Pages

Friday 29 March 2013

KETAKUTAN KIT SIANG TERHADAP FILEM TANDA PUTERA SEMAKIN MENJADI-JADI!!!

1. Malaysiakini edisi 29 Mac 2013 menyiarkan laporan berhubung kritikan Lim Guan Eng ke atas Tan Sri Koh Tsu Kun yang didakwa menyokong tayangan tertutup filem kontroversi Tanda Putera.


Apa lu takut sangat bai??

2. Sebenarnya, Lim Guan Eng amat takut akan filem patriotik ini. Dakwaannya bahawa filem ini sebagai naskah perkauman yang mahu mencetuskan kebencian menggunakan fakta palsu dan kejadian yang direka cipta hanyalah satu bentuk fitnah melulu oleh beliau mewakili ayahnya sendiri, Lim Kit Siang terhadap karya sutradara tersohor tanah air, Shuhaimi Baba ini.

3. SB pernah menonton filem ini dan membuat ulasan berdasarkan perspektif SB sendiri. Rujuk artikel berjudul Tanda Putera - Sebuah Review Bebas di SINI.

4. Apahal Cina ultra-kiasu ni takut sangat? Seperti mana yang SB ulas sebelum ini, filem ini langsung tidak menyentuh aspek perkauman sebaliknya menceritakan kembali perih jerih dan pahit getir pemimpin-pemimpin terdahulu membina tanah air kita. Babak yang ditakuti oleh Kit Siang dan Guan Eng pada SB, tak sampai 5% daripada keseluruhan filem ini. Itupun dicorakkan dengan berhati-hati oleh Shuhaimi Baba.

5. Bagi SB mudah saja, ketakutan Kit Siang dan Guan Eng itu adalah manifestasi kebenaran fakta yang disampaikan berkenaan tragedi 13 Mei 1969, bukannya seperti yang didakwa oleh mereka sebagai rekayasa pengarah. Dan SB percaya Guan Eng dan ayahnya sendiri belum pernah menonton filem ini.

6. Jadi bagaimana nak ajar dua beranak Cina ultra-kiasu ini? SB fikir mudah saja. Pertama, segerakan tayangan perdananya. Kedua, hantar salinan filem ini terus ke ibu pejabat DAP dan biarkan mereka tonton sendiri!!



ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

MAHASISWA USIM DESAK AHMAD SYIHAN MOHON MAAF KEPADA NC DAN TNC!!


1. Dalam pendedahan sebelum ini, SB telah menceritakan serba ringkas berkenaan pelajar USIM bernama Ahmad Syihan Ismail yang telah mendesak Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor USIM meletakkan jawatan secara biadap dan kurang ajar. Klik SINI. Juga klik SINI untuk pendedahan yang dibuat oleh The Most Wanted.



2. Ahmad Syihan ialah pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (No. Matrix 1090897) yang kini sedang dalam tempoh penangguhan pengajian di USIM kerana menyambung pelajaran dalam kursus lain di Riyadh. Berdasarkan maklumat yang diterima, pelajar ini ialah penerima biasiswa JPA. Justeru bagaimana beliau boleh menangguhkan pengajiannya di USIM dan melanjutkan pelajaran dalam bidang baru di universiti luar negara?

3. Adakah perkara ini dibenarkan oleh JPA?

4. Berhubung kenyataan biadap yang dikeluarkannya itu pula, SB dimaklumkan majoriti mahasiswa di USIM sendiri tidak menyokong beliau. Mereka berpendapat ia hanyalah kenyataan peribadi yang dibuat oleh Ahmad Syihan dengan menjual nama baik seluruh mahasiswa USIM bahawa kononnya mereka malu dengan kejadian yang telah berlaku.

5. SB juga dimaklumkan sebentar tadi oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar USIM bahawa pihak universiti akan menyiasat dakwaan beliau menangguhkan pengajian kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang tidak berkaitan di universiti luar negara. Siasatan terperinci akan dijalankan dalam masa terdekat.

6. Siasatan juga akan dijalankan berdasarkan bukti bahawa pelajar ini pernah terlibat dalam beberapa demonstrasi haram pada tahun lepas.



7. SB berharap pihak universiti khususnya HEP dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mahasiswa sebegini. Meskipun AUKU sudah dipinda dan mahasiswa dibenarkan berpolitik di luar kampus, namun ia haruslah dipraktikkan dengan berhemah. Membuat kenyataan yang biadap dan kurang ajar seperti yang dilakukan oleh Ahmad Syihan ini ternyata tidak berhemah. 

8. Kalau dah tak minat nak belajar di USIM, tolong berhenti dan serahkan kembali biasiswa yang diterima kerana di luar sana masih ramai yang lebih memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan.


ALLAH MERAHMATI MALAYSIA


KISAH PERSEPSI, KEPALA OTAK DAN MAHASISWA


"Semakin hari cinta sy kt datin rosmah semakin meningkat...saya juga mula menabung utk membeli cincin rm24juta..inspirasi dari wanita pertama malaysia..tiap2 hri saya juga akan cuba amalkan pembacaan utusan malaysia keran semua berita yg dipaparkan telus dan jujur walaupun dah kalah saman fitnah berkali2...begitu juga buletin utama yg hanya menyiarkan kedah,penang,selangor dan kelantan..."

1. Inilah contoh kejayaan permainan persepsi yang digerakkan oleh pihak pembangkang di Malaysia. Dengan hanya mereka-reka sesuatu cerita, pasti akhirnya akan ada yang percaya dan melekat dalam kepala otak sebagai persepsi, kekal.

2. Kepala otak. Itulah tempatnya persepsi-persepsi jahat pembangkang bersarang. Mungkin juga kita sendiri pernah percaya dengan persepsi yang ditanam tersebut. 

3. Kepala otak. Tak kira orang, hatta mahasiswa seperti perempuan dalam imej di atas juga boleh jadi mangsanya. Persepsi tersebut akhirnya melekat dalam kepala otak perempuan mahasiswa dari USM ini. Jahat? Tidak. Dia ini perempuan mahasiswa yang tidak tahu apa-apa. Dia hanya tahu menerbitkan kembali apa yang telah melekat dalam kepala otaknya sebagai persepsi.

4. Tahniah kepada perempuan mahasiswa ini kerana membenarkan kepala otak anda ditanam dengan persepsi jahat lagi keji pembangkang.



ALLAH MERAHMATI MALAYSIA

AHMAD SYIHAN ISMAIL MAHASISWA USIM BIADAP!

1. Universiti sepatutnya melahirkan golongan yang terpuji akhlaknya. Tetapi sejak pembangkang di negara ini bermaharajalela pasca PRU-12, golongan mahasiswa pro-pembangkang di universiti juga nampaknya semakin bermaharajalela. 

2. Nama-nama seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath dan Shukri Rembau ialah antara mereka yang dikenali bukan kerana akhlak yang terpuji tetapi lebih kerana sikap biadap dan melampau dalam tindakan dan kata-kata. Namun, bagi pihak pembangkang, mereka ini ialah wira. Kebiadapan melawan pihak universiti yang sering didakwa sebagai anjing UMNO dianggap sebagai sikap yang terpuji yang ditunjukkan oleh golongan mahasiswa ini bagi pihak pembangkang. 

3. Kini, muncul seorang lagi mahasiswa yang cuba dijulang sebagai wira kerana kebiadapannya. Dari segi ukuran kebiadapan, jelas sekali sikap biadap mahasiswa bernama Ahmad Syihan Ismail ini sudah sampai ke tahap yang melampau kerana langsung tidak ada rasa hormat kepada Naib Canselornya sendiri. 

4. Ahmad Syihan Ismail, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini telah mendesak dengan biadap supaya Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor USIM meletakkan jawatan hanya kerana tidak berpuas hati dengan isu pencerahan insiden Lahad Datu yang disampaikan oleh pihak polis di universiti tersebut baru-baru ini. Lihat kenyataan berbaur hasutan beliau itu seperti di bawah. 


5. Kenyataan di bawah ini pula dibuat sejurus selepas sesi pencerahan tersebut berlangsung.


6. Anehnya, apa hak mahasiswa ini mempertikaikan sesi pencerahan tersebut yang disampaikan berdasarkan fakta-fakta dan bukti yang kukuh? Adakah kerana ia menyerang pihak pembangkang di negara ini maka segala fakta dan bukti yang disampaikan itu dilihat bermotifkan politik semata-mata?

7. Lebih mengejutkan, berdasarkan maklumat yang diterima, mahasiswa ini sedang menangguhkan pengajiannya di USIM selama setahun kerana melanjutkan pengajian dalam kursus lain di Riyadh, Arab Saudi. SB tidak pasti sama ada perkara ini dibenarkan ataupun tidak. Sekiranya ia menyalahi peraturan, SB harap ada pihak yang akan bertindak ke atas mahasiswa keldai Pakatan Rakyat ini.

8. Blogger The Most Wanted yang beroperasi di Negeri Sembilan juga turut membuat pendedahan berkenaan mahasiswa ini. Malah, lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini kerana kami berasakan USIM ketika ini sedang diserang secara halus oleh keparat-keparat Pakatan Rakyat dengan tujuan menjadikan universiti tersebut sebagai kubu kedua mereka untuk menjalankan kerja-kerja pengkaderan mahasiswa selepas Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Kuala Lumpur.

9. Mesej kami mudah dan jelas. Kampus universiti bukan tempat merekrut jentera pembangkang. Di mana-mana pun, jika ada unsur-unsur tersebut, krew kami akan serang dan dedahkan secara terbuka. 



ALLAH MERAHMATI MALAYSIA


Thursday 28 March 2013

PROGRAM BARISAN NASIONAL PULAU PINANG DICEROBOH??

1. 24 Mac 2013, Barisan Nasional Pulau Pinang telah menganjurkan program Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bertempat di Speaker Corner Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

2. Media melaporkan sekitar 10 ribu orang menghadiri program tersebut.

3. Namun, dalam ramai-ramai yang datang tu, rupa-rupanya terselit juga sekumpulan keldai Anwar Ibrahim dari sebuah pertubuhan mahasiswa tidak berdaftar di USM iaitu Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) atau lebih dikenali sebagai Geng Cap Ayam.

4. SB telah menerima beberapa keping gambar dari seorang rakan yang turut hadir dalam himpunan tersebut. Beliau mengirimkan gambar-gambar kumpulan mahasiswa ini yang dikatakan berkeliaran dalam program yang dianjurkan khusus untuk menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang. Paling kelakar, mereka ini turut berada di atas pentas utama. Entah apalah yang dibuatnya.

5. Berikut antara aksi mahasiswa Cap Ayam yang dikirimkan kepada SB. 




6. Nampak apa yang dipakai di pergelangan tangan dan kepala mereka seperti yang ditandakan dengan bulatan merah dalam gambar-gambar di atas? Ia ialah kain pengikat kepala yang tertera slogan SAYA SOKONG BARISAN NASIONAL. 

7. Entah apa mimpi tiba-tiba budak-budak ini sokong Barisan Nasional? SB telah membuat tinjauan singkat ke atas beberapa akaun Facebook (berdasarkan maklumat yang dikirimkan) milik budak-budak ini dan hasilnya, memang didapati mereka ini bukanlah penyokong Barisan Nasional. Salah seorang daripada budak yang terpampang di dalam gambar ini ialah bekas MPP USM dari Pro-Mahasiswa yang pernah aktif bersama Persatuan Mahasiswa Islam USM. Kalau nak tahu, PMI ini ialah cawangan PAS di dalam kampus-kampus di seluruh negara.

8. Mungkin pelajar-pelajar ini sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Mungkin mereka sudah terima hidayah untuk melihat kebenaran. Justeru mereka digerakkan hati untuk melangkah ke Padang Kota dan bersama-sama warga Pulau Pinang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional. Siapa tahu, kan? 

HEBAT!!! LAGI STADIUM BAHARU DIBINA UNTUK RED WARRIORS!!!

1. Seronok baca Harakah edisi 28 Mac 2013. Kalau SB ni orang Kelantan, memang seronok tak terkatalah agaknya. Mana tidaknya, Kerajaan Negeri umumkan akan bina stadium baharu yang serba lengkap di tapak Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan kos bernilai RM320 juta!


2. Dua tahun lepas iaitu pada 11 Mei 2011, Kerajaan Negeri dah umumkan projek ini. Kiranya ini pengumuman kali kedualah. Walaupun bayang-bayang pun tak nampak lagi, tapi sebagai orang Islam, kita percaya cakap ulamak. Dulu Tok Guru janji nak bina dua buah stadium dengan salah satu daripadanya khusus kepada wanita sahaja. 

Sudah dua kali Mac bertemu, bayang-bayang stadium pun tak nampak!

3. Kerja-kerja pembinaan bagi projek yang pertama itu dikatakan akan bermula pada Mac 2012. Selepas setahun, masih tak ada apa-apa. Tapi kita sebagai orang Islam, jangan pertikaikan cakap ulamak. Mungkin ada masalah hingga projek ini masih tidak berjalan. Kita kena bersangka baik sesama saudara, lebih-lebih lagi terhadap ulamak.

4. Tapi kali ini, SB fikir dah merapu banyak sangat Kerajaan Negeri Kelantan ni. Projek yang diumumkan pada 11 Mei 2011 pun belum siap, tup-tup Kerajaan Negeri umumkan projek baharu di tapak yang sama. Apa sudah jadi dengan projek pertama dahulu?

5. Adakah kelulusan tender sudah dikeluarkan bagi projek pertama? Siapa yang dapat anugerah tender tu? Kenapa mesti ada dua projek di satu tapak yang sama sekali gus?? Malah lebih memeranjatkan, kedua-dua projek mempunyai reka bentuk yang berlainan sama sekali!!

6. Dari segi politik, kita boleh nampak bahawa Kerajaan Negeri tak senang duduk dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan membina sebuah stadium baharu sekiranya diberikan mandat memerintah Kelantan.

7. Walaupun Perdana Menteri bukan ulamak, tapi Tok Guru tahu Najib bukan tabur janji munafik. Najib tak tabur janji dicapati tapi Najib tawarkan janji yang boleh ditepati. Sebab tu Tok Guru gelabah sangat sampai terpaksa buat pengumuman kali kedua. 

8. Yang jadi persoalan, kenapa sekarang baru diumumkan projek tersebut? Dan kenapa mesti ada pengumuman kedua selepas pengumuman pada 11 Mei 2011? Ini janji ditepati, dicapati atau janji munafik?


