Hishamuddin Rais, A. Samad Said dan Ambiga. Hisham ketawa besar, seronok mengajak rakyat berdemonstrasi kerana ia adalah modul terancang dalam NED dan KAF yang digerakkan melalui IKD pimpinannya. |
Sidang media pelancaran Bersih 3.0 semalam menyerlahkan agenda sebenar pembangkang dan hubungan intim mereka dengan kumpulan mahasiswa pro-jalanan.
Tanpa berselindung lagi, Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga, menyatakan betapa himpunan kali ini amat memerlukan sokongan daripada mahasiswa sama seperti demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.
SB tak terkejut, tapi kesal. Kenapa mahasiswa rela diperalatkan untuk agenda mabuk kuasa pembangkang? Adakah kita mahu negara tercinta ini mengalami fasa-fasa transisi sama seperti yang berlaku di Indonesia ketika kerajaan Suharto, BJ Habibie, Gus Dur dan Megawati dijatuhkan?
Regim Presiden Suharto sememangnya terkenal kerana kezalimannya terhadap rakyat Indonesia, tetapi itu tidak boleh dijadikan sample untuk kita bertindak kerana situasinya tidak sama. Di Malaysia, yang kemaruk kuasa ialah pembangkang walhal majoriti rakyat masih menyokong kerajaan hari ini.
Jika mahasiswa diperalatkan hingga ke jalanan, tak mustahil selepas ini negara kita akan menyaksikan budaya sebegini menjadi satu kebiasaan. Banyak implikasinya nanti. Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment