Pages

Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts

Monday, 17 September 2012

HIMPUNAN BERSIH KAMPUS : SATU LAKONAN YANG DIARAH OLEH DIREKTOR LAMA

Sekali lagi Modus Operandi Pro-M untuk menonjolkan isu politik kampus ditiupkan semula apabila mereka mengadakan program Himpunan Bersih Kampus pada 16  September  2012, selepas berapa bulan dihentikan kerana tidak mendapat  sambutan dikalangan warga kampus (walaupun mereka cuba tonjolkan Adam Adli sebagai ikon mahasiswa tetapi masih lagi tidak melekat di hati warga kampus IPT) .


Jadi para pemikir strategi Pro-M terpaksa mencari kaedah dan pendekatan baru untuk “ engage ”kan warga kampus dengan Pro-M. Oleh kerana itulah dalam konvensyen Pro-M Nasional pada 6 Sept 2012 yang lalu mereka telah mengeluarkan 6 tuntutan dan 3 resolusi  untuk dijadikan modal kempen. Ia juga sebagai satu cara untuk pastikan mereka kembali  “ relevan ”  di minda warga kampus menjelang pemilihan MPP yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Bagi Pak Zad, perhimpun yang diadakan di SOGO, Kuala Lumpur yang didakwa dihadiri oleh 600 orang pelajar dan juga sebagai merealisasikan tuntutan dan resolusi Konvensyen Pro-M Nasional, adalah satu lakonan saja yang “director” nya masih director yang lama yang masih membawa “tuntutan” lama. Sedangkan barisan MPP/MPM Pro-M yang memerintah di UM,UKM dan UIA pada pemilihan MPP yang lepas telah mengunakan sistem pemilihan yang sedia ada yang didakwa tidak telus dan bias oleh Pro M tetapi Pro-M tetap menang dan memerintah kampus. Begitu juga di universiti – universiti lain yang mana Pro-M tidak memerintah tetapi masih memenangi kerusi-kerusi tertentu walaupun bukan majoriti.


Adakah tujuan Perhimpunan Bersih Kampus adalah untuk menyatakan pemilihan MPP di kampus tidak bersih? 

Sekali lagi Pak Zad lihat para Strategis Pro M cuba untuk menolak realiti yang berlaku dalam pemilihan MPP yang lepas. Bukankah Pro-M telah menang di UM sebagai Universiti Premier dengan mengunakan sistem E-Voting? Ironinya mereka sangat radikal membantah sistem tetapi tetap menang.  Jadi ramai warga kampus agak keliru, apa sebenarnya yang dikatakan tak bersih itu ? Adakah bila Pro-M menang maka pemilhan MPP adalah bersih ataupun apabila mereka kalah maka pemilihan MPP adalah tidak bersih? Jadi bagi Pak Zad, Pro-M telah menjadikan pemilihan MPP sebagai satu “political game” macam parti-parti politik di luar.


Bagi Pro-M, “ game “ yang mereka mainkan ialah mereka perlu kemenangan dan tidak kira apapun caranya termasuk berkonfrantasi dengan pengurusan university. Sering kali pengurusan universiti akan menjadi “punching beg” sekiranya mereka kalah. Jarang kita dengar Pro-M menyalahkan diri mereka sendiri atas kekalahan dialami. Jarang mereka menerima hakikat yang mereka tewas kerana majoriti pengundi  menolak perjuangan Pro M yang suka berkonfrantasi, terlalu emosi, tidak rasional dan selalu mengunakan pendekatan demonstrasi di jalanan. Walaupun begitu kebenarannya,  perjuangan Pro-M  sangat di kenali oleh warga kampus sebagai Pro M yang radikal.  

Oleh itu bagi Perhimpunan Bersih Kampus, Pak Zad letakkan sebagai satu lagi lakonan hebat Pro-M yang cuba menjadi Champion di kampus, tetapi realitinya Pro-M takut pada bayang-bayang sendikit. Terlalu banyak dosa yang  dilakukan oleh mereka yang telah mencemarkan nama mahasiswa  di IPTA. Oleh kerana itu mereka perlu menebus dosa itu dengan cuba menjadi champion kepada isu-isu mahasiswa dan kampus. Tetapi yang jelas,  isu yang Pro-M bawa sangat tak releven dalam tuntutan mereka,lebih bersifat untuk perjuangan mereka untuk memenangi pemilihan MPP semata-mata.

Perhimpunan Bersih Kampus, adalah satu lagi usaha lakonan semula drama yang penuh kepalsuan yang di “director”kan oleh pengarah lama. Tujuannya hanya satu iaitu menghancurkan kampus dengan kepentingan dan agenda mereka. Para pengundi kampus untuk pemilihan MPP 2012/2013 ini, buatlah pilihan terbaik. Fokuskan pemilihan kepada perjuangan yang “diplomasi, rasional dan toleransi “ dan tolak kumpulan yang membawa “konfrantasi, emosi dan radikal “ yang mencemarkan imej “ mahasiswa yang intelektual”. Negara kita mememerlukan generasi muda yang mempunyai nilai “sederhana” bukan radikal seperti Pro M.

Oleh Pak.Zad (blog : sembang pak zad)


*   Artikel ini dikirim oleh blogger PAK.ZAD yang mempunyai pengalaman luas dalam politik kampus.
** Pro-M ialah kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang menjalankan aktiviti politik bertopengkan pembangkang di dalam kampus.

Wednesday, 6 June 2012

AMK, SMM DAN PRO-M NASIONAL DICABAR BERDEMONSTRASI TUNTUT PTPTN BAGI PINJAMAN KEPADA UNISEL

MANSUHKAN PTPTN!  

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang kini sedang sibuk membuat roadshow ke seluruh universiti perlu memberikan fokus terlebih dahulu kepada UNISEL berhubung isu tindakan PTPTN menyekat pinjaman kepada para pelajar baru IPT milik penuh Kerajaan Negeri Selangor itu.

Antara tindakan yang perlu dilakukan segera ialah menggerakkan demonstrasi besar-besaran termasuk berkhemah di Dataran Merdeka. Ini penting supaya nasib para pelajar UNISEL terbela dan tidak menjadi mangsa kezaliman seperti yang didakwa oleh mereka.

Saudara Syahid Zaini, Pengerusi Sekretariat Malaysia Bangkit juga perlu memanfaatkan ‘cuti’ akibat digantung pengajian oleh Universiti Malaysia ketika ini untuk berkempen demi kepentingan pelajar-pelajar baru UNISEL.

Kerahkan juga  mamat tiang bendera Adam Adli dan kaki panjat pagar, Safwan Anang untuk ikut berdemo. Kalau masih tak cukup kuat, kerahkan keluarga Khalid Ismath termasuk ibu dan ayahnya. Mereka ini semuanya taksub kepada Anwar Ibrahim dan sentiasa bersedia menurut arahan Anugerah Tuhan itu.

Anda mahu main? Sekarang permainan sudah bermula. Silakan berpencak! Silent majority sudah mula bersuara. Rasakan!

Sunday, 13 May 2012

Apa Salah Johan Raja Lawak?


Johan Raja Lawak yang terkenal kerana kebolehan meniru pelbagai suara artis telah diboikot oleh penyokong-penyokong pembangkang melalui satu fanpage yang diwujudkan baru-baru ini.

Ia susulan lakonan Johan dalam beberapa buah klip yang disiarkan di YouTube menggunakan nama Bangkang Dari Longkang yang turut dilakonkan oleh beberapa orang artis yang lain.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mendesak Johan meminta maaf kepada penyokong-penyokong pembangkang di atas lakonannya dalam klip-klip video yang disiarkan sejak minggu lepas itu. Sehingga kini, belum ada apa-apa reaksi balas dari Johan walaupun ramai yang melihat isu ini akan menjejaskan periuk nasi beliau dalam masa singkat.

Apa-apa pun, inilah bukti bahawa pembangkang di Malaysia pantang ditegur apatah lagi disindir. Mereka fikir alam maya ini milik mereka sahaja justeru orang lain tidak boleh bersuara. Kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan juga ibarat sampah, terbit dari mulut mereka yang menjijikkan dan langsung tidak boleh digunapakai.

Bagi yang belum berkesempatan menonton klip-klip video tersebut, anda boleh klik SINI atau terus saja ke YouTube dan cari Bangkang Dari Longkang. Selamat menonton dan menilai! Johan is the best!!

