Pages

Thursday 29 March 2012

MEMANDA MENTERI, ASPIRASI MAHASISWA JUGA MAHUKAN PILIHANRAYA KAMPUS DIAWALKAN

Adu domba mahasiswa singkat akal di USM.


Dalam memorandum tuntutan pilihanraya kampus disegerakan, SMM yang mewakili so-called kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di negara ini telah menggunakan beberapa istilah yang agak melucukan.

Misalnya, ‘membunuh demokrasi kampus,’ ‘mengembalikan demokrasi kampus,’ dan ‘bebas pengaruh parti politik luar.’ SB sudah ulas berkenaan tuntutan bebas pengaruh parti politik luar dalam beberapa entri sebelum ini. |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| |SINI| dan |SINI|

Dalam entri kali ini yang juga entri terakhir blog bebas Gerakan13, SB akan sentuh dakwaan membunuh demokrasi kampus dan tuntutan supaya demokrasi kampus dikembalikan oleh SMM ini dari satu sudut pandang yang mungkin terlepas oleh kita semua selama ini.

Apakah artikulasi dalam tuntutan ini, meminjam madah kata seorang sahabat SB? Siapakah sebenarnya yang sedang membunuh semangat demokrasi di kampus? Siapakah sebenarnya yang sedang menafikan hak demokrasi ditegakkan dengan adil dan saksama?

SMM jelas sekali hanya memikirkan untung politik permukaan mereka tetapi tidak langsung memperjuangkan hak orang lain yang sepatutnya juga memainkan peranan yang sama dalam menentukan perwakilan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Rasionalnya pilihanraya kampus diganjakkan bukan hanya kerana ingin memberikan hak yang sama kepada pelajar-pelajar diploma yang ketika ini sudah ada yang bercuti atau sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Lebih penting dari itu sebenarnya, ia akan memberikan hak kepada lebih 40 ribu orang bakal pelajar diploma dan lebih 50 ribu orang bakal pelajar ijazah sarjana muda yang akan memulakan pengajian mereka di universiti bermula semester hadapan.

Jika SMM dakwa kononnya hak pelajar tahun akhir dinafikan, nah SB tanyakan semula, apakah signifikan mereka mengundi kalau sidang hadapan mereka bukan lagi penuntut? Bukankah lebih baik jika hak mengundi itu diberikan kepada pelajar tahun pertama sidang 2012/2013 berbanding pelajar tahun akhir sidang 2011/2012 ini?

Ada pun pula, MPP yang hendak dibentuk itu nanti akan berkhidmat bagi sidang 2012/2013. Jika ia dibentuk sekarang, MPP itu masih lagi dalam tempoh sidang 2011/2012 kerana sidang ini masih belum berakhir. Dan lagi, nanti mereka akan mensia-siakan cuti penggal hampir 3 bulan!

Inilah juga antara sebab kenapa penyelarasan tarikh pilihanraya kampus itu satu langkah yang rasional lagi tepat, supaya demokrasi dipulangkan kepada yang benar-benar berhak. Jadi sekarang siapa sebenarnya yang sedang membunuh demokrasi di kampus dan siapa yang memperjuangkan demokrasi yang sebenar?

SB percaya, semua pelajar termasuk para penggerak Aspirasi Mahasiswa sendiri mahukan pilihanraya kampus diawalkan. Tapi kalau kumpulan Aspirasi Mahasiswa boleh berfikir dengan lebih rasional, kenapa mahasiswa pro-pembangkang tak boleh memikirkan hal yang sama?

Sedihnya, Mahasiswa Rela Ditipu!


Satu persoalan yang menarik ditimbulkan oleh bekas YDP MPP USM sidang 2008/09 yang juga Speker Parlimen Mahasiswa USM pertama. Hanya akal yang rasional saja mampu berfikir di luar kotak.

Klik |SINI| dan |SINI|.

Wednesday 28 March 2012

Janji PTPTN Mansuh, Boleh Ke?? Bala-bala..


Kata orang, orang tengah lapar sanggup buat apa saja. Sebuah kerajaan boleh tumbang kalau rakyatnya lapar.

Tapi mesti ingat, orang yang lapar, bila dapat makan selalunya akan lahap habis-habisan!

Entri SB sebelum ini sudah ulas tentang janji pembangkang untuk menghapuskan PTPTN |SINI| yang turut diperjuangkan oleh kumpulan mahasiswa pro-pembangkang.

Itu janji orang lapar. Sayang sekali kalau ada mahasiswa yang termakan dengan janji-janji manis sebegini.


Sepatutnya kita kena banyak bertanya apabila dihadapkan dengan isu ini kerana kita mampu berfikir jauh lebih baik dari orang yang tidak masuk universiti atau sesetengah pemimpin politik itu sendiri.

SB cuma nak tanya mereka beberapa perkara. Pertama, dari segi syarat. Adakah syarat kemasukan universiti akan diketatkan atau dilonggarkan lagi? Kedua, apakah bentuk bantuan yang bakal diberikan bagi menggantikan PTPTN kelak?

Setakat ini belum ada hitam putih. Tak meyakinkan langsung.

Ketiga, adakah semua pelajar dari sebarang latar belakang keluarga mempunyai hak dan peluang yang sama?


Kalau setakat janji, rasanya tak payahlah percaya. Selama ini sudah banyak janji-janji manis Anwar Ibrahim dan pembangkang kita dengar, tapi banyak yang belum tertunai. Lihat apa jadi dengan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang? |SINI|

Itu baru satu contoh kecil. Banyak lagi yang boleh dibongkarkan. Kepada SMM, tak payahlah nak menipu kami sangat. Kita sudah cukup bertuah lahir dan membesar di Malaysia yang dikurniakan dengan pelbagai nikmat kehidupan oleh Allah SWT. Jangan terlalu manja hingga hilang daya saing untuk berjaya seperti kaum-kaum lain.


Tahniah Mahasiswa UUM!!!!

Kenal tak siapa yang cantik dan kacak itu? hehe

Perrr...tahniahlah sahabat-sahabat SB di Utara. Usaha kecil kalian sudah mula meraih perhatian massa.
Teruskan menyemai benih keamanan, bukan demonstrasi dan kekacauan.
Jika kerja baik kita lakukan, maka kesukaan orang kita raih. Sebaliknya, jika kerja yang menyusahkan
orang lain kita lakukan, maka sumpah seranah dan kebencian orang akan menimpa hidup kita.

Mahasiswa Bersatu Untuk Keamanan!

Jangan lupa klik SINI dan SINI.

SAH!! VC dan Mahasiswa USM Menyokong Solidariti Mahasiswa…. Memanda Menteri Pening Lagi



 APAKAH "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM"? 

"Global March To Jerusalem" (GMJ) merupakan perhimpunan   dan perarakan secara besar-besaran yang akan diadakan di seluruh dunia secara serentak. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Antarabangsa (ICC) yang terdiri daripada 35 anggota yang mewakili lima benua. Manakala, Jawatankuasa Eksekutif Antarabangsa (IEC) untuk GMJ diwujudkan dari Jawatankuasa Pusat Antarabangsa, dan terdiri daripada 13 orang ahli. Jawatankuasa kebangsaan di kebanyakan negara di dunia telah ditubuhkan untuk tindakan susulan dan menyelaras semua acara-acara di peringkat kebangsaan. Jawatankuasa kebangsaan ini adalah termasuk wakil-wakil daripada semua latar belakang, organisasi dan pertubuhan yang terlibat untuk Palestin dan Baitul Maqdis terdiri daripada pihak media,  golongan agama, golongan sosial, golongan profesional dan pertubuhan hak asasi manusia. Perhimpunan besar-besaran ini akan berlangsung secara serentak di Asia, Afrika dan Eropah dan di negara-negara jiran Palestin (Jordan, Mesir, Syria dan Lubnan). DI Malaysia, antara pertubuhan yang terlibat ialah Viva Palestina Malaysia, MERCY Malaysia, AQSA SYARIF MALAYSIA BERHAD, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM).


APAKAH TUJUAN "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" DIADAKAN?

Berdasarkan sejarah, 30 Mac merupakan Land Day iaitu memorial Hari Tanah Palestin yang disambut setiap tahun oleh rakyat Palestin sebagai  tanda ingatan mereka terhadap peristiwa pada Mac 1976 yang mana seluruh tanah awam dan swasta di kawasan minoriti Palestin di rampas oleh pihak         berkuasa Israel dan menyebabkan beberapa orang mati syahid dan ramai   orang awam yang tercedera. Oleh itu, satu gerakan ditubuhkan diperingkat antarabangsa untuk menunjukkan perpaduan semua masyarakat dunia terutama umat islam di Palestin sendiri ingin melindungi Jerusalem. Pada 30    Mac tersebut, dengan semangat masyarakat manusia di seluruh dunia dengan pergerakan besar-besaran yang menakjubkan, pelarian Palestin akan bangkit dan mara bersama-sama pencinta kebebasan dan pencari keadilan dari seluruh dunia ke Jerusalem untuk menarik perhatian melalui diskriminasi yang sistematik ke atas penduduk Palestin di Jerusalem, dan membuat usaha jitu untuk menamatkan kependudukan Israel melalui cara damai. Di Malaysia pula, Global March To Jerusalem Malaysia akan berhimpun   beramai-ramai di Taman Melawati Shah Alam pada hari berkenaan iaitu pada 30 mac untuk     menunjukan solidariti rakyat Malaysia kepada Palestine.


APAKAH PERANAN MAHASISWA TERHADAP ISU PALESTIN?

Mahasiswa ialah golongan yang menuntut ilmu dan juga dilabelkan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Isu Palestin bukan sahaja isu umat Islam khususnya malah merupakan isu global yang perlu dibincangkan dan dibawa oleh mahasiswa sendiri. Keterlibatan mahasiswa dalam mendepani isu Palestin adalah satu usaha mencurah bakti kepada nasib rakyat Palestin. Mahasiswa perlu rela dimanfaatkan untuk kebaikan serta keadilan secara amnya. Mahasiswa perlu mempunyai perasaan tidak mahu maruah dan kesucian agama,bangsa dan negara dicemari sewenang-wenang walaupun penderitaan tersebut berlaku di Palestin tetapi puluhan manusia  telah menjadi korban kekejaman Israel hampir setiap hari. Oleh itu, ilmu yang dipelajari di universiti bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi sebenarnya untuk mempertahankan keamanan dan keadilan manusia.

HIMPINAN SOLIDARITI PALESTIN MAHASISWA UTARA

Sekretariat 1 Malaysia USM dan Aqsa Syarif telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan GMJ di USM. Hal ini demikian kerana untuk memberi peluang kepada mahasiswa utara yang tidak berkesempatan untuk turun ke Stadium Melawati Shah Alam.  Dengan adanya himpunan ini di USM mahasiswa berpeluang menunjukan solidariti mereka dan selain itu himpunan ini dapat memberi kesedaran dan ilmu baru berkenaan isu palestin melalui pengisian sepanjang program.  Team Aspirasi  USM menyokong penuh program ini dan mendoakan agar ia berjalan dengan lancar.  

Sumber: Nota Fb Aspirasi USM

HEBAHAN HEBAHAN HEBAHAN HEBAHAN


Insya-Allah, SB akan detailkan program himpunan solidariti ini sebentar lagi.

Awas Rakyat!! Pelan Melingkupkan Petronas Sedang Giat Digerakkan

Rancangan terbaru demonstrasi SMM disokong oleh Timb. Presiden PAS, Mat Sabu.



Komrad Kapak, blogger Teratak Bisu a.k.a TB ada buat pendedahan mengenai hasrat murni kumpulan mahasiswa pro-pembangkang iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mahu berdemo lagi. |SINI|

Kali ini, dedah TB, bertujuan untuk menuntut supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan. Perjuangan ini bagus, malah SB sebagai peminjam juga turut tumpang sekaki kalau ia benar-benar dimansuhkan. Tapi dengan sedikit akan rasional yang Allah SWT pinjamkan ini, SB lihat perkara ini hanya helah politik semata-mata.

Tiba-tiba saja isu mansuhkan PTPTN ini menjadi hangat. Ia bermula apabila Pakatan Rakyat (PR) memasukkan hasrat tersebut ke dalam manifesto Buku Jingga mereka sebagai salah satu kempen berimpak tinggi menjelang PRU 13.


Nampaknya, hasrat yang sama telah disambut oleh kumpulan SMM ini untuk diperjuangkan di peringkat mahasiswa. Baguslah, nanti mintalah pula supaya hutang bank, kereta, rumah dan pelbagai lagi hutang rakyat dimansuhkan. Kerajaan mampu untuk berikan semua itu, kan?

Alasan kerajaan mampu ini jugalah yang menjadi senjata utama mereka dalam memperjuangkan isu ini. Petronas misalnya, disandarkan sebagai lubang duit utama dalam menyalurkan angka-angka bernilai lebih RM30k kepada setiap mahasiswa yang jumlahnya ratusan ribu orang dalam satu-satu masa.

Sila tanya, berapa lama ia mampu bertahan? Selama-lamanya? Berapa ramai yang akan diterima masuk ke universiti setiap sidang? Adakah syarat-syarat kemasukan akan diketatkan? Adakah semua lapisan rakyat layak menerimanya tanpa mengira status ekonomi ibu dan ayah? Anak Dato’-Dato’ dan Tan Sri-Tan Sri pun dapat jugakah?

SB cadangkan kepada SMM, buat masa ini perjuangkan dahulu pemansuhan yuran PASTI. Khabaranya yurannya boleh tahan juga mahal.

Dalam isu ini, SB suka lihat dari sudut analogi mudah. Kiaskan saja pada kereta Proton Saga. Ketika kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir mengumumkan hasrat mengeluarkan kereta nasional pertama, ramai yang sinis. Tahun 1987, Proton Saga pertama dikeluarkan. Kereta baru, biasalah, mesti ada masalah. Selepas lebih 20 tahun, jenama Proton Saga kini dilihat sudah jauh berubah dan digemari ramai.

Kos pengajian yang dibayar pelajar dan yang ditanggung oleh kerajaan. Tak bersyukur lagi?

Begitu juga dalam isu PTPTN ini. Sebagai sebuah negara yang baru 50 tahun merdeka dan bertungkus lumus membina identitinya sendiri, Malaysia sudah tentulah berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pendidikan salah satu daripadanya, tetapi bidang-bidang lain juga memerlukan perhatian.

Banyak lagi sektor yang memerlukan pelaburan langsung daripada kerajaan. Jadi kita sepatutnya lebih rasional sebelum membuat tuntutan. Penambahbaikan sudah banyak dibuat. Kadar faedah juga sudah dikurangkan. SB tak fikir ramai yang boleh lanjutkan pengajian kalau tak ada bantuan pinjaman daripada PTPTN terutamanya anak-anak orang susah di kampong-kampung termasuk SB sendiri.

SB mengajak rakan-rakan di luar sana berfikir rasional. Jika mereka bercakap soal ini lagi, minta saja dibentangkan pelan perlaksanaannya, bukan setakat nyatakan Petronas mampu sediakan dana. Budak PASTI pun akan ketawa dengan hujah begitu.

Nota :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.
Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.
PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.




WAR ROOM PRO-M DIBONGKAR!! BAGAIMANA MEREKA BEROPERASI? Part 2

Tiada black ops dalam Gamis dan PMI? Nanti dulu, fikirkan semula!

Entri sebelum ini SB dedahkan mengenai struktur jentera pilihanraya kampus Gamis dan PMI. 

Dalam entri itu, SB berikan sedikit gambaran mengenai operasi propaganda hitam di sebalik imej atau perwatakan baik PMI. Tidak ramai yang tahu, dan terlalu ramai pula yang terpedaya.

Menurut sumber SB, mesyuarat jawatankuasa pilihanraya kampus Gamis biasanya diadakan di Pejabat PAS, Tingkat 5, Jalan Ipoh atau di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. Kenapa dua lokasi ini menjadi pilihan? Lihat perkaitan antara kedua-duanya, anda pasti menemui jawapan yang dicari. Fikirkan.

PMI juga turut mendapat sokongan secara langsung daripada kakitangan Pusat Islam dan para pensyarah di kampus masing-masing. Hal ini tidaklah mengejutkan kerana kita tahu ramai tenaga akademik di universiti anti-kerajaan dan sering berpolitik di dalam kuliah. Ini juga sebahagian daripada strategi dalam propaganda politik mereka.

Jadi bagaimana pula dengan strategi propaganda hitam? Tidak ramai yang tahu tentang gerak kerja ini. Hanya yang betul-betul hardcore dan boleh dipercayai sahaja tahu atau terlibat secara langsung.


Kepala babi diletakkan dengan baik di dalam surau API UM pada  Feb 2009.

Pada Februari 2009 negara digemparkan dengan insiden paling mengaibkan dalam sejarah politik kampus apabila sebuah surau di Akademik Pengajian Islam (API) UM diletakkan kepala babi. Kejadian ini berlaku menjelang pilihanraya kampus dan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Meskipun kes ini masih dalam siasatan, namun ramai yang mengesyaki ia dilakukan oleh orang dalam API sendiri. Hal ini berdasarkan kepada beberapa persoalan yang belum terjawab, misalnya, bagaimana sebuah surau yang juga markas utama PMI UM boleh dicerobohi? Berapa lama masa diambil untuk melakukan kerja jijik tersebut? Tak ada langsungkah jentera PMI ketika kejadian?

Menurut rakan SB di UM, adalah mustahil sama sekali surau tersebut boleh dicerobohi dengan begitu mudah kerana ia dikawal 24 jam khususnya ketika menjelang pilihanraya kampus. Adalah mustahil juga ia dilakukan oleh Penggerak kerana kesannya amat buruk. Buktinya, pada tahun tersebut Penggerak UM kalah teruk! Backfire tetap kepada Penggerak meskipun game plan diatur oleh pihak lain.


Berapa lama masa diambil untuk melakukan kerja ini?


Insiden jijik kepala babi itu juga telah memberikan untung politik yang sangat besar kepada PAS hingga menang mudah dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Masakan tidak, kepala babi itu diletakkan di atas hamparan bendera PAS sendiri. Setiap orang Islam pasti akan marah dengan permainan jijik begini.

Tapi adakah ia terlalu jahat untuk dilakukan? Bagi pencatur strategi politik, tidak ada tindakan yang terlalu jahat atau keji. Asalkan ada keuntungan, kenapa tidak dilakukan? Itulah prinsipnya. SB tidak boleh dedahkan secara keseluruhan kes ini kerana ia masih dalam siasatan. Dari sumber yang diterima, pelaku-pelakunya sudah dikesan dan ada yang sudah disoal siasat. 

Nota : 

Kes kepala babi ini diklafikasikan sebagai kes yang berat. Tidak banyak diketahui mengenai perkembangan kes ini dan ia kekal misteri/dimisterikan. Kita berdoalah semoga pelakunya diampunkan oleh Allah SWT di atas kerja fitnah yang dilakukan.




WAR ROOM PRO-M DIBONGKAR!! BAGAIMANA MEREKA BEROPERASI? Part 1

Tuntutan ketiga Pro-M : Bebaskan pilihanraya kampus dari pengaruh politik luar.

Sebelum apa-apa, sila perhatikan gambar di atas. Nanti tak faham pulak apa yang SB sedang perkatakan.

Siri pendedahan sebelum ini lebih tertumpu kepada kaedah rekrut yang digunakan oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus-kampus seluruh negara. SINI dan SINI.

Siri ini akan menyentuh fasa keempat, fasa paling penting yang perlu kita fahami. Ingat, mahu lawan, mesti kenal musuh. Kita menentang bukan kerana siapa mereka, tapi apa yang mereka lakukan, apa yang mereka sembunyikan dan apa yang menjadi matlamat sebenar mereka.

Siri ini akan mendedahkan stuktur gerak kerja Gamis yang menaungi Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di seluruh negara dalam setiap sesi pilihanraya kampus. Kenapa kita mesti tahu semua ini? Jawapannya mudah, kerana mereka sering berbohong kononnya memperjuangkan kebebasan dan menolak campur tangan parti politik di dalam kampus tetapi pada masa yang sama, merekalah yang membawa masuk anasir-anasir tersebut.

Gamis ialah induk kepada gerakan-gerakan di kampus. Ia boleh dlihat dari sudut yang tersurat dan tersirat. Gerakan yang tersurat atau tampak mempunyai struktur yang jelas di mana Presiden Gamis ialah ketuanya. 


Struktur induk Gamis untuk pilihanraya kampus. Di atasnya siapa?

Ketika ini Presiden Gamis iaitu Akram Ikrami bin Taib Azamuddin berada di posisi ketua jentera pilihanraya kampus peringkat nasional atau induk bagi seluruh Persatuan Mahasiswa Islam. Akram, pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ialah anak kepada pemimpin PAS Ustaz Taib Azamuddin yang pernah menjadi Ahli Parlimen Baling, Kedah.


Jaringan Gamis yang terzahir di mata umum

Langsung di bawah Gamis, di level kedua ialah Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN). Badan ini mirip kepada Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan pada tahun 2008 khusus bagi menggabungkan perwakilan mahasiswa pro-pembangkang yang menang dalam pilihanraya kampus di seluruh IPTA.

MPMN, dahulunya dikenali sebagai Barisan Bertindak Mahasiswa Nasional (BBMN) akan memainkan peranan aktif dalam gerak kerja pilihanraya di kampus masing-masing. Di bawah MPMN pula ialah ketua-ketua bagi setiap zon, yang juga disebut sebagai moderator Gamis peringkat zon.

Gamis telah membahagikan seluruh IPTA kepada empat zon utama iaitu selatan, tengah, timur dan utara. Setiap zon akan diketuai oleh seorang wakil Gamis yang dipilih dari kalangan ketua-ketua PMI. Struktur ini amat penting bagi mewujudkan kesatuan antara PMI di peringkat zon dan nasional.

Gerak kerja tersirat pula lebih kepada operasi propaganda hitam. Ada dua strategi penting di sini, pertama, bagaimana memperlihatkan sisi baik PMI di kampus, dan bagaimana membunuh sisi baik musuh (Aspirasi/Penggerak) tanpa merosakkan sisi baik PMI tersebut.

Anda ingat apa yang berlaku di UM dalam tahun-tahun belakangan ini? Bahagian ini akan SB dedahkan dalam siri berikutnya. Insya-Allah..

SB : Kenal lawan, baru lawan!

Nota : Jangan klik pautan di bawah kalau malas baca!!



APA ITU LIQA? WAR ROOM PRO-M DISELONGKAR!!

Liqa bersama Tuan Ibrahim Tuan Man
Dalam entri terdahulu, SB ada nyatakan tentang Liqa. Ada juga SB selitkan sedikit pengalaman ketika mengikuti usrah. Namanya indah. Matlamatnya murni. Namun sayang sekali, ia sering dicemari oleh agenda politik pemimpin tertinggi!


Usrah dari sudut konseptualnya, ialah pertemuan sekumpulan kecil lelaki atau wanita untuk mencambahkan fikrah atau idea dan buah fikiran. Ia salah satu amalan penting Rasulullah SAW dan para sahabat pada awal perkembangan Islam. Rumah sahabat, Al-Arqam bin Abi al-Arqam itulah saksinya.

Sesuai dengan sifatnya yang kecil, maka usrah menjadi medan perbincangan dua hala antara naqib atau ketua usrah dan anak-anak usrah. Dalam proses ini, peranan naqib amat penting. Kejayaan penyebaran Islam di Madinah misalnya, sebahagian besar disumbangkan oleh peranan para naqib yang diketuai oleh Musab bin Umair khususnya dalam memberikan kefahaman tentang Islam.

Malangnya, hari ini usrah dalam jemaah PMI sering mencampur-adukkan antara politik kepartian dan pesan nasihat. Seperti yang SB kongsikan sebelum ini, naqib-naqib usrah yang SB panggil sebagai akhi sering menggunakan kesempatan berusrah untuk menghasut anak-anak usrahnya membenci kerajaan atau pemerintah negara.

Jadi apa pula Liqa? Jika usrah sudah menjadi medan kecil-kecilan untuk berpolitik, maka Liqa tentulah lebih besar peranannya. 


Markas Pas Taman Melewar, lokasi penting Liqa untuk jemaah mahasiswa pro-pembangkang.
Liqa merujuk kepada perhimpunan kumpulan-kumpulan usrah dalam kuantiti yang lebih besar untuk mendengar pesan nasihat daripada seorang ketua yang dipilih oleh para naqib.

Dalam PMI, Liqa Fikrah lebih banyak diterapkan. Liqa ini akan menghimpunkan pelajar-pelajar tertentu sebelum dibawa ke satu tempat untuk mendengar amanat atau ceramah daripada pemimpin-pemimpin PAS. Menurut rakan SB yang berpeluang ke Liqa beberapa kali, antara pemimpin PAS yang selalu dijemput ialah Mahfuz Omar, Idris Ahmad dan Abdullah Karim yang juga moderator Gamis untuk pilihanraya kampus.

Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ juga antara pemimpin PAS yang paling banyak membantu dalam kerja-kerja mengadakan Liqa di peringkat pusat.

Apa yang menarik tentang Liqa modul PAS yang diterapkan dalam organisasi PMI ini ialah, ia sering diadakan ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung. Liqa akan diadakan di markas-markas utama PAS di Taman Melewar kerana ketika inilah ahli-ahli Parlimen PAS lebih mudah untuk ikut serta.

Shazni Munir, bertanda, antara anak didik Liqa yang berterusan.

Selain markas-markas di kawasan Taman Melewar, Liqa juga diadakan di PASTI yang terdapat di sekitar Lembah Kelang dan rumah-rumah sewa para pelajar. Ketika inilah doktrinisasi besar-besaran dilakukan oleh pimpinan PAS secara terus kepada anak usrah terpilih sebelum disebarluaskan di peringkat kampus.

Nota :

Untuk memudahkan kefahaman anda, sila klik SINI bagi mengikuti artikel terdahulu.

SB juga baca : Klik


Mahasiswa Kantoi Dengan Aksi Biadap!!!
Mahasiswa Kebosanan??? Hobi Alaf Baru Mahasiswa????

Tuesday 27 March 2012

PANASSS!! Memanda Menteri Sekeh Budak-Budak Aspirasi, Puji Pro-Mahasiswa!




Ingat lagi kes batu nesan? Kalau tak ingat, klik SINI. Kalau tak ingat jugak, klik SINI. Tak ingat lagi? Okeh last, klik SINI. SINI pun boleh jugak. Okeh cukup.

Sekarang, lihat gambar dibawah.



Memanda kata, kamu tak matang!! Perrr..selama ni matang ke??

Memanda menteri kita dah bersuara. Sebelum ni memanda menteri senyap je kan. Nah sekarang memanda dah keluarkan kenyataan, dan kenyataan itu tepat ke batang hidung mahasiswa-mahasiswa pro-pembangkang.

    "Hadiah batu nesan tak matang", kata Memanda Menteri kita.

Bukan tak boleh berhimpun atau berdemo. Bukan tak boleh serah memorandum. Tapi fikirlah dulu sebelum nak buat. Bagi SB, apa yang mereka lakukan bersifat populis, tapi populis yang sekejap sahaja. Sekarang, orang ramai sudah mula menyindir dan mentertawakan apa yang mereka buat.

Pertama, memalukan mahasiswa. Kedua, menjatuhkan imej keintelektualan kita semua. Jadi mari kita tuntut mereka memohon maaf kepada seluruh mahasiswa kerana selama ini mereka cuba menonjolkan diri sebagai wakil kepada kita semua.

Siapa yang iktiraf mereka?

Ketiga, sampai bila kita nak biarkan mereka terus-terusan mencemarkan institusi kemahasiswaan di negara ini? Mereka tak ramai, tapi apa yang mereka lakukan memalitkan nanah dan busuk yang sama kepada kita semua.

Kita dah maafkan mereka. Sekarang biar mereka pula yang memohon maaf!

Kapak sedang layan :



Mahasiswa Mengamuk Harga Minyak Tak Naik

Harga minyak kekal, subsidi naik 10 sen.

Sewaktu dalam perjalanan mencari sesuap nasi tadi, SB layan radio Sinar. Kata orang, saluran ni digemari oleh golongan pertengahan dan berusia. Tak kisahlah, janji ini saluran terbaik buat masa ni di negara kita.

Tapi itu bukan isunya. Isu yang SB nak highlight di sini ialah berkenaan kenaikan harga minyak global yang mustahil dapat dikawal atau dibendung secara mutlak oleh mana-mana negara pengguna di dunia.

Menurut berita yang disiarkan menerusi radio Sinar tadi, ketika ini sedang berlaku protes oleh rakyat Indonesia yang membantah keputusan kerajaan republik itu menaikkan harga bahan api sehingga 30% bagi menampung kesan kenaikan tersebut.

Indonesia merupakan antara negara pengeluar petroleum utama di dunia, tetapi masih tidak dapat mengawal atau menyerap kesan kenaikan harga bahan bakar sehingga terpaksa menaikkan kadar harga pasaran domestiknya.

Negara kita ternyata jauh lebih bertuah. Dasar kerajaan mengekalkan harga bahan bakar dari jenis RON 95 yang digunakan oleh sebahagian besar pengguna kenderaan persendirian di Malaysia telah membantu mengawal kesan kenaikan ini.


Kesan positif rasionalisasi subsidi.

Rasionalisasi subsidi yang diperkenalkan juga telah mula memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhan. Rujuk Nota di bawah.

Bersyukurlah. Sebagai mahasiswa, kita juga merupakan antara pengguna terbesar. Untuk mengurangkan harga bahan bakar ini sememangnya suatu hal yang mustahil. Apa yang penting ialah dasar win-win situation oleh kerajaan sedikit sebanyak telah mengurangkan beban kos hidup kita semua.

Nota :

Subsidi ialah bantuan kewangan yang disediakan kerajaan untuk mengawal harga bagi beberapa barangan dan perkhidmatan keperluan utama rakyat supaya mampu diperoleh pada kadar berpatutan.

Dalam usaha melaksanakan langkah rasionalisasi yang meluas secara berperingkat-peringkat, pengurangan subsidi bahan bakar dan gula adalah langkah pertama. Seterusnya, tambahan dan perubahan wajar akan dibuat pada program subsidi ini.

Jika subsidi kekal pada kadar sama, kita akan berdepan beberapa masalah iaitu:

 * Hutang negara akan meningkat - Hutang Malaysia sudah bertambah melebihi 10 peratus sejak 1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan untuk memastikan sumber yang diperlukan untuk pelaburan masa depan sentiasa ada.

  * Ia akan melambatkan pencapaian sasaran negara yang mahu bergelar negara berpendapatan tinggi dengan ekonomi yang membangun menjelang 2020.

  * Ia juga akan mengurangkan daya tarikan Malaysia bagi pelaburan luar negara - Syarikat antarabangsa lebih berminat dengan negara yang menyediakan pasaran luas dan fleksibel. Pelaburan luar negara dalam sektor perkilangan dan perniagaan berupaya menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Jadi, rasionalisasi subsidi berperingkat ini melengkapkan rancangan transformasi secara menyeluruh. Pengurangan subsidi bagi bahan bakar dan gula - berkuat kuasa 16 Julai 2010, subsidi bahan bakar dan gula akan diselaraskan seperti berikut:.
  
  * Subsidi RON 95 dikurangkan 5 sen seliter

 * RON 97 tidak lagi diberi subsidi. Ia tertakluk kepada apungan semasa, di mana harganya ditentukan   menerusi mekanisme harga automatic

  * Subsidi diesel akan dikurangkan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor yang disubsidikan
  

WAR ROOM PRO-M DIBONGKAR!!! Usrah Yang Terpesong!



Klik SINI jika anda belum baca siri terdahulu.

Selepas selesai peringkat Program Asas dan membuat pilihan ahli, peringkat seterusnya ialah menjalankan usrah.

Usrah berlaku dalam Fasa 2 dan biasanya dipecahkan kepada dua kumpulan besar iaitu usrah untuk penyokong dan usrah untuk hardcore atau ahli senior.

Berdasarkan pengalaman SB yang pernah menjadi ahli usrah dalam kumpulan penyokong baru, usrah akan diketuai oleh seorang akhi bagi kumpulan lelaki dan ukhti bagi kumpulan wanita. Ia merujuk kepada abang atau kakak yang lebih senior.

SB menyertai usrah ini kerana terperangkap dengan permainan hardcore bertaraf akhi ini. Ia sama seperti yang diceritakan oleh sumber SB dalam posting terdahulu (SINI) di mana engagement dengan pelajar baru dijalankan dengan penuh muslihat hingga ramai yang tidak menyedari ‘kemesraan’ dan ‘baik hati’ yang ditunjukkan itu turut mengandungi tujuan lain.

Namun SB meninggalkan usrah ini lebih awal kerana kesal dengan sikap akhi usrah SB yang gemar menyelitkan hal-hal politik ketika berusrah, termasuk mengajak kami menolak kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ketika itu atas alasan Tun tidak menegakkan Islam di Malaysia.

Skripnya sama. Modul-modul dalam usrah datang daripada Gamis sebagai induk atau payung kepada PMI sebelum membentuk jemaah baru. Proses ini terus berjalan hingga semua ahli usrah lengkap didoktrinkan, dan kategori penyokong dikenalpasti sebelum dibawa ke luar kampus untuk tugas yang lebih besar.

Dalam entri berikutnya SB akan dedahkan tentang Liqa yang lebih kepada pengenalan kepada ahli baru dengan politik luar kampus terutamanya dalam menyokong PAS menumbangkan kerajaan pusat. Namun begitu ia tidak dilakukan secara terang-terangan, sebaliknya masih lagi berselindung melalui penggunaan istilah-istilah tertentu yang kesemuanya dirangkumkan atas nama perjuangan dan jihad.

Adakah ini perjuangan yang betul?

Sebenarnya banyak kecelaruan termasuk dari segi akidah dan metod yang digunakan. Semua fakta dan hujah akan SB dedahkan dalam entri-entri berikutnya dengan bantuan rakan-rakan. Jangan terkejut kerana SB sendiri pernah berada dalam jemaah ini. Matlamat mereka yang sebenar hanyalah untuk berkuasa.

Jika PAS di luar mahukan kuasa sebagai kerajaan, PMI dan Gamis di dalam kampus pula mahukan kuasa sebagai MPM atau MPP. Maka, ketika itu, apa sahaja kaedah akan dibolehkan.




Terkini dari Blogger Kapak :






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar