Dahulu, masuk universiti satu kebanggaan. Hari ini, satu keperluan. |
Sebelum penubuhan PTPTN pada tahun 1997, kerajaan hanya mampu menyediakan biasiswa untuk sekitar 26,000 orang pelajar sahaja setahun.
Ini bermaksud, ramai pelajar yang layak ke IPT tidak mendapat penajaan khususnya dalam kalangan mereka yang miskin dan berpendapatan sederhana.
Jumlah peminjam 2011 berdasarkan rekod PTPTN. |
Hari ini, PTPTN telah berjaya meningkatkan akses kepada pengajian tinggi di mana pada tahun 2011 sahaja, sejumlah 227,209 permohonan telah diluluskan pinjaman untuk melanjutkan pengajian mereka.
Jadi berterima kasihlah kepada bekas Menteri Kewangan pada tahun 1996 dan 1997 ini yang telah meluluskan penubuhan PTPTN walaupun hari ini beliau jugalah yang mahu menghapuskannya. Semoga beliau diberikan hidayah untuk berubah, amin.
7 comments:
Itu benar, ketika pendidikan percuma tidak wujud, maka PTPTN wujud. Apabila pendidikan percuma wujud PTPTN dimansuhkan.
Jadi proses ke arah pendidikan percuma tu boleh diadakan dalam sekelip mata? Hapusnya PTPTN maka wujud pendidikan percuma?
Duit nak membayar ke PTPTN pun entah diambil dari mana, inikan pula duit untuk memberi pendidikan percuma.
bg saya la kan..nk proposed ptptn mansuh, sila buat proposal...selengkapnya.nk kaut duit dr mn pulak?saper yg patot dpt pendidikn percuma? adil ker percuma pada mereka yg mampu biaya pendidikan? mcm tuh..takde adil namanyer.
klu pembangkang tadbir kerajaan , cube buat sumer free..hehehe!!
terberak kot nak tanggung kos. takde istilah free sebenarnyer, mesti nak amik dana dr pendapatan lain jugak kan? mesti punya la..
saya peminjam ptptn, adik beradik saya semua dpt belajar kat U sebab ada ptptn. dulu mula2 saya nak belajar, nak beli tiket kapal terbang pon kena pinjam lain. nasib la ader ptptn ni..dpt gak byr ansur2 hutang beli tiket tuh...kalau tak, mmg kena tunggu kerja baru dpt byr..
susahnya hidup zaman kemelesetan ekonomi dulu.
.,,
pt
memang benar anwar org yg bertanggungjwab utk wujudkan ptptn,ttpi sdara kna ingat fakta masa sekitar tahun 1998 ketika awal kwjudan ptptn jumlah jumlah keuntungan petronas yg merupkan slah satu sumber kwangan negara adalah di bawah 20 bilion,tetepi sekarang sejak tahun 2010 rekod keuntungan petronas adalah lebih daripada 80 bilion setiap tahun. anwar melihat pada sekitar tahun 1998 adalah mustahil utk memberi pendidikan percuma kerana keuntungan negara masih kurang tetapi sekarang keuntungan yang mencecah lebih 80 bilion setiap tahun menyebabkan beliau perlu membuat pertimbangan baru dgn memberi pndidkan percuma.bukan bermakna hari ini menang esok hutang ptptn akan hapus semuanya, klu ikut P, negra hanya perlukan 2 billion setiap tahun utk hapuskan hutang ptptn secara beransur-ansur,oleh itu apa sangat la 2 bilion itu berbanding 80 billion keuntungan ptronas stiap tahun.
depa cetak duit sendiri la... hampeh PKR.
Post a Comment