Menurut Sinar Harian, salah seorang penyerang sudah ditahan. Semoga kes ini segera diselesaikan. |
Sekitar jam 2.00 pagi, 19 April 2012, sekumpulan pemuda bermotosikal didakwa telah menyerang kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April 2012 yang lalu.
Dalam insiden serangan itu, sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera kerana cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus antara kedua-dua pihak.
Sementara itu, portal rasmi Sinar Harian lewat petang tadi melaporkan berita penahanan salah seorang penyerang dalam insiden tersebut iaitu seorang pemuda berusia lingkungan 20-an.
Beliau dan rakan-rakan dikatakan berang dengan sikap tidak menghormati undang-undang dan Yang DiPertuan Agong yang ditunjukkan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan terutamanya Fahmi Reza dan Safwan Anang.
Mereka dikatakan masih enggan berpindah meskipun diarahkan oleh pihak DBKL bagi menghormati salah satu acara kesenian di Dataran Merdeka yang membabitkan kehadiran Tuanku sekaligus membangkit kemarahan kumpulan pemuda tersebut.
Ia juga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Khalid Ismath Syiah dalam satu temubual dengan Malaysiakini dua hari yang lalu. Beliau menyifatkan perjuangan anaknya lebih berfaedah berbanding pemuda-pemuda lain yang gemar membuang masa.
Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan pemuda berkenaan mencabar mahasiswa yang berkhemah supaya membuktikan pihak mana yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang sehingga tercetus pergeseran antara mereka. Beberapa khemah juga telah dirobohkan oleh kumpulan pemuda berbaju hitam seramai 30 orang tersebut.
Insiden ini seharusnya menjadi isyarat jelas kepada semua pihak terutamanya pembangkang. Tidak semua perlakuan anda mewakili aspirasi rakyat, malah lebih banyak menimbulkan kebencian ramai. Tidak mustahil lebih banyak ketegangan akan tercetus selepas ini sekiranya semua pihak cuba menegakkan hak masing-masing meskipun bersifat individu atau minoriti.
SB amat berharap semoga DBKL dapat bertindak segera, dengan tegas dan berdisiplin, sebelum insiden lebih buruk berlaku selepas ini.
Tanyakan sejenak :
Jika benar pemuda UMNO, kenapa mereka bertindak secara terbuka? Bukankah cara itu amat buruk dan boleh merosakkan nama baik UMNO di mata rakyat?
No comments:
Post a Comment