April, 14 bakal berlangsung demonstrasi jalanan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya menuntut pemansuhan PTPTN. Pinjaman itu dikatakan membebankan rakyat dan menafikan hak golongan muda di negara ini.
April, 14 juga SB terima satu SMS yang memberitahu tentang langkah kerajaan PKR Negeri Selangor menghentikan pemberian pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah melalui Yayasan Selangor. Pemansuhan ini dijangkakan bermula Januari ini.
Ke mana nasib anak-anak Selangor selepas ini? Selama ini Yayasan Selangor amat berjasa dalam membantu rakyat negeri ini mendapatkan bantuan kewangan tetapi kini yayasan tersebut tidak akan lagi berperanan sebagaimana tujuan asal penubuhannya. Adakah ini satu petanda kegagalan pengurusan kewangan negeri? Di mana Penasihat Ekonomi negeri yang diagung-agungkan itu?
No comments:
Post a Comment