermasalah ini ialah anak ikan Anwar Ibrahim yang sangat taksub dengan Anwar dan PKR. Dia hanya membawa ideologi dan pemikiran Anwar Ibrahim untuk disebarkan di kampus-kampus seluruh Malaysia.

Keakraban Adam-Anwar.


5. Jika dahulu Adam dilihat mempunyai pengaruh yang besar selepas insiden menurunkan bendera Perdana Menteri Dato' Seri Najib di perkarangan Ibu Pejabat UMNO, PWTC, Kuala Lumpur, namun hari ini dia tidak lagi menjadi daya penarik rakyat terutamanya orang muda dan mahasiswa untuk mendekati Pakatan Rakyat.

Adam Adli mewakili PKR, bukannya mahasiswa.


6. Situasi yang sama dijangkakan akan berlaku di USM. Namun sebagai 'tanda hormat' dari warga USM, Adam Adli pasti akan 'disambut' mesra. Ramai yang berhajat ingin bersemuka dengan mahasiswa anak ikan Anwar Ibrahim ini.


Sunday, 23 September 2012

GEMPAR!!! PMIUSM KELUAR DARI PRO-MAHASISWA??


Agak aneh apabila membaca status yang dikemaskini oleh Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM)  di dinding Facebooknya, semalam. Lihat printscreen kenyataan tersebut seperti di bawah.



Dalam kenyataan rasminya selaku Setiausaha Agung itu, Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani mendakwa Persatuan Mahasiswa Islam USM tidak sama dengan Pro-Mahasiswa tetapi secara peribadi, beliau menyokong gerakan mahasiswa pro-pembangkang tersebut.

Adakah ia cubaan untuk membersihkan nama baik PMI selepas imej Pro-M teruk diaibkan oleh gelagat pemimpin-pemimpin utamanya sendiri?

Atau PMI USM sudah malu untuk mengaku mereka sebagai teras utama Pro-Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia?

SB turut mendapat maklumat sahih tentang perpecahan yang sedang berlaku dalam gerakan Pro-Mahasiswa di USM tatkala mereka sedang berhadapan asakan daripada kumpulan Aspirasi Mahasiswa dalam pilihan raya kampus kali ini.

Umum mengetahui Pro-Mahasiswa tidak mampu berdiri teguh kalau tidak ada Persatuan Mahasiswa Islam di USM. Sekiranya PMI menarik diri daripada gerakan ini, maka Pro-M boleh sahaja dianggap lumpuh atau mati mengejut.


Hal ini kerana, hanya PMI sahaja yang benar-benar menjadi tunjang bagi Pro-M di USM walaupun terdapat beberapa persatuan lain yang turut bergabung di bawah gabungan tersebut seperti Student Progressive Front (SPF) dan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA).

Hal yang sama turut berlaku di peringkat kebangsaan di mana Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di setiap IPTA yang bergabung di bawah label Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) menjadi komponen utama Pro-Mahasiswa Nasional.

Justeru tanpa PMI dan GAMIS, bolehlah dianggap gerakan mahasiswa propembangkang ini tempang sama seperti Pakatan Rakyat tanpa keanggotan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Di USM, gerakan mahasiswa seperti SPF dan DEMA lebih bersifat perkauman kerana hanya melibatkan keanggotaan daripada kaum Cina sahaja. Situasi ini amat memerlukan Persatuan Mahasiswa Islam memainkan peranan yang lebih untuk menarik sokongan daripada pelajar-pelajar Melayu.

Ia sama sekali berbeza dengan kumpulan Aspirasi Mahasiswa USM yang tidak berasaskan kaum atau agama. Kumpulan Aspirasi Mahasiswa di USM wujud dengan kukuh atas nilai kesukarelawan dan semangat cintakan universiti yang dipupuk melalui teras-teras Rasional, Toleransi dan Realistik.

Hal ini menjadikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa USM sentiasa mendapat sokongan dan perhatian daripada para pelajar USM tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Friday, 21 September 2012

PARTI CAP AYAM ISYTIHAR BERTANDING DI USM

Parti Cap Ayam? Ya itulah gerangan kumpulan BEBAS yang tiba-tiba muncul entah dari mana di USM. Seperti yang pernah SB bangkitkan sebelum ini SINI, kumpulan mahasiswa yang kononnya bebas ini benar-benar muncul di hari penamaan. 

Lebih menarik, mereka turut mengeluarkan kenyataan akhbar khas bagi menyatakan sebab musabab penyertaan mereka dalam pilihan raya kampus di USM kali ini. Lihat kenyataan akhbar tersebut seperti di bawah. 



Hasrat sudah murni. Tetapi benarkah mereka ini benar-benar bebas? 

Menurut sumber dari USM, kumpulan ini sebenarnya didalangi 'pihak' tertentu yang menaja gerakan mereka sepanjang kempen pilihan raya kali ini.

Jadi siapa sebenarnya mereka?

Mengikut nama calon yang ditampilkan, antara yang akan bertanding ialah Saudara Norasrizal Aswad (Konstituensi UMUM) dan Ramli Salleh (Konstituensi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan). Kedua-dua calon ini dikatakan sering muncul dalam program-program universiti termasuk yang digerakkan oleh Pro-Aspirasi Mahasiswa USM.

Berdasarkan analisa kekuatan pula, calon UMUM mereka ini tidak mempunyai pengaruh yang besar di dalam kampus. Hal ini dibimbangi akan menjejaskan peluang calon Melayu dari kem Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa kerana berpotensi memecahkan undi kaum.

Terdadapat juga desas-desus mengatakan kesemua calon ini dihantar oleh Pro-Mahasiswa USM sebagai salah satu strategi merendahkan moral calon-calon Aspirasi. Sekiranya menang kelak, kesemua calon ini akan bertindak mengisytiharkan sokongan kepada Pro-Mahasiswa seperti yang pernah berlaku dalam siri pilihan raya sebelum ini.

Kalau ini yang berlaku, memang ayam betullah kumpulan Cap Ayam ini. Begitu mudah diumpan!

Thursday, 20 September 2012

LALUAN BERLIKU ASPIRASI MAHASISWA USM



Sumber SB di USM tidak meletakkan harapan tinggi kepada calon-calon Aspirasi Mahasiswa dalam pilihan raya kampus kali ini.

Meskipun hari penamaan calon hanya bermula esok (21hb September), namun desas-desus kuat mengatakan ‘lebih ramai’ calon akan menyertai pemilihan pada 25 September ini berbanding kebiasaan.

Jika sebelum ini melibatkan persaingan dengan calon-calon propembangkang yang dikenali sebagai Pro-Mahasiswa, kali ini turut menyaksikan penyertaan lebih besar ialah daripada calon-calon bebas.

Situasi ini dikatakan tidak memberi kelebihan kepada calon-calon yang membawa hasrat dan aspirasi mahasiswa yang pro kepada universiti kerana bakal membuka ruang persaingan yang lebih sengit pada hari pengundian kelak.

Calon-calon bebas yang disifatkan sebagai pengacau ini hanya akan memecahkan undi kerana mereka dikatakan tidak mempunyai agenda yang jelas serta tidak mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pelajar berbanding calon-calon Aspirasi Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa.

Jika situasi ini berterusan pada hari penamaan, peluang calon-calon Aspirasi Mahasiswa untuk menang dilihat setara dengan calon-calon Pro-Mahasiswa. Ini kerana, kedua-dua pihak memerlukan undi daripada pengundi-pengundi atas pagar yang mengundi berdasarkan sentimen peribadi, bukannya bersandarkan sentimen ideologi seperti penyokong-penyokong tegar yang lain.

Dengan penyertaan calon-calon bebas dalam PRK kali ini, ia bermakna pola pengundian akan berubah sekaligus merencatkan peratus peluang kemenangan setiap calon yang bertanding.

Apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah sejauh mana kesungguhan calon-calon bebas menyertai pemilihan MPP USM? Adakah mereka hanya mahu meraikan demokrasi atau benar-benar ingin membawa perubahan seperti yang didakwa?

Diharapkan para pelajar USM bijak membuat pilihan. Kenali calon yang bertanding dan pilihlah yang boleh membawa kebaikan kepada mahasiswa dan universiti sekaligus. Jika dilihat pada rekod, tiada sebab kenapa calon-calon Aspirasi Mahasiswa USM perlu ditolak. MPP yang dikuasai pemimpin-pemimpin Aspirasi selama ini telah banyak menyumbang kepada pembangunan fizikal, rohani dan jasmani para pelajar di USM.

Sunday, 20 May 2012

ANDA INGIN BERSUARA? NAH INI TEMPATNYA, PRO-M!!


Tahniah diucapkan kepada mahasiswa USM kerana menganjurkan program diskusi begini. Berbanding berdemo, usung batu nesan, terpekik terlolong memaki hamun orang lain, lebih baik duduk berdiskusi secara sihat dan ilmiah. 

Friday, 6 April 2012

PANASSS!! Mahasiswa Zon Utara Kecam Anwar Ibrahim??


Solidariti Palestin Mahasiswa Utara.

Berhimpun secara aman, Mesej disebarluaskan!

Rasional. Toleransi. Realistik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar