Syahid Zaini, Pengerusi Malaysia Bangkit iaitu kempen pembangkang menjelang PRU 13 yang menggunakan mahasiswa. |
Buat pertama kalinya, portal Malaysiakini telah menyindir dengan tajam dan tepat ke batang hidung demonstran pro-pembangkang yang dibarisi sekumpulan kecil mahasiswa tanah air!
Buktinya, laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut menyebut kira-kira 80 orang mahasiswa turun menunjukkan perasaan di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya selepas solat Jumaat semalam.
Lebih 80 orang? Kira semula, termasuk petugas-petugas media yang tak berminat datang. Angkanya tentu lebih. |
Tapi jumlah sebenar yang hadir jauh lebih sedikit iaitu tak lebih 50 orang berdasarkan hitungan SB sendiri yang turut serta dalam demonstrasi tersebut. Jadi kenapa Malaysiakini mahu menipu? Adakah ia satu cubaan untuk membunuh perjuangan kumpulan mahasiswa terbabit melalui laporan yang tidak benar?
Tidakkah Malaysiakini tahu bahawa kumpulan mahasiswa anti-kerajaan ini sangat bencikan penipuan dan manipulasi media?
Plan nak jumpa menteri digagalkan oleh ALLAH SWT awal-awal lagi. |
Sepatutnya Malaysiakini melaporkan bahawa kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini hanyalah sekumpulan pelajar bermasalah dalam akademik tetapi masih tidak sedarkan diri. Bukankah itu lebih tepat, benar dan valid? Mereka cuba menjadi jaguh dalam setiap isu hingga sanggup menggadaikan pelajaran. SINI.
Tapi lebih penting, sepatutnya Malaysiakini melaporkan kumpulan mahasiswa ini sebagai pejuang syok sendiri yang selalu buat kacau melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Gambar dekat, tapi jumlah orang tetap sama. Tiada yang tersembunyi perlu dicari. |
Muka yang samalah di Petaling Jaya pada 8 Mac dalam Program Pidato Mahasiswa Malaysia Bangkit, malah mereka itu jugalah yang melancarkan Malaysia Bangkit di Dataran Maybank, Bukit Bintang pada 3 Mac lalu. SINI, SINI dan SINI.
Kalau asyik muka yang sama, di mana solidariti yang dilaung-laungkan selama ini? Atau mahasiswa sudah jelak dan bosan dengan kaedah perjuangan yang dibawa?
Yang pasti, Malaysiakini turut menyerlahkan wajah pemutarbelit teragungnya hingga tergamak menyindir perjuangan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia. Eh, bukan ke Malaysiakini pun pro-pembangkang? Lu fikirlah bai, apa itu nilai berita berbanding kebenaran bagi portal ini? Kalau tulis 40 sah-sahlah editor putar alamnya tak akan lulus.
SB : Kahkahkah dan kah lagi..
No comments:
Post a Comment