Semalam, sekeping gambar kontroversi membabitkan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat berlegar riuh di alam maya. Gambar yang didakwa diambil oleh seorang penyokong totok PAS itu telah menimbulkan tanda-tanya kerana terdapat imej 'makhuk dalam kain' Tok Guru yang tidak begitu jelas ketika Tok Guru menyelak kainnya.
Namun begitu, imej tersebut akhirnya diperjelaskan oleh Dr. Novandri melalui blognya, Minda Intelek Melayu yang menjangkakan ia sebagai urine bag atau beg urin. Kebiasaannya beg urin dipakai oleh golongan warga emas yang mempunyai masalah mengawal air kencing.
Penjelasan dari sudut perubatan ini diharapkan dapat menjawab segala persoalan 'nakal' tentang 'makhluk dalam kain' Tok Guru itu. Hentikanlah sebarang usaha mengaibkan keperibadiannya.
1 comment:
Astargfirullah.......
Kenapa sampai macam ni sekali sikap saudara yang merakamkan gambar Nik Aziz yang sedang mencari sesuatu. Kemudian dijadikan bahan untuk ditertawakan... Hentikanlah perbuatan2 yang seumpama ni. Jangan aibkan orang lain, tambah2 lagi beliau adalah seorang ULAMAK. Semoga Allah beri hidayah kepada mereka2 yang bersikap sedemikian... Hentikanlah.....
Post a Comment