11 April 2012, berlangsung dua ceramah di dua lokasi berbeza iaitu Kampong Ampang Indah dan di Shah Alam, Selangor. Kedua-dua ceramah menyentuh pelbagai isu termasuk isu PTPTN dan mahasiswa.
Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ust Hasan Basri menyentuh tentang janji-janji pembangkang yang belum ditunaikan. |
Di Kampong Ampang Indah, menampilkan tokoh besar bekas pimpinan pembangkang iaitu YB Zulkifli Nordin dan Ustaz Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) manakala di Shah Alam, membariskan pemimpin-pemimpin mahasiswa pro-pembangkang seperti Adam Adli, Shukri Razab dan Syahid Zaini bersama-sama Anwar Ibrahim dan Nizar Jamaluddin.
Apa yang menarik perhatian SB ialah sindiran YB Zulkifli Nordin terhadap Adam Adli dan rakan-rakannya yang begitu taksub akan Anwar Ibrahim hingga sanggup mengorbankan pengajian dan masa depan sendiri semata-mata mahu memastikan Ketua Pembangkang tersebut menawan Putrajaya.
"Tahun 1998, Adam Adli masih pakai pampers!" kata YB Zulkifli Nordin. |
YB Zul menganggap Adam Adli sebagai terlalu mentah dan tidak mengenali peribadi Anwar Ibrahim sebenar-benarnya. Jika sahabat-sahabat karib Anwar seperti YB Senator Nallakarupan, Dr. Halili Rahmat, Ezam Mohd Nor, YB DS Zahrin, Dr. Chandra Muzaffar dan ramai lagi tinggalkan Anwar Ibrahim, bagaimana mahasiswa yang baru kenal politik seperti Adam Adli dan rakan-rakannya boleh terpengaruh dengan pemimpin tersebut?
Malah, menurut YB Zul, beliau sendiri yang pernah masuk hingga ke dapur rumah Anwar Ibrahim dan boleh berbual dengan Wan Azizah di dapur juga telah bertindak meninggalkan Anwar walaupun mempunyai hubungan yang cukup erat selama lebih 12 tahun dengan keluarganya.
Bagi YB Zul, antara sebab mereka tinggalkan Anwar ialah masalah moral dan fahaman liberalisme yang dipegangnya yang jelas sekali bertentangan dengan prinsip akidah seperti isu liwat dan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama lain.
Malang sekali, mahasiswa pro-pembangkang hari ini yang kononnya berjuang untuk mahasiswa begitu taksub dan terpengaruh dengan idealisme ‘membaiki negara’ yang sedang diusung oleh Anwar Ibrahim ke hulu ke hilir.
Kata menolak campur tangan parti politik, tapi SMM berkongsi pentas ceramah yang sama dengan pemimpin pembangkang. |
Apa yang pasti, ketika di Shah Alam semalam, aura Anwar Ibrahim jelas sudah susut dan pudar. Tiada lagi persona yang keluar dari susuk lelaki ini melainkan isi pidatonya yang semakin keras dan sarat dengan maki hamun terhadap lawan.
Anwar cuba mengelirukan hadirin yang dianggarkan sekitar 400 orang dengan fakta-fakta umum tentang subsidi dan keuntungan Petronas tanpa membentangkan hujahnya secara konkrit. Kenapa begitu? Tujuannya supaya orang ramai mudah terpedaya tanpa perlu berfikir terlalu dalam.
Misalnya, Anwar menyatakan hutang PTPTN yang ditanggung oleh pelajar sekarang boleh dimansuhkan sekiranya kerajaan hari ini bersedia menampung kosnya yang cuma melibatkan tempoh 15 tahun atau RM2 bilion setahun, tetapi tidak menyatakan bagaimana ia boleh dikekalkan selama mungkin kerana kadar kemasukan pelajar ke IPTA sentiasa bertambah saban tahun.
Adam Adli semakin seronok berkempen di pentas ceramah bersama pembangkang. |
Anwar juga gagal mencerahkan hadirin tentang nasib pelajar IPTS, atau menyatakan apakah syarat yang akan digunapakai kelak. Adakah semua pelajar layak menerima pendidikan percuma tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi keluarga masing-masing?
Persoalan sebegini tidak disentuh oleh Anwar kerana ia dibimbangi akan mengubah keyakinan orang ramai yang sudah terpengaruh dengan idea pendidikan tinggi percumanya. SB sudah perjelaskan beberapa perkara teknikal dan implikasi sekiranya dasar ini dilaksanakan dalam beberapa entri terdahulu.|SINI| |SINI| |SINI| |SINI|
Kerajaan sememangnya mampu menyediakan pendidikan tinggi percuma tetapi banyak implikasi akan timbul. Ia bukan hanya tentang soal hutang graduan. Ia melibatkan kesan yang menyeluruh termasuk kompetensi mahasiswa dan universiti sendiri malah mempengaruhi hala-tuju institusi pendidikan tinggi negara |SINI|.
Kepada Adam Adli dan rakan-rakan, jadilah bijaksana, bukan setakat bijak mengkritik dan membangkang. Rujuklah sumber yang pelbagai, bukan Aziz Bari semata-mata. Bertemulah dengan bekas-bekas sahabat baik Anwar Ibrahim, bukan taksub kepada beliau mengkhinzir-buta.
3 comments:
Kesian kat Adam adli dan kawan yg diperkudakan oleh anuar utk sevaival politik PR menjelang Pru 13. Harap emakbapak,saudaramara dan kawan2 dia dpt menasihatkan dia supaya tidak bersubahat dgn puak2 yg cuba menghancurkan ketuanan melayu dan kedaulatan agama islam dinegara msia tercinta.sekarang ni si adam tu perasanlah konon nya dia hebatlah tu.itu bukan hebat tapi dungu.
Jgnlah percaya cakap anuar siputar alam tu,klu dia dpt jadi PM hancur negara kita nanti.tengok cara dia berfikir jgn harap boleh membangunkan ekonomi negara.saya percaya dgn stail otak dia tu ekonomi negara bertambah lingkup adalah,rasanya bukan setakat lungkup org luar yg kuasai ekonomi msia.jgn haraplah nak dpt ptptn free.budak bodoh yg tak lulus periksa sbb malas berfikir je yg percaya cakap anuar tu.budak2 otak bijak hanya senyum2 sinis je.
Saya harap semua pelajar2 yg pro anuar tu pegi jumpa anuar minta anuar sponser mereka belajar,tak payah pinjam ptptn.anuar tu bnk duit,dia ada rm ber bilion.setakat sponser makan utk buat demo kepentingan politik dia nak buat apa.dah fot jadi pm nanti jgn haraplah dia tunaikan janji,ingat dap nak bagi budak melayu belajar free ,sorilah makin di tekan kita nanti adalah.baik jgn kita diperdaya.sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.
Post a Comment