21 Ogos 2011, Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan kerajaan untuk mengkaji semula kadar tol di Malaysia. Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat turut menguar-uarkan manifesto Buku Jingga mereka untuk menghapuskan bayaran tol di Negara ini sekiranya diberi mandat untuk berkuasa.
Tak sampai pun enam bulan, DS Najib telah pun mengumumkan keputusan hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu. Dalam pengumuman yang dibuatnya semalam, kerajaan memutuskan untuk menghapuskan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang,berkuatkuasa tengah malam tadi.
Sebaliknya, janji PRU 2008 oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk mansuhkan kutipan tol Sungai Nyiur hanya tinggal janji dan harapan kosong saja kepada rakyatnya sendiri. Hingga kini belum Nampak sebarang usaha ke arah pemansuhan yang dijanjikan tersebut. Jadi bolehkah kita mempercayai janji-janji mereka ini jika satu konsensi tol yang kecil pun tak mampu dimansuhkan?
Mereka hanya tahu menabur pelbagai tohmahan terhadap kerajaan pimpinan DS Najib. Kononnya kerajaan menindas rakyat melalui kutipan tol sedangkan hasil kutipan itu jugalah yang dikembalikan kepada rakyat melalui pembinaan dan penyelenggaraan lebuh raya-lebuh raya di Negara ini.
Subsidi dari kerajaan untuk rakyat Malaysia |
Bukan setakat tol sahaja, kerajaan kita juga telah banyak membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia melalui pelbagai insentif dan subsidi seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Ikan 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia, dan bermacam-macam lagi. Inilah contoh kerajaan yang benar-benar mendahulukan rakyatnya, bukan hanya menabur janji kosong semata-mata.
Siapa paling gembira? |
Apa pun yang paling menarik ialah gelagat para penyokong tegar PKR. Lihat printscreen di atas, siapa yang paling seronok dengan pengumuman DS Najib semalam? SB hanya mampu tersenyum.
1 comment:
Yg seronok ko lah .... Kenapa bila orang nak war-war pasal tol barulah najib nak pikir ..... dia patutnya dah boleh pikir masalah utama rakyat warga kota ..... tp ok at least dia buat jugak atas sebab kedudukan dia sbg PM .... .... namun aku harap segala yang aku bayangkan selepas PRU 13 nanti tidak jadi kenyataan macam harga minyak naik, harga barang naik, tol naik, cukai naik dan dsb supaya aku ada prasangka yang baik terhadap kerajaan yang ada sekarang ... lagipun teruskanlah pemberian-pemberian khas eg: baucer 1 malaysia, klinik 1 malaysia, notebook1malaysia, RM500 dan dsb sumbangan yang dibuat baru-baru ini .....
Kesian gak kat geng pembangkang .... tak ada peluang untuk berbakti! :) PEACE
Post a Comment