SB : Ulamak mungkin tak buat dosa, tapi dia tak terlepas dari dosa syubahat!

AWAS!!! SYIAH MEREBAK KE USIM??

1. Blogger dari Krew Most Wanted, Nogori Most Wanted dan Brader Mansuh, semalam membuat pendedahan berkenaan gelagat penyokong Syiah yang kini sudah merebak ke Universiti Sains Islam Malaysia, USIM di Nilai.

2. Sebaik membaca pendedahan tersebut, SB lantas geleng kepala.

3. Gerakan Syiah semakin melampau nampaknya. Komuniti ini semakin hari semakin berani tampil terbuka. Jika sebelum ini gerakan mereka sukar menembusi masyarakat, hari ini mereka sudah mula bergerak melalui kampus-kampus, meracuni pemikiran golongan mahasiswa yang kemudiannya menubuhkan pelbagai gerakan aktivisme seperti KAMI yang dipimpin oleh Khalid Ismath.

Siapa Haziq Fikri?

4. Perancangan Syiah di Malaysia sebenarnya amat rapi. Mereka bergerak menggunakan platform mahasiswa bagi membina pengaruh awal. Mereka menanamkan ideologi kebebasan hak asasi manusia bagi memastikan golongan Syiah ini diterima oleh khalayak. Dalam jangka panjang, pada akhirnya kelompok ini berupaya menubuhkan gerakan politik sendiri dan terlibat dalam kancah politik negara secara terbuka.

5. SB percaya di luar sana sudah tersedia pasukan khas Syiah Malaysia yang akan memainkan peranan aktif menjayakan perancangan ini.

6. Jika kita tidak berhati-hati, tidak mustahil satu hari nanti kita akan melihat Syiah memimpin negara ini. Sanggupkah anda?

PENDEDAHAN LEBIH PANAS??

WAJIB ALERT!! KEKECOHAN PASTI AKAN BERLAKU!!




Seorang teman di kawasan Parlimen di Bukit Katil, menghantar satu gambar yang diambil kamera murah mengenai perkara yang akan dilakukan oleh jentera PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau membaca secara keseluruhan dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU yang akan datang adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.

Kekecohan yang dirancang akan bermula sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama tersebut.


Kawasan nukleus panas PRU13:-

  1. Gombak
  2. Lembah Pantai
  3. Permatang Pauh
  4. Setiawangsa
  5. Wangsa Maju
  6. Bagan Serai
  7. Bukit Katil
  8. Muar
  9. Pandan
  10. Sabak Bernam


Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.

Pendekatan media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda. Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.

Online media build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi ‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai.

Kalau begini persediaanya, kena hati-hati.

http://gelagatanwar.wordpress.com/ 

GEMPAR!!! ISRAEL TETAP MAHUKAN ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA!!



1. Ulang tayang. 20 Mac 2008, portal Zionis, The Jerusalem Post mengeluarkan entri khas yang mencanangkan Anwar Ibrahim sebagai The Future Prime Minister of Malaysia. Bukti? Klik SINI.

2. Jarang sangat sebenarnya akhbar-akhbar berpengaruh antarabangsa seperti The Jerusalem Post ini nak beri kredit mudah kepada mana-mana pemimpin dari sebuah negara Islam terutamanya Malaysia. 

3. Zionis tidak akan lupa bagaimana bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad sering membela negara-negara Islam dan lantang mengkritik Israel. Paling pasti, mereka sangat terkesan dengan kenyataan anti-Sematik Tun Mahathir ketika beliau masih dalam kerajaan dahulu hingga menggegarkan pentas PBB di New York.

4. Tetapi nampaknya keadaan tersebut berbeza apabila mereka berbicara tentang Anugerah Tuhan yang seorang ini. Tak cukup muka surat mereka lambung. Kembang habis si Anwar Ibrahim.

5. Tetapi mereka kena ingat, yang akan mengundi ialah RAKYAT MALAYSIA, bukan rakyat haram Israel!! Justeru kita sebagai RAKYAT MALAYSIA, perlu menghantar signal yang jelas kepada Israel dan dunia amnya bahawa ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA, baik pada dekad ini mahupun dekad-dekad akan datang. 

Wednesday 27 March 2013

KOMPLOT KHAWARIJ PAS CUBA ULANGI PERISTIWA PEMBUNUHAN ALI??

1. Selepas membaca pendedahan yang dibuat oleh CN Al-Afghani berhubungan komplot menculik dan membunuh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad seperti yang disiarkan dalam media kelmarin, SB terus buat kesimpulan. Pakatan Rakyat sejak dahulu hingga ke hari ini sangat kemaruk untuk berkuasa.


2. Walaupun dulu belum ada Pakatan Rakyat, namun parti-parti pembangkang ketika itu terutamanya PAS, begitu bernafsu untuk memerintah negara hingga tergamak melakukan apa-apa sahaja. Kalau fitnah itu dianggap makanan ruji, kita masih boleh terima. Memang kaum PAS menjadikan fitnah sebagai senjata utama melemahkan Barisan Nasional dan UMNO khususnya. Masih ingat fitnah seorang ulamak PAS kononnya Tun Dr. Mahathir menonton video lucah bersama cucunya? 

