Assalamualaikum
sahabat-sahabat yang dikasihi.
Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr
Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI.
Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang
secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu
ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.
Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan
kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar
Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!
Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang
pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk
menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat.
Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada
jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar
lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon
langsung.
Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan
kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun
aku dalam komen di bawah.
1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa
Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ anwar-ibrahim-lawan-keputusan-m ajlis.html
2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam
sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/pluralisma-agama.html
3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu
atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem
khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga
sahaja dan lain2 http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ liberalisme-agama_27.html
4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai
salah satu perkara freedom of expression http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ membela-kaum-luth.html
5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan
dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha
Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ mengiktiraf-negara-haram-israel .html
6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam
negara atas nama freedom of religion. http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ menerima-murtad-sebagai-konsep- dalam.html
7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang
menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara. http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ terima-salman-rushdie-hina-isla m-dalam.html
8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara
yang diharamkan dalam Islam. http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ merayakan-upacara-agama-lain.ht ml
9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi
sehingga ke hari ini. http:// sinarpermatangpauh.blogspot.com /2013/04/ kasihanilah-anwar-yang-teraniay a.html
Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi
pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan
PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak
menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak
bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis
Syura, bukan dasar Islam pun.
Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.
Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita
anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar
akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat
islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim.
Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam
tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan
Anwar Ibrahim?
Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan
memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam
tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan
dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.
Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang
zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim
menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.
Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak
halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak
lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang
berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib
menolak orang ini tanpa kira parti.
Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak
sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR,
dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.
Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR
tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2
aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau
Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.
Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku
sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul
atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz,
bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan
Anwar?
Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli
UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa
kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO
kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud
tu.
Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta
orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini
tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak.
Buang la sifat taksub tu...
Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki
la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi
itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar
jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah
dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram
untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?
Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena
buat orang kesian kat kita.
Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan
biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana
yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki
berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.
Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik
tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan
jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia,
hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran,
seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu
mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu
sedang kamu mengetahuinya".
Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP
TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi
turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr
Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata
Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding
time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa
raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.
Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang
nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu..
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua,
kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen
inshaAllah.
Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga Allah SWT mengiringi perjuangan murni Dr. Mazlan dan keluarga serta seluruh umat Islam dan orang Melayu amnya di Permatang Pauh. Kami mengharapkan kalian semua untuk menoktahkan ego dan keangkuhan manusia bernama Anwar bin Ibrahim.
No comments:
Post a Comment