Shukri Razab, Pengerusi SMM yang terkandas dalam pelajaran. |
Ahmad Shukri B Abd Razab, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ialah bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah tetapi diberhentikan kerana mendapat CGPA kurang 2.0.
Kerana keaktifannya dalam politik pro-pembangkang, beliau ditawarkan tempat oleh KUIS untuk meneruskan pengajian. KUIS ketika ini dikawal oleh Kerajaan PKR Selangor, jadi perkara ini tidaklah menghairankan.
SB pernah dedahkan sebelum ini tentang Pengerusi SMM ini yang mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan PKR termasuk DS Anwar Ibrahim. SINI.
Walau bagaimanapun, Syukri sekali lagi gagal menghabiskan pengajiannya di KUIS dalam sidang akademik 2011/2012. Menurut sumber dari pihak kolej, antara faktor utama kegagalannya kali ini adalah kerana tidak mampu mengimbangi jadual pengajian dan aktiviti politiknya.
SB juga mendapat maklumat mengenai mesyuarat sulit yang diadakan pada 29 Februari lalu antara SMM dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menubuhkan gerakan Malaysia Bangkit.
Tujuan gerakan ini antara lain bagi mewujudkan gelombong kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional di mana AMK menjalankan kempen Asalkan Bukan UMNO (ABU) manakala SMM pula menggerakan kempen Malaysia Bangkit khusus untuk menarik sokongan golongan muda pertengahan.
Dalam Program Pidato Mahasiswa Malaysia Bangkit yang bertempat di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling jaya pada 8 Mac yang lalu SINI, Pengerusi Sekretariat Malaysia Bangkit, Syahid Zaini turut mengumumkan program roadshow mereka ke Sabah dan Sarawak.
Kempen Malaysia Bangkit di Sabah byang bersifat meraih sokongan politik semata-mata menjelang PRU 13. |
Bagi menjayakan roadshow ini, SMM mendapat dana lebih RM5000 daripada PKR. Hal ini tidaklah mengejutkan kerana Malaysia Bangkit sendiri merupakan projek ketiga selepas kempen BEBAS dan mereka berkerjasama dengan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) untuk menjayakannya.
Suka SB ingin bertanya, kenapa SMM begitu ghairah memperjuangkan impian dan cita-cita politik pemimpin tertentu sehingga mengabaikan pelajaran sendiri? Lihat apa jadi Adam Adli dan Shazni Munir? Mereka semua mengalami masalah dalam pengajian kerana ghairah berkonfrantasi dengan pihak universiti dan sibuk mahu tumbangkan kerajaan.
Akhirnya siapa yang tumbang? Atau mereka sudah dijanjikan dengan jawatan yang hebat sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak?
Nasihat SB kepada mereka, insaflah...
1 comment:
betul... kalau mahu dunia dengan ilmu.. kalau mahu akhirat dgn ilmu.. kalau mahu dua-dua pun dengan ilmu... kalau ilmu fardu kifayah pun tak terurus kerna urusan dunia... maka sia2lah usaha berpolitik...
Post a Comment