3. Kita juga jangan sesekali lupa tentang komplot Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi dahulu untuk mencetuskan riot pada skala besar. Antara yang dirancang tetapi telah digagalkan oleh Allah SWT ialah membakar Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Ratu Elizabeth sedang merasmikan Sukan Komanwel pada tahun 1998. Perkara ini didedahkan sendiri oleh ketua perancang komplot maha jahat ini iaitu Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam kanan Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama.

4. Justeru, tidaklah mengejutkan sangat jika komplot menculik dan membunuh Tun Dr. Mahathir ini didedahkan selepas sekian lama ia dirancang. Dengan kuasa Allah jua segala rancangan maha zalim mereka dipatahkan.

5. Wahai orang-orang PAS, bertaubatlah selagi sempat.


SB : Orang yang mahukan kuasa memang kemaruk dan sanggup lakukan apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk berkuasa berbanding orang yang sedang berkuasa. 

STRATEGI PENUH BERISIKO PAKATAN RAKYAT DIDEDAHKAN!!



1. Teori Pak Zad akhirnya benar. SB tabik dengan analisis yang dibuat oleh Pak Zad. Siapa Pak Zad? Bagi yang kenal, beliau memang seorang pemikir dan strategis yang hebat dan berpengaruh. Tapi identitinya belum sedia didedahkan.

2. Sebelum ini Pak Zad pernah mengemukakan teori 100 (1+1) + 30% = Putrajaya yang akan digunakan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ini. Perkara ini didedahkan oleh beliau dalam entri bertajuk Strategi Satu Pakatan Rakyat.

3. Dan hari ini, Pak Zad telah memecahkan puzzle terbaru dalam strategi tersebut dengan memfokuskan kepada aspek perlaksanaan.

Apabila DSAI dan Lim Kit Siang (LKS) telah di umumkan akan bertanding di Perak dan Johor pada PRU 13, ini bermakna strategi dan formula 100 (1+1) + 30% = Putrajaya telah menjadi realiti. Kedua-dua pemimpin Gergasi Pakatan Rakyat(PR) ini telah mengunakan strategi "test market" dalam perang saikologi mereka kepada kepimpinan BN. Formula 100(1+1)+30% = Putrajaya sudah mula menampakkan perlaksanaan tapi Pakatan Rakyat masih mahu bermain strategi kerana mereka pun masih belum yakin dengan Formula tersebut selepas respond yang mereka terima tidak di yakini oleh pengundi-pengundi PRU 13.

4. Seterusnya, klik SINI atau kunjungi blog Sembang Pak Zad.

SB : Macam mana la strategi Pakatan Rakyat ni begitu senang didedahkan. Jentera BN diharap dapat beri perhatian khususnya di kawasan yang terlibat kerana strategi Pakatan Rakyat ini amat ketara kelemahannya.

Tuesday 26 March 2013

UMNO AKAN DIHARAMKAN - CHEGU BARD




1. Kempen Solidariti Anak Muda Malaysia untuk mengharamkan UMNO dilihat sekadar usaha terdesak yang bersifat populis semata-mata bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap  pelbagai isu membabitkan Pakatan Rakyat ketika ini.

2. Isu utama sudah tentulah berkait dengan dakwaan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Semakin hari semakin banyak bukti didedahkan. Anwar, Tian Chua, Sivarasah dan SUARAM ialah antara nama yang dikaitkan berserta pelbagai bukti yang sukar disanggah oleh blogger Pakatan Rakyat sejak insiden ini mula meletus.

3. Selain itu, Pakatan Rakyat juga kelihatan terdesak kerana kemungkinan DAP akan diharamkan menjelang PRU 13 atas dakwaan penyelewengan undi dalam CEC yang diadakan baru-baru ini. Pendaftar Pertubuhan (ROS) dijangka akan memuktamadkan siasatan dalam masa terdekat sekaligus memberikan tekanan kepada parti tersebut.

4. Jika SAMM serius sangat, apa kata gegarkan dulu Pakatan Rakyat yang hingga kini masih belum ditubuhkan secara sah, atau lebih tepat PAKATAN HARAM.

5. SAMM juga perlu maklum bahawa terdapat ratusan NGO haram yang ditubuhkan semata-mata mahu menguatkan Pakatan Rakyat termasuk BERSIH yang diagung-agungkan oleh kaum PAS itu.

6. Dan paling wajib didedahkan ialah penyelewengan dalam pemilihan jawatan tertinggi PKR sendiri yang hingga ke hari ini masih belum diselesaikan. Chegu Bard sebagai Pengerusi SAMM yang dicalonkan bertanding jawatan Ketua AMK juga disingkirkan akibat penyelewengan yang berlaku di peringkat dalaman parti tersebut.

