Kalau PR
telah memulakan strategi 100( 1+1) + 30% = Putrajaya, tetapi pada masa sekarang
BN juga melancarkan perang psikologi
dengan mengunakan strategi "membendung" atau "menghalang" .
PR telah mulakan dengan mengumumkan pemimpin "the giant" Pakatan
Rakyat untuk keluar dari "kubu" mereka dan bercadang untuk bertanding
di "kubu" BN ataupun kawasan yang mempunyai peluang 50-50.
Persoalannya, sekiranya pengumuman ini adalah satu strategi "untuk test
market" maka jawapannya mereka sudah dapat membaca "mood"
pengundi di kawasan yang lama dan juga di kawasan yang baru.
Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan DSAI bertanding di Perak dan
meninggalkan Permatang Pauh, DSAI telah mendapat maklum balas yang jelas bahawa
pengundi Perak terkejut dan para strategis BN telah berjaya memainkan isu
"ketidaksetiaan DSAI" terhadap pengundi-pengundi Permatang Pauh dan
DSAI takut kepada pengundi Melayu, akhirnya DSAI terpaksa membuat "U-turn"
untuk kembali ke Pulau Pinang. Apakah impaknya kepada DSAI? Beliau sekarang
sudah mendapat satu mesej yang jelas iaitu para strategis BN di Perak begitu
hebat dan benteng strategis BN begitu kuat. DSAI akan kembali ke "drawing
board" untuk memikir strategi baru. Para strategis BN belum boleh meraikan
kemenangan lagi kerana DSAI memang bijak dalam mengatur strategi balas.
Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Lim Kit Siang( LKS ) untuk
bertanding di Gelang Patah dan meninggalkan Ipoh Timur juga telah mendapat
maklum balas yang jelas dari BN Johor, dengan BN juga "membuat test market"
untuk meletakkan Menteri Besar Johor
bertanding melawan Penasihat DAP itu . Strategi DAP dan Pakatan Rakyat
adalah untuk memberi mesej kepada Johor bahawa Johor menjadi sasaran utama
mereka. Oleh kerana itulah LKS dihantar ke Johor . Mesej yang dihantar ibarat satu
cubaan untuk memasukan mesej ke dalam minda pengundi-pengundi Johor terutamanya
di Gelang Patah. Yang jelas mesej LKS dan DAP telah dibaca oleh para strategis BN. Strategi 100(1+1)+30% = Putrajaya perlu
dihalang dan dibendung dengan cara dan kaedah yang sama dipakai oleh PR. Oleh
BN telah meniupkan cadangan yang Dato Ghani MB Johor akan menentang LKS.
Strategi BN ini begitu berkesan sekali hingga LKS juga rasa tergugat dan
terpaksa kembali ke “drawing board” untuk berfikir semula .
Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Husam Musa untuk bertanding di
Putrajaya dan meninggalkan kerusi DUN di Kelantan. Husam mungkin sudah mengucapkan
selamat tinggal kepada kerusi Menteri Besar Kelantan. Ini juga satu strategi
"test market" PAS dan PR yang sangat menarik . Malah menjadi lebih
menarik lagi kerana Putrajaya adalah sasaran PRU 13 PR. Juga akan menjadi
terlalu "menawan" sekiranya SU Agong UMNO Tengku Adnan bertanding
kembali di Putrajaya. Strategi PAS dan
PR meletakkan Husam Musa adalah satu cubaan "mendilemaKAN" para
pengundi Putrajaya kerana majoriti pengundi adalah kakitangan awam yang tinggal
di Putrajaya . Strategi ini mungkin boleh memberikan kesan yang negatif kepada
Husam Musa tapi mungkin kerana Husam sudah diumumkan lebih awal, maka para
strategis PAS dan PR boleh menilai "mood" pengundi Putrajaya samada
ke arah PAS/PR ataupun tetap kepada BN. Setakat rekod dalam pilihan raya yang
lepas-lepas, pengundi-pengundi Kakitangan Awam masih setia mengundi BN di
Putrajaya. Oleh kerana itu mungkin Husam juga akan kembali ke “drawing board"
untuk berfikir semula .
Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Chua Jui Meng (CJM) untuk
bertanding di Segamat dan meninggalkan tempat asalnya di Gelang Patah yang telah
pun DSAI serahkan kepada LKS. Strategi DSAI dan para strategis PR untuk meletakkan
CJM bertanding di Segamat adalah agenda untuk "merosakkan" imej penyandangnya
iaitu S. Subramanian, Timbalan Presiden MIC yang juga seorang Menteri. Strategi
ini amat menarik kerana kawasan Segamat adalah kubu kuat BN dan bukan PR . Ini bermakna
PR cuba memberi "mesage " kepada pengundi Johor dan Segamat yang PR
sangat serius untuk menjadi kerajaan baru di Johor dan juga mengambil ahlih
Putrajaya. Perang Saikologi ini juga telah di halang oleh para strategi BN
dengan kenyataan S.Subramania yang bergitu lembut dan tidak emosi . Beliau
berkata " Personally,he (Chua) is a good friend of mine. When I first
contested in Segamat,he strongly campaigned for me. Now he is going to campaign
againt me. So,let the people decide " dan katanya lagi " As far as
I'm concerned, Im looking forward to a very good and healthy fight and I think
we ( The BN ) stand a good chance of winning the seat "( Sun 10/4/2013). Strategi
lembut BN ini mungkin akan menyebabkan Chua Jui Meng juga perlu kembali "
ke drawing board " untuk berfikir semula .
Cuba kita kaji secara mendalam - cadangan Salahuddin Ayub untuk
bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusanjaya Johor dan meninggalkan tempat
Kubang Kerian Kelantan. Salahuddin Ayub adalah calon Menteri Besar Johor
sekiranya PR memerintah Johor ,ini adalah strategi PR untuk menarik para
pengundi Johor bahawa PR bergitu bersedia sehingga mereka sudahpun menyediakan
seorang pemimpin untuk jawatan Menteri Besar . Strategi PAS dan PR adalah juga
cuba bermain "persepsi " dengan para pengundi bahawa Salahuddin Ayub
adalah calon yang terbaik untuk Johor .Sebagai membalas " offer " BN
juga telah menghantar mesage kepada para pengundi Johor bahawa Johor juga akan mendapat
Menteri Besar baru selepas PRU 13 . Mesage ini juga cukup jelas memberi impak
besar kepada BN kerana ia juga boleh menjadi "counter attack" kepada
strategi Pas dan PR . Kemudian didalam media juga telah di gembar-gembur kan
yang Khalid Nordin Menteri KPT akan bertanding di DUN ,maka timpul persepsi
bahawa ini lah pilihan BN untuk MB baru Johor. Strategi BN ini juga menyebabkan
para strategist PAS dan PR sesak nafas seketika. Oleh itu mungkin Salahuddin
Ayub juga perlu kembali "ke drawing board " untuk berfikir semula.
"Kita
renung kata-kata seorang penduduk kampung Mengkuang kawasan Parlimen Permatang
Pauh - "Apa ertinya seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat ?
Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk
menjenguk rakyat" (Berita Harian 4/4/2013). Apakah strategi 100(1+1)+30% =
Putrajaya masih relavan untuk PR ? Kita tunggu hari penamaan calon pada 20
April nanti."
Artikel ini disediakan oleh Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad.
No comments:
Post a Comment