1. SB diberitahu pada 25 Mac ini Adam Adli akan 'menyerang' kampus induk Universiti Sains Malaysia untuk menghasut para pelajar supaya percaya dengan agenda pendidikan percuma Pakatan Rakyat.
2. Terdapat dua perkara yang SB rasa perlu diberikan perhatian di sini. Pertama, siapa Adam Adli nak bercakap soal pendidikan? Pelajarannya sendiri pun masih tergantung dan tiada hala tuju yang jelas. Kedua, bagaimana pihak USM boleh membenarkan program sebegini dijalankan di dalam kampus? Pada SB ini bukan program ilmiah tetapi satu bentuk kempen pilihanraya oleh Pakatan Rakyat yang menggunakan mahasiswa robot seperti Adam Adli ini.
3. Selain Adam, seorang lagi panelis ialah Ong Jing Cheng yang merupakan seorang aktivis tegar SUARAM Pulau Pinang beribu pejabat di Sg. Dua, Batu Uban. Lokasi pejabat SUARAM ini betul-betul di hadapan pintu pagar USM di Sg. Dua.
4. Begitu juga panelis bernama Haris Zuan yang turut aktif bersama SUARAM sejak di UKM lagi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana di USM. Haris ketika ini juga aktif bersama Penang Institute dan menjadi orang kepercayaan Zairil Khir Johari dan Lim Guan Eng.
5. Kumpulan aktivis ini dipercayai dibawa masuk oleh Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) yang ditubuhkan secara haram oleh sekumpulan mahasiswa yang tewas dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini. Mereka ini sememangnya menjadi suara dan tangan Pakatan Rakyat di dalam kampus USM.
6. Justeru jika ada mana-mana pihak yang ingin bersemuka dengan Adam Adli, dipersilakan hadir di lokasi dan masa seperti yang tertera di dalam poster di atas. Sila bawa bersama peranti kamera masing-masing supaya setiap detik dapat dirakam dan dijadikan bukti sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kelak.
No comments:
Post a Comment