Jangan terperdaya dengan tajuk. SB saja nak bagi Anwar syok sekejap. Faktanya, bukan semakin ramai mahasiswa yang menyokong Anwar. Sebaliknya, semakin hari semakin ramai golongan mahasiswa menyatakan sokongan kepada pemerintahan Barisan Nasional.
Sebentar tadi, bertempat di Plaza Ivory, Pulau Pinang, sekumpulan mahasiswa telah berkumpul secara sukarela bagi menyatakan suara hati mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal dilangsungkan pada 5 Mei 2013 ini.
Mereka telah berarak dari kawasan kolej kediaman Universiti Sains Malaysia menuju ke Plaza Ivory sebelum mengadakan pidato singkat disusuli dengan sidang media di hadapan wakil-wakil media yang dijemput khas untuk membuat liputan sepanjang program tersebut berlangsung.
Apa yang mengagumkan SB yang menerima gambar-gambar ini daripada wakil di Pulau Pinang ialah, semangat menghormati undang-undang yang ditunjukkan oleh para peserta himpunan Anak Muda Sayang Negara ini. Mereka menjunjung tinggi Pindaan 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dengan mengadakan sidang media di luar kawasan kampus dalam keadaan serba kekurangan.
Berikut merupakan antara gambar yang dikirimkan kepada SB. Lebih banyak update akan dilakukan selepas ini.
Sebahagian mahasiswa yang tiba awal mula mengambil tempat di lokasi perhimpunan. |
Saudara Ahmad Azmer bin Meerasa, wakil mahasiswa Pulau Pinang menyampaikan pidato ringkas beliau. |
Anak Muda Sayang Negara. |
Sidang media khas. Masing-masing menggunakan platform peribadi untuk menyatakan sokongan. |
Kenyataan media Anak Muda Sayang Negara - Pertahankan Kedaulatan Negara. |
No comments:
Post a Comment