Percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan. |
Tindakan kumpulan parasit mahasiswa yang enggan beredar dari tapak perkhemahan mereka di Dataran Merdeka hanya mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap perjuangan mahasiswa di negara ini.
Jika sebelum ini kita dimomokkan kononnya mereka memperjuangkan pendidikan percuma secara total di negara ini, hari ini kita dapat lihat agenda sebenar mereka adalah untuk mempopularkan pembangkang di sebalik pelbagai isu yang sedang membelenggu parti-parti yang disokong itu.
Ia juga sebenarnya menyambung kembali perancangan Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 yang pernah dirancang di rumah Anwar Ibrahim ketika kes LIWAT 2.0 Ketua Pembangkang itu hendak diputuskan pada 9 Januari yang lalu.
Koordinator sebenar perkhemahan parasit mahasiswa di Dataran Merdeka. |
Dalam perancangan asal, Anwar Ibrahim telah menggerakkan momentum di peringkat mahasiswa dengan menggunakan kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang ketika itu dipimpin oleh Shukri Razab, mahasiswa dari KUIS.
Shukri Razab dahulunya pernah belajar di UMS tetapi pengajiannya bermasalah sehingga terpaksa disingkirkan oleh pihak universiti. Menurut maklumat daripada universiti lamanya, Shukri bermasalah antara lain kerana terlalu aktif berpolitik sehingga mengganggu pengajiannya sendiri.
Bersandarkan kepada potensi yang ada pada Shukri Razab, AIC atau Anwar Ibrahim Club telah memancing beliau supaya menyambung pengajian di KUIS yang dikawal penuh oleh kerajaan PKR Negeri Selangor. Di KUIS, Shukri Razab dilaporkan sekali gagal ketika di semester keduanya.
Di bawah peranan Shukri Razab, SMM telah dijenamakan semula sehingga berupaya menarik sokongan pimpinan GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM walaupun secara asasnya, prinsip fundamental SMM dan GAMIS berbeza iaitu antara idealis dan Islamis.
SMM telah diberikan peranan yang besar untuk menggerakan Revolusi Bunga Raya, mengambil semangat daripada kebangkitan mahasiswa di Timur Tengah, untuk melaksanakan revolusi di Malaysia sekaligus menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat hari ini.
Namun, tidak ramai yang tahu, Revolusi Bunga Raya sebenarnya ialah pelan untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang diyakini akan dijatuhkan hukuman bersalah dalam pertuduhan liwatnya. Anwar Ibrahim menggunakan mahasiswa atas nama revolusi untuk rakyat bagi membebaskannya jika ditakdirkan bersalah.
Namun perancangan tersebut telah digagalkan oleh Allah SWT. Anwar dibebaskan daripada pertuduhan atas kesilapan teknikal walaupun hakim tidak menolak berlakunya aktiviti seks songsang tersebut. Tak bersalah tak semestinya tak buat, kan?
Anwar melihat revolusi yang dirancang bersama SMM dan SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia pimpinan Chegu Bard, AJK AMK Pusat) sebagai peluang untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya secara ekspres sama seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia, dan Libya.
Tetapi Anwar terlupa, permasalahan antara Malaysia dan negara-negara tersebut tidak sama. Rakyat negara ini majoritinya masih percaya akan sistem yang diamalkan sejak 50 tahun dahulu lagi. Jika ada masalah, masih ada jalan penyelesaian yang lebih baik berbanding melakukan revolusi yang belum tentu mendatangkan implikasi positif kepada rakyat dan negara.
Pun begitu, Anwar Ibrahim masih percaya bahawa kuasa demonstrasi jalanan boleh mempercepatkan hasratnya menjadi Perdana Menteri, dendam lama yang belum terlunas. Dalam usaha ini, Anwar melihat mahasiswa yang sedia anti kepada kerajaan sebagai alat paling berkesan untuk menghidupkan roh demonstrasi jalanannya.
Timb. Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar di Dataran Merdeka menyokong mahasiswa yang melanggar undang-undang negara. |
Mahasiswa pro-pembangkang inilah yang menjadi puppet kepada Anwar dan pembangkang untuk meneruskan momentum ‘kuasa rakyat’ yang diomong-omongkan selama ini menjelang PRU-13. Ketika pelancaran BERSIH 3.0 baru-baru ini, Pengerusi Bersamanya, S. Ambiga dan A. Samad Said secara terbuka menyatakan isi hati mereka, bahawa BERSIH amat mengharapkan sokongan daripada mahasiswa dalam demonstrasi kali ini.
Siapa pula dalang di sebalik BERSIH ini? Anwar Ibrahim? Tepuk dada tanya iman anda.
Jika kita imbas kembali, demo anti-PTPTN yang kononnya bebas daripada pengaruh pembangkang, sebenarnya turut berada dalam list demonstrasi yang diatur oleh jawatankuasa penganjur BERSIH 3.0 bersama demonstrasi anti LYNAS, ISA dan sebagainya lagi.
Hal ini membuktikan betapa kukuhnya hubungan Pro-M dengan DAP, PKR dan PAS di sebalik cakap-cakap kononnya mereka tidak bersekongkol dengan parti-parti pembangkang ini.
Demonstrasi di KPT pada 23 Mac 2012, misalnya turut disertai oleh pemimpin AMK, begitu juga demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 yang lalu. Kesemua demonstrasi melibatkan pemimpin-pemimpin SMM, GAMIS dan PMIUM pasti akan disertai juga oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dari PKR.
Jadi sampai bila PRO-M mahu berbohong kepada kita semua?
Jika kita fahami modus operandi demonstrasi anti-PTPTN tempoh hari yang membawa kepada perkhemahan kumpulan parasit mahasiswa ini, kita pasti akan bertanya, apakah sebenarnya yang mereka mahukan?
Bukankah tuntutan sudah disuarakan dan pihak kerajaan juga tidak menghalang mereka melakukan demonstrasi jalanan walaupun menyusahkan rakyat? Mustahil Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi tidak ambil maklum terhadap apa yang sedang berlaku.
Semua persoalan ini hanya membawa kita kepada satu kesimpulan yang sama.Tujuan sebenar parasit-parasit mahasiswa ini adalah untuk menjayakan misi dan visi Anwar Ibrahim serta parti-parti pembangkang dalam usaha mereka mengambil alih Putrajaya.
Apa yang kita kesalkan ialah, sebagai mahasiswa, kenapa golongan yang sedang menuntut di peringkat pengajian tinggi ini diganggu? Cukuplah Fahmi Reza, Shukri Razab, Shazni Munir dan Adam Adli yang terjejas pengajian mereka. Jangan heret mahasiswa lain ke dalam permainan politik sempit anda lagi.
Jika benar perkhemahan kumpulan parasit mahasiswa ini bertujuan menjayakan acara kemuncak dalam siri demonstrasi pembangkang iaitu BERSIH 3.O, maka wajarlah kumpulan SMM, Pro-M, GAMIS dan PMI ini kita tolak jauh-jauh. Mereka bukan pro-mahasiswa, tetapi PRO—PEMBANGKANG!!
No comments:
Post a Comment