Flashmob lagi, selepas demo anti-PTPTN semalam GAGAL. |
Atas khidmat nasihat pakar occupy negara, Fahmi Reza, semalam, bertempat di atas sebuah pentas yang sedang diselenggarakan oleh pekerja DBKL di Dataran Merdeka, berlangsung satu mesyuarat ad-hoc melibatkan beberapa orang pemimpin dan penggerak SMM.
Sesuatu mesti dilakukan segera selepas usaha menggerakkan demo anti-PTPTN dilihat gagal menarik sasaran 5000 orang peserta. Malah SMM mendapat tamparan memedihkan apabila blog-blog pro-pembangkang seperti Suara Pakatan Rakyat menyalahkan Adam Adli di atas kegagalan tersebut.
Keputusan dicapai. Satu flashmob akan diadakan di Central Market jam 2.00 petang ini. Selagi sasaran asal tidak mengikut apa yang dirancang, maka mereka tidak akan berhenti. Terimalah rakyat Malaysia kerana ini yang mahasiswa kita mahukan. Kebebasan!
No comments:
Post a Comment