Laman web Tranungkite baru-baru ni buat spinning yang amat dahsyat hinggakan ramai yang pening. Dalam artikel bertajuk “Perjuangan SMM…Di Sebalik Perjuangan AUKU – siapa Sukri Razab..?” itu, penulisnya berpusing-pusing semata-mata nak pulihkan imej pembangkang yang bersetongkol dengan SMM.
Pertama, SB rumuskan, pengamal media pro-pembangkang tidak selesa dengan tindak-tanduk kumpulan SMM ini. Insiden Adam Adli menurunkan bendera DS Najib di PWTC tempoh hari telah memberikan imej negatif kepada pembangkang yang ketika itu sedang mendapat kelebihan moral dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim.
Tindak tanduk itu sedikit sebanyak telah menyusahkan media-media pro-pembangkang kerana terpaksa cover balik insiden yang berlaku. Walaupun objektif asal kumpulan SMM adalah untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi kaedah bodoh tersebut telah menimbulkan kebencian rakyat terhadap pembangkang secara keseluruhan kerana suka bertindak melampui batas.
Jadi nak tak nak, SMM perlu dipotraykan sebagai kumpulan talam dua muka. Kononnya, SMM ini ialah satu perancangan sulit UMNO untuk memberikan imej buruk kepada pembangkang khususnya Anwar Ibrahim. Tapi mungkin penulis tersebut terlupa akan hubungan sedia-akrab antara Anwar Ibrahim dengan saf pimpinan SMM.
Kedua, bagi SB, kumpulan SMM ternyata ditolak oleh rakyat kita. Baik dari kalangan penyokong kerajaan, mahupun penyokong pembangkang, jelas sekali SMM bukanlah pilihan popular bagi rakyat berbanding Aman Kampus yang lebih mesra dengan orang ramai.
SMM mendekati rakyat dengan menyemai kebencian, rasa marah dan meluat yang meluap-luap terhadap kerajaan. Tapi rakyat tak semuanya buta dan mudah tertipu. Sebab itulah penulis artikel ini kelihatan terlalu bengang dengan SMM kerana tidak bijak dalam menjalankan aktiviti mereka.
Ketiga, tuduhan liar dan semberono oleh penulis tersebut jugak langsung tak boleh digunapakai. Penulis hanya membuat tuduhan kononnya SMM ini tajaan UMNO tapi tiada bukti dikemukakan. Sebaliknya sudah banyak bukti didedahkan berkenaan hubungan baik antara SMM dan SAMM pimpinan Chegu Bard, juga bukti-bukti tentang peranan kumpulan ini dalam Pro-Mahasiswa Nasional bersama Gamis dan banyak lagi.
Kesimpulannya, inilah media pembangkang. Sering menulis berlandaskan nafsu. Tiada hujah yang konkrit mahupun bukti yang emperikal ditampilkan. Bila cakap guna nafsu dan menulis guna perasaan, maka senanglah nak spin dan pengaruhi minda orang-orang yang malas berfikir.
No comments:
Post a Comment