Pendidikan tinggi percuma? Janji air percuma pun tak mampu tunaikan.. |
Apa implikasi major sekiranya pendidikan tinggi diberikan percuma? Ini antara persoalan yang perlu kita fikirkan lebih daripada menitikberatkan soal hutang.
Suara Keadilan edisi minggu ini misalnya, lebih banyak highlight soal hutang yang bakal ditanggung oleh para graduan. Malah, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dengan mudah menghukum dasar pendidikan tinggi negara sebagai menggalakkan generasi muda berhutang seawal pengajian mereka lagi.
SB tidak tolak usaha menyediakan pendidikan tinggi percuma, tetapi biarlah rasional dan jelas. Pendidikan percuma yang bagaimana? Adakah yuran sahaja, atau semua kos pengajian lain yang perlu ditanggung oleh mahasiswa?
Yuran pengajian merupakan antara sumber utama pendapatan universiti bagi menampung pembangunan agar kekal cemerlang terutamanya IPTS. Pembangunan yang konsisten amat penting bagi sesebuah universiti agar ia terus berkembang seiring dengan peredaran massa dan memberikan pendidikan terbaik kepada pelanggan yakni pelajar.
Sekiranya yuran dimansuhkan, universiti akan bergantung sepenuhnya kepada satu sumber kewangan sahaja iaitu dana daripada kerajaan. Pada masa yang sama, kerajaan juga terbatas kerana terpaksa menampung pelbagai agensi lagi yang turut menumpukan usaha pembangunan masing-masing.
Kesan jangka panjang yang akan berlaku ialah universiti-universiti di negara ini akan menjadi mediocre, tidak kompetitif dan dianggap sebagai low class kerana dasar kebajikan yang merapunya itu. Semua ini berlaku kerana universiti tidak mampu lagi merancang kecemerlangan masing-masing akibat tiada kawalan sendiri terhadap sumber pendapatan, dan lebih teruk, dikawal secara terus oleh kerajaan berbanding dasar autonomi kewangan ketika ini.
Adakah ini yang kita mahukan? Lihat sahaja UiTM yang dianggap sebagai pusat pengumpulan minda Melayu kelas kedua di negara ini kerana dasar pendidikan murahnya. Meskipun hakikat ini tidak benar, tetapi ia sudah menjadi persepsi umum khususnya dalam kalangan orang bukan Melayu. Adakah ini yang kita mahukan?
Sepatutnya semua universiti diberikan autonomi untuk merancang kewangan masing-masing tapi pada masa yang sama, masih dipantau oleh pihak kerajaan agar tidak membebankan pelajar. Universiti tidak harus sama dengan sistem pendidikan primer atau sekunder. Ini tahap tertiar yang memerlukan lebih banyak dana agar kekal cemerlang.
No comments:
Post a Comment