1. Dato’ Zulikfli Nordin, Ahli Parlimen
Kulim-Bandar Bharu, merupakan salah seorang anggota pasukan peguam bela Anwar
Ibrahim dalam kes Liwat 1 ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa di
mahkamah selepas dipecat daripada Kabinet dan disingkirkan daripada UMNO.
2. Dalam perbicaraan itu, Zulkifli
Nordin boleh dikatakan peguam paling lantang dan juga kawan paling setia yang
sentiasa menyokong Anwar menentang barisan pendakwaraya. Bersama lapan orang
lagi peguam, mereka bersungguh-sungguh membela Anwar.
3. Namun, dalam satu pertemuan
tertutup yang diadakan malam semalam di sebuah lokasi di Kuala Lumpur, Zulkifli
Nordin mendedahkan kepada hadirin bahawa beliau tidak mengambil satu sen pun
daripada Anwar dalam perbicaraan tersebut sebaliknya berkorban duit poket
sendiri.
4. Mereka telah menerima arahan
daripada ketua pasukan peguam bela ketika itu supaya tidak mengambil wang
daripada Anwar Ibrahim. Walaupun perkara tersebut agak mengejutkan dan
mengganggu periuk nasi beliau, namun sebagai peguam muda, beliau menerima
arahan tersebut dengan hati terbuka.
5. Akhirnya, selepas kes Liwat 2 dibicarakan,
barulah beliau menyedari hikmah kebijaksanaan daripada arahan tersebut.
Tujuannya tidak lain adalah supaya mereka tidak terhutang budi dengan Anwar
Ibrahim. Kesemua peguam dalam kes liwat terdahulu kini tidak lagi membantu
Anwar dalam kes liwat membabitkan Saiful Bukhari.
No comments:
Post a Comment