7. Jika SAMM ada pasukan blogger yang dibayar untuk kempen ini, kami ada ribuan blogger yang sedia menggempur Pakatan Rakyat dari bulu kaki sampai hujung rambut. Lawan tetap lawan!!



SB : Ada dua jenis samdol. Pertama badigol, kedua Chegu Bard. 

POLITIK TIKAM MENIKAM DALAM PAKATAN RAKYAT SEMAKIN TERSERLAH

1.  Semalam, SB menerima kiriman emel dari seorang kenalan di Negeri Sembilan yang meminta pandangan SB berkenaan 12 perkara yang digariskan dalam manifesto Pakatan Rakyat. 

2.   Bersama emel tersebut, beliau kepilkan sebuah poster berwarna hijau yang tertera gambar-gambar para pemimpin utama Pakatan Rakyat di sudut atas sebelah kiri. Melihat sahaja poster ini, SB sudah dapat agak, ini pasti dari versi PAS.

3. Sebelum SB ulas berkenaan manifesto tersebut dengan memberikan fokus terhadap PENDIDIKAN PERCUMA, SB ingin mengajak kita semua melihat bukti jelas dalam poster ini bahawa tiada kesepakatan dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri untuk menampilkan siapa pemimpin utama mereka. Dalam poster ini jelas sekali yang ditonjolkan ialah spiritual leader PAS, Nik Aziz. Kenapa bukan Anwar Ibrahim yang katanya akan menjadi Perdana Menteri? Bagaimana pula dalam poster-poster yang diterbitkan oleh war room PKR dan DAP? Adakah Nik Aziz tetap akan ditonjolkan sebagai pemimpin paling kanan? Kita tinggalkan dulu persoalan tersebut.

4.  Di bawah ini ialah kutipan fakta berkenaan Pendidikan Percuma. Kenapa kita mesti cakna? Ikuti kupasannya.

Apa Itu Pendidikan Percuma?

Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia. Sebagai manusia, kita dilahirkan tanpa apa-apa pun. Tiada satu kebiasaan pun pada kita. Maka semakin seseorang itu membesar, disitulah letaknya tanggungjawab semua yang disekeliling untuk mencorakkan peribadi dan mewujudkan kebiasaan pada diri seseorang itu.

Dalam konteks pendidikan hari ini, benarkah wujud satu sistem pendidikan yang percuma secara holistik bermula dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertinggi di mana-mana negara di dunia? Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan percuma itu sendiri? Relevankah sistem ini?

Secara mudah, percuma bermaksud tidak dikenakan apa-apa bayaran atau caj. Jika justifikasi ini diambil kira, maka secara mudah juga kita akan bersetuju bahawa tidak ada satu sistem pendidikan di mana-mana negara yang diberikan secara percuma. Sebaliknya, pasti ada pihak yang mendanai sistem tersebut dari segenap sudut dan perkara.

Definisi umum yang diberikan di peringkat global juga menjelaskan bahawa pendidikan percuma sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan atau dibiayai melalui hasil percukaian negara, atau disokong (secara biasiswa) oleh organisasi tertentu yang tidak berorientasikan keuntungan jangka pendek. Hal ini bermakna, ia tidaklah benar-benar percuma kerana kos tersebut ditanggung melalui sumber lain oleh pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi yang terlibat secara langsung menyediakan pendidikan tersebut.

Terdapat beberapa buah negara yang memberikan pendidikan secara percuma di setiap peringkat kepada rakyatnya. Namun begitu, meskipun negara-negara tersebut menyediakan pendidikan secara percuma, kadar cukai yang dikenakan pula adalah tinggi hingga mencecah lebih 50% berbanding purata pendapatan dalam negara.

Salah sebuah negara tersebut ialah Finland yang mengenakan cukai hingga 49.2% iaitu kesembilan tertinggi di dunia. Hasil cukai inilah yang sebenarnya menampung perbelanjaan pendidikan di negara tersebut seperti membayar gaji para pensyarah, staff universiti, tukang sapu, pengawal keselamatan dan pelbagai lagi.

Negara-negara Yang Menyediakan Pendidikan Percuma

Berikut merupakan negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat kepada rakyatnya:

  1. Brunei
  2. Argentina
  3. Finland
  4. Norway
  5. Jerman



10 Negara Dengan Cukai Tertinggi

Berikut ialah senarai negara yang mengenakan cukai tertinggi ke atas rakyatnya:

  1. Aruba (58.95%) / Purata pendapatan – Tidak diperolehi
  2. Sweden (56.6%) / Purata pendapatan -  $48,800
  3. Denmark (55.4%) / Purata pendapatan - $64,000
  4. Netherlands (52%) / Purata pendapatan - $57,000
  5. Austria (50%) / Purata pendapatan - $50,700
  6. Belgium (50%) / Purata pendapatan- $52, 700
  7. Japan (50%) / Purata pendapatan - $53,200
  8. United Kingdom (50%) / Purata pendapatan - $52,320
  9. Finland (49.2%) / Purata pendapatan  - $49,000
  10. Ireland (48%) / Purata pendapatan - $40,900


Adakah Malaysia Menyediakan Pendidikan Secara Percuma?

Malaysia telah melaksanakan sistem pendidikan percuma secara berperingkat baik di tahap primer (rendah) mahupun sekunder (menengah). Namun begitu, atas faktor ekonomi, Malaysia masih belum mampu menyediakan pendidikan tinggi atau tertiari secara percuma kepada rakyatnya kerana ia melibatkan kos yang amat besar.

Sektor pendidikan tinggi atau tertiari ini dilihat sebagai pelaburan individu terhadap negara. Tidak semua orang layak atau mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Atas sifat fundamental selektif ini, maka tidak wajar sekiranya pendidikan tinggi turut diberikan percuma kerana ia melibatkan cukai daripada duit rakyat berbanding pelaburan yang dibuat oleh pihak kerajaan ke atas pendidikan primer dan sekunder. 

Namun begitu, pihak kerajaan tetap berusaha meringankan beban rakyat yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari ini melalui pelbagai insentif lain. Misalnya, kerajaan pusat menanggung antara 85% hingga 95% kos yuran pengajian bagi setiap pelajar di universiti awam manakala bakinya ditanggung oleh pelajar sendiri melalui pinjaman pendidikan tinggi, biasiswa dan bantuan-bantuan lain.

Sebagai contoh, kos keseluruhan bagi setahun pengajian untuk kursus perubatan di UiTM ialah RM47, 278. Yuran asas yang perlu dibayar oleh pelajar pula hanyalah RM400 sahaja manakala bakinya ditampung oleh pihak kerajaan sendiri.

Walaupun kos yuran pengajian berbeza di setiap universiti, namun secara relatif kos yang ditampung oleh pihak kerajaan berada pada kadar yang sama iaitu antara 85% hingga 95% daripada kos sebenar.

Hal ini sudah cukup untuk membuktikan sistem pendidikan negara kita berada pada landasan yang cukup baik, bersifat sejahtera dan kondusif ke arah melahirkan lebih ramai graduan dari universiti tempatan. Muktahir ini juga kita dapat lihat iltizam pihak kerajaan membantu para penuntut di institusi pengajian tinggi  melalui pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BR1M), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, diskaun kemudahan pengangkutan dan pelbagai bentuk bantuan lagi yang kesemuanya bertujuan meringankan beban para pelajar kita.


Kronologi Isu Pendidikan Percuma di Malaysia

Isu pendidikan percuma kembali timbul selepas Pakatan Rakyat memasukkannya dalam manifesto mereka bagi menghadapi PRU-13.

Sebelum itu, isu ini telah dibawa oleh sebuah gerakan mahasiswa pro-Pakatan Rakyat dikenali sebagai Sekretariat Malaysia Bangkit yang dipimpin oleh bekas mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Syahid Zaini. Agenda pendidikan percuma ini merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan gerakan ini yang kemudiannya menjadi polemik panjang dalam kalangan rakyat dan ahli politik di Malaysia.

Kemuncak tuntutan ini ialah Demonstrasi Menuntut Pemansuhan PTPTN anjuran Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang ketika itu dipimpin oleh penuntut KUIS, Saudara Ahmad Syukri Razab, dan Sekretariat Malaysia Bangkit sendiri.

Demonstrasi ini berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 April 2012. Hampir 1000 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan orang ramai telah berarak di sekitar Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka disusuli pelancaran kempen Occupy Dataran yang berkhemah di Dataran Merdeka selama dua minggu diketuai aktivis mahasiswa haluan kiri, Fahmi Reza.

Polemik pendidikan percuma ini turut melibatkan pemimpin politik negara. Selepas demonstrasi liar tersebut, beberapa pihak daripada parti politik mula membincangkan hal ini dengan lebih serius. Satu debat terbuka juga turut dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Pakatan Rakyat kemudiannya telah memasukkan idea pendidikan percuma ini sebagai salah satu manifesto mereka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.  

Betulkah Finland Menawarkan Pendidikan Percuma?

Ya, memang Finland menyediakan pendidikan percuma di semua peringkat. Tetapi ia tidak datng dengan mudah.

Finland dengan enrolmen pelajar setinggi 169,000 orang telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI di Malaysia dengan enrolmen pelajar IPTA seramai 508,256 orang mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%.

Finland juga dengan kadar cukai maksimum 53% telah menawarkan pengajian tinggi percuma TETAPI di Malaysia dengan kadar cukai maksimum 26% mampu memberikan subsidi yuran pengajian tinggi sehingga 95%.

