Pages

Sunday, 8 April 2012

Surat Terbuka Kepada Dr. Zuhdi Marzuki, Safwan Anang dan Anwar Ibrahim.

Tak Langsai Hutang PTPTN Tindakan Pentingkan Diri
oleh Rizal Abd Rahman
Setelah 55 tahun merdeka, Malaysia kini sebuah negara yang dihormati dunia. Malaysia berdiri gagah di pentas antarabangsa sebagai pemimpin dan role model negara-negara membangun. Ini kerana formula Malaysia terbukti membawa hasil yang sangat baik dan telah membangun negara dengan begitu cepat. Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 yang diperkenalkan semasa kepimpinan YAB Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 telah memberi gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju negara muda ini. Selain rencana memodenkan Malaysia dari segi infrastruktur, ia juga meletakkan target menghasilkan generasi rakyat Malaysia kelas pertama iaitu moden, berakhlak mulia, profesional serta berilmu tinggi. Ini terbukti melalui pelan halatuju pendidikan nasional yang ditekankan secara serius oleh kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa. Dari keseluruhan 144 negara membangun seluruh dunia, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menawarkan pakej pendidikan terbaik dan terjangkau untuk seluruh rakyat. 
Di Malaysia, sejak lahir seluruh rakyat negara ini telah terbuka kepada peluang pendidikan. Tidak ada satu pun rakyat Malaysia yang terkecuali untuk mendapatkan hak pendidikan malahan mereka yang ingkar dari mengikuti pendidikan peringkat rendah boleh dikenakan hukuman undang-undang. Pelaburan yang sangat besar telah dibuat oleh kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957 sehingga pendidikan peringkat pra-sekolah, peringkat rendah dan menengah menjadi percuma buat semua. Lanjutan pendidikan pada peringat pengajian tinggi pula menjadi sangat mudah dan terjangkau dengan adanya pelbagai perencanaan dan skim yang diperkenalkan oleh kerajaan demi menjadikan akses pendidikan di negara ini dapat dinikmati secara sama rata oleh semua pihak.
Di universiti, walaupun sistem meritokrasi tidak digunakan secara mutlak dalam penerimaan pelajar kerana penerimaan pelajar di universiti turut dipengaruhi faktor kuota mengikut peratusan kaum di Malaysia, pelajar yang cemerlang mengikut kuota kaum masing-masing sentiasa terbuka kepada penajaan atau pinjaman oleh kerajaan bagi membolehkan mereka yang cemerlang secara mudah mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. 
Berpandukan merit skor akademik, ko-kokurikulum, sosio-ekonomi hingga aspek social disadvantagement (pelajar luar bandar, sekolah pondok dsb), pelajar yang cemerlang terbuka kepada peluang bagi mendapat tajaan biasiswa penuh oleh kerajaan. Selain yuran pengajian yang ditanggung, biasiswa tersebut juga membiayai kos sara hidup seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan elaun buku rujukan sepanjang tempoh pengajian. Keistimewaan yang diberikan ini membolehkan siapa sahaja yang mempunyai keinginan tinggi untuk berusaha dan bekerja keras walaupun dari latar belakang keluarga miskin untuk mendapat peluang pendidikan yang sempurna kerana keseluruhan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Pada tahun 2011, sebanyak 4000 pelajar telahpun ditaja bagi menerima biasiswa dari kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang terdiri dari 54.6% penerima biasiswa bumiputera dan 45.4% penerima bukan bumiputera. 
Selain itu, bagi yang kurang bernasib baik dalam skor akademik, yang tidak mendapat keputusan terbaik dari yang terbaik untuk menerima biasiswa tetapi masih layak ke universiti, yang berhasrat melanjutkan pengajian tetapi mempunyai masalah kewangan; kerajaan turut menawarkan skim pinjaman kewangan untuk membantu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup mereka selama belajar. Ini berpandukan prinsip kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi hambatan untuk seseorang melanjutkan pengajian. Walaupun kurang cemerlang untuk mendapatkan tajaan penuh biasiswa, mereka yang serius dan ingin tetap melanjutkan pelajaran ke peringat tertinggi ini dengan mudah menerima pinjaman bantuan kewangan dari kerajaan yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
PTPTN diperkenalkan pada tahun 1997 atas tujuan mengurus bantuan pinjaman kewangan untuk pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pinjaman kewangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga selama anak-anak mereka melanjutkan pengajian tinggi yang kebiasaannya memakan belanja yang besar selama tempoh pengajian. Bukan sahaja yuran pengajian yang ditanggung, pinjaman kewangan PTPTN juga merangkumi pembelanjaan kos sara hidup.
Selain memproses dan meluluskan pinjaman, PTPTN juga bertanggungjawab memastikan setiap pinjaman akan dibayar semula apabila seseorang sudah tamat belajar. Ini supaya dana PTPTN akan sentiasa dapat digunapakai semula dan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar yang lain. Seorang pelajar yang sudah memanfatkan pinjaman kewangan PTPTN, selepas tamat kuliah dan bekerjaya, wajib menyelesaikan hutang pinjaman mereka secara berperingkat.
Walau bagaimanapun, sejak ia diperkenalkan terdapat sejumpah besar pelajar yang telah meminjam dan memanfaatkan pinjaman pendidikan PTPTN tetapi gagal membayar semula pinjaman mereka. Sebahagian besar dari pelajar-pelajar ini juga merupakan pelajar yang kurang berjaya dan gagal mendapat pekerjaan yang baik sehinggakan menjadi beban buat mereka untuk melunaskan pinjaman PTPTN masing-masing. Pada tahun 2011, pengurusan PTPTN mengumumkan mereka terpaksa mengkaji semula pemberian pinjaman kewangan ini kerana kegagalan ramai graduan untuk menyelesaikan pinjaman kewangan masing-masing telah membantutkan keberkesanan putaran wang yang membolehkan ia dinikmati semula oleh pelajar-pelajar baru.
Isu menghapuskan hutang pinjaman PTPTN adalah suatu isu popular tetapi tidak relevan. Ini kerana, secara kasar PTPTN diperkenalkan bagi membolehkan pelajar yang tidak layak mendapat biasiswa untuk terus menikmati bantuan kewangan sepanjang tempoh pengajian. Dana PTPTN adalah dana yang disuntik dari wang rakyat dan pinjaman terhadap wang rakyat sudah tentu pinjaman yang serius dan wajib dibayar semula. Apatah lagi jika pinjaman PTPTN yang sememangnya direka untuk diluluskan dengan mudah mula dipandang enteng oleh peminjam, dikhuartirkan ramai yang mengambil sikap tidak serius semasa pengajian, menggunakan dana tersebut sewenang-wenang dan akhirnya rakyat terpaksa menanggung kos pengajian pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab, malas, dan gagal. Hal ini sudah tentu tidak sepatutnya terjadi dan rakyat sudah tentu tidak mahu terus mensubsidi mereka yang tidak serius dan tidak bertanggungjawab apabila diberi peluang.
Mereka yang menyokong penyataan popular pembangkang untuk menghapuskan hutang PTPTN sebaiknya berfikiran sedikit lebih bijak iaitu bukan perjuangan elak tanggungjawab selesaikan hutang tetapi mengusulkan perubahan status pinjaman PTPTN menjadi biasiswa bagi penerima PTPTN yang terbukti cemerlang selama pengajian. Status pinjaman boleh ubah ini dapat mencegah pelajar mengambil sikap lewa apabila menerima keistimewaan pinjaman pendidikan, menguntungkan mereka yang berusaha keras demi berjaya, sekaligus memastikan rakyat hanya menanggung mereka yang benar-benar layak menerima tanggungan.
Walau bagaimanapun, isu menghapuskan hutang PTPTN terus dipolitikkan oleh pihak yang mengaku sebagai pembela rakyat. Ini juga disokong oleh beberapa kumpulan pelajar dan bekas pelajar yang mengugut untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran menuntut hutang mereka dilunaskan. Ini merupakan bukti strategi perjuangan pentingkan diri sendiri yang kerap dilakukan hanya demi menutup lubang kesalahan, dipanaskan untuk meraih sokongan, dan dipopularkan demi undi walaupun hakikatnya ia merugikan rakyat. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar