20 April 2012, seorang khatib di Masjid Muqtadim, Taman Equen, Seri Kembangan, Selangor telah menyelar kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang menganjurkan demonstrasi mengaibkan di Dataran Merdeka pada 14 April yang lalu.
Khatib itu juga mengutuk kumpulan mahasiswa tersebut yang masih berhimpun di Dataran hingga ke hari ini atas alasan ia bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam khutbahnya, khatib tersebut mempersoalkan tindakan mahasiswa-mahasiswi yang sering bercakap soal Islam ini tetapi tindakan mereka tidak mengikut tuntutan agama yang sebenar.
Malah, khatib tersebut juga melabelkan Khalid Ismath sebagai ‘syiah’ yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW. SB sebelum ini berulangkali membuktikan fahaman syiah yang dianuti oleh Khalid Ismath, pelajar tahun satu dari UiTM Shah Alam. |SINI| |SINI|
Bukti Khalid Ismath menganut fahaman Syiah yang sesat dalam video di bawah!!
Justeru sudah tiba masanya kita semua menolak terus perjuangan kumpulan mahasiswa ini atas beberapa sebab yang kukuh :
- Mereka bercakap soal Islam, tetapi tindakan mereka tidak mengikut ajaran agama yang sebenar.
- Mereka mencampur-adukkan soal akidah, akhlak dan pemikiran politik semata-mata untuk mencapai matlamat.
- Perjuangan mereka menghalalkan cara, membenarkan percampuran lelaki dan wanita dan menerima golongan sosialis yang diketahui tidak percaya dengan Tuhan.
Klik SINI.
Atas dasar tersebut juga, SB menyeru semua pembaca blog ini khususnya mahasiswa-mahasiswi yang rasional, ayuh kita berkumpul secara aman di Stadium Bola Sepak Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 21 April ini (esok) jam 3 petang bagi menyatakan sokongan kita terhadap kempen kesedaran bahaya fahaman liberalisme dan kebebasan yang melampau. |SINI| dan |SINI|
No comments:
Post a Comment