Kos pengajian tinggi hendaklah disediakan secara percuma kepada rakyat Malaysia, itulah premis perjuangan yang akan dibawa oleh kumpulan mahasiswa pro-pembangkang menjelang himpunan mansuhkan PTPTN 14 April ini.
Poster sudah disebarkan. Ceramah sana sini. Rakyat digasak dengan hasutan demi hasutan. Akhirnya, janji tinggal janji.
Bolehkah kerajaan menyediakan pendidikan tinggi atau tertiari percuma? SB percaya, boleh. Kerajaan mampu. Jika kerajaan kita mahu kejar populariti, memang lebih dari mampu untuk menyediakan apa yang dituntut itu.
Namun harus diingat, di Malaysia ini, bukan semua rakyat mampu ke universiti sekalipun ia diberikan percuma. Pembangunan ekonomi dan menaikkan taraf sosial the bottom billions jauh lebih penting daripada menghabiskan duit berbilion ringgit setiap tahun untuk pengajian tinggi percuma.
Adakah kita tahu, kos pengajian tinggi di IPTA dan Politeknik adalah sebahagian besarnya disubsidi oleh kerajaan? Misalnya, bagi pelajar program Perubatan, mereka hanya perlu bayar yuran pengajian sebanyak RM 9,000 sahaja sepanjang sepuluh semester pengajian atau RM900 untuk satu semester.
Berapa pula kos pengajian sebenar? Ia mencecah RM166,000.00 untuk seorang pelajar Perubatan. Kau mampu? Nak bayar 18.4% daripada keseluruhan kos pengajian dengan duit mak bapak pun belum tantu kau mampu. Kalau tak ada subsidi 81.6% lagi, alamatnya langsung tak mengajilah!
Itu baru satu contoh. Bagaimana dengan kursus-kursus lain? Berapa jumlah pelajar dan berapa kos subsidi yang diperuntukkan? Kita minta SMM tolong calculate angka-angka ini, boleh? Kalau SB boleh kaji figures and facts ini, tak kan team SMM tak boleh kot??
Pesan mak SB, bersyukurlah dengan apa yang kau dapat hari ini. 2/3 daripada apa yang kaum miliki itu, ia milik Allah dan milik orang lain. Maka tunaikanlah tanggungjawabmu.. Terima kasih mak, terima kasih PTPTN. Syukur Alhamdulillah..
Bilangan pelajar yang membuat pinjaman dan amaun yang dikeluarkan oleh PTPTN. |
Keperluan dana PTPTN dalam RMKe-9, 10 dan 11 (RM bilion) |
No comments:
Post a Comment