Fikirkan sekejap, selalunya kalau PTPTN masuk lewat, siapa yang paling banyak bersuara? Selain MPP dikecam, selalunya yang paling teruk dibantai tentulah pihak PTPTN dan kerajaan sendiri. Dan selalunya, siapakah yang asyik mengecam itu?
16 April, 2012, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia YB Dato' Seri Khaled Nordin bersuara. Beliau mencabar kumpulan mahasiswa yang turun berdemo menuntut PTPTN dimansuhkan di Dataran Merdeka tempoh hari |SINI| supaya segera memulangkan pinjaman kerana rata-rata mereka masih belajar.
SB lihat cabaran ini amat wajar kerana dapat membuktikan kesungguhan mereka menolak pinjaman tersebut.
Seperti kata mereka, PTPTN hanya menyebabkan graduan berhutang di usia muda. Jadi eloklah jika mereka segera pulangkan wang yang dipinjam sebelum terlambat kerana belum tentu janji yang dibuat oleh pembangkang akan ditunaikan dalam masa terdekat sekalipun menang dalam PRU 13 kelak. Jadi daripada takut berhutang, lebih baik pulangkan sekarang.
Boleh?
1 comment:
Pulangkan???
Nak pulangkan pakai apa?..boleh bayar balik pakai bulu Peliaq tak?.hahahaha
Korang percaya ler..mahasewel2 yg buat demo ni lah yg amat memerlukan pinjaman PTPTN. Kalau tak ada PTPTN maka mereka tak ada tempat kat pengajian tinggi disebabkan masalah kewangan.
Tetapi bila dapat pinjaman PTPTN mereka ni salah gunakan duit pinjaman tersebut. 99.99% mereka gunakan untuk tujuan lain yg langsung tidak ada kaitan dgn tujuan pembelajaran mereka.
Bila rasa tak tersepit, maka diminta utk dihapuskan. Aku rasa kerajaan patut bagi pilihan kepada mereka. Apa kata kalau kerajaan bersetuju utk menghapuskan pinjaman PTPTN, tetapi bersyarat?.
Kepada mereka yg berhajat utk pendidikan percuma berikan sahaja pendidikan percuma tersebut, tetapi mereka harus belajar sehingga tamat. Sekiranya mereka keluar atau tidak menghabiskan pengajian mereka, maka mereka harus membayar kos2 selama mana tempoh mereka belajar, adakan satu formula.
Kepada mereka yg berjaya menamatkan pengajian dgn hanya cukup makan, maka mereka harus bekerja dgn jabatan kerajaan secara PERCUMA..tanpa sesen pun bayaran gaji selama 3 tahun, cuma pihak kerajaan boleh memberi ihsan sekadar elaun sekiranya perlu.
Kepada pelajar yg cemerlang, kerajaan memberi merit kepada mereka diatas kesungguhan mereka semasa didalam pengajian.
Aku jamin mereka akan berfikir sepenuhnya..nak senang dulu susah kemudian atau bersusah dahulu senang kemudian...
Apa yg aku nampak, para mahasewel yg buat demo ni semuanya muka yg aku kompem CGPA tak lepas 3.0 ....itu pun masa apply nak masuk pusat pengajian pun cukup2 syarat jer kot?.
Post a Comment