DS Najib dikerumuni para pelajar ketika lawatannya ke UiTM Shah Alam semalam. |
Semalam ketika SB menghadiri majlis pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di UiTM Shah Alam, SB lihat Dato’ Seri Najib begitu seronok dengan sokongan yang diberikan oleh mahasiswa dari seluruh negara.
Jarang sebenarnya Perdana Menteri kita turun bermesra dengan mahasiswa dalam skala yang besar begini. Yang selalu kita lihat ialah Dato Seri dikerumuni orang ramai di setiap lokasi yang dikunjungi. Tapi semalam, suasananya jelas sekali berbeza.
Hampir 15000 orang hadir. Ini sekaligus memberikan isyarat jelas betapa mahasiswa Malaysia teguh bersama Dato Seri Najib meskipun pelbagai cubaan untuk mensabotaj kerajaan pimpinan beliau turut diterima daripada segelintir mahasiswa kita.
SB juga yakin bahawa Perdana Menteri berada dalam mood yang sangat baik untuk membubarkan parlimen ketika ini. Ia berdasarkan sambutan yang diterima dalam acara semalam yang dianggap sebagai antara program bersama rakyat terpenting selepas siri kunjungan Perdana Menteri ke seluruh negara sebelum ini.
Apa yang pasti, Dato Seri turut menempelak pembangkang yang tak habis-habis dengan janji-janji manis mereka. SB tak nak komen apa-apa. Sebagai mahasiswa tentu kita boleh berfikir antara kaca dan permata, mana yang lebih mudah digapai.
1 comment:
eleh..pakse org g bley la..pastu sogok duit..2 la kje umno..huhu.. ustaz azhar x yah mcm 2 dpt gk trik 30 k audien..
Post a Comment