Pakar ekonomi dunia, Anwar Ibrahim, sedang mengajar mahasiswa tentang urustadbir ekonomi Malaysia . |
Antara input yang perlu rakyat kita tahu terbit dari mulut Anwar semalam ialah janji-janji bahawa beliau mampu menurunkan harga minyak hingga RM1 sekiranya diberikan mandat selaku Perdana Menteri pasca PRU-13 kelak. Ini janji lama.
Dulu Anwar tawarkan 50sen, sekarang sudah naikkan diskaun hingga RM1. Di kala dunia berhadapan dengan kenaikan harga minyak, Anwar begitu yakin mampu menurunkan harga pasaran domestik bagi semua jenis bahan api. Caranya, pertama sekali sudah tentulah dengan menendang keluar Tun Dr. Mahathir dari Petronas.
Tapi Anwar perlu tahu, apa yang diperkatakannya itu melangkaui sempadan politik. Ini bukan soal politik dan tidak boleh ditangani secara politik. Bagaimana Anwar mahu turunkan harga minyak dengan begitu banyak kalau Malaysia sendiri tidak tersenarai dalam kumpulan OPEC iaitu kesatuan pengeluar minyak dan petroleum global? Bagaimana Anwar boleh seimbangkan permintaan dan pengeluaran kalau pengeluaran domestik sendiri terhad? Adakah Anwar boleh kekalkan harga tersebut selama-lamanya?
Seharusnya rakyat Malaysia bersyukur kerana kita masih lagi memainkan peranan selaku pengeluar dan pengeskport minyak walaupun kapasiti pengeluaran negara kecil dan tidak layak menjadi anggota OPEC. Sekurang-kurangnya negara mempunyai kuasa mengawal dan mengehad kesan kenaikan harga minyak di pasaran global.
Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95. Kualiti RON 95 selaras dengan spesifikasi EURO2M. RON 95 mula dijual pada harga RM 1.75 sebelum dinaikkan kepada RM 1.80. Pada hari yang sama, harga RON 97 naik kepada RM 2.05. Mulai 1 Ogos 2010 pula, cuma kenderaan didaftarkan di Malaysia dibenarkan membeli petrol RON95; kenderaan asing (terutamanya dari Singapura dan Thailand) cuma dibenarkan membeli RON97 (atau diesel) di stesen minyak Malaysia.
Sejak diperkenalkan, harga RON 95 telah naik dua kali, pada 16 Julai 2010 naik 5 sen menjadi RM 1.85/liter, dan pada 3 Disember 2010 naik lagi 5 sen menjadi RM 1.90/liter
Hakikatnya, walaupun kerajaan sekarang tidak mengurangkan harga minyak seperti yang diidam-idamkan oleh Anwar, tetapi banyak insentif lain diberikan kepada rakyat. Kerajaan membayar rebet tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api. Rebet sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak "pick up" dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Rebet tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.
Daripada dasar yang dibuat ini, rakyat sebenarnya menerima lebih banyak keuntungan sekaligus menafikan tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kononnya kerajaan mengaut untung secara tipu helah. Anwar sepatutnya menyampaikan kebenaran kerana dia juga pernah berada dalam kerajaan yang sama.
Setiap tahun kerajaan terpaksa menampung lebih RM14 bilion untuk subsidi bahan bakar. Ramai yang mendakwa ia adalah hak rakyat, maka kerajaan perlu memulangkannya. Tapi adakah rakyat secara keseluruhan memikirkan dari manakah punca kewangan itu yang sebenar? Adakah cukai yang dibayar oleh rakyat mencukupi? Sudah tentulah sumber-sumber tersebut datang daripada perancangan yang strategik dan perlaksanaan yang mampan bagi meningkatkan sumber pendapatan negara. Ini yang Anwar gagal beritahu kita semua.
Namun sayang sekali, ramai anak muda yang terpengaruh dengan permainan politik Anwar ini. Sekitar 150 peserta yang hadir semalam, semuanya kelihatan percaya bulat-bulat dengan penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor bernilai RM1 ini. Insya-Allah SB akan sentuh lebih banyak lepas ni tentang isi-isi perbincangan Anwar semalam. Opss…Kak Izzah pun ada tau hehe..
No comments:
Post a Comment