Monday, 23 April 2012

PENING!! USTAZ NASHA PAS LARANG MAHASISWA SERTAI BERSIH 3.0??

 Ustaz Nasharuddin Mat Isa (gambar), bekas Timbalan Presiden PAS, dalam kenyataannya selepas wacana Kemungkaran LGBT Mengundang Bala Allah di Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, semalam menyifatkan LGBT sebagai ancaman besar kepada masyarakat di negara ini jika tidak dibendung dari awal.

Tapi itu bukan point yang nak SB tekankan di sini. SB lebih tertarik dengan fatwa yang dibacakannya dalam wacana tersebut, iaitu TIDAK BOLEH bagi umat Islam mengikut pemimpin yang menyokong LGBT dan menggalakkan kebebasan beragama. Siapa pemimpin yang dimaksudkan? Anwar Ibrahim? Atau Ambiga?

Walaupun jawapannya lebih tertumpu kepada Ambiga, tetapi bagi SB, kedua-dua pemimpin tersebut sememangnya menyokong LGBT dan kebebasan beragama melalui pelbagai kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Ambiga bahkan diangkat sebagai Pengerusi BERSIH, termasuk siri 3 yang akan berlangsung hujung minggu ini. Sebahagian besar peserta BERSIH pula ialah mahasiswa yang rata-rata belum faham erti politik tetapi terlalu ghairah mahu mengubah negara ini ke arah demokrasi sebenar.

Wacana LGBT di Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa, KL semalam.
Sumber dari blog penganjur, MUAFAKAT.

Adakah mereka sedar, demokrasi yang sedang dituntut itu ialah demokrasi yang boleh menjahanamkan diri mereka, keluarga bahkan seluruh institusi masyarakat kerana ia mementingkan freedom atau kebebasan yang menyeluruh seperti di Barat? Bebas bersuara, bebas bergaul, bebas orientasi seks, bebas segala-galanya. Adakah ia bagus?

Mujurlah ada pemimpin-pemimpin seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang masih berani menegakkan kebenaran walaupun tidak senada dengan suara pimpinan pusat dalam PAS. Semoga beliau terus kekal di dalam PAS, tidak ditendang oleh parasit-parasit Anwarinas yang sedang mengubah identiti parti Islam tersebut sebagaimana yang berlaku ke atas Ustaz Hassan Ali dan Ustaz Hassan Basri.

UNTUNGNYA JADI MAHASISWA PRO-ANWAR IBRAHIM!!


Selain sumbangan yang mencurah-curah daripada parti-parti politik pembangkang, mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka juga beruntung kerana turut dibantu dari sudut khidmat guaman percuma.

Mereka tidak perlu takut untuk melanggar undang-undang kerana sudah siap pasukan peguam yang diupah oleh PKR untuk menyelamatkan mereka, at all costs.

Buktinya, Fahmi Reza dan Umar Mohd Azmi, dua orang peserta perkhemahan yang ditahan sebelum ini telah dibantu oleh peguam pro-pembangkang iaitu Syahredzan Johan, seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini semalam.

Kedua-dua mereka telah ditahan mengikut Seksyen 40 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 tetapi dalam kenyataan daripada peguam tersebut, pihak polis tidak boleh menahan mereka melebihi tempoh 24 jam seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Jadi tak hairanlah kalau mereka ini sentiasa bersedia bertindak bukan-bukan hingga ke tahap yang tak masuk dek akal orang awam yang lain. Jumlah mereka kecil tapi di belakang mereka tersedia pelbagai bentuk bantuan. Tapi sayang, mereka hanya mampu jadi keldai Anwar Ibrahim. Sampai bila?


Thursday, 19 April 2012

PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM DEMO ANTI-PTPTN


Klik SINI untuk versi pegun.

SAH!! PENYERANG SEBENAR TELAH DITAHAN, AHLI AMK SENDIRI??

Menurut Sinar Harian, salah seorang penyerang sudah ditahan. Semoga kes ini segera diselesaikan.

Sekitar jam 2.00 pagi, 19 April 2012, sekumpulan pemuda bermotosikal didakwa telah menyerang kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April 2012 yang lalu.

Dalam insiden serangan itu, sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera kerana cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua pihak.

