Keputusan DAP dan PR
untuk meletakkan Lim Kit Siang (LKS) sebagai calon Parlimen Gelang Patah adalah
antara perlaksanaan Strategi 100(1+1) + 30% = Putrajaya yang telah dikemukakan
dalam artikel Sembang Pak Zad sebelum ini. Klik SINI.
Adakah Anwar mahu bunuh karier politik Lim Kit Siang? |
Para strategist DAP
dan PR berpendapat dengan " meletakkan " pemimpin besar mereka di
kawasan Parlimen baru (formula 1+1) dan strategi " meninggalkan "
kawasan Parlimen yang dimenangi pada PRU 12 (formula 100) oleh pemimpin –pemimpin
besar mereka adalah strategi terbaik untuk menambahkan bilangan kerusi Parlimen
PR dalam PRU 13 (100(1+1)). Hal ini bermakna dengan meletakkan LKS di Parlimen Gelang
Patah, maka kerusi di Parlimen Ipoh Timur telah berikan kepada calon DAP dengan
pengiraan mereka pasti akan menang 100 % di Parlimen tersebut.
Ini satu contoh dan
bukti yang amat menarik sekiranya kita kaji strategi formula 100(1+1)+30%=Putrajaya dalam konteks
perlaksanaan, dengan mengambil contoh LKS yang akan menjadi calon di Gelang
Patah untuk dianalisa. Strategi menawan Putrajaya oleh DAP dan PR adalah
matlamat utama PR dalam PRU 13, oleh itu
mereka telah menyusun strategi yang "very systematic" untuk
memberi satu tekanan kepada para strategist BN, dengan mendahului beberapa
strategi politik dengan seperti
mengumumkan manifesto awal dan mengumumkan bakal-bakal calon mereka termasuk
LKS yang akan bertanding di Gelang Patah.
Strategi PR adalah untuk
memberi tekanan melalui perang psikologi kepada BN. Apabila LKS diumumkan
bertanding di Gelang Patah ia umpama satu kejutan kepada BN Johor . Mungkin
pada peringkat awal kita dapati ada berbagai-bagai perasaan timbul dalam kalangan
pemimpin DAP Johor dan juga PKR Johor . Malah dalam kalangan kepimpinan BN
Johor juga memberi respons yang sama. Hal ini kerana yang dihantar ke Johor ialah
seorang pemimpin DAP yang hebat dan telah bertanding di empat Parlimen di empat
Negeri - Bandar Melaka ( 1969,1974 dan 1990), Petaling (1978), Tanjong (1986
dan 1995) dan Ipoh Timur (2004 dan 2008). Sudah tentu strategis DAP dan PR kelihatan
begitu yakin bahawa LKS boleh menang mudah di Gelang Patah dan pastinya "
idea " para strategist adalah untuk bertapak di Johor dan menjadikan
negeri tersebut sebagai " pusat " terbaru DAP di Selatan Semenanjung
yang juga merupakan jiran paling dekat dengan Singapura .
Oleh kerana tahap
kenyakinan para strategist DAP sangat tinggi dan serius di Gelang Patah maka
tidak hairanlah dalam masa dua minggu LKS dan para strategist beliau telah
melancarkan Deklarasi Gelang Patah dengan menyentuh 14 perkara yang akan
menjadi fokus LKS dan DAP sekiranya DAP menang di Parlimen tersebut. Ini strategi LKS dan para
strategist DAP untuk meraih undi penduduk Parlimen Gelang Patah. Mengikut
Pengerusi MCA Gelang Patah Jason Teoh - "tiada pembaharuan yang dinyatakan
dalam deklarasi itu kerana 14 perkara tersebut yang disenaraikan hakikatnya
sudah dilakukan BN sejak beberapa tahun lalu, bagi membantu bukan saja kaum
India tapi semua kaum " .
Pun begitu, kenyakinan
para strategist DAP agak terganggu apabila BN menyambut kedatangan LKS ke
Gelang Patah dengan " menyembur " berita bahawa Datuk Ghani, Menteri
Besar Johor akan bertanding melawan LKS. Berita ini dianggap oleh akhbar Star
sebagai " Titanic Fight " sekiranya benar-benar berlaku . Episod
" Titanic Fight " pernah dirasai oleh LKS di Pulau Pinang ( LKS VS
Chong Eu, LKS VS Teng dan LKS vs Koh ) dan tentunya " titanic fight ini
amat sengit. Pada PRU 13 LKS tidak akan diberi laluan mudah tapi laluan berliku
iaitu bertemu dengan " the giant " dari BN Johor yang sudah menjadi
"akitek politk" Johor sejak 2008 lagi . Analisa The Star menyebut -
"The clash of the two political veterans - a fiery opposition icon and a
mild-mannered Menteri Besar, would make the constituency the epicentre of the
13th general election battle " ( Star 6/4/2013).
Arkitek politik dan pembangunan Negeri Johor, Abdul Ghani Othman bakal jadi lawan buku bertemu ruas untuk Lim Kit Siang. |
Malah The Star juga
memetik analisa yang dibuat oleh Portal Pro-Pembangkang, Malaysiakini - "...Abd
Ghani 's likely candidacy has put the DAP's campaign team on red alert because
of the the potensial loss of crucial Malay voters" ( Start 6/4/2013). Jadi
strategi untuk meletakkan Ghani sebagai lawan LKS adalah satu strategi yang
baik untuk menghalang LKS dan DAP yang sangat-sangat bercita untuk membuka satu
lagi "Pusat baru" DAP di selatan Semenanjung Malaysia. Sekiranya
Portal Malaysiakini yang bertajuk "Ghani counterstrike could paralyse Kit
Siang " juga memberi komen membimbangkan kepada DAP, sudah tentulah Ghani
mempunyai AURA untuk menjadi penghalang kepada tercetusnya "epicentre of
the 13th election battle".
Slogan yang digunakan oleh strategist LKS. |
Sebagai renungan,
Pak Zad petik kata-kata Tun Daim Zainuddin - "DAP talks about ‘ubah’. They
should show us new faces and not Kit Siang all the time. Kit Siang is
70-plus,he should retire like me" ( Insight - Joceline Tan Star 7/4/2013 )
.
No comments:
Post a Comment