Dalam erti kata lain, di Finland, pendidikan percuma dibiayai oleh dana awam sepenuhnya melalui kadar cukai yang tinggi tetapi di Malaysia dengan kadar cukai separuh daripada apa yang dikenakan oleh Finland mampu memberikan subsidi yuran sehingga 95% kepada lebih 500,000 orang pelajar IPTA dalam setahun.

Malaysia juga membelanjakan lebih RM20 bilion setahun untuk subsidi bahan api dan keperluan harian rakyat seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain.

Bagaimana Pula Dengan Turki?

Dakwaan pembangkang kononnya Turki menyediakan pendidikan tinggi percuma adalah suatu fitnah yang nyata.

Turki sebenarnya mengenakan yuran pengajian tinggi baik di peringkat tertiari mahupun pasca siswazah dan amalannya sama seperti di negara kita. Kadar yuran di Turki boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

Kos Yuran Mengikut Kursus di Tukri.

Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah dari gred 1 hingga 12 dan Malaysia juga menawarkan pendidikan percuma di peringkat rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.

Di Turki, sebahagian besar pelajar menerima pinjaman pendidikan menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution yang ditubuhkan pada 1961. Kadar faedah yang dikenakan ialah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang mengikut kadar inflasi semasa.

Justeru dengan pencerahan ini, adalah diharapkan semua pihak terutamanya para mahasiswa tidak lekas terpengaruh dengan godaan pendidikan percuma tersebut.

Kita sebenarnya sudah berpeluang menikmati pendidikan percuma. Majoriti daripada kita sekarang ialah penerima pinjaman PTPTN yang kini boleh ditukarkan kepada biasiswa penuh sekiranya kita mendapat keputusan yang cemerlang. Inilah pelaburannya. Jika kita berusaha lebih, kita akan mendapat keuntungan lebih. Jika sebaliknya, kita masih boleh mendapat keuntungan iaitu dengan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dengan ijazah yang kita miliki selepas bergelar graduan.

Jadilah kaum yang bersyukur dan berusaha untuk membaiki kehidupan sendiri.

Sumber : 1Aspirasi


5. Pada SB, idea yang dibawa oleh Pakatan Rakyat untuk melaksanakan Pendidikan Percuma ini hanyalah mitos dalam imaginasi mereka sendiri. Ia tidak pernah wujud di negara ini, dan mustahil akan berlaku dalam dekad ini. 

BUKTI ADAM ADLI BAWA PERPECAHAN KEPADA KUMPULAN MAHASISWA


1. Seperti yang SB uar-uarkan sebelum ini, semalam telah berlangsung Forum Pendidikan Percuma membabitkan mahasiswa penggemar tiang bendera, Adam Adli dan rakan-rakan malas belajarnya di USM Kampus Induk, Pulau Pinang.

Adam lalok ketika berhujah? 

2. Namun, apa yang menarik, semalam juga dilaporkan telah berlangsung satu lagi program mahasiswa anjuran Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) di Masjid Al-Khalid Malik. Apa yang menariknya?

3. Forum Pendidikan Percuma tersebut dilaporkan dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) iaitu sebuah gabungan haram yang menghimpunkan sekumpulan pelajar anti-establishment termasuk bekas pemimpin pelajar dari PMIUSM sendiri.

4. SB dimaklumkan, kumpulan mahasiswa ini tidak disenangi oleh PMIUSM sendiri kerana menjadi faktor kepada kekalahan calon-calon persatuan tersebut dalam pilihanraya kampus (PRK) yang lalu. Lebih mengecewakan, terdapat segelintir calon yang kalah ini dikatakan telah beralih arah dengan menyertai MMB yang berideologi sosialis.

5. Salah seorang bekas pemimpin pelajar yang sebelum ini aktif bersama PMIUSM tetapi telah menyertai MMB turut dikesan menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang yang berlangsung di Padang Kota pada 24 Mac 2013 yang lepas. Kehadiran beliau itu amat dikesali oleh pimpinan PMIUSM yang amat totok menyokong PAS.

Dua orang aktivis MMB Cap Ayam dikesan menyokong
Barisan Nasional ketika hadir dalam
Program Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang.

Lagi aktivis MMB Cap Ayam memakai pengikat kepala
yang tertera Jom Sokong BN.

6. Perseteruan antara PMIUSM dan MMB bertambah jelas apabila tidak ada wakil utama PMIUSM yang hadir dalam program MMB semalam. Hanya dua, tiga orang sahaja hadir, itu pun atas kapasiti sebagai pengikut MMB.

7. Malah, lebih mengejutkan, mantan Yang DiPertua PMI USM sendiri turut hadir dalam program MMB. Kenapa dia tak sertai program anjuran PMI di masjid sebaliknya turun dalam program bersama pendokong sosialisme?

Mantan YDP PMI USM juga hadir dalam forum
Pendidikan Percuma.
Anehnya, kenapa dia tak turun ke program PMI?


Untuk ulasan yang lebih pedas dan berbisa, sila kunjungi blogThe Most Wanted dan Penang Most Wanted. Klik SINI dan SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar