1. Kata kaum Pakatan Rakyat, hidup terbeban selagi Barisan Nasional berkuasa. Seorang kawan yang memang totok PAS, ketika makan bersama SB tengah hari tadi, mengajukan soalan ini kepada SB:
"Kau makan ayam. Aku makan ikan. Kau mampu ambil ayam sebab belanja kau lebih, tapi aku hari ini pagi-pagi lagi motosikal pancit. Belanja kena potong," muka dia agak sugul. SB hanya memerhatikan wajahnya itu.
"Agak-agak kaulah kan, tengah hari ni, Rosmah makan apa?" tiba-tiba dia ajukan soalan ini kepada SB. Apa SB nak jawab?
2. Maka atas sebab itulah, barangkali, orang macam kawan SB ni beriya-iya sangat nak tukar Kerajaan Pusat.
3. Mungkin dia juga sudah lama terbeban dengan kehidupan hari ini yang serba-serbi perlukan duit. Tetapi adakah wajar untuk kita salahkan kerajaan atas setiap perkara yang menghimpit kehidupan ini, dan pada masa yang sama, tak mahu berterima kasih jika terdapat perkara-perkara yang menyenangkan (misalnya pemberian BR1M, Baucar Buku, Kedai Rakyat dan sebagainya lagi)??
4. Mungkin kawan SB ini perlu baca entri menarik yang dikeluarkan di blog Simpang Kayu ini. Klik SINI ya kawan!
No comments:
Post a Comment