WANTED |
Ingat lagi mamat perlembagaan di atas? 16 April 2012, mamat perlembagaan ini beriya-iya berhujah dengan staf DBKL menggunakan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak berhimpun demi mempertahankan mahasiswa gelandangan di Dataran Merdeka.
Staf DBKL tu orang perundangan ke bro? Awak berhujah dengan orang yang bukan dalam bidangnya memang awak menanglah. Tapi awak sendiri tak detailkan hujah awak.
Ini yang sepatutnya dibacakan; Perkara 10
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3), dan (4) --
(a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) Semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan --
(a) ke atas hak yang diberikan oleh Perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, kententeraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh Perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam.
(c) ke atas hak yang diberikan oleh Perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh Perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153, atau 181 melainkan yang berhubungan dengan perlaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Ada tak dia sebut yang Fasal 1 dalam Perkara 10 perlu dibaca bersama dengan Fasal 2, 3 dan 4?
4 comments:
DIA NI BODOH SEBAB TU JADI PENCACAI..HAHAHAHAHAHA
DIA TERLUPA PULAK PASAL KEDAULATAN UNDANG-UNDANG..DIA DOK NYALAK PERLEMBAGAAN SAHAJA...DASAR HARAMJADAH DIA NI..DOK BACA RUKUN NEGARA SATU BARIS TU...PEGAWAI DBKL TU PUN PATUTNYA KENA TAHU JUGA LAH HAK DIA MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG.KALAU AKU PEGAWAI DBKL KAT SITU AKU BOH DAH MAMAT GEMOK BONGOK NI.
sape mamat nie ek. dah dua video nampak dia syok sangat hina orang yang konon nya berpangkat rendah nie. ade sesape tahu tak dia nie sape. nak berkenalan dengan lebih dekat gak. mane tahu leh ajak kawan kawan camping depan gate rumah dia. kalau dia tanya. jawab aje la. HAK dalam PERLEMBAGAAN.
yg dok komen kt atas ni pun boleh tahan kebangangan gk...manusia2..perbaiki diri dulu seblom sibuk nak baiki org lain...
Pakat2 g camping depan rumah dia...bawa satu bas pun dah cukup...lagi bagus kalau masa dia buat kenduri...baru dia tau erti HAK dalam PERLEMBAGAAN...
Post a Comment