Sementara itu, portal rasmi Sinar Harian lewat petang tadi melaporkan berita penahanan salah seorang penyerang dalam insiden tersebut iaitu seorang pemuda berusia lingkungan 20-an.

Beliau dan rakan-rakan dikatakan berang dengan sikap tidak menghormati undang-undang dan Yang DiPertuan Agong yang ditunjukkan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan terutamanya Fahmi Reza dan Safwan Anang.

Mereka dikatakan masih enggan berpindah meskipun diarahkan oleh pihak DBKL bagi menghormati salah satu acara kesenian di Dataran Merdeka yang membabitkan kehadiran Tuanku sekaligus membangkit kemarahan kumpulan pemuda tersebut.

Ia juga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Khalid Ismath Syiah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dua hari yang lalu. Beliau menyifatkan perjuangan anaknya lebih berfaedah berbanding pemuda-pemuda lain yang gemar membuang masa.

Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan pemuda berkenaan mencabar mahasiswa yang berkhemah supaya membuktikan pihak mana yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang sehingga tercetus pergeseran antara mereka. Beberapa khemah juga telah dirobohkan oleh kumpulan pemuda berbaju hitam seramai 30 orang tersebut.

Insiden ini seharusnya menjadi isyarat jelas kepada semua pihak terutamanya pembangkang. Tidak semua perlakuan anda mewakili aspirasi rakyat, malah lebih banyak menimbulkan kebencian ramai. Tidak mustahil lebih banyak ketegangan akan tercetus selepas ini sekiranya semua pihak cuba menegakkan hak masing-masing meskipun bersifat individu atau minoriti.

SB amat berharap semoga DBKL dapat bertindak segera, dengan tegas dan berdisiplin, sebelum insiden lebih buruk berlaku selepas ini.

Tanyakan sejenak :

Jika benar pemuda UMNO, kenapa mereka bertindak secara terbuka? Bukankah cara itu amat buruk dan boleh merosakkan nama baik UMNO di mata rakyat?


VIDEO ADAM ADLI DISUMPAH RAKYAT

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: 

Nabi s.a.w bersabda: Hindarilah dari duduk di tepi-tepi jalan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarinya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu di tepi jalan. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu ingin duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya. Para sahabat bertanya: Apakah haknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang, menghindarkan perkara-perkara yang merugikan, menjawab salam serta membuat perkara yang baik dan mencegah perbuatan mungkar.

Sahih Muslim

Jika Nabi Muhammad sendiri menegah para sahabat daripada duduk berbincang di tepi jalan, bagaimana pula mahasiswa-mahasiswi dalam rakaman video di bawah? Mereka bukan sahaja mengganggu pengguna jalan raya, bahkan menafikan terus hak orang ramai untuk menggunakan jalan raya dengan selesa. 

Adakah mereka ini lebih besar daripada para sahabat? Adakah pemimpin-pemimpin mereka lebih besar daripada Rasulullah SAW?

Bayangkan jika anda berada di dalam salah sebuah kereta sewaktu demonstrasi tersebut, anda ingin cepat dan perlu selesaikan urusan yang mustahak, tiba-tiba jalan anda dihalang oleh tindakan mahasiswa seperti dalam video di bawah. Apa perasaan anda?


TOLAK MAHASISWA PRO-PEMBANGKANG! JANGAN BIARKAN MEREKA MELAMPAUI BATAS LAGI!!

Wednesday, 18 April 2012

SEBARKAN!! PETUALANG RAKYAT!! ANDA KENAL??


KEPADA :

Naib-naib Canselor
Timbalan-timbalan Naib Canselor
Pendaftar-pendaftar
Timbalan-timbalan Pendaftar
Pegawai-pegawai HEP
Bendahari-bendahari Universiti
Staf-staf Jabatan Bendahari Universiti
Dekan-dekan
Timbalan-timbalan Dekan
Timbalan-timbalan Pedaftar Pusat Pengajian/Fakulti
Pensyarah-pensyarah
Tutor-tutor
Pengetua-pengetua Kolej Kediaman
Pengurus-pengurus Asrama
Penghulu-penghulu
Ketua-ketua Kampung
Jiran tetangga
Sanak saudara.
Dan seluruh rakyat Malaysia.

Mereka ini dicari. SB dah tolong sebarkan, dah tolong mudahkan kerja kalian. Nak tunggu apa lagi.

Lupa, satu lagi:

Dato Ismail Mohammed Said, Pengerusi PTPTN
Staf-staf PTPTN

dan 

Pegawai-pegawai di KPT.

Pastikan mereka ni pulangkan pinjaman dengan segera kalau ada yang meminjam!

Tuesday, 17 April 2012

MUKA-MUKA INI DICARI!!

PERHATIAN KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN, SILA AMBIL PERHATIAN!!



JAM 9.00 PAGI, 18 APRIL 2012. BUKAN NAK AIBKAN, TAPI NAK DEDAHKAN.

Monday, 16 April 2012

DBKL PUN DAH MENYAMPAH!!

Tak nak bauar hutang ye? Nah sebijik!!

15 April 2012, grup gelandangan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang merempat di Dataran Merdeka menyebarkan berita kononnya mereka dikasari oleh kakitangan DBKL. Kononnya juga ada kalangan gelandangan ditumbuk dan dipukul. 

SB kata, apa nak hairanlah. Sesiapa pun yang berada di tempat DBKL tidak mungkin boleh bersabar dengan sikap melampau gelandangan-gelandangan muda yang tak mahu bayar hutang ni. 

Bukan setakat DBKL disusahkan, bahkan polis dan orang awam juga dapat susah kerana mereka. Sampai bila?? SB tak terkejut kalau lepas ni muka mereka diludah di khalayak ramai pula. Hidup sepanjang masa dimaki dan disumpah seranah masyarakat! 

Peristiwa Adam Adli Si Penari Tiang ditumbuk dua minggu lepas di Kerinchi membuktikan betapa benci dan meluatnya orang ramai terhadap kumpulan mahasiswa ini. Hanya mereka yang masih perasan bagus dan fikir kebal di sisi undang-undang.


GILA!!! Anak Bekas Imam Besar Masjid Negara Redha Rakan-rakanya Murtad??


Video pendek ini dirakamkan pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka ketika mahasiswa-mahasiswa pro-pembangkang mengadakan demo membantah PTPTN.

Di dalam rakaman ini, beberapa pemimpin mahasiswa kelihatan dengan jelas mengalungkan bunga kematian pada potret Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Khaled Nordin.

Pada awal rakaman, pelajar tahun pertama dari UiTM, Khalid Ismath atau Khalid Syiah menggunakan kalimah suci "Allahyarham" untuk kedua-dua pemimpin negara tersebut, tetapi menukarkannya kepada "mendiang" tidak lama kemudian apabila rakannya iaitu Syahid Zaini, bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya dan Shukri Razab, pelajar yang gagal menghabiskan pengajiannya di UMS dan KUIS mula mengalungkan bunga kematian tersebut.

SB begitu kesal dengan kelakuan mereka. Adakah ini selari dengan ajaran Islam? Perbuatan Khalid Syiah tidak mengejutkan kerana dia sememangnya mengagumi Syiah, tetapi bagaimana dengan Syahid Zaini dan Shukri Razab?

Anak bekas Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzemudin iaitu Sdr Akram Ikrami yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) juga turut terlibat dalam ritual sesat lagi menyesatkan ini.

Seperti yang kita tahu, kedua-dua Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Khaled ialah penganut Islam, dan fakta bahawa kedua-duanya masih hidup juga dimaklumi oleh seluruh rakyat. Justeru kenapa tindakan sebegini boleh dibenarkan dan dimaafkan begitu saja?

Apa hukumnya jika seorang muslim dikebumikan mengikut upacara keagamaan Hindu? Tidakkah Akram, Syahid dan Shukri Razab serta Safwan Anang yang kini menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya, tahu akan hakikat ini?

Kesimpulan SB dalam hal ini mudah, kumpulan mahasiswa ini sebenarnya tidak akan bertindak keterlaluan tetapi akibat adu domba dan hasutan berterusan daripada pemimpin-pemimpin pembangkanglah yang telah mendorong mereka melampui batas dalam bersuara.

Politik hanya sebahagian daripada sistem sosial kita, tapi akidah menempati seluruh kehidupan orang Islam walaupun berbeza fahaman dan ideologi. Jangan sesekali terjebak dengan fahaman kebebasan dan terlalu ikutkan nafsu semata-mata, kerana kesannya terhadap akidah amatlah dahsyat.

PANAS!! TIADA PEMBANGKANG DI BELAKANG ADAM ADLI DAN PRO-M????

Sunday, 15 April 2012

#BLACK14# MAHASISWA JADI GELANDANGAN GARA-GARA PTPTN??

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 7883 orang gelandangan berjaya diselamatkan di seluruh negara pada tahun 2011.

14 April, 2012, sejumlah kecil mahasiswa (sekitar 30-35 orang) secara sukarela menjadi gelandangan terhormat bagi menjayakan kempen menaikkan saham PKR di negara ini menjelang PRU13. Buktinya seperti gambar-gambar di bawah.

Gelandangan mahasiswa murahan. Menconteng arang di muka ibu bapa di rumah.

Mahasiswa lain sibuk ulang kaji pelajaran, mereka sibuk tukar kerajaan.

Sekitar jam 9.00 malam 14 April 2012, FB milik Setiausaha Kerja Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua iaitu Saudara Rozan Azen Mat Rasip didapati telah dikemaskini dengan status menyatakan beliau menyerahkan bekalan makanan berupa pizza dan air mineral kepada mahasiswa gelandangan tersebut. Bagaimanapun status tersebut telah dipadam beberapa ketika kemudian sebelum dikemaskini dengan status-status lain termasuk seperti yang di bawah.

Hubungan langsung yang tidak disembunyikan oleh AMK tetapi cuba dinafikan oleh SMM. Apa cerita ni?

Sdr Rozan berbaju hitam bertanda merah bersama YB Tian Chua semalam.

Hal ini secara tidak langsung membuktikan pembabitan PKR melalui AMK dalam demonstrasi paling celaka dalam sejarah mahasiswa abad ini di Malaysia. SMM dan Pro-M berulang-kali menyatakan mereka bebas daripada sebarang campur tangan parti politik tetapi pada masa yang sama gigih menjalin kerjasama. Siapa tipu siapa sekarang?

#BLACK14# NAJIB BAKAL UMUM KEPUTUSAN PENTING??

MASIH INGAT GAMBAR-GAMBAR DIBAWAH??

Kononnya, mereka menolak campurtangan politik luar dalam  kalangan mahasiswa.

Ini AMK N9, Nazri Yunus. 23 Mac 2012, beliau turun berdemo bersama
SMM di hadapan KPT, Putrajaya.

23 Mac 2012, Syahid Zaini menyerahkan batu nesan kepada Setpol Menteri KPT.

KALAU TAK INGAT, KLIK SINI.

DAN SEKARANG LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH PULA 

14 April, Menteri KPT dan PM, dikuburkan secara cacamerba ikut adat Islam
dan Hindu sekaligus. GAMIS menyokong. Syahid Zaini mengepalainya.
Soal akidah Islamiah ditolak ketepi. Nauzubillah.
Kumpulan mahasiswa yang terjejas pengajian. Adam Adli digantung
semester. Shukri Razab ditendang oleh UMS dan kini KUIS, juga gagal.
Lari hutang PTPTN? Patutlah.

Ini siapa? Bebas politik luar? Di mana ada demo mahasiswa,
di situ ada Tian Chua.

Di mana ada Tian Chua, di situ ada Izzah. Di situ jugalah
mahasiswa pro-pembangkang melalak sakan.

Jadi fikir-fikirkanlah. Agenda siapa sebenarnya yang sedang dibawa oleh kumpulan mahasiswa ini?

Isu pendidikan percuma tidak timbul hinggalah akhir-akhir ini ia dilagukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Kenapa baru kini? Kerana dekatnya kita dengan PRU13. Pro-M sudah tidak kisah dengan PRK walaupun itulah medan sebenar untuk mahasiswa berpolitik kerana mereka sudah dijanjikan dengan ganjaran yang lumayan jika berjaya membantu pembangkang ke Putrajaya. SB juga dapat tahu Adam Adli kemungkinan besar dicalonkan oleh PKR di kerusi Dun Bertam, Pulau Pinang. Orang Bertam nak ke manusia biadap begini?


BLACK 14 - CATATAN HITAM MAHASISWA MALAYSIA ABAD INI

PEMIMPIN NEGARA DIHINA DAN DIAIBKAN

PM dan Menteri Pengajian Tinggi dihina, akidah mereka dipermainkan
oleh mahasiswa yang kononnya cerdik dan matang.

PELAJAR BIADAP DIJULANG

Mahasiswa biadap dan gagal dalam pelajaran diangkat sebagai  ikon mahasiswa.

CERDIK PANDAI DIPERGUNAKAN

A. Samad Said, tokoh sasterawan negara, semakin dicemuh meskipun meniti usia senja.

DATARAN KEMERDEKAAN DICEMARKAN

Kumpulan SMM, AMK dan Pemuda PAS cemarkan Dataran Merdeka dengan
tindakan populis murahan begini.

Saturday, 14 April 2012

SMM Hina Akidah Umat Islam. WAJIB MINTA MAAF!!

Laporan terkini. Kehadiran demonstran hasil didikan sekolah pemikiran IKD dan dimoderator oleh Fahmi Reza sekitar 500 orang sahaja. Keadaan menjadi sesak kerana kawasan sekitar turut dipenuhi orang ramai yang berkunjung ke ibu kota sempena cuti hujung minggu.

Dalam pada itu, orang ramai mula meradang dan memaki hamun para demonstran muda ini. SB akan siarkan video luahan orang ramai selepas ini bagi membuktikan budaya demonstrasi amat dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia. 

Lihat gambar-gambar di bawah, adakah ini budaya yang kita mahukan?

Pemimpin SMM mempermainkan sentimen agama orang Islam?? Nauzubillah.

Syahid Zaini, bekas Presiden MPM UM bersekongkol mempersendakan akidah  Islamiah.
Bertaubatlah.

Kenapa ini berlaku? Di mana Gamis? Di mana PMI? Di mana Pemuda PAS? Di mana Mat Sabu?

Bukankan ini budaya agama Hindu? Kenapa sampai begitu sekali SMM dan mahasiswa pro-pembangkang tergamak mempermainkan aib pemimpin negara? Inikah contoh pemimpin mahasiswa dan bakal pemimpin masa depan kita?

Tolak SMM. Tolak Adam Adli. Hancur Pro-M! Semoga Allah ampunkan dosa-dosa syirik yang mereka lakukan, nauzubillah.

BEBAS POLITIK LUAR?? INI APA??

Anak Papa ikut berdemo? Belum setel hutang PTPTN ke?

YB Tian Chua, moderator gerakan mahasiswa kiri DEMA dan PBT turut serta berdemo.
Tiap kali mahasiswa berdemo, mukanya pasti ada.

Hishamuddin Rais, sang kultus sosialis mahasiswa dan pencetus idea pendidikan percuma
di Malaysia. Katanya, tak kahwin sebab anti-wanita. Betulkah? Nanti kita ceritakan.

Pak cik ini juga peminjam PTPTN?

Bilangan anak cina boleh dikira. Sebab? Kerana majoriti mereka skor kelas pertama
dan tak perlu bayar balik pinjaman. Yang ini mungkin gagal sebab tu
ikut berdemo.

TERKINI DARI DATARAN : ORANG RAMAI MAKI MAHASISWA??




Mereka sudah mula bergerak. Jalan terpaksa ditutup semata-mata nak bagi laluan kepada puak-puak yang tak reti bersyukur ni. Hari minggu begini hanya mengganggu orang ramai saja.

Ikuti juga laporan ekspres dari SARFAMS dan MALAYSIA BANGKIT di SINI dan SINI.

TERKINI DARI DATARAN : DEMO ANTI-PTPTN TIADA SAMBUTAN??



Pihak penganjur, SMM dan Malaysia Bangkit menyasarkan lebih 5000 orang akan hadir berdemo jam 1 petang ini di Dataran Merdeka, tapi gambar-gambar ini menceritakan sebaliknya.

Hingga jam ini, belum kelihatan demonstran upahan Anwar Ibrahim berhimpun. SB akan update dari masa ke masa, insya-Allah.

Maklumat diterima juga bahawa ada pertindihan arahan daripada "pihak atasan" berhubung lokasi demonstrasi. Mat Sabu dikatakan lebih suka jika demo diadakan di Putrajaya sebagai simbolik awal menawan kota pentadbiran tersebut. Kita nantikan perkembangan seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar