Kelab Mangsa PTPTN dalam satu sidang media pelancaran demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN. Atau muka-muka ni nak lari dari hutang?? |
Berikut merupakan 13 fakta ringkas bagi menjawab isu pemansuhan PTPTN dan isu pendidikan tertiari percuma yang sedang hangat ketika ini. SB akan berkongsi lebih banyak fakta dalam entri seterusnya, insya-Allah.
- Pendidikan rendah dan menengah adalah wajib dan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan yang memerintah.
- Pendidikan tinggi pula adalah bersifat optional di mana individu dan masyarakat boleh memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memasuki alam pekerjaan.
- Faktor tidak melanjutkan pengajian, seperti desakan hidup dan aspek merit.
- Di Malaysia, lebih 90% pembiayaan institusi pengajian tinggi awam bersumberkan dana awam (cukai).
- Keputusan untuk memilih pendidikan tinggi adalah satu perlaburan kepada individu dan masyarakat – George Psacharopoulos, Bank Dunia
- Kajian yang dijalankan di Eropah menunjukkan pulangan yang diperoleh individu adalah lebih tinggi berbanding masyarakat.
- Justeru, adalah wajar individu membiayai sebahagian perlaburan tersebut daripada ditanggung keseluruhannya oleh masyarakat (kerajaan).
- Kebanyakan negara maju di dunia telah mula mengenakan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam masing-masing, antaranya United Kingdom pada tahun 1998. Bagi meringankan beban pelajar, kerajaan Britain memperkenal students loan scheme.
- Langkah yang sama juga diikuti oleh beberapa negara Eropah lain seperti Austria, Perancis, Ireland, Sepanyol, Belgium, Belanda dan lain-lain.
- Kadar yuran yang dikenakan juga berbeza mengikut negara dari serendah 50 Euro sehinggalah 1,302 Euro.
- Terdapat negara-negara seperti Sweden, Denmark dan Norway, menawarkan pendidikan tinggi secara percuma.
- Walau bagaimanapun, negara-negara ini mempunyai struktur cukai pendapatan paling tinggi di dunia. Dalam erti kata lain, dana awam (cukai) digunakan sepenuhnya untuk membiayai pendidikan tinggi
- Selain itu, syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi adalah tinggi dan berasaskan meritokrasi.
SB suka artikel ini :
MAHASISWA MENYOKONG KEWUJUDAN PTPTN...
1 comment:
Muka2 tu muka tak tahu malu dan mereka yg pemalas sbb tu mereka tak mahu bayar balik hutang ptptn,habis sekolah mereka tak mahu keja utk kehidupan dan bayar balik ptptn.mereka lebih suka kehulu kehilir,merayau dijalanan terpekik terlolong hal2 yg melemah anak bangsa dan agama.sepatutnya dgn ilmu yg tlh ditimba tu dpt membangunan negara.ini tak suka sgt ikut perangai buruk si anuar,hishamudfin rais,dll yg menghancurkan negara.anak2 engkau org jadi perangai anuar yg suka meliwat baru tahu.
Post a Comment