Video pendek ini dirakamkan pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka ketika mahasiswa-mahasiswa pro-pembangkang mengadakan demo membantah PTPTN.
Di dalam rakaman ini, beberapa pemimpin mahasiswa kelihatan dengan jelas mengalungkan bunga kematian pada potret Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Khaled Nordin.
Pada awal rakaman, pelajar tahun pertama dari UiTM, Khalid Ismath atau Khalid Syiah menggunakan kalimah suci "Allahyarham" untuk kedua-dua pemimpin negara tersebut, tetapi menukarkannya kepada "mendiang" tidak lama kemudian apabila rakannya iaitu Syahid Zaini, bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya dan Shukri Razab, pelajar yang gagal menghabiskan pengajiannya di UMS dan KUIS mula mengalungkan bunga kematian tersebut.
SB begitu kesal dengan kelakuan mereka. Adakah ini selari dengan ajaran Islam? Perbuatan Khalid Syiah tidak mengejutkan kerana dia sememangnya mengagumi Syiah, tetapi bagaimana dengan Syahid Zaini dan Shukri Razab?
Anak bekas Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzemudin iaitu Sdr Akram Ikrami yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) juga turut terlibat dalam ritual sesat lagi menyesatkan ini.
Seperti yang kita tahu, kedua-dua Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Khaled ialah penganut Islam, dan fakta bahawa kedua-duanya masih hidup juga dimaklumi oleh seluruh rakyat. Justeru kenapa tindakan sebegini boleh dibenarkan dan dimaafkan begitu saja?
Apa hukumnya jika seorang muslim dikebumikan mengikut upacara keagamaan Hindu? Tidakkah Akram, Syahid dan Shukri Razab serta Safwan Anang yang kini menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya, tahu akan hakikat ini?
Kesimpulan SB dalam hal ini mudah, kumpulan mahasiswa ini sebenarnya tidak akan bertindak keterlaluan tetapi akibat adu domba dan hasutan berterusan daripada pemimpin-pemimpin pembangkanglah yang telah mendorong mereka melampui batas dalam bersuara.
Politik hanya sebahagian daripada sistem sosial kita, tapi akidah menempati seluruh kehidupan orang Islam walaupun berbeza fahaman dan ideologi. Jangan sesekali terjebak dengan fahaman kebebasan dan terlalu ikutkan nafsu semata-mata, kerana kesannya terhadap akidah amatlah dahsyat.
1 comment:
mangkok tandas bdak2 ni...
